Tuesday, December 28, 2010

Hire Purchare Variable Rate Financing

Introduce by AmBank Group

em.ape pendapatan korang?? loan kete monthly rest. variable rate...

sedikit info:

AmAuto Cruise
AmAuto Cruise is based on variable rate calculation, which means that the facility term charges are calculated based on the Base Lending Rate (BLR)/Base Financing Rate (BFR) for the entire facility tenure. You can decide whether to maintain or revise your monthly instalment amount should the rate change. This provides greater savings and flexibility. Driving home your dream car has never been easier.

1- Charged on a monthly rest based on reducing balance method

2-
Option available for customers whenever the BLR / BFR is revised:-

1) Maintain the existing instalment amount & vary the number of instalments OR;

2) Vary the existing instalment amount and maintain the number of instalments

lain2 info click bawah:

AmAuto Cruise


apa macam??


p/s: Aku pun belum usha ke AmBank lagi...not urgent. belum nak tambah lagi...


Thursday, December 23, 2010

AZAM TAHUN 2011..MET

Salam.

entry kali ni untuk menyahut seruan matjoe untuk contest azam tahun 2011 dan khas untuk pembaca budiman sekalian..

aku pun ade azam juga. memang tiap2 tahun azam tu memang ada. kenapa aku mesti ade azam baru?? antara sebabnya. financial year aku memang setiap ujung tahun bulan december. bukan macam syarikat aku kerja ni financial year bulan september..masa ni la aku buat planning untuk next year, untuk tahun baru base pada tahun lepas punya pencapaian/azam.

ianya terbahagi kepada 3 kategori:

1. azam baru yang tak berapa baru iaitu azam yang belum tercapai, yang tidak kesampaian masa tahun sudah..akan di re-branding balik untuk target tahun baru.he.
2. azam baru iaitu idea2 baru yang timbul hasil kehidupan tahun 2010..
3. berazam mengekalkan azam tahun-tahun sudah yang dipikirkan baik,perlu diteruskan atau di upgrade..

ape azamnya??. biarlah ianya berada dalam buku catitan aku je.he. tapi aku kongsikan 2 daripada isi buku aku untuk pembaca budiman sekalian. mungkin sedikit sebanyak memberi idea atau sedikit sebanyak mengingatkan yang lupa..ianya berkenaan perancangan kewangan..well, azam baru anda tu mungkin melibatkan wang bukan.dan perancangan kewangan tu penting..

seperti yang semua dah tahu. ASB tahun ni dapat 7.5%+1.25%..yahooo. seperti yang matjoe buat,dividen ASB pecah 3..saya pun turut mengunakan dividen ASB saya dengan sebaiknya yang dipikirkan oleh saya. ni pun termasuk dalam azam juga ni tapi silibus bab perancangan kewangan..

duit dividen asb ni banyak. kelabu mata dibuatnya. kalau tak plan leklok risau-risau anda akan terlebih guna belanja atau invest.mesti akan over budget..aku pernah laluinya..asal ade duit je nak invest dan akhirnya..hasil sikit dan lebih banyak duit mati dan yang tak akan kembali lagi pun ada..

1. so antara azam aku dari tahun ke tahun berikutnya adalah memastikan ianya tidak over budget..maintain ikut plan. em.kalau ade yang un-planned ianya masih boleh membuatkan anda tidur dengan nyenyak. tak ganggu tidur malam anda.insyaallah..

untuk dividen ASB aku anggapkan ianya adalah modal daripada simpanan bulan-bulan yang aku buat. cuma lain account je. dan syarat guna lepas setahun simpanan.hu. aku tak boleh nak mengharap kepada ASB semata..

so allocation daripada dividen ASB :
35%- untuk diprojectkan (long term target)+generate income (yang lebih 7%). banyak mau guna ni..
15%- cover interest OD setahun dan standby
5%- upgrade knowledge..seminar/kursus.
45%- maintain ASB kembali-unlimited compounding effect.

em. mana yang nak guna dividen asb tu. make sure anda ade allocation supaya anda leh track dikemudian hari macam matjoe nak buat tu. jangan macam aku dulu,sedor2..ait ni je yang tinggal.huhu. tak sedor beb kalau bab duit ni. berhantu..

korang punya budget korang bikin la sendiri mengikut kesuaian.atau paling senang biar je dalam ASB tu...

2. ianya berkaitan emas. not totally invest untuk profit. tapi for secure. aku berazam untuk buka gold account under KFH (Kuwait finance house) selewatnya awal tahun depan. ianya untuk saving account (gold account-i) ..untuk anak cucu cicit..regular saving.

KFH punya gold:


untuk secure, untuk tidak bergantung sepenuhnya pada wang fiat.








adepun info yang ade:
1. (gold account-i). i-menandakan islamic account.hee
2. gold kategori 995..
3. seal..so susah sikit mau cagar. broken kalu bank KFH tak terima kembali..
4. buyer tak susah.jual pada bank sahaja..spread dalam +- rm6.00
5. nak withdraw dalam bentuk emas pun boleh..so memang emas tu ade..kalau simpan sendiri pun boleh tapi kalau nak bank simpan kemudian kena transaction jual beli..
6. beli dan simpan dalam bank account. takde upah simpan walaupun berkilo2 emas anda beli..bior je ianya disitu..more secure.
7. zakat emas tanggungjawab sendiri..
8. boleh jual beli dimana2 cawangan KFH yang ade gold..
9. ianya berbentuk bar..
10. minimum open account 10g (kalau tgok arini punya rate RM143/g)..then tambahan 5g minimum+ 1g untuk tambahan...cth 6g..7g..
11. dll

rujukan:

Kuwait finance house gold

berbanding dengan azam tahun2 lepas untuk ade emas fizikal (untuk pelaburan) macam dinar emas yang ni, aku rasa untuk azam tahun ni dan seterusnya gold account lebih sesuai untuk aku..rasanya aku tak berapa kisah sangat dengan kerlipannya atau mesti bentuk fizikal. yang penting ianya gold (tetap ade nilai). nak simpan pegang banyak2 dalam bentuk fizikal ni aku kurang reti sikit..untuk beli dan jual reti la sikit-sikit.he.














ok.tu sahaja setakat perkongsian hari ni..thanks.

Tambahan untuk dikongsikan 28/1/2011:

1. long term project- kedai dalam taman..??mula pikir dan olah tahun 2010..sambung 2011 dan azam seterusnya..ni project sampai bersara.hu. tak tau ape hasilnya...
2. bantu bina aset untuk isteri tercinta..banyak manfaatnya..
3. maintain profit trading - daily income..

lain2 tu secara generalnya untuk jadi insan/anak/suami yang lebih baik pada hari ini daripada semalamnya..insyaallah.(ni paling senang sebut dah susah nak amal istiqamah).

orite. semoga ade manfaatnya pada semua..


p/s: ‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120)'

memang lumayan pak..

Thursday, December 9, 2010

Lepas ni ape lak...emm..

Berita.

BEIJING: A Chinese government think tank has warned the country’s real estate bubble is getting worse, with property prices in major cities overvalued by as much as 70 percent, state media reported Thursday.


Of the 35 major cities surveyed, property prices in eleven including Beijing and Shanghai were between 30 and 50 percent above their market value, the China Daily said, citing the Chinese Academy of Social Sciences.

Prices in Fuzhou, capital of the southeastern province of Fujian, had the worst property bubble with average house prices more than 70 percent higher than their market value, according to the survey conducted in September.


lanjutan:
http://www.nst.com.my/nst/articles/China_spropertybubblegettingworse/Article/

kita tengok apa lak yang berlaku selepas ni...em.ape reaksi dan tindakan anda...

Tuesday, November 23, 2010

Cerita Pendek Pasal Investment


Di suatu petang yang indah. dalam tepon..

Member: MET..wat ape skang. apa project??

Aku: tengah kerja la...hee. pekeja yang berdedikasi. hah apa pasat...

Member: saja tanya takle ke. em.camna rumah..dah berapa??

Aku: masih yang dulu tu lagi...

Member: em.tula skang pun rumah ke-3 ke atas margin 70% tu..mana nak cekau...

Aku: Tah. cekau jela mana2.hee. apsal dapat good deal ka...

Member: takdela..saja tanya kot ade idea..

Aku: La..ia2 je. ingatkan ade good deal. em.ni pada aku la..takyah pening2 sangat..go step by step. dont rushing2..investment is not about race sapa sampai duluk. good deal ni bukan ade pada property je..kalau mu ade 10 rumah pun kalau untung rm50-100 ape kes??baik ade 1-2 rumah untung rm100..paham ke maksudnya tu...

skang ni pun banyak news yang kurang bagus. property bubble..inflasi..usd punya hal lagi tak settle2. aku sebagai ikan bilis buat masa ni lebih suka tengok reaksi dan perkembangan semasa..sambil merangka rangka plan B untuk kemungkinan-kemungkinan...then baru pikir untuk investment..

so far berkenaan property investment. aku guna cara mudah, invest guna nama wife aku je.masih ade quota..jual yang kurang bagus dan ganti dengan yang lebih bagus...dan begitulah seterusnya...hold dulu yang advancce2. tak lari kemana nye...

kalau anda biasa tengok graf..keadaannye sekarang tengah ding dong..ding dong. so stay away dulu. plan buy sell bila overboard oversold..ceewah..atau bila dah ade movement yang jelas..

em. sebenarnya that is why kita perlu multiple stream income. bukan daripada satu sumber atau satu jenis investment sahaja...its about leverage..don't put your egg in one bucket..money management..risk management and so on..so on..etc..etc..

oh. project kerja aku buat masa ni lepak2 sambil bekebun..menjadi seorang pekebun kecil..petani..penternak kecil2an..hee.life is simple...(pandai cakap je aku ni)..

orite. good luck...

Friday, November 19, 2010

Tips Menarik Rezeki dan Menolak Kepapaan

Salam.

Alhamdullilah. segala puji bagi Allah,kita dilahirkan dalam keluarga Islam. tinggal lagi selangkah bagaimana kita membawanya..mohon pada Allah ditetapkan dalam Iman,Islam dan Ihsan. aminn

tips ni dah lama dah. lebih daripada 1431 masihi yang lampau..

iaitu Daripada Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam al-Quran surah al-Dhuha juga, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.

Allah s.w.t memberi jaminan dalam FirmanNya:

Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )

banyak lagi fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha. antara lainnya "diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

dan secara bestnya, personally kekadang waktu pagi mata ade juga rasa ngantuk2 sket.malas2 sikit. tapi lepas kena air wuduk dan solat dhuha. badan pun lebih cergas..minda lebih terbuka. insyaallah sama2 kita amalkan..waktunya antara naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir (tegak) atau buatlah antara 8-11 pagi. setidak2nya dua rakaat satu salam secara istiqamah..

Sama-sama lah kita. Insyaallah urusan lain2 akan menjadi lebih mudah. aminn.

rujukan:

http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat

http://solatsunatdhuha.blogspot.com/


p/s: yang wajib tu jangan ditinggal pulak. (mengingati diri). insyaallah.

selamat beramal

Sunday, November 14, 2010

Pindah Daripada Apartment Ke Kondo Yang Selesa.

Target date. selewatnya lagi sebulan daripada sekarang leh pindah ikan ke kolam kondo baru..he.

tak tahu hasilnye camna. hopefully semuanya baik2 saja.

cadangnya akan ade talapia,puyu,ketutu,lampam@jelawat,udang..dll kemudian..

pokok..ulam,cili,tomato,anggur he..dll. progress ikut budget yang ade. lambat sket la..nak urus kebun sawit lagi..

mengisi masa lapang kat kampung..hu.

apartment:


Tenant dah bising. tempat space dah penuh. bersemak..


kondo 3 bilik RM210k under progress..baru naik.




Friday, November 12, 2010

Selamat Hari Lahir MET yang ke 26.

Salam. hari ni hari lahir ehsan yang ke 26 tahun..alhamdulillah

hajat di hati.kepada yang mengenali. doakan ehsan ye..

Ya Allah..

ampunkan dosa ehsan sekeluarga.
jadikan ehsan orang yang soleh dan taat kepada orang tuanya.
berilah ehsan sekeluarga kejayaan, kebahagiaan dunia dan akhirat.
kurniakan lah ehsan zuriat anak-anak yang soleh solehah.
dan rahmati la semua rakan-rakan ku.

Aminn.






Sunday, November 7, 2010

Ade Apa Pada Fiat/Wang kertas

Salam.

Em.lama tak update.

Orite. hari tu kita cerita pasal emas..hari ni pun pasal emas juga.he. kira kesinambungan Apa ade pada emas la. cuma adalah selit-selit sikit pasal fiat..saja guna tajuk lain..hu. nak cite pasal wang fiat pun rasanya semua tahu wang fiat ni bukan lah bagus pun.hu. tak perlu detail la..

cth apa yang berlaku pada zimbabwe..atau kalau kat sini duit pisang masa zaman jepun..bagusnye taklah wallet tebal sangat.hu

Hari itu bukan lah aku nak menidakkan emas dan nak mengiyakan atau menyokong wang fiat..even aku juga bukanlah pengumpul wang fiat yang tegar.huhu. fiat lagi terdedah dengan spekulasi..base on trust at current value.

aku pun sokong emas/perak dijadikan mata wang atau atleast sandaran.tapi..bila bab investment. rule dia sama je..sebab tu aku pun bukan pengumpul dinar yang tegar...hu.

para sahabat nabi yang kaya juga bukan lah sebab menjadi pengumpul dinar yang tegar...dinar masa tu sebagai perantaraan untuk pertukaran/mendapatkan barang keperluan. tapi ape yang menyebabkan Baginda Nabi Muhammad s.a.w kaya, Siti Khadijah, dan juga para sahabat lain seperti Abdurrahman bin Auf ra, Utsman bin ‘Affan ra kaya ialah perniagaan. mempunyai ternakan, ladang pertanian dan property...(kita pulak lebih suka makan gaji.hu).

maknanya. duit itu sendiri memang tak akan menjadikan seseorang itu kaya. ade orang dilahirkan senang, banyak duit tapi akhirnya abis menjadi miskin. ade yang asalnya tak cukup duit, hidup susah tapi akhirnya menjadi jutawan dermawan. so ape yang diorang buat sebenarnya??diorang invest bagaimana??apa aset yang diorang ada??bagaimana diorang manage duit..

aku pun sangat setuju kembali kepada wang sunnah. tapi bila sudah didagangkan , concept dia dah lain..saya percaya anda membeli emas sebab nak buat untung bukan??berlainan dengan orang yang beli untuk capital protection dia.

ada beza. sorang ade aset dan menggunakan emas untuk protect aset dia. dia tak kisah harga emas naik turun yang penting tahu emas still ade value. sorang lagi mengharapkan keuntungan daripada penjualan emas. tapi kalau beli mahal jual murah ade untung ka??adakah buat masa dan ketika ni ianya sesuai.??tah la.pada aku sila berhati-hati la..

sama lah conseptnya. ade orang beli rumah at market price/over market then mengharapkan harga up2 je. so adekah anda pulak mengharap emas esok akan jadi RM200/gram dan terus menerus up2??base pada ape??aku agak was2 sikit..em.mungkin la..atau mungkin after next 10 years??

tapi kalau ade duit lebih tu.aku lebih prefer anda beli sebidang tanah untuk diusahakan..paling tidak pun boleh buat rumah then belakang dijadikan kebun..best wo..

then cadangan untuk protection:

1. any income from your aset convert beli emas..cth.hasil rental disimpan dalam bentuk simpanan emas..sebarang perubahan nilai pada emas tak menjadi masalah pada anda..
2. atau buat regular saving daripada income beli emas. option selain ASB. boleh beli unit gold passbook daripada maybank ka public bank ka..contoh beli 1 gram every monthly at any value.lama2 jadi banyak tu.not short term target..and as protection/perlindungan nilai.profit jatuh no.2..

but bear in mind cara ni not make you rich. this is just part of saving juga. baru rule no.1 iaitu saving. untuk selesa tu insyaallah but you need to invest baru boleh dapat lebih. cara invest pulak rule dia lain. bergantung what type of investment la. property lain..saham, trading lain..bisnes lain.. yang ni kena ade knowledge kena belajar..baru jadi investor yang berjaya.

so kesimpulannya mudah. apa yang aku nak stress kan ialah mari lah kita ramai2 fokus kumpul aset..instate of fokus kumpul wang (fiat/dinar)..

em.tapi dan laginye..adekah maksud aset kita sama??hee

Monday, October 25, 2010

Kehilangan Bapa yang Dikasihi

Salam.

Al-Fatihah buat Arwah Tulus bin Yusof yang telah kembali ke rahmatullah pada malam 19-10-2010 pada usia 89 tahun. Semoga dirahmati dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Amin.

Arwah seorang yang istimewa dan baik dan Allah lebih mengasihinya. insyaallah.




sayangi dan berbaktilah kepada orang tua kita selagi ade hayat...kerana mereka tiada gantinya.

Monday, October 4, 2010

ODFD..overdraf vs fixed deposit

Ada orang bertanya..ok ke kalau OD cagaran FD ni...maklumlah ODASB dah freeze..al kisahnya aku buat masa ni takde ODFD..tapi aku cuba la explain sebaik mungkin..

bagi aku boleh je kalau mu nak buat..yang penting is nak diapakan dengan duit tu..apa matlamatnya??..just untuk standby emergency ka..untuk settle hutang ka cth cc..untuk saving ka..investment ka..apa starteginya..

janganlah mu buat ODFD keluarkan then masuk balik dalam FD konon nak buat saving biar compounding...macam mu buat dalam ASB tu..

basicnya mudah. still sama macam ODASB. ape jenis investment pun yang nak dibuat pulangannye mesti lah melebihi interest OD..

katakan lah: simple kira

OD limit 10,000 (minimum=100%)..
Faedah FD=+-2.8%..refer bank pilihan anda..
interest OD=blr-2=4.1%
investment??=katelah masuk dalam ASB..nak senang cite.=7%..(sebbaik kome ni bumiputra).

faedah= 7%-4.1+2.8=+5.7%..

so ade untung ka??masih untung bukan..cumenya cukup ke keuntungan banyak tu bergantung pada anda la..

dari segi risk..adekah bank boleh maintain bagi faedah FD banyak tu?(refer history bank pilihan anda)..kira juga berapa maximum blr untuk brake even..moniter juga kadar ASB (atau pulangan invesment)..dll.

benefit lainnye..bank tahu mu ade simpanan dengan dia..insyaallah lain2 offer akan lebih mudah..

adapun nasihatnya. ape pun system/plan yang dibuat. make it simple..jangan pusing banyak2..

and pegang 4 basic ni dalam ape rancangan pun:

1. set matlamat/tujuan.untuk ape...hendaklah bukan saja2 dan ikutan..
2. buat rancangan..ape tools yang boleh digunakan..pahamkan dan laksanakan ikut plan..jangan melencong plak..
3. monitoring and checking..ape kaedahnya. adakah masih on track. ade tak variable change..
4. action. bertindak atas perubahan. perlu juga flexible..dalam ape2 pun bisnes..trading..biasalah kalau kita tersalah penangkulan. tapi yang penting ape reaction anda terhadap perubahan/kesilapan tersebut. adakah anda wat dont know je..atau make it more better..atau mungkin ade pilihan yang lebih baik..

dll. boleh tambah ikut suka. terpulang...orite.

Monday, September 27, 2010

Kenapa ikat Loan ASB 25 tahun..??

salam

soalan daripada saudara Zaim..thanks untuk soalan.

aku buatkan entry la ye..sebab nak tulis kat ruangan komen tu agak panjang plak..

adapun ni antara ringkasan untuk sebab2 aku la..orang lain mungkin sebabnya pun lain..

1. umur masa aku start buat tu 24 tahun...well bunyi macam takut hutang 25 tahun..lamanya. tapi try mu kira umur aku lepas tu berapa??sedap2 nak dekat bersara. so valid la bagi aku..sebab tu mula lagi awal lagi bagus..

2. sebab aku nak jaga cashflow aku..lagi panjang tahun lagi rendah bulanan. so aku ade option dengan dividen yang ada. aku pun taknak stress kan duit poket aku untuk pikir nak bayar atau topup2 loan tersebut. boleh buat kira2 sendiri..atau worst case taklah aku pening nak cover by own money..aku tak buat sebagai force saving.

ASB just salah satu portion dalam portfolio aku (saham amanah yg boleh buat loan). so aku tak target untuk saving sampai 200k by my own money (terlalu banyak bagi aku). cukup lah simpanan yang ade. balance lain diusahakan ke tempat lain untuk investment..diversify.

Rule buat masa ni untuk aku simple. kalau hutang baik ade hasil boleh ikat panjang. at least make it pay itself. manakala hutang tak baik make it short (adakalanya bergantung pada situasi)..bergitu juga untuk property investment..

Rule kemudian untuk wealth creation lain sikit...tu kemudian lah.

Kalau dalam saham pun. atau ape sistem pun yang korang nak creat/plan. 1st rule is jangan rugi..maintain. turun naik ok tapi overall tak rugi. jika tidak, cut loss je /buang sistem tu. 2nd to maintain profit sokmo, sikit takpe tapi berterusan..system improvement. 3rd is to compound/berganda..

3. dari segi risiko dan keuntungan..em.not bad.

- ade insurance..in case..
- boleh terminate tanpa settle oustanding. ade lock period max 5 tahun tapi ade juga dividen 5 tahun. minimum risk..
- componding always FULL 7% (andaian) daripada 200k (amount loan) banding regular saving bergantung pada monthly saving. and juga bonus tidak dilupakan...sebab tu lagi besar amount lagi besar compound. lagi lama simpan lagi bagus..try kira banding regular saving 25 tahun..well ade orang kata ala untung berapa % je. tak bebaloi lah. tapi pada aku still profit juga..kalau 200k tu berape dapat? dengan risiko yang ade. em. berbaloi juge..

so ape yang anda risau kan. worst case anda tahu kan nak buat ape? yang anda bayar tu tak burn pun..

ianya sangat berbeza banding Personal Loan..kiraan pun lain. Personal Loan flat rate..ASB monthly rest..

adakah ok buat loan tempoh panjang.emmm..ape masalahnya?? adepun ia terpulang pada individu itu sendiri la. mana yang anda selesa..

ok ke jawapan ni??

Thursday, September 2, 2010

Apa Ada Pada EMAS..

salam. terlebih dahulu kawe mintak maaf banyak2 pada teman2, rakan2 geng2 Emas la ye...boleh discusi..

kepada pembaca blog MET..

ramai juga teman-teman saya yang mau membeli emas. saya tanya kenapa dan jawapannya, well emas ni consistence naik..ianya secure..emas kan limited...nah tengok harganya sekarang berapa..lumayan pak..so sebab tu saya mau beli...

pembaca yang dikasihi. aku taklah pandai..apetah lagi pandai banget. mestinya ade cacat celanya. tapi this is my opinion la ye..(dengan ilmu yang limited)..

saya ada juga cerita dalam tajuk2 lain. selit sikit. tapi ni kira khas la ye. saya tuliskan lagi..anda pun terpaksa baca lagi..

releven ke invest dalam emas pada waktu ni/sekarang/time gini..

link kitco. http://www.kitco.com/charts/livegold.
kalau anda buka link yang saya attach tu. cuba check history bagi emas. boleh tengok chart every year,every 5 year atau multi year...tengok keseluruhan chart. jangan 10 tahun lepas je..

summary: refer every 5 years from start to end..1975-2010.
harga gold pasaran dunia jatuh pada 1976 dalam 100 usd/ounce. kemudian naik melangit sehingga 850 usd dalam masa 4 tahun ++ pada sekitar tahun 1980.
kemudian turun dan turun sehingga paling rendah dalam 250 usd sekitar 1999-2001. dan naik sehingga lah sekarang 2010..1250 usd/ounce.

orang yang invest sebelum tahun 80an seronok lah. tapi orang yang invest masa high 850 usd 1980an?? dia akan brake even sekitar tahun 2008. lebih kurang 27-28 tahun?? makna lainnya untung lepas 28 tahun..??so ade berani buy time peak skarang..? soalannya how peak/high is high..

try tengok multi year punya chart dari tahun 1975-2010. sama kan lebih kurang slope dia naik.hu. kemudian anda tengok plak 2008. high dia lebih kurang 1000 usd sebelum dia retrace/turun. try high tolak low. (1000-250=750=8 tahun). before this (850-100=750=4tahun). haha ajaib dan magic bukan. cuma beza tahun ni dia retrace/naik lebih2 pulak banding yang tahun 80an.
kenapa naik mencanak 2008?? bukan ke sebab orang kata ekonomi down every 10 year ke? 87..97..2007..then masa ni orang beralih ke emas untuk secure. negara2 beli pukal..
then lagi kalau anda belajar technical analisis. kalau mu belajar Elliot wave. maka kat situ boleh nampak complete wave 12345..so kalau ni 2 way market boleh sell patutnya time ni.then hold.hu. tu bab technical..
soalannya. tahun 87..97..kenapa emas tak mencanak. tapi start 2007 -2008 naik. sebab masa dulu tu usd stabil..negara macam kita je tak stabil.hu. but this year usd parok/jatuh/merundum..so ramai switch investment..orang panic. takmo jadi macam zimbabwe (1 Dollar Amerika seharga 50.000.000 Dollar Zimbabwe). ni bab fundamental. em. kalau ade news lagi yang wat orang panic mungkin lah naik lagi..

ada paham?? so kalau anda kata nak buat untung kenapa beli time harga mahal??

mungkin lebih tepat untuk secure.
well..sebahagiannya mungkin..tapi kalau anda pikir luar kotak..mungkin jawapannya berbeza..
- aku teringat kisah lama2 dulu2..orang buat sistem bata..ok juga cara ni..
- atau mungkin duit yang ada ni aku involve dalam pertanian..walaupun aku takde emas. tapi orang yang ade emas misti mau makan juga bukan??dia mesti beli..takkan nak simpan je emas dia..bahkan kalau tak buat sesuatu emas pun kalau ditarah abis juga bukan. sama consept ngan duit.
- buat apa2 saja lah keperluan/service. pastinya emas bertukar tangan. pikir sendirik..
- soalannya berapa banyak emas yang kita ada/mampu beli. yang ade sekarang cukup ke untuk settlekan hutang rumah/kereta dll. kalau tak, nama buruk juge bukan. atau berapa lama ia dapat bertahan kalau guna beli lain2 keperluan??teringat plak mak ngan pak kat kampung.hutang takde..tapi ade kebun dan rumah..

so kesimpulannya tak semestinya emas untuk secure bukan..
kita tahu emas tu bagus. tetapi dunia memandang emas sebagai komoditi, dan juga ekonomi besar malangnya dikuasai oleh orang bukan islam.emm..buatlah pilihan yang molek. kita ni ciput je..
diorang tu kuasa besar pandai..time fiat nak jatuh beli emas..then fiat stabil jual balik emas tu dapat fiat lagi banyak lagi kaya..kita pulak yang ciput time ni baru nak beli emas.tapi harga emas plak dah start turun...emm...ni lah ekonomi sekarang. kalau main saham, trading, orang macam kita ni dipanggil ikan bilis. so follow la market. try mainlah saham/fcpo/forex mungkin baru nampak..hu.

sekian adanya...sapa mau sambung silakan...

ps: so hati2 la kalau anda beli then cagar..then terus beli emas lagi..sebab kalau harga turun dan terus turun tak ke seddih tu..melainkan anda cagar kemudian buy back kat betul2 bawah tu.ok la sikit..tapi dan cumanya upah simpan still ada..
atau sebenarnya kalau tahu boleh je jual beli target short term. beli low then high jual..kena tahu technical analysis la bila dia nak retrace balik..kena lah pandai tengok graf. bukan buy je then hold je..

pss: banding property, emas ni takde cashflow..kalau dah jual..boleh ke terus beli balik. harga tengah mahal..kena tunggu harga runtuh baru boleh buy back..banding property tak jual pun takpe.boleh je refinance. aset ade lagi..banding future juga ianya 2 way market..hu.

psss: tapi aku suka kalau dapat harga barang kemas murah2. banding bentuk bar..barang kemas leh jual kat makcik2..


Thursday, August 19, 2010

Kebocoran= poket bocor

Apa yang perlu dibuat bila -ve cashflow.

semestinya balance kan balik la.hee. boleh wat sendiri ni. em. tapi so far aku tak galakkan/kurang setuju kalau terus tambah harta/pendapatan kalau yang basic ni pun kantoi.

well yang sikit nie pun tak terjaga/tak sedar diri, tak balance. kalau ade duit lagi banyak lagi lah kang beli bukan-bukan tambah liabitily lagi banyak??em.make sense gak..takut-takut masalah lain pulak bila dah rambang mata tengok banyak duit.

em.so far ade dah sikit-sikit cerita pasal lupus hutang, pasal cc dan lain2 idea. baca juga comment2 yang ada mungkin dapat sedikit sebanyak gambaran.

secara generalnya.tanpa panjang lebar.

1. List kan segala expenses yang ada. catat sedetail boleh..yang fixed dan variable. variable kalau nak yang best catit untuk purata 3 bulan..

2. dah nampak kat mana bocor??eliminate terus..tinggalkan/jual/down grade/sewa/kurangkan. kurangkan liabiliti dan expenses sebolehnya.try balance balik..+ve..

3. sedar diri/menyesali dan muhasabah..saya berikrar selepas ni bla-bla..taknak buat lagi..

dah settle yang asas/paling penting tu. baru sambung yang bawah.

4. check aset lain yang ade. yang boleh membantu. seperti rumah ke..leh kuar kwsp ansuran bulanan..boleh refinance..tanah boleh diusahakan bercucuk tanam ternakan dll..barang2 yang tak guna tapi elok lagi boleh jual..computer part ke dll..

5. side income..shor term target..bisnes sambilan/kerje sambilan..

6. tak reti/tak minat bisnes boleh tukar keje lain yang lagi lumayan pak..tapi biar ade strategi beb. jangan main lompat je. tukar keje tapi bidang biarlah sama..supaya leh demand experience banyak dll. expert dalam bidang kamu..

kemudian bila sudah balance income expenses..dah sedar siri..dah ade +ve cashflow..dah ade emergency fund..dah ade modal..

7. barulah melabur dan insurancekan..dan wasiatkan..cari ilmu/belajar pasal pelaburan..tool2 dan kemudahan lain yang ada..


tulah sedikit sebanyak seadanya...

ok jack snook??

Tuesday, August 17, 2010

Semakan Status Halal Di Selangor Hotel

Salam. Dear Friends,

dalam kegembiraan kita berbuka terutama yang nak berbuka di Hotel..boleh lah check status halal terlebih dahulu. takut-takut kita ni puasa khusyuk siang hari tetiba lain pula jadinya..

halal selangor area (hotel).

w,salam.

Monday, August 16, 2010

Open Your Eye: Are We So Blind

There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.
-Albert Einstein


Saturday, August 14, 2010

About Property Financing

pelajaran hari ini.

Just sambungan bab financing duluk-duluk (selak belakang2 juga kalau belum baca)...

bab financing yang lalu aku ade bagi tahu antara bagusnya kalau term loan daily rest nie..

antara tricknya bayarlah rumah tu dua kali dalam sebulan. ianya sedikit sebanyak akan reduce interest loan anda.

but the real is pay dwi-weekly/nak lebih bagus. bayarlah dua minggu sekali=setiap 14 hari. bermaksud kalau anda perlu bayar rm1000 untuk loan anda. maka anda bayar setiap dua minggu sekali. iaitu 2 minggu pertama =500..then another 2 weeks 500. (14 hari sekali). so 4 minggu=rm1000..

dalam sedar tak sedar anda sebenarnya dah bayar extra 1000 setiap tahun..kalau loan ikat 30 tahun dah 30,000 extra tu. memang extremely reduce principle dan interest.

kalau bayar hari-hari lagi la.heee

well. sebenarnya apa yang berlaku..

setahun ade 365 hari..bahagi 14 hari (setiap pembayaran)= bersamaan 26 kali anda bayar loan untuk setahun.

26*500=13,000 banding bayar setiap bulan rm1000*12=12,000 setahun. kan extra rm1000 tu..dalam sedar tak sedar..

kalau rajin anda tick kat kalender la supaya anda lagi nampak ape yang berlaku..hee. em. tapi kalau anda fokus untuk reduce loan rumah anda. makanya pejam mata je..buat la gini...2 minggu sekali bayar..

well semuany ade pro and cons..buatlah ikut matlamat anda...

w,salam

Friday, August 13, 2010

Harga Semua Dah Start NAIK..

salam. pendek je entry kali ni..aku rasa elok pendek2 senang nak mengarang.hee

kenapa asal nak raya barang semua naik...ni semua salah sapa..nak marah sapa??pemborong..peruncit??kerajaan tak pantau..?? sebab harga minyak naik?sebab gula dan bawang??

mungkin la itu alasannya..well. time waktu lain leh kekadang berkompromi sket..time raya ni lain macam sikit..

dan sebenarnya..huhu. itulah namanya suppy and demand. tidakkah anda belajar...

dah korang pun sakan berbelanja time raya..mahal2 pun shopping tetap sakan juga bukan..rendang kena buat gak kan..so ade demand yang tinggi di situ. so ape salahnya naik sikit harga..he.

kesimpulannya

demand tinggi harga naik..
demand takde harga turun..

okies..


Monday, August 9, 2010

Investment Terbaik 2..

Quote:

Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.
Albert Einstein


Salam.

Em. Adakah anda kecewa dengan tajuk Investment Terbaik yang lalu??

Adakah anda mengharapkan tajuk tersebut sepatutnya adalah rahsia untuk buat duit dengan cepat pantas dan tuntas?? huhu. Hati-hati..

Takut-takut anda akan lebih mudah terpedaya dengan skim yang ala-ala gitu..

aku pun bukan lah pandai sangat. banyak lagi benda yang aku nak buat dan belum berjaya pun. hu.

adepun berkenaan rumah. property investment. ia sepatutnya mendatangkan keuntungan. kita semua mengharapkan begitu. caranya bagaimana masing-masing ade pandangan dan idea tersendiri.

why kita mesti buy below market. not at market prices. over market. not asal namanya rumah..em.rasanya semua tahu/boleh jawab tapi bikinnya kok lain. katanya lokasi best hot..katanya mana mungkin dapat below market..katanya rumah tu cantik..katanya kalau lambat nanti orang lain sambar..katanya aku kok dah lama nak invest2 ni tak sabar sudah..katanya sebelum duit aku abis ke lain baik aku beli rumah..katanya tak apa nanti lain tahun pasti naik harganya..dan lain2. banyak lah orang berkata-kata..

lokasi paling hot di shah alam. sapa yang tak tahu aku gitau ianya adalah di seksyen 7..so mari kita serbu beramai-ramai??he. berapa RM yang anda sanggup untuk buy..

pentingnya buy below market:

1. Aku rasa harga market skang agak mahal. mungkin lah boleh naik lagi tapi rasanya tak banyak. dah peak. mungkin lah aku salah. bayangkan jela sewa berapa sekarang. memang wow. tapi yang mampu sewa adalah student je..family kena pikir banyak kali lah. better beli daripada sewa atau sewa tempat lain disekitar terdekat. so perhatikan dikawasan anda juga..

em.tak percaya ke harga boleh turun.he. ade beberapa kawasan harga dulu sekitar 150..turun 145 130..then naik balik..145...kemudian mungkin turun sket sebab interest pun naik sikit. orang berhati-hati..fear..demand kurang sikit..

tengok jela skang pun kerajaan dah keluar skim baru melalui kwsp. well. supaya orang boleh/mampu membeli. well..gaji still banyak tu juge.

""kini berpeluang untuk membeli rumah yang lebih tinggi nilainya di bawah ‘Pengeluaran Perumahan Fleksibel’ yang diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang layak mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

Di bawah kemudahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2010, simpanan semasa dan simpanan masa depan ahli di KWSP akan diberi pertimbangan sewaktu ahli memohon untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi-institusi kewangan.""

Why?? mungkin ni lah tandanya kuasa membeli rumah dengan harga sekarang dah berkurangan.dah mahal??

so kalau dulu anda beli harga discount/below market 30%..kalau harga turun 20% pun at least still untung 10% bukan??. or brake even pun ok..

2. Well ade je cakap walaupun aku beli harga market/over market still +ve cashflow ma...

well. itu mungkin student rate. kalau family rate??is it ok still +ve.

well kalau kat geng unisel ramai juga dah pindah ke batang berjuntai. UITM baru di puncak alam pun dah buka..kalau supply melebihi demand mungkin kena ikut rate family la kot..

kan best loan monthly 400. sewa boleh letak 650-850. banding dengan bayar bulan pun dah dekat 600++.

3. soalannya. abis kulo tak jumpa good deal. sampai bila pun tak beli invest rumah la. em.tahla. ala bukan nak untung banyak pun.asal cukup syarat beli below and +ve cashflow buy la. barulah namanya untung sebelum membeli semasa dan selepas jual. kalau tak jumpa-jumpa gak??better carik investment lain kot.hu.

kata nak buat investment terbaik. percayalah. aku ade juga rumah. so far brake even je lebih kurang. sebaik la takde kos masa beli dulu. cuba bayangkan kalau cost RM10k..then cashflow brake even. soalannya bila/berapa lama modal nak cover balik?? tak ke duit mati tu..rugi2.hu. baik simpan je dalam ASB compound sehingga dapat good deal..ape yang nak dirushingkan sangat..dapat juga 7-8%..he. atau banyak lagi investment lain kat luar tu. kena belajar la..

em. tu mungkin lah antara cara yang ada dan mudah.untung masyuk dengan risiko yang paling minimum..baru lah cepat sket dana tu berkembang.hu.

lain2 rasanya dah cerita kat tajuk property yang ade..asik nak ulang dan tayang je pun tak best..boleh selak baca dan tanya..

bersambung..

Tuesday, July 27, 2010

La..macam mana boleh jadi macam ni..

Akhirnya terjawab sudah..patutlah lama sudah tak dapat credit card punya statement untuk bank islam...ingatkan kena block sudah ke ape..

rupanya terlebih bayar..ade lebihkan 600+..ish2. rugi2..nampak sangat management tak berapa bagus..hu.

pengajarannya. nilah kekadang aku pun bayar main ingat2 je..ni ade 4 credit card..mau terminate 2..mudah sikit. aku pun bukan guna sampai limit...

Thursday, July 22, 2010

Investment Terbaik...

Ramai orang tertanya-tanya..

Nak Invest kat mana..

Yang mana lebih bagus..tak da risiko..

ok tak kalau aku invest kat rumah..atau emas..saham amanah..fcpo..forex..stock la..ok ke kalau aku buat odasb topup asb..invest beli tanah lagi bagus ke..jadi petani..buat bisnes..dll.

ahhh..pening..

dan jawapannya.....

Sebenarnya tuan-tuan. Invest la tempat yang anda paling arif. yang anda paham. jangan ikut-ikut orang..

kalau anda tak paham, tak tahu. invest la untuk ilmu dulu...tak rugi tuan-tuan. ilmu ni pakai seumur hidup walau di mana jua anda berada..

23/7/10....

ok paham ye. maksudnya investment terbaik is invest dengan ilmu. bukan jenis investment itself..

sebab itu ade orang invest, contohnya dalam property tapi rugi..beli emas rugi..(ops org kata long term tetap/mungkin untung. tapi well kekadang lebih kepada wasting time je ).

Contohnya:

1. Anda beli rumah hari ini pada harga market price/over market..dengan harapan 5 tahun lagi harga kebaboom..(mesti 5 tahun ka??)..kononnya nak peram..

masalahnya cost anda bukan free. kena 10%..ade fee untuk legal insurance bagai..ade kos untuk rumah lagi dan juga bulanan loan rumah selama bertahun. total dia berapa?? dan anda mengharapkan untung setelah - (tolak) oustanding loan=100%..50%..ke 10%??katelah untung 30%..tapi kalau dah cost awal pun dekat 30% ape kes..

dan ini saya panggil duit mati..dan wasting time..kemudian lepas 5 tahun akan datang baru ade modal untuk invest kembali..??

26/7/10..

so..salah ke cara kat atas tu. emmm..bergantung kat matlamat dia la. kalau matlamatnya asal ade rumah dalam masa terdekat ni. maknanya dia dah success la.tahniah...

kalau nak kemas lagi. cadangan saya kena tahu lah atleast basic. market prices area sana berapa..rental berapa (bukan suka hati)..nak financing kat mana. lain2 urusan lawyer buat ape bagai aku pun kekadang tak ingat. yang penting, tahu lah ianya good deal ke tak..

kan molek anda tahu market area situ sekitar 150k..then dapat offer 100k+ (below market)..dah takyah susah-susah nak hoping-hoping 5 tahun/masa akan datang naik berapa...naik lebih sket kira bonus la tu..

jangan rushing-rushing. jangan hoping-hoping. cari dan study molek2. pada aku 1st kena pastikan cashflow..barulah boleh OPM. nak invest mana..nak invest good deal tapi -ve cashflow ke..nak buat loan lebih besar ke..nak dapatkan PL ke lepas tu pun tak jadi masalah..

ade je orang just bayar/cost deposit rm1ooo (under construction) then rumah siap dapat RM25k..tapi ape de hal..cashflow dia pun macam mana. +ve dia banyak mana. anda kena ingat tak semua dalam dunia ni indah belaka. kalau rumah tak siap2 macam mana??commitment anda macam mana...worst case anda ade pikirkan tak. apa plan anda..

kalau masih beginner macam aku ni kenalah hati2..

kalau sifu2 saham kata. exit plan lagi penting daripada entry point. 1. untuk mimima kan lost. 2. untuk take profit, tak exit awal..kalau pakar ni. masuk tang mana pun insyaallah selamat.hu. (note: aku bukan pakar).

ok. buat lah macam mana pun. asalkan cashflow anda cantik. +ve..lagi banyak lagi molek. mudah kan..

27/7/10

nanti kita bincang lagi panjang lebar pasal propety di tajuk yang lain..

2. Emas ni pun satu..orang kata naik sokmo...dan orang-orang yang kurang mengerti ikut sokmo je jugak..

ni record for every 5 years daripada 1975-2005...tapi ramai yang tengok dan diwar2kan cuma 5-10 years kebelakangan ni je..link gold history

kalau tengok situ..summary:

start tahun 1975 kemudian turun paling low 100+ pada pertengahan 1976 dan naik sampai 850+ dalam awal tahun 80an.=5 tahun
kemudian selepas 80an dia naik turun paling low 250+ ..paling high dekat 500+ sampailah 2001 test new low then baru la naik sampai lani..=dekat 20 tahun baru retrace..

so kalau mu beli masa awal 80an..bila brake evennya?? dalam tahun 2007-2008..gold 10 tahun

skang ni pun tengah peak..ade berani???

em.cantik gila graf..tahun 76 skyhigh..then turun..tahun 2001 sky high balik..em.bila la nak junam..emm.satu kemungkinan. history will repeat again??

30/7/10..

Aku cuba menamatkan hari ini. sebenarnya macam panjang lagi tapi try to make it simple la..

3. ok ye. jangan la semuanya anda invest, beli simpan manjang dengan harapan akan kebaboom je. lepas tu kaya raya...lebih kaya daripada orang yang kaya..

jangan hoping2 (kira berjudi juga tu.hu)..jangan rushing2. jangan invest kat ala-ala skim cepat kaya. duduk diam dapat duit..dll.

kalau anda main saham kenalah tahu kenapa harini nak buy or nak sell. kenapa anda nak beli property tersebut. mesti ade sebab. bukan sebab namanya rumah atau emas..mesti kena ade sebab yang releven. barulah masuk buy..lain2 tawakal la yop..he.

realitinya. basicnya semua benda adalah base on supply and demand. ianya sepatutnya balance. kalau ade demand ia naik..kalau takde demand harga turun..sebab tu harga emas..harga property sekitar..harga barangan boleh naik dan boleh turun. kalau ianya bukan sebab ecomonic sense..mestilah sebab common sense.

adatlah naik turun. kalau dah mahal sangat jap lagi turun la tu. berapa ramai yang mampu beli rumah harga 300k guna satu nama kat tempat anda?? orang kata harga naik je skang..tapi gaji tak naik2 juga bukan?? mungkin this time good to sell. not always buy..manusia tu ade emosi..hu.kalau dia rasa mahal cari yang murah..dll. yang invest ikut emosi nasib la..

4. Rasa-rasa anda la. kenapa ade orang kata property is the best..tapi ade orang kata emas..tanah..ade orang kata bisnes..ade orang kata trading forex fcpo..stock..mutual fund..

Sebenarnya tuan-tuan. Investment terbaik secara kasarnya is how much you kan make money from that investment. atleast tu bagi aku la..not invesment it self/type investment. sebab tu ade orang kata cpo, forex, saham not high risk. ade kate high risk. so ape yang kamu tahu tentang investment tu??

sebab ape orang emas kate emas terbaik atau mutual fund sekian-sekian terbaik..sebab dia jurujualbuat duit daripadanya..orang invest dalam tanah/property sebab dia buat duit daripadanya..orang yang buat bisnes yang main forex tentunya mungkin kata ianya lebih bagus daripada main property dan masuk dalam mutual fund. tak gitu?? dan begitulah sebaliknya orang yang non daripada category tu..lagi2 yang tak buat duit. risiko la..susah la bagai..

cumenya..dari segi security "mungkin" la emas..property..mutual fund..dll. but terbaik dari segi investment mestilah yang mendatangkan hasil..ape barang invest tapi tiada hasil pulangan??

yang terbaik untuk aku belum tentu juga baik untuk kamu. bergantung pada profile investment anda. buat lah apa yang kamu lebih arif..

5. Cadangan saya. 1st kena la tahu matlamat anda..kemudian apa tools/kemudahan yang boleh diguna..kemudian buatlah sistem yang mudah then follow jangan menyimpang..kemudian kenalah monitor variable change..dll tambahan.

matlamat anda nak target cashflow ke nak flip..jual masa terdekat..but still berlandaskan ilmu la ye. jangan hoping-hoping..kena ade sebab..ape factornya..location bagus untuk pelancong ke student ke..campur sebab developernya bagus ke..tu jelah tanah yang tinggal ke..dll.

contoh lagi..kenapa anda buat OD..kenapa simpan dalam ASB..

mungkin matlamatnya. sebab anda perlukan simpanan untuk hari tua atau bersara..so mungkin ASB adalah yang terbaik buat masa ni sebab untuk target long term ianya mestilah low risk..tak volatile (dulu singgit skang 0.30sen)..contoh saham mungkin invest untuk bond gitu..dah buat sistem then monitor kalau dah terlalu banyak mungkin boleh invest tempat lain..kalau buat loan..kalau interest sky high mungkin plan untuk terminate dan sebagainya..

Buat ODASB pun kena tahu apa matlamat..saya bagi contoh..mungkin untuk standby sahaja. takde plan untuk invest..mungkin anda buat plan..10% takle usik had maximum..10% lagi standby emergency kegunaan sendiri..30% lagi low risk masuk ASB biar compond..30% lagi sederhana mungkin property..20% lagi high spt saham..atau mungkin buat modal bisnes (yang anda arif)..so kalau salah satu tak jadi ade lagi yang lain..kalau 30% dah abis guna janganlah curi dana lain. tunggu la naik balik kemudian baru invest kembali..

ok lah tu moga2 terjawab sikit ape yang terbaik untuk anda buat masa ni..

salam sayang.hu






Wednesday, June 30, 2010

Lalang oh Lalang..

Sifu ade berpesan dan memberi tips..katanya.

""The best way to learn about investment is learn from your real life enviroment"". relate kan dalam investment..

em.macam mana tu??.

sambungnya. mu ni creative la sikit ish2. logic MET. cthnya. katalah ang nak gi jalan jauh. ang main redah je ka??ade tengok minyak tak??..air..meter..tau tak jalan arahnya...naik motor ke kereta..

ibaratnya macam tu lah. ang kena tahu margin (dana mu banyak mana)..ang nak jalan jauh tapi minyak sikit. mana buleh. dah tau minyak sikit jalan dekat2 dulu udah le..mungkin la jalan jauh masih boleh sampai tapi risikonya besar..

ang kena tau flow dia..arah dia..janganlah against market..kena tahu cara nak kendalikan dia..apa tanda2 amaran dia..kalau terlajak tersalah jalan..ngantuk nak buat ape??ape backup ang..ape plan ang..ang nak wat macam mana lepas tu..ape yang ang nak buat kalau ang dah salah. dah tahu sume tu adakah mu nak gamble..nak labur ke nak jadi lebur..

semua investment gitu lah..mana ade istilah redah..ang tak pandai bawak kete bawak la motor..guna ape yang mu paling pakar. tools2nya..tapi tak salah masih juga boleh belajar bawak kete...nak taknak je belajar..then bila dah master, mahir, paham, arif, barulah boleh bawak laju..leh shortcut jalan pintas..

dll mu tambah pikir2kan lah..

ok. sifu memang pandai..hu.

kesimpulannya..sifu kata mu kena pandai dalam 3 bab ni. MM (money management), 100%. Tools/teknik (apa nak pakai..yg boleh dipakai, type investment dan yang arif tentangnya). 100%. Yourself (emosi kena jaga..kena rasional) 100%. atleast purata dapat 80% pun ok. then insyaallah...

berbalik kat tajuk atas tu..kat rumah aku, kat kampung tu banyak rumput dan lalang bagai ni..puas sudah aku meracun..dia ni memang tak penat dan tak reti2 putus asa ke..tumbuh gak dia. aku tambak batu pun pantang ade celah sikit boleh je dia menyelit nak tumbuh..memang la spesis kaum dia kat mana-mana sume ada je kat bumi ni..memang bukan jenis yang mudah berputus asa...

em.terima kasih rumput..mu bagi aku sedikit semangat...

ok lah tuan2. memanglah lalang tu orang hok dok kata slalu jangan tiru macam dia. takde pendirian..but it is how you look at it. kalau tengok daripada perspective yang lain..anda pasti dapat belajar benda yang baru..

selamat..em.tak semuanya wajib betul tapi harus salah..pikir2kan..


Friday, June 18, 2010

Six W's

Who..What..Where..When..Why..Wow..he.

kawe tengah belajar-belajar untuk ber communicate dengan lebih baik..refesh benda basic yang telah diajarkan di sekolah. tiba-tiba muncul kembali dalam kotak pemikiran..Who..What..Where..When..Why..

em. tapi kena tengok situasi juga. ni bukan nak buat karangan. mau kena sebiji ''hang ni suka no jaga tepi kain orang la''atau ''mu ni banyak cakap la''hu.

ni tengah belajar-belajar cakap wow..and how..moga-moga ada lebih hasil...




Tuesday, June 15, 2010

I'm yours

Good Morning...

Monday, June 14, 2010

Kekasih ku yang merajuk..

lagu untuk buah hati..layan.


lirik:

Ghita, I'll wait for you tonight in the gate
Near the school's gate
Come, but don't come like you do
Usually empty handed
Who else is going to wait for you like me
A whole night just for you.
Ghita, show me another girl
Who loves you this much
The jacket is on the hanger,
Outside there is no sun,
Nothing's ever good ever since...
I've been thinking about Ghita (a guy's name)
But Ghita is not in town,
I've enquired,
It seem that he's left,
Over the border...
Hard, it's very hard for me,
I want, but I don't know what,
I know that you like me too,
So tell me Ghita, why aren't you saying anything?
Either come, or go,
Either say yes, or no,
Please, don't make me mad,
Ghita, what's up with your life?

Aktiviti Kat Kampung

hobi kat kampung..dalam system ni ade ikan ketutu..puyu..jelawat..ikan guppy longkang..duckweed..tanaman celery..kesum..paku pakis..



consept/system operasinya mudah:

1. pump akan pump air daripada fish tank ke grow bed (plant). kemudian akan masuk ke dalam fish tank balik. flushing daripada growbed ni also create oksigen untuk ikan.

2. asasnya hasil makanan ikan dan kumbahan ikan akan create ammonia..ammonia dan nitrate yang tinggi boleh menyebabkan kematian pada ikan. tanda kehadiran ammonia boleh di kesan dengan mudah apabila air berbau (kan time mu membuang pun berbau.hu). atau boleh beli ammonia dan nitrate test. that,s why korang tukar air. but hati2 juga dengan klorin.

3. pada grow bed ade gravel/batu sebagai tempat lepak bakteria baik. bakteria ini lah yang akan menguraikan ammonia tadi kepada nitrite dan kemudian nitrate. pada grow bed ni kita buh pokok untuk absorb nitrate (tak salah tanam pokok kat batu asal ade nutrian nya). akar2 pokok juga adalah tempat bakteria lepak.

4. but air tidak boleh terlalu lama dalam growbed supaya akar pokok tidak lemas. dulu pokok (selain kangkung) aku kurang menjadi. then aku try buat bell valve (sifu affnan) supaya air tersebut flood and drain automatic continuously. alhamdulillah berjaya.

5. untuk mengelakkan penggunaan lektik yang tinggi aku pasangkan juga timer.

6. ikan ketutu aku makan anak ikan. so sebelah grow bed aku tu aku bela ikan guppy longkang. dalam tu bukan air hijau. tu duckweed. ianya untuk makanan ikan talapia aku kat tangki lagi satu..kangkung pun ok juga.

7. kesimpulannya. air tak perlu nak tukar2. penjagaan dan maintenance pun sangat kurang kecuali motor pump yang lain tu pvc paip je. so dengan ini adelah sikit ulam dan ikan untuk kegunaan rumah..comming soon scale yang lebih besar sedikit.

orite. tu sharing for today..

Thursday, June 10, 2010

Realiti Yang Pelik Tapi Benar

Semoga menjadi pelajaran dan perangsang dan juga pedoman.



Apa yang ditunggu lagi tu..

Monday, May 31, 2010

Soalan dan Jawapan

emmmmm...lama sudah bersawang blog aku ni.hu. kekadang malas menulis..kekadang sebab ilmu pun limited (bukan limited adition). benarlah ayat pertama Allah turunkan Iqra' maka bacalah..READ..

orite..berbalik pada tajuk atas. ade member bertanya itu hari berkenaan CC caj kad..

MET tahu tak cara ODASB+kad kredit

banyak blog bincangkan tentang ni..

contohnya..

cash advance dari bank islam rm1000K dikenakan rm12 atau rm25 diambil dalam tempoh statement due hingga due date saje.. takde interest cuma kos pengeluaran sahaja..

betul ke?
duit tu dimasukkan ke dalam akaun OD bersama gaji sebelum dikeluarkan semula dalam jumlah 30% gaji bulanan dan dimasukkan ke dalam akaun ASB..

huih.. pening jugak tengok diorang yg betul2 boleh manipulate sistem kewangan bank ni..

jawapan MET..

yang pasal kad kredit tu mudah je. just kira la interest OD mu dapat save berapa??then caj yang dikenakan berapa..katelah OD mu dapat save interest RM10..so kalau caj credit kena rm12 so rugi rm2 kan..no point le...

cube mu try keluar kat counter. maximum leh berapa RM??. then kira kalau berbaloi ape salahnya. untuk makluman caj dikenakan perwithdraw. so keluarlah semaximum boleh.kalau kat ATM ade limit..

Kalau creative lagi sikit..

dulu interest mahal tinggi..so boleh buat pengeluaran then part kat OD..untuk reduce interest OD..still jimat banding caj yang dikenakan..

sekarang??

banding kalau dulu anda masuk dalam OD..kini anda masuk dalam ASB. Dividen ASB lebih tinggi berbanding OD..daripada reduce interest OD sikit baik compounding dalam ASB banyak sikit..
kisah ni samalah macam anda masukkan gaji semua dalam ASB..then belanja guna OD..interest calculated base on penggunaan harian anda dan berapa lama OD anda susut dan bertahan dalam tu. manakala dividen anda kira full..gaji 3k..part dalam ASB. awal bulan.so dapat dividen sebulan untuk 3k..

kiraan detail untung rugi kira sendiri lah ye.huhu.

dan sebenarnya..

gunakanlah kemudahan tersebut sebaik2nya. contohnya buat pengeluaran then buat modal bisnes ke. cth targetnya sebulan untung lebih rm12..orite. lebih mudah kira dan congak..make it simple..


Thursday, May 27, 2010

Apa Yang Anda Wajib Tahu

Apa yang perlu anda lakukan jika ade kecemasan dan ketika itu:

1. Telefon anda dan semua yang ada tiada credit. mana tahu kot time anda jumpa mangsa credit abis.

2. Ketika itu semua telefon yang ade mempunyai password..lock. maklum la canggih. then yang ada cuma telefon si mangsa..yang tidak sedarkan diri..yang mempunyai password. nak call 999 pun tak boleh.

3. Ketika tu tempat tersebut tiada talian maxis atau anda pakai celcom tapi line takdak situ..

jangan risau mahupun gelabah. sila dail no. 112. ianya tidak memerlukan credit..boleh unlock/brake password..dan jump ke talian yang ade ketika itu..

anda boleh cuba sendiri. but then kalau sesaja call tanya kabar/luahkan perasaan pada operator. sila menjawab sendiri dimuka pengadilan ya..

soalnya lagi: kalau semua telefon yang ada tiada bateri??. sila jawab sendiri.

sekian adanya..sharing is caring.

Tuesday, May 25, 2010

APA Yang Perlu Dilakukan..

soalan sy mcm nie...

andai kata sy mempunyai RM40k dlm ASB apa langkah pertama yg paling baik utk sy bt???

Sblm nie sy dah bt PL sbanyak RM125k dgn Bank Rkyt dgn bayaran sbln RM1.6k. Tp hanya RM40k je lah baki yg ada skarang.

Utk pengtehuan saudara jg, sy baru shj diberhentikn keja.

Ada x langkah / cara terbaik utk sy selesaikn mslh sy???

Ada sapa boleh bantu saudara/ri nie??

Thursday, May 20, 2010

Macam Mana Nak Buat ODASB

Secara simplenya:

1. Kena ade dana minimum 11k untuk cagar ke RHB dan lebih kurang 12k untuk cagar CIMB dan Maybank. Maximum 200k..
2. Pergi PNB (permodalan nasional berhad) terdekat then cakap nak convert kepada sijil untuk amount sekian2...
3. Kemudian pergi ke bank pilihan sama ade Cimb, Rhb, atau Maybank. Tanya rate OD dan term daily rest ke month..margin OD yang dia boleh bagi...bank provide ape je cth ATM card..cek book..dotcom card..lain2 tanya juga..then tanya fee dia untuk process bagai dan last ape yang dia perlukan untuk buat ODASB..ni standard pertanyaan..
4. buat pilihan bijak..then bagi ape yang dia perlukan.
5. process dalam 2 minggu untuk sign LO dan urusan PNB (bank buat).then target seminggu kemudian duit boleh keluar..

orite. tu kot lebih kurang process dia. mudah saja..lain2 pertanyaan tak clear tang mana leh tanya jgn segan-segan..

Thursday, May 13, 2010

Yang Mana Pilihan Kalbu 2..

Detailnya ade pada cik Wida dengan tajuknya http://emasdantanah.com/blog/2010/05/11/pelabur-hartanah-macamana-anda-nak-jadi/. Sila lah baca ye..

So anda pula jenis pelabur yang bagaimana ye??

20/5/10 update:

refer juga update daripada cik Wida kita.

boleh juga refer tajuk lama yang-mana-pilihan-kalbu

so kesimpulannya:??

CA=Capital Appriciate
CF=Cashflow

pada aku. 1st priority adalah pada cashflow. capital appreciate is no. 2...itu pun untuk CA ade tapisan awal..

antara sebab:
1. untuk ape jenis investment pun. kita kena ade asas yang kukuh. tapak kenalah kuat. jangan risau. kalau dah ok yang asas ni yang lain tu cepat je. untuk jadi kaya tu satu hal..tapi untuk tidak menjadi papa tu lagi banyak hal..ade juga sebelum ni saya cerita pasal hoping2..kebanyakkannye macam tulah..beli landed target CA..tapi then akhirnya??jangan ikut orang lain. diorang tu hangpa tahu ke backup dia macam mana??gaji/income dia besar mana banding expenses dia??

2. yup..kenalah study untuk target cashflow tinggi..sebab tu antara factor penting selain location is Financial IQ..kena tahu nak financing kat mana yang lebih menguntungkan..berapa cashflow dia..lain2 tools facilities yang boleh membantu dll.

antara advantage cashflow tinggi ialah mu boleh refinance rumah tersebut semaximum boleh tanpa perlu risau. tak perlu juga jual untuk dapatkan hasilnya bukan. itulah istimewanya property banding lain2 seperti gold ke..so gunakanlah keistemewaan ni.

3. CA juga penting (yang bagus medium to high end). but sebagai pemangkin untuk dapatkan dana. then untuk di investkan lagi untuk return cashflow yang lebih tinggi...duit banyak=kaya??ade juga jutawan dapat duit banyak2 jutawan segera tapi akhirnya?? saya ade cerite ingatkan sebelum ni?? yang aku nampak jalan selamat is park sume dalam ASB then belanja daripada dividen yang ade dan semestinya expanses kenalah lagi rendah. kalau tidak lama-lama susut juga bukan??

tu pun kalau lah korang nak aim for financial freedom. maksudnya mu tak kerja pun still boleh survive bukan. ade pasif income. lagi-lagi, nak-nak masa bersara kelak..ataupun lagi awal dari tu anda dah keluar daripada rat race..

Ape pun akhirnya is cashflow. tak kisahlah daripada hasil property mahupun bisnes, dll..

Untuk CA pada aku mungkin lebih kepada target short term investment. kalau yang target long term tu lagi long la baru nak merasa...hu. kalau anda beli landed target nak jual after 10-20 year time bersara sila hati-hati. takut-takut nanti jangan anda dah tangkap cintan pulak dah le (jiran semua anak bini dah kenal, rumah renovate habis). kang langsung takde hasil..

4. Cashflow penting wo..kalau lah anda ade lebihkan duit. tak kiralah memang gaji besar sangat ke atau hasil daripada investment anda. macam-macam anda boleh buat tanpa risau-risau. nak invest bisnes boleh..nak buat loan nak besarkan empayar boleh..nak beli rumah CA tinggi tapi cashflow -ve..nak buat homestay tanpa risau sambutan hangat ke tak..nak main saham..then akhirnya kalau semuanya tak menjadi..anda tak pening kepala bukan. tulah pentingnya cashflow..paham sudah??

cth situasinya begini: anda ade lebihan cashflow +1700 (cth investor A). then anda boleh spent 200 untuk backup homestay anda..1000 untuk landed/condo/shop lot/tanah -ve cashflow..500 lagi untuk loan besarkan bisnes..tapi akhirnya fail. so effect dia just brake even bukan. sebab +1700 tu adalah hasil pasif income/lebihan duit anda. ni cerita gambaran mudahnya lah. perjalanan sebenar dia semuanya kena ade ilmu...

pendek cerita: lagi banyak +ve cashflow anda lagi banyak you can take the risk...lagi banyak you boleh buat..lagi low risk anda (ade ilmu pun low risk juga)..lagi nyenyak tido anda...bukan totally sebab duit anda ade 500k..then boleh invest 500k..kalau ianya memberi pulangan -ve 1000 ape you nak buat?? faktor pengurusan diri satu hal..faktor luar yang tidak dapat dielakkan juga lain hal..

last ape pilihan aku:

Of cause dalam pertimbangan sekarang/buat masa ni (untuk property) aku prefer dapat kedua2nya sekali. kalau cashflow ade tapi at market price aku letak tepi dulu..berapa banyak tu tak kisah janji below market. cashflow takde bukan pilihan dihati..

Cadangan plan daripada saya. mungkin 1st invest untuk tambah cashflow..then plan la ikut mana pun tak kisah untuk dapatkan dana tambahan then invest balik untuk cashflow..lagi tinggi, makin tinggi cashflow lagi baik..

p/s: kalau anda memang orang-orang terpilih macam member tu. gaji income besar expenses sikit..+ve cashflow tinggi. better go to high end terus..untuk pulangan CF yang lagi tinggi..

sekian adanya.

Tuesday, May 11, 2010

Bagi Orang yang Berpemikiran

Tips yang mudah dan simple untuk dipraktikan. baik jua untuk kesihatan poket anda.

1. Maksimumkan atau Perbanyakkan minum air kosong/mineral..tak kiralah dirumah mahupun di warong. ianya putih dan menyehatkan. setidaknya 8 gelas sehari untuk menyokong sistem badan kita yang terdiri daripada 60-70 komposisi air/bendalir.

http://dnavecheebeauty.blogspot.com/2009/01/air-kosong-penawar-pelbagai-penyakit.html

http://www.tip.kuruskanbadan.com/tip-kurus/air-untuk-buang-lemak/

faktar lain: anda dapat menjimatkan wang saku anda atleast Rm0.80 ketika makan dikedai mamak..

2. Kurangkan makan di luar. kalau dah buat yang ni. kurangkan pula makan dirumah.hee??yup. tetapi maksud saya adalah dari segi kuantiti bukan dari segi acap kali malahan kualiti juga diambil kira. bukan maksud kurangkan tu kadang-kadang je makan dirumah..bukan yang tu ye..

sebenarnya badan lebih memerlukan 80% kandungan yang terdapat dalam sayuran dan buahan berbanding cuma 20% daripada kandungan yang terdapat dalam nasi, daging dll. tetapi kita pula terbalik. nasi 80% sayur 20% malahan kadang-kadang takdak sayur langsung.

cuba bandingkan harga sayur dan daging (ape2jelah)=jimat+insyaallah lebih sihat.
tidak makan luar=lagi jimat

3. Berhenti merokok. em.dah gaharu cendana pula..tak perlulah anda beria-ria menceritakan tentang kebaikan merokok pula. saya tahu sebenarnya bercakap lebih senang daripada berhenti. tapi sebab ape ye jadi begitu? sila pikirkan juga. dan juga sebab anda rase sihat sekarang kerana kesannya adalah akan datang..

rokok lepas ni tinggal minimum 20 batang sekotak. ianya tak sedap selepas 3 hari.

tidak merokok=atleast jimat 10 kotak sebulan=jimat RM...??=lebih sihat

tak tahu atau tidak percaya tidak mengapa. http://bahayarokok.blogspot.com/

4. Banyakkan sms daripada call. yup macam leceh lo. tahulah anda ade plan rm60 la..call awek free la. ape la..tapi sms insyaallah lebih murah.

pakat-pakat la dengan wife ke makwe ke. kalau plan RM60..sms rasenya RM30 sangat-sangat cukup. jimat anda..kalau betul-betul penting takpe gak. tapi kalau setakat hai sayang dah makan??tgh buat ape tu ye..emm??pakat-pakatlah sms je..sesekali je call barulah surprise meluahkan rasa rindu. barulah best..

ops kalau anda boleh buat duit dengan panggilan tu ape de hal kan..

kalau guna YM..skype..email..agak boleh jimat berapa??

5. simpan setiap kali anda dapat duit syiling ke dalam tabung. 10 sen yang ade kat kocek macam tak berharga. tetapi bila tabung dah penuh baru anda akan perasan.hee.

em. haritu simpankan duit mak di asb rm84..semuanya syiling belaka. ok lah tu kan. syiling beb. ade hasil..

6. semestinya dah kumpul masuklah dalam bank. selain selamat ianya lebih mendatangkan hasil banding hasil dibawah "bantal"..dalam "almari baju"..dll. bayangkan kalau sampai setahun. berapa rugi tu. kesan inflasi anda tak kira ke..??

janganlah penting diri sendiri. saya tahu duit anda banyak dan di simpan dalam bank. tetapi ingatkan juga kepada adik-adik anda..mak bapak yang dah tua mungkin..

7. yang ni dari dulu sudah bilang dan di ingatkan kembali. sebelum beli sila pikirkan ianya memang keperluan anda ke atau sebab ade sale dan kemahuan anda semata..
jangan terburu-buru..kalau sales insyaallah tahun depan ade lagi kok..takkan tiap tahun mau sapu. atleast plan leklok..selamatkan poket anda sejaya boleh.

8. dll banyak lagi..

kesimpulan: daripada simpanan hasil penjimatan ni anda boleh guna untuk kegunaan kecemasan..perlaburan..ataupun modal bisnes..

selamat beramal..

Thursday, May 6, 2010

Feedback Daripada Pembaca

Daripada seorang member katanya. tempoh untuk pinjaman buku terlalu singkat. tak done nak abiskan dalam tempoh 5 hari..nak jaga anak lagi..keje lagi..nak jaga suami..jaga isteri..nak catit hafal-hafal..nak pahamkan..dll. tapi kalau lama sangat aku takut risau-risau korang akan buat rojak je buku aku tu..peram.hu

so kalau anda pula. kebiasaannya berapa hari yang diperlukan untuk menghabiskan sebuah buku? saya bukan kisah sangat. asal rakan-rakan berpuas hati ok lah tu..tapi aku bukanlah dapat free buku ni. so harap paham2 la.hee. bukan mahal sangat pun. masih menjimatkan lagi..

yang penting jaga leklok ye..

kalau takde yang berminat pun takpe..he. bukan saya rugi. kalau berminat ye alhamdulillah. korang dapat ilmu..aku plak dapat budget-budget beli koleksi lain.hee. paastu korang leh baca juga. tak gitu??

orite. adios amigos..

Tuesday, May 4, 2010

Kalau lah Anda Main Saham

Aku cerita yang two way market la ye..sebab ianya lagi best.hee.

tanyalah pie2020.com. propit sokmo..

Ok. selain tu kita tengok ape yang kita boleh belajar daripada saham ni..apply juga untuk apa-apa investment dan bisness..

1. you can buy low and sales high..and also sales dulu then buy kemudian..em.semua orang boleh berbisnes. just buy low then sales high atau kalau you takde stock/modal..you boleh je sale dulu high (cari buyer) then baru buy the stock..kan sebab tu kita bagi nama dia= trading..

2. there is always have a cycle.up and down..just prepare..kalau you terlepas bas. jangan risau..akan ada good entry point lagi. semua investment begitu lah. tapi kenalah belajar. kalau tak, macam mana nak tahu it is good entry point ke tak..you buy property over market tu bagus ke??

3. money management sangat2 penting. kena tahu juga risk and reward. tiada maknanya kalau you win 10 times but bila loss sekali terus kena margin call..you buat bisnes..untung RM10..kemudian labur balik RM10..rugi..maka hasilnya?? so cara mana yang paling molek sila pikirkan..

atleast harap-harap korang pernah dengar tentang cut loss..

4. There is tools yang boleh kita guna seperti rsi ew macd..support resistance..candle..pattern dll. carilah indicator anda..buat plan tindakan anda. dont be a gambler. be smart investor or businessman. setiap perkara tu kalau diselami betul-betul mesti kita nampak tanda-tandanya. tak kiralah bad ke good news. cewah. so sila perhatikan betul-betul sebelum anda buat bisnes atau invest.

5. jangan hoping lebih-lebih..nanti keciwa.he. follow the market..kan lebih mudah. follow demand. bukan tak boleh melanggar arus ni..tetapi siapalah kita ni cuma ikan bilis. so buat masa ni..kalau orang suka benda tu kita supply lah benda tu..kalau dah out dated dah kurang permintaan kita carilah benda lain..sila memahami kehendak pasaran..

cumanya dengan berbekalkan ilmu yang ada kita boleh la jadi antara yang terawal dalam pasaran..

6. dan sebenarnya orang yang buat duit ni mental, fizikalnya, comitmentnya lain. bukanlah benda yang boleh kita buat sambil lewa. buat partime income kedua ok. tapi commitment kena full time beb.hu. tanyalah semua usahawan yang ada. bagaimana mereka berjaya. akhirnya semuanya balik pada diri sendiri. are you prepare??are you ready?? get set and go..he.

kalau stress jgnlah trading hari ni...

ok lah. tu jela entry untuk petang2 suam2 hari ni. ngantuk pulak rasanya..kat luar hujan..

Friday, April 30, 2010

Touching sungguh...

Ibu Bapa Bukan Liabiliti-penulis asal

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan
tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5
ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah
akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas
untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi
saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak
terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’,
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi
selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih
ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,
ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau
tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak
saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara
gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang
berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

BerNiaga Tanpa Modal

Petikan Asal

semoga anda lebih bermotivasi hari ini..


(Artikel ini merupakan artikel asal yang telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 25 Mac 2010 di bawah tajuk “Modal Bukan Prasyarat Mutlak” dengan beberapa pindaan oleh pihak editor)

Sejak lebih setahun lalu Johor Corporation (JCorp) telah menggerakkan usaha mendekati pelajar melalui program Seminar Gerak Usahawan Siswa / Pelajar di sekolah dan IPT seluruh negara. Ia untuk menanam minat berniaga dan menggalakkan lebih ramai pelajar dan graduan, khasnya Melayu, Muslim dan Bumiputera memilih keusahawanan dan bisnes sebagai kerjaya pilihan.

Sepanjang 2009, lebih 15,000 pelajar dan mahasiswa dari 36 buah IPT dan sekolah telah menyertai program ini yang dianjurkan Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), dengan kerjasama pihak sekolah, IPT dan agensi berkaitan di bawah tajaan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, iaitu syarikat dalam Kumpulan JCorp. Melalui program ini, saya dan rakan daripada JCorp termasuk Pengarah Urusan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Jamaludin Md Ali, serta beberapa orang usahawan yang juga ahli Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menemui pelajar untuk berkongsi pengalaman, membuka peluang kepada mereka mendekati usahawan berjaya yang boleh dicontohi, berdialog dan berinteraksi secara langsung.

Selain itu, ia juga bertujuan membuka minda pelajar terhadap peluang, peranan dan potensi dalam pembangunan ekonomi ummah dan negara yang dipacu bisnes. Jelas sekali prospek kerjaya masa depan pelajar hari ini tertumpu di sektor swasta dan menerusi peluang yang dijana oleh bisnes dan industri. Kerap saya tegaskan bahawa sistem ekonomi moden pacuan bisnes ini menepati anjuran Islam bahawa sembilan persepuluh sumber rezeki dan peluang ekonomi terdapat pada perniagaan dan bisnes.

Dalam sesi ini, perhatian pelajar ditujukan kepada hakikat bangsa Melayu dan umat Islam rata-rata keciciran dan lebih ramai yang miskin berbanding umat lain, sama ada di Malaysia atau negara Islam lain. Puncanya kerana umat Islam sebenarnya tidak menterjemahkan ajaran Islam mengenai pentingnya bisnes dalam realiti kehidupan bermasyarakat.

Dengan demikian, sesi ceramah seperti ini akan saya gunakan untuk menekankan betapa umat Islam wajib menjayakan bisnes dan berusaha menjadikannya sebagai perjuangan bertaraf jihad. Jelas sekali, betapa umat Islam di negara miskin begitu mudah ditindas, dizalimi dan diancam kehidupan beragamanya, semata-mata kerana kelemahan ekonomi yang memaksa mereka bergantung harapan dan nasib kepada bantuan negara maju yang kerap mengambil kesempatan daripada kelemahan mereka.

Ada juga antara mereka yang ”dijajah semula” apabila sistem ekonomi dikuasai orang lain menerusi kawalan ke atas pelaburan dan kewangan, sumber keuntungan, kuasa membeli dan pasaran. Demikian juga apabila hak milik industri, hartanah, teknologi dan harta intelek seperti jenama dan paten serta kuasa korporat bernilai tinggi sebahagian besarnya tidak berada di tangan umat Islam. Terdapat negara Islam yang rakyatnya lemah akhirnya dianiaya dan dirampas hak serta kebebasan setelah hilang upaya serta kuasa.

Keadaan ini seolah-olah menyebabkan seluruh umat tidak lagi bermaya dan kalau pun ada yang kaya, misalnya dengan kekayaan hasil minyak dan gas, ianya tidak memperkasa umat kerana kepincangan struktur ekonomi, sosial dan politik yang melemahkan. Apabila umat yang dijanjikan agamanya sebagai umat terbaik atau ”khaira ummah” itu lemah, menjadi mudah ajaran agama agung itu diperkecil serta dipersoalkan kebenaran dan kesuciannya.

Dua penulis Amerika yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Presiden Amerika, George W Bush, iaitu David Frum dan Richard Perle menulis dalam buku mereka bertajuk ”An End to Evil – How to Win the War on Terror” menyatakan bahawa ketewasan dan kekecundangan umat Islam bukan sahaja melukakan hati umat Islam; semua ini mencabar kebenaran agama Islam itu sendiri! (“Islam’s defeats and disasters have been more than a wound to Muslims; they directly challenge the truth of Islam itself!”)

Di sini letaknya sebab utama kenapa umat Islam wajib memperkasa ekonomi dan wajar menjayakan bisnes dengan menjadikannya sebagai perjuangan bertaraf jihad. Daripada kejayaan usaha bisnes dan korporat akan lahir kuasa ekonomi untuk membebaskan umat dari kemiskinan. Kemudian mengembalikan kuasa ketenteraan, sosial dan politik umat.

Dalam sesi interaksi dan dialog di akhir seminar, antara soalan yang paling kerap diajukan adalah bagaimana cara untuk memulakan dan menjayakan bisnes sedangkan mereka tidak memiliki modal. Justeru, pelajar lebih mengharapkan organisasi seperti JCorp atau badan Kerajaan menyediakan bantuan modal kepada graduan bagi memulakan bisnes. Pada persepsi mereka, modal adalah faktor kejayaan utama (critical success factor) berbanding lain.

Saya percaya persepsi ini mencerminkan persepsi umum di kalangan hampir semua usahawan Melayu yang ingin berbisnes. Sebahagian besar mereka akan tergerak untuk berniaga hanya sekiranya tersedia sumber modal dan pembiayaan kerajaan. Mereka tidak fikir sekalipun modal itu penting, tetapi ia bukan prasyarat mutlak bagi memulakan dan menjayakan perniagaan.

Saya kerap menonjolkan contoh bangsa lain seperti orang Cina yang lebih tinggi daya keusahawanannya. Sekiranya diperhatikan, warga Malaysia berketurunan Cina ketika datang ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak asalnya miskin dan tidak berharta. Malahan ramai yang datang setelah keluarga mereka di tanah besar China bergadai bergolok dan berhutang membiayai tambang dan sara hidup mereka yang mencari rezeki dan kehidupan baru di seberang laut. Mereka hidup menderita, kerap ditindas dan dizalimi orang tengah dan agen yang membawa mereka ke tempat baru.

Mereka tidak dilindungi undang-undang dan tidak mendapat pembelaan pemerintah yang ketika itu dikuasai penjajah. Mereka juga tidak mendapat bantuan peruntukan kewangan kerajaan. Setelah merdeka tidak ada Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mereka.

Ketika kecil, saya pernah melihat bagaimana susahnya kehidupan orang Cina di kampung saya di Muar, Johor. Kebanyakan mereka ketika itu tidak memiliki apa-apa. Rumah mereka hanya berlantaikan tanah dan lumpur, sedangkan rumah Melayu ketika itu lebih selesa, tersusun rapi, dan bersih. Ramai yang menumpang dan menyewa di tanah dan kebun Melayu, termasuk tanah rizab Melayu. Kehidupan mereka cukup susah sehingga ada yang cuma mampu makan bubur, terpaksa berjimat cermat dalam kehidupan harian dan berdikit-dikit. Apapun, yang paling ketara, mereka kuat kerja, cergas dan tinggi daya usaha untuk membela nasib dan membina kedudukan ekonomi keluarga masing-masing.

Dengan berdikit-dikit, kerja kuat dan berjimat cermat, mereka menabung dan menghimpun modal sehingga akhirnya berupaya membeli tanah ladang dan membina rumah kedai. Saya melihat sendiri bagaimana mereka berusaha mengatasi kesempitan modal yang menghantui mereka. Ada yang membeli dan mengumpul surat khabar lama, botol terpakai dan besi buruk di kampung. Namun akhirnya, kalau generasi pertama mereka datang ke kampung membeli besi buruk, generasi kedua dan ketiga hari ini berjaya membina kilang besi waja dan menerajui bisnes besar-besaran di kota sehingga menguasai ekonomi negara!

Demikian juga hari ini kita saksikan bagaimana pendatang seperti Indonesia yang mulanya sehelai sepinggang turut berjaya membina keupayaan sendiri dan berdikari akhirnya. Ada yang bermastautin buat beberapa tahun, akhirnya kaya raya sekalipun mereka tidak mempunyai modal dan tidak mendapat manfaat daripada sokongan dasar dan bantuan kewangan kerajaan. Perhatikan bagaimana terdapat warga Indonesia (sama ada dengan izin atau tanpa izin) kini berjaya membina kehidupan mewah.

Kerap saya tonjolkan, misalnya peniaga asing di pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Terdapat pekerja asing mulanya berkerja sebagai buruh kasar seperti menjadi tukang sapu dan pembuang sampah di pasar berkenaan dan pasar awam lain. Mereka juga tidak ada modal dan tidak mendapat sokongan bantuan daripada mana-mana pihak.

Mereka sangat rajin berkerja. Mereka juga memerhatikan kebiasaan dan tabiat masyarakat kita, sama ada secara sedar atau tidak, kerap melakukan pembaziran. Misalnya, sayur-sayuran dan buah-buahan yang rosak sedikit akan terus dibuang oleh peniaga di pasar. Daripada bahan buangan inilah pekerja asing ini menjadikannya ”modal percuma” dan sumber kemewahan masa depan mereka. Buangan ini dikutip, dipotong bahagian yang rosak dan bahagian yang elok disimpan dan dijual semula di pasar malam. Berkat kegigihan dan kesabaran, mereka mampu menghimpun wang untuk dijadikan modal membuka perniagaan yang lebih besar sehingga maju.

Di situ jelas menunjukkan bagaimana kebijaksanaan orang yang tinggi cita-cita dan azam dalam membina kehidupan dan menjayakan bisnes. Ketiadaan modal, tanah, harta dan sokongan dasar atau kemudahan bukan alasan untuk tidak berusaha dan tidak berjaya. Perkara paling penting yang boleh kita contohi ialah semangat, kegigihan dan kegagahan mereka berusaha dengan penuh kreatif dan berimaginasi. Mereka tidak memilih jalan mudah dan tidak ragu untuk mengusahakan sesuatu yang susah dan mencabar.

Bukanlah pula di sini kita menganjurkan supaya diketepikan segala dasar dan program bantuan kerajaan. Mesej penting ialah hakikat bahawa bangsa Melayu, Bumiputera dan umat Islam tidak boleh menjadikan ketiadaan modal sebagai alasan dan tidak boleh lagi menyalahkan Kerajaan atau orang lain sekiranya mereka masih ketinggalan.

Mungkin yang paling penting diteladani daripada pemerhatian terhadap pengalaman warga negara Malaysia keturunan Cina dan pendatang asing yang berjaya, ialah minda dan pemikiran yang memaksa diri untuk berdikari. Kemungkinan besar kejayaan warga negara keturunan Cina dan pendatang lain terdapat pada persepsi minda atau mindset mereka sebagai golongan migran. Fenomena yang sama didapati di kalangan hampir semua golongan migran di negara-negara lain yang juga kerap lebih berjaya berbanding penduduk tempatan, termasuk seperti migran India di beberapa negara Afrika dan kepulauan Pasifik.

Persepsi minda mereka ialah pertamanya segera menerima hakikat bahawa mereka adalah minoriti dan mengakui bahawa kelemahan daripada status ini cuma boleh diatasi dengan menerima kenyataan dan sanggup berusaha ”menggenggam bara api sehingga menjadi arang!” Andai mereka gagal, tidak ada langsung pembelaan bagi mereka dan mereka akan tenggelam, hapus dan pupus ditelan zaman.

Persepsi minda ”golongan minoriti dan migran” ini perlu diterima pakai oleh bangsa Melayu dan umat Islam dalam menghadapi cabaran survival dan hidup-mati dewasa ini. Kelemahan ekonomi dan keciciran membuatkan bangsa Melayu menjadi golongan ”minoriti” dalam penguasaan ekonomi di negara sendiri. Oleh kerana mereka baru mengenali bisnes, mereka juga sebenarnya adalah golongan ”pendatang” atau ”migran” yang terdampar di tebing persaingan bisnes yang sangat mencabar ini.

Sesungguhnya, pada akhirnya, semangat berjihad melalui bisnes akan berupaya memberi kita semangat dan kekuatan yang menjanjikan kemenangan. Dalam sejarah kegemilangan dan kejayaan perjuangan Islam, kerap disaksikan peristiwa di mana jihad membawa kemenangan kepada bilangan yang kecil atau golongan minoriti. Mereka akhirnya berupaya dan berjaya menghadapi cabaran dan ancaman daripada golongan yang jauh lebih besar bilangannya dan lebih jauh ke depan dari segi kekayaan dan harta benda.

Muhammad Ali
24 Mac, 2010.