Wednesday, February 16, 2011

Cara Cepat Kaya Yang Korang Tak Tau..

link penuh teka teki: en.taufanemas

ni bagi menjawab teka-teki seperti dibawah. ambik yang paling masyuk...korang pun boleh tolong pikir skali ape yang tak kena..

Apa yang dikatakan pelan 3 (100g + 200g)??

Langkah 1:

Beli emas sebanyak 100gram pada harga RM16500. Secara automatic kami akan menambah sebanyak 200gram emas lagi sebagai modal pinjaman kepada anda. Maka, jumlah emas anda sekarang ialah 300gram.

Langkah 2:

Dengan emas sebanyak 200gram yang anda miliki, gunakan emas tersebut untuk digadaikan di bank(ARRAHNU). Nilai gadaian bagi arrahnu ialah 70% dari nilai emas anda. Maka, di sini kami tunjukkan bagaimana anda boleh dapat keuntungan dari sini:

Emas anda 100g + Emas Pinjaman 200g = Rm16500 + Rm33000 = RM49500

70% x 49000 = RM34650

RM34650 – RM33000(modal pinjam) = RM1650

= RM1650 adalah keuntungan bersih dalam tangan + asset emas sebanyak 300gram.

Langkah 3:

Dengan asset emas sebanyak 300gram yang anda ada, gunakan surat gadai tersebut untuk melakukan tebus gadai semula asset emas anda. Sebagai contoh, hari ini harga emas yang anda gadai rm160pergram, minggu depan harga emas naik menjadi RM 165pergram. Anda dah untung RM5. Rm5 tersebut darab dengan emas anda iaitu 200g. jadi anda dapat 300gxRm5=RM1500..untung2!!

Kalau seminggu anda dapat rm1000 1bulan=rm2000, 3bulan=rm6000 kalau 6bulan????? Lebih dari modal dah dapatkan… lebih untung dari dividen ASB setiap tahun… power.. power …pOWER....

semuanya bergantung kepada anda bagaimana untuk mengembangkan asset dan menggandakan modal yang anda...

Rebutlah peluang yg ada di depan mata……

Kesenangan x datang bergolek kalau kita x usaha untuk kecapi kesenangan…

Jadikan impian anda satu reality bukan lagi fantasi…

Yang Kena Pada Mata Kasar Aku:

1. Wow Asyuk seh...
2. Bestnye jadi dealer..

Yang Tidak Kena Pada Mata Kasar Aku: (untuk teka teki di atas)

ayat di atas tidak lengkap...aku tambah sikit.

Langkah 4:

then minggu depannya bila dah confirm naik rm165/g. surat gadaian tadi jangan lupa tunjukkan kepada pegawai bank untuk ditebus beserta tunai RM34,650 (kalau ada???). anda akan dapat emas anda kembali sebanyak 300g...boleh la anda simpan kat rumah untuk aset anda.

Langkah 5:

emas 300g tadi anda boleh jual balik ke company dengan spread lebih kurang 5-6%. (tiada paksaan). maknanya company beli dalam RM47,025..tolak (-) modal (+harga tebus) anda (16500+34650) = - RM 4125..

tapi takpe. anda jangan risau. anda boleh hold. sebab emas confirm akan naik lagi...emas aset anda..kalis inflasi..anda ade kat rumah 300g emas (999)..wow.anda kaya..

ataupun anda boleh simpan je di bank dan bayar upah simpan 6 bulan sekali sebanyak: (cara kira simple):

((RM34650*RM0.75)/RM100))*6 bulan=RM1,559.25 or 3,118.5 setahun...

dan sebenarnya anda tidak perlu risau pun..untuk untuk RM1000 seminggu bukan mustahil. anda doa lah banyak2 agar harga emas terus naik minggu depan rm173.83/gram. bersamaan 8.64% seminggu..kalah ASB you...

or kalau anda bernasib baik. anda juga boleh refinance dengan bank mengikut harga emas terkini untuk cover upah simpan.....

kesimpulanannya memang tak mustahil la...untung tu dengan syarat2 di atas dan company/emas yang anda beli tu tak lari/tulen/laku.

modal rolling anda besar/terlebih duit/bukan buat loan..

cara paling senang is anda duplicate je macam orang buat kat anda. anda buat kat orang lain plak. orang lain tu lantak pie la untung ke tak..MLM pun banyak yg macam tu. anda tak kesorangan..

jual pada orang 300g. takde spread dan boleh jual ikut suka harga. anda selamat..masyuk..

lagi untung you jadilah dealer. risiko takde. anda untung pasti atleast 1-3%. bagi pinjam emas then dapat cash back terus. kalau orang untung..pasti tambah emas lagi. anda pun untung. kalau harga emas tak naik pun anda tak kisah, pasti untung.

Moral of the story..anda adelah ape yang anda pikirkan.hee. adakah ianya dibolehkan atau ianya menguntungkan. selamat berpikir....

p/s: salah silap mintak tunjuk ajar...

11 comments:

MET said...

sila tambah atau tegur mana yang salah...

MET said...

em. untuk tebus gadaian boleh ambik PL..

banding skim lain..skim ni molek sikit sebab still ade fizikal emas. cuma kena tebus la..dan bayar ape yang patut termasuk upah simpan jika ada..

so anda sanggup?????????

pastikan anda kira2 kos lain sebelum kira2 untung..

dan ade plan A dan Plan B...

lain2 sila tambah..

Anonymous said...

Kalau harge emas jatuh,dah tu nak kene tebus pulak duit takde ,tak ke terlelong emas kita.jgn tamak bro,kalau for the next 1-2 year emas jatuh,then baru nak naik semula,mmg masak la org yg nak cepat kaya ni

Unknown said...

well explained!

pie_lord said...

Salam bro,

hehehe... komen yang menarik!! Harap kita dapat menyedarkan orang lain tentang hal ini.

Meniaga emas ni memang jumpa macam-macam orang. Saya ni jual emas tak reti cakap manis-manis. Cakap straight to the point je.

Nantikan ulasan saya nanti dalam blog saya InsyaAllah.

Anonymous said...

tengok plan offer yg dibagi memang menarik.tapi sebelum tu,kita tengok dulu keuwangan kita dahulu.andai kata kita ambil plan 3,u kena beli emas 100g dan diberi pinjam 200g emas.selepas anda masukkan dlm arrahnu,anda akan dpt duit cash 70% drpd nilai emas rm34650.lepas tu anda akan bayar nilai emas yg dipinjamkam 200g rm33000.Baki duit cash anda tinggal rm1650.perlu DIINGAT,walau pun anda ada emas 300g,utk tebus emas tersebut anda kena ada duit cash rm34650.Barulah pihak arrahnu akan bg 300g emas anda.moral disini,adakah anda ada duit cash sebanyak itu?org yg memberi pinjam emas sudah dpt duit semula..bagaimana dgn anda.Bukan mudah untuk mendapat duit cash sebanyak itu,melainkan buat PL.

am_yus said...

Very2 high risk.... walau ada yg kata high risk high gain.. lu pikiaq la sendiri

Unknown said...

Saya dah buat benda yang sama, saya punya emas 250gram.....saya beli 27 april 2011, masalahnya sampai skrg emas still kat 171 per gram

MET said...

Sifha. ni sama macam cerita kat atas ka??ka beli sendiri simpan sendiri2..

em.baru lagi tu..rasanya masa tu harga sekitar 15++ usd/ounce. skang 149+..so memang harga tak berubah dalam masa terdekat ni..

POKET ALARM SERBAGUNA said...

Nk tanya.mcm ne nk dapatkan yg 200g tu?

POKET ALARM SERBAGUNA said...

Nk tanya.mcm ne nk dapatkan yg 200g tu?