Alhamdullilah. segala puji bagi Allah,kita dilahirkan dalam keluarga Islam. tinggal lagi selangkah bagaimana kita membawanya..mohon pada Allah ditetapkan dalam Iman,Islam dan Ihsan. aminn
tips ni dah lama dah. lebih daripada 1431 masihi yang lampau..
tips ni dah lama dah. lebih daripada 1431 masihi yang lampau..
iaitu Daripada Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam al-Quran surah al-Dhuha juga, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.
Allah s.w.t memberi jaminan dalam FirmanNya:
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.
(Surah al-Dhuha : 1-5 )
banyak lagi fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha. antara lainnya "diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
dan secara bestnya, personally kekadang waktu pagi mata ade juga rasa ngantuk2 sket.malas2 sikit. tapi lepas kena air wuduk dan solat dhuha. badan pun lebih cergas..minda lebih terbuka. insyaallah sama2 kita amalkan..waktunya antara naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir (tegak) atau buatlah antara 8-11 pagi. setidak2nya dua rakaat satu salam secara istiqamah..Sama-sama lah kita. Insyaallah urusan lain2 akan menjadi lebih mudah. aminn.
rujukan:
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat
http://solatsunatdhuha.blogspot.com/
p/s: yang wajib tu jangan ditinggal pulak. (mengingati diri). insyaallah.
selamat beramal
1 comment:
TAKBIR
Post a Comment