Friday, January 29, 2010

How to Release Tension

Ni korang ke??.hee


video

Wednesday, January 27, 2010

Saya Tak Kata Ber Hutang Tu Bagus

dan saya tak juga mengatakan bahawasanya berhutang tu tak bagus...

kekadang berhutang tu lah yang membuatkan manusia lebih hidup.hee. tak percaya? sila perhatikan sekeliling anda. kan semua orang tengah bekerja keras. buat macam2, join macam2, bersemangat kerja over time (lebih masa). bergerak ke sana ke mari. berfikir nak menyelesaikan masalah. nak settlekan hutang kereta, rumah, pelajaran pendidikan, personal loan, perabot dll. so anda setuju kan?? sila lah berhutang.kui2..

lagi pun dah kenyataannya majoritynya berhutang. tak dapat lari daripada berhutang. you not alone.hee

cumanya masalah hutang ni bila ianya tidak terkawal makanya siap lah..( sila imagine sendiri).

Saya pasti orang yang beruntung ialah dia mampu membeli semuanya secara cash tunai. Rumah besar, kereta idaman dll semuanya secara tunai. (memang kaya la tu), tak kisahlah waris ke atau jutawan segera ke apa. Dan setingkat lagi orang yang lebih beruntung ialah dia mampu dapatkan semua diatas secara percuma (psst..walaupun dia tidak semestinya kaya). saya pun dah cite macam mana nak dapat kereta free

mau saya ceritakan lagi sebuah cerita pendek, kisah benar (tak tipu. saya yang uruskan kok bagi pihak) tentang seorang kawan. dia membeli sebuah apartment mentari court (tepi federal highway PJ) tahun 2009 pada harga RM78k (daripada orang)..dan mendapat loan pinjaman daripada pihak bank sebanyak RM 103,500, bulanannya sekitar RM550+. Rumah tersebut pula disewakan pada harga RM1000 (fully furnish) kepada student. pening bukan?? saya suka.hee

saya ambik calculator tekan2= (RM103500-RM78000)=RM25,500+deposit rumah api air=untung + sewaan =(Rm1000-RM550+)=???

ok cukup la tu. sebenarnya nak cite kalau ada ilmu insyaallah semuanya mungkin. bukannya susah. (semuanya dibuat secara legal).

sedikit idea. why not rumah pertama you invest dulu, sewakan dengan pulangan +ve cashflow (mungkin 3 or 4 rumah). then daripada hasil tersebut boleh lah digunakan untuk bayar bulan2 rumah idaman (tempat tinggal) anda tu. taklah rabak duit poket anda bukan??. macam dalam entry ni.

kesimpulannya:

Benda baik ni cara nak dapat dia ialah dengan kesabaran. lain-lain, biar masa je yang menentukan. (orang yang berjaya hari ini adalah hasil usaha dia pada tahun-tahun yang lepas). bukan semalam esok lusa..

Anda pun pernah dengar pasal hutang baik dan hutang tak baik (good dept and bad dept). so pilihan di tangan anda. kalau masih kurang pasti yang mana buruk yang mana baik??

good dept=menjana income=aset=duit masuk
bad dept=comittment=menambah liabiliti=duit keluar

hutang wajib dibayar.

Tuesday, January 26, 2010

Kurang Setuju dan Rasa Pelik

1. Orang yang tak senang hati bila di ingatkan supaya jangan merokok oleh seorang perokok??

2. marah kepada orang menasihati dan menegah keburukan walaupun orang tersebut tak baik..

3. memperlekeh sang mat rempit yang cakap merempit itu bahaya?

4. mempersoalkan ilmu (baik) yang disampaikan kerana status orang tersebut.

5. dll

katanya ibarat ketam mengajar anaknya jalan lurus.

janganlah begitu kawan2. nasihat yang baik kita kenalah terima juga dengan baik walaupun orang itu penagih dadah. janganlah kita memperlekehkannya. lain2 tu adalah urusan dia dengan Allah.

nabi juga pesan (yang maksudnya lebih kurang) cegah lah kemungkaran walaupun kamu masih melakukannya. dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.

apa yang mungkin kita boleh buat ialah mendoakan dia..membenarkan dan mengajak dia skali kepada kebaikan juga..

p/s: kalau nak kira status rasanya semua orang tak layak nak bagi nasihat. manusia tak pernah sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa malahan tidak ada yang sempurna atau maksum melainkan nabi muhammad s.a.w.




Sambungan ASB

Kalau anda dah belek2 bab financial planning sebelum ni. saya ada cite macam mana nak menggunakannya dengan cara yang lebih berkesan. macam mana nak diversify dana yang ada untuk mendapatkan kemudahan lain (contoh simpanan dan kereta/rumah). psst..sila lah belek2 di dalam.

Kali ni pula bagi yang tak tahu, saya nak cite bab berkenaan OD (saya ada sebut2 sikit dalam entry lepas). kita start daripada pengenalan dia la. (tapi biasa nak bagi teruja orang terus cite yang best2 je.hu)

Apa itu OD? OD ni singkatan bagi overdraf. Ianya adalah sejenis current account. ala yang orang-orang bisnes buka account tu la dapat kad atm, buku cek. tapi yang ni hambe nak cerita OD cagaran daripada ASB. ODASB...

saya try cite seringkas dan semudah yang boleh. kang meleret bosan plak..

gambaran dia macam ni. katalah anda ada rm1 ringgit dalam ASB. kalau anda keluarkan dan belanjakan beli gula2 maka abis lah simpanan anda tu=0 dan anda tak dapat apa2 manfaat daripada pengumuman dividen oleh PNB tahun lepas. tapi dengan kemudahan OD ni anda boleh cagarkan ASB (dalam bentuk sijil) tersebut ke bank (CIMB,RHB,Maybank) untuk dapatkan RM0.90-RM0.95 untuk dibelanjakan. dan pada masa yang sama still dapat benefit daripada dividen ASB. ok. pening??he. saya memang suka anda pening.hu.

kesimpulannya:

1. Anda still dapat dividen ASB (daripada RM 1) sepanjang tahun.
2. Anda still boleh berbelanja membeli gula2.

senorok bukan.hee.

tapi sabar ye..saya belum buka buku kira2nya lagi. bersambung..

Monday, January 25, 2010

Negotiation 3

Tips lagi untuk hari ini..

1. Anda biasa shopping kan? kat mana?? cuba rajin2 tengok watak-watak orang di sekeliling anda.apa yang anda boleh belajar? Tips hari ni mudah je..tapi kalau kat pasaraya tesco anda tak dapat tengok la skill ni.huu

kali ini saya nak ajar anda berlakon sket...huhu.

saya berikan contoh (mungkin anda lebih pandai berlakon):

1. anda nak beli handset. semestinya anda dan semua orang memang tahu takde satu pun handset jenis nokia atau lain2 yang function sama tapi harga lain melainkan dengan menambah sedikit function je harga pun jadi berbeza (memang inilah cara mereka menjual). so apa yang kita boleh buat?

caranya adalah dengan meletakkan harga lain sebagai bechmark anda sebelum process negotiation dimulakan.

begini. pilih dua handset yang berlainan. yang moleknya harga handset (1) mestilah lebih murah (bench mark) daripada harga handset (2) yang anda berkenan tu. (lain brand pun boleh terpulang pada anda).

mula-mula anda buat2 berkenan lah kat handset (1) yang murah sket tu.sembang sinar dengan dia pasal function la apa. then sambil (masih lagi) pegang handset (1) tu anda pun tanya kalau yang tu (handset (2) yg anda berkenan) function dia apa lak. ok tak? so macam biasa la tokey layan pelanggan. dia pun explain lagi..

ok sudah2 lah tu. pendek cite. anda ada dua handset untuk dipilih. nak beli yang mana ye. anda rasa macam best je handset (2) yang mahal tu.berkenan lah saya dan of cause lah tokey pun suka anda beli yang mahal tu. em. tapi kan anda tak banyak duit (walaupun saya je tahu anda memang banyak duit) anda pun offer la tanya tokey tu. "kalau saya ambik handset (2) pada harga (henset 1) boleh bos?".hu. saya suka la yang tu..tapi mahal la bos.

mestilah tokey tak kasi. tapi insyaallah harganya mungkin just tambahan sket je daripada harga yang anda set tu..he.

2. boleh juga jadi begini. anda belek2 handset tu then berkenan. dah tahu harga. anda pun cakap kat tokey. em.menarik handset ni tapi malangnya saya dah ada handset pulak. sim card satu je. hu. Tetapii...kalau saya nak beli, Paling Less brapa you boleh bagi?? dengan cara ni automatik seller akan letak harga paling bawah, best price yang dia boleh bagi. (kalau betul dia nak jual la. nak dapat sale). yang best, time expo..

contra dia, kalau anda sebagai penjual. cara dia sama juga..boleh guna ayat ni. saya sangat sayang rumah ni (walaupun anda mungkin terdesak nak jual). banyak kenangan silam pahit manis dan bla2..(tunjukkan yang anda sayang sangat nak lepaskan). Tetapiii.. kalau tuan nak jugak brapa Best Price tuan sanggup bayar? boleh la saya consider pikir2. dengan cara ni automatik buyer akan letak harga semaximum yang dia mampu..(kalau dia betul2 nak).


p/s: dalam banyak2 tips yang ada, anda kena la sesuaikan dengan keadaan. tak semua keadaan boleh guna taktik yang sama..

skill nego ni kekadg kena pandai juga baca perwatakan orang. bagaimana jenis orang tu then apa tektik yang sesuai diguna pakai..

liabiliti tak bagus.hee. beli lah benda yang lebih bagus..

Friday, January 22, 2010

Search tips and trick dengan Google

bagi yang tak tahu boleh lah tambah sket lagi ilmu..simple tips.


Monday, January 18, 2010

Masalah Card Credit

Ni kepada yang mencari masalah...sebab takkan nak salahkan card credit atau bank. dah tentu diri sendiri yang memilih untuk menggunakan kemudahan card credit. pilihan ditangan anda...

Apa yang anda boleh buat:

1. mana2 card korang yang jenis conventional/bukan islamic. sila settlekan yang ini dulu sebab ianya compounding (berganda). islamic takde compounding (tidak berganda).

2. Antara card2 yang ada settlekan yang mana paling sikit.pastu kasi potong (jgn potong je tapi tak tutup akaun).

3. jangan tambah hutang baru. jangan korek lubang tutup lubang..

Em. cakap senang la tapi applikasinya?

1. begini, kat atas tu saya listkan mengikut yang utama. so dengan kata lain sila fokus untuk yang di atas tu dulu. katalah anda ada dua card dan bayar bulan-bulan RM200 setiap satu. makanya yang islamic bayarlah sekadar minimum yang boleh (dia ada state pada statement or kira sendiri). cthnya bayar islamic rm50 then yang conventional bayar RM350. duit keluar tetap RM400 bukan?? tetapi effect dia lain.

2. Then kalau sume islamic. sila bayar lebih pada balance yang paling sikit, yang lain bayar minimum sahaja. fokus settlekan satu-satu kasi habis dan tutup akaun terus. senang nak kawal nafsu..

3. Cara lain boleh survey2 bank yang ada. tengok pakage2 untuk buat balance transfer. Check interest rate yang paling rendah. yang ni bayar fixed mengikut pakage yang diberi. contoh 6.99% charge untuk 24 month. still jimat interest.

4. Kalau anda ada simpanan ASB atleast RM11k. Anda boleh convert dulu ke sijil dan ambik kemudahan overdraf (ODASB). interestnya lebih murah (blr-1++/ 3.5%++) daily rest compare to card credit 18% daily rest. manyak save itu interest. pada masa yang sama anda still dapat dividen ASB..


Sebenarnya CC dan bank tidak bersalah (dah tentulah motif dia memang keuntungan je). Kita je kekadang bodoh sombong taknak belajar ambik tahu cara mengunakan CC dengan berkesan dan betul.

1. Sebelum berniat nak pakai CC. pastikan anda tahu berapa expenses anda. list and record. pastikan +ve (ada lebihan tunai.lagi banyak lagi bagus). ni sangat penting. kalau tak alamatnya semuanya akan jadi emergency. percaya lah dengan saya..

2. cari pakage islamic sebab tiada caj berganda dan tiada yuran tahunan atau lain2 caj. then baru la tgok benefit2 lain.

3. kena ambik tahu tarikh statement date dan due date. guna antara waktu ni je (20 hari) sebab masa ni interest not calculate (free interest). statement pengunaan waktu ni akan sampai pada statement date bulan depan. dan sila wat FULL settlement pada due date bulan tu. dengan berbuat bergini anda akan dapat lebih hari untuk settlekan.

4. dengan cara no.3 anda ada lebih kurang 50 hari untuk buat profit/claim sebelum buat full settlement.

5. boleh reduce OD interest. (mana yang tak tahu pasal OD kemudian saya akan cite)


Last Peringatan:

Card credit bukanlah duit lebihan. ianya sekadar kemudahan. bukan untuk niat emergency juga.

gunalah CC tapi dengan zero interest..buat full settlement.

contoh pengiraan daily rest bagi outstanding RM4000. interest=18% peryear (0.00049 perday) or 1.5% permonth.

4000*1.5%=RM60 (interest)..kemudian anda bayar minimum RM200.

so the next month=(4000+60-200)=RM3860*1.5%=RM57.9 (interest).
untuk dua bulan ni interest yg anda bayar=(57.9+60)=RM117.9

bayar lagi RM200 so outstanding tinggal RM3717.9 (bila mau abis da..). kiraan begitulah seterusnya. lama2 abis juga la tu (walaupun terpaksa membayar interest beribu). tetapi lebih malang sekali kalau anda bayar kurang daripada interest caj yg telah dikira seperti di atas atau skip2..tu yang makin bertambah2. tu kalau bayar due date. kulo tak on time kena pula late caj...

pikir2kan.

Friday, January 8, 2010

Cara Membeli Rumah Lelong

Aku mula berjinak-jinak masuk property auction pada 28/3/2008. 1st rumah flat di shah alam tapi gagal.hee. em tapi bukan itu tajuk utama dia.hu

Dengan pengalaman yang ada ni boleh lah aku cerita sket mana yang aku tahu:

Sebelum

1) 1st tak kiralah sama ada nak masuk rumah lelong ka atau beli daripada pemaju atau beli dekat orang, anda seharusnya check dengan bank berapa kelayakan loan anda. check comittment anda. bukan apa. saya risau2 kalau tiba-tiba loan anda tak approve ke..atau record anda tak elok..atau mungkin comittment tinggi so bank mungkin bagi sekitar 70-80% loan. hah kan susah tu mana nak cekau balance. lain-lain hal mungkin deposit anda burn/hangus. atleast kalau dia kata layak rumah sekitar RM100k jangan lah ngengada nak beli rumah harga RM200k. tengok2 skali pakage yang best2 beserta monthly brapa untuk harga sekian2 supaya anda ada idea nanti.

2) Mana nak dapat news/maklumat rumah lelongan ni?
Saudara boleh rajin2 tengok surat khabar seperti metro atau star atau new straits times (NST).
Dekat bank pun kekadang ada.
Dan yang paling senang ialah tengok je kat internet. memang tiap2 bulan ada. yang popular adalah seperti under ngchanmau, property auctioneer (PAH), ehsanauctioneers, tancorp dan lain2. update setiap bulan.

3) call dan mintak faxkan Proclamation Of Sale (POS) under auctioneer yang lelong rumah yang korang berkenan tu. dalam ni mengandungi maklumat rumah, syarat lelongan seperti sekatan, tempoh settlement, bank draf, claim covered ke tak dll.

4) Pergi lah tengok rumah tu. condition macam mana. teruk ke, perlu kos repair ke tak kemudian nanti..ada outstanding maintenance ke apa dan brapa. ada orang ke, adakah ianya penyewa atau owner. buat homework sket kira2 just nak flip ke rental (sewakan) ke untung brapa.hee.bergantung pada matlamat. or just nak duduk sahaja. ni semua penting untuk budget/limit dan decision anda nanti supaya tidak menyesal atau miss budget. Cari harga market dia dan rental dia.

5) Budget atau limit ni penting tau. ni semua melibatkan untung rugi anda. kira betul2. kalau anda kata limit last bid RM150k so jangan la kat sana nanti lupa atau temakan hasutan orang, angkat je sampai over budget.
Dah decide betul-betul harga yang anda sanggup then buat/prepare bankers cheque (5%-10%) refer pada POS. ni buat kat bank.
Tidak lupa prepare skali duit lebih. Maksudnya, katalah reserve price (RP) RM100k then anda decide sanggup Bid sampai RM150k. so bank draf kena buat ialah RM10k (andai 10%) dan prepare balance tunai RM5k (kena bagi lepas berjaya bid). total RM15k (10% daripada RM150k). kalau tak berjaya gi claim ambil balik bank draf.

Semasa

6) Anda pun pergilah ke tempat auction yang telah dinyatakan. semoleknya awal la dalam setengah jam atau sejam (lagi2 1st time). supaya tidak kalam kabut. register kat kaunter bagai. bagi IC copy dan bank draf. dia akan bagi kipas bernombor mewakili anda (rumah yang anda masuk). benda ni lah yang akan anda angkat nanti untuk membida.
Hati-hati dengan ulat - orang yang menyibuk nak tahu rumah mana yang anda masuk (jgn tanya kenapa). masa ni jangan lah sibuk2 nak bersosial dengan orang yang tidak dikenali. bahaya.hee.

7) if menang... sign contract dan bayar stamp duty rm50 dan bayar duit perbezaan harga bidding dengan RP. dia akan bagi salinan contract of sale dan collect dalam 2-3 hari.

Selepas

Apa lagi pecah la rumah yang korang menang tu. untuk start prepare repair apa patut. (tetapi by law sebenarnya tak boleh masuk selagi belum transfer ke atas nama anda). tapi rumah itu memang takde owner memang kosong.huhu. jiran tanya tunjuklah COS (contract of sales) yang anda ada tu.

Dah dapat original COS, boleh lah process untuk loan, hire lawyer call valuer la bagai. kalau takde yang kenal, guna panel bank tu je.

bayar apa-apa tunggakan rumah kalau ada dan simpan resit tu untuk bagi kat lawyer.

lawyer akan buat kerja dia. tukarkan nama, process claim bagai..dll. tinggal bayar jela.hee

then terpulang la nak duduk ke sewakan rumah tu dan lain2.

then cukuplah perkongsian untuk hari ni. letih naip..mana tak paham kawe tolong cite balik atau meh la TT (teh tarik satu) senang cite..

okies

Wednesday, January 6, 2010

Selain Dadah

PETUA Orang lama..Di mana ada cara iktiar disitu ada jalan untuk diusahakan..

Ubat hidung berdarah : ambil segenggam daun sireh kemudian letakkan dilubang hidung dan sedutkan melalui hidung.

Bau mulut busuk : ambil beberapa daun sireh, ramaskan di dlm air dan ambil airnya kemudian berkumur-kumur.

Melegakan bengkak payu dara : ambil segenggam pucuk kacang panjang, campurkan kapur sireh & ramas2 hingga hancur. Sapukan atas payu dara yg bengkak sebanyak 2 kali.

Rawat demam campak : ambil sebiji kelapa muda belah dan ambl airnya, setelah itu berilah anak anda minum anggaran setenagh cawan lakukannya hingga demamnya sembuh.

Beguk ( bengkak tugung ) : ambil cuka dan letakkan nila ke dalamnya, ratakan dan lumurkan di tempat yang sedang membengkak.

Bisul : ambil kepala ikan keli kemudian bakar sampai hangus dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu campurkn dgn air pinang atau minyak kelapa lalu dlumurkan kebahagian yg sakit. Atau lumatkan bawang kemudian tepekkan pada tempat bisul tersebut.

Gastric/pedih ulu hati : ambil susu kambing asli masakkan bersama buah tamar, amal sentiasa.

Lelah dan semput : ambil pokok kemunting cina dan dan rebuskan seluruh pokok hingga ke akar dan minum.

Menguatkan emosi : sentiasa mngamalkan dengan memakan buah anggur hitam atau yang basah.

Pencegahan drpd rabun : amalkan memakan lobak putih/merah dan biasakan melihat pemandangan sawah atau gunung ganang atau tempat jauh. semolek-moleknya di awal pagi/subuh.

Mengurangkan dengkur : tumbuk lumat 7 biji badam dan campurkan kedalam segelas susu panas, minumlah beberapa minit sblm tidur.

Sengal sendi/ tulang : ambil akar durian cuci dan bersihkan kemudian rebus. Rendam kaki amal slama 3x shari.

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan terutama kepada kanak2, ambil gula Melaka pecahkn kecil2 dan berikan kepada kanak2 dan makan seperti gula2.

Ayam tidak hanyir : ayam sudah dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dgn garam asam jawa dan sedikit tepung gandum.

Membersihkan darah kotor : ambl kulit daripada batang pokok kemboja bersihkan dan amalkn dgn memakan kulit tersebut.


Selamat beramal..

Tuesday, January 5, 2010

Pasal Makan-Makan

1. Saya tahu anda suka makan. Begitu juga dengan saya. dan apa yang peliknya ramai suka tengok aku makan. pulak tu hanya dengan tengok aku makan dia pun boleh jadi selera nak makan.huhu pelik2.

tapi satu untuk ingatan diri dan orang di luar sana banyak penyakit datangnya daripada makanan.

sebab itu nabi pesan makan ketika lapar(sahaja) dan berhenti sebelum kenyang.

nabi juga mengajar makanlah dengan menggunakan tangan dan bila habis maka jilatlah jari itu (jangan tak basuh tangan pulak) kerana banyaknya ezim2 dicelah2 jari (lebih banyak daripada air liur) yang boleh membantu process penghadaman.

dan tidak mencampur makanan laut dan darat dalam makanan. Ini kerana dikatakan ion +ve terdapat banyak pada makanan darat manakala ion -ve pada makanan laut yang mana hasil tindak balas biokimia yang boleh memudaratkan usus.

Orang lama pesan abis duit untuk makan takpe jangan dek beli benda bukan-bukan. tetapi sila perhatikan apa yang kita makan dan ape yang mereka makan??

Siapa yang dapat membantu:

1. Diri sendiri. Ya, hanya kita yang memilik untuk mengamalkan cara permakanan dan gaya hidup yang sihat atau sebaliknya.

2. Pasangan (isteri/ibu). Kami lelaki dan anak2 kebanyakkan makan apa yang ada sahaja. Para ibu-ibu atau isteri boleh memainkan peranan untuk masak makanan yang berkhasiat, kurang sket gula garam dan perisa2 lain. Anda dapat membantu.

Peringatan banyaknya Penyakit:

Click sini untuk Senarai semak penyakit




Monday, January 4, 2010

Sekilas semasa Auction days


CIMB Auction berlangsung pada 12/12/09 hari sabtu. Bertempat di
Cititel Hotel Midvalley.

Alhamdulillah berjaya membida sebuah Apartment di Shah Alam pada harga RM95k dan telah disewakan pada 1/1/2010 dengan sewaan RM800.
(psst..loan pun masih dalam process).




Negotiation Tips2

Ada lain2 cara mudah yang anda boleh guna dalam negotiation. paling pakar antaranya mak mertua aku la.hee.

Anda boleh try cara nie:

1. Buat-buat terkejut.hee. ya buat-buat muka terkejut..kerut2 sket dahi tu.hee. Cakap mahal la bos. Lepas tu barulah mulakan proses negotiation berlaku. biasanya ia akan menjadi lebih mudah..

2. Delay Time. Ini untuk meletakkan penjual dalam keadaan pressure. begini caranya. Anda berkenan dengan barang yang anda suka tu then anda pun tanya la pasal harga bla2..layan la ape yang tokey tu cerite bagus la power la ape. dah abis tokey tu cite then ajak pulak dia cite barang lain (kalau yang ni??).hee.then last baru pergi kat barang tadi. Setiap Tokey semestinya akan dapat mengesan bahawa pelangan sudah termakan dengan kata2 dia. (anda pun rase nak beli. betul lah kata2 tokey tu.hu.tapi sabar-sabar ). Tokey pun dah nampak RM nak masuk..masa ni lah anda gunakan ayat power. Em saya berminat tapi nantilah saya pikir dulu (delay) boleh tokey ???hehehe. Tokey akan kata (dalam jangkaan)..AIYAAA..anda pun cakap lah mahal la tokey..

masa ni Tokey (lagi2 cina) akan kata ok la you kasi satu harga tengok.huhu. (beb penat woo layan orang last2 takde hasil). ini lah strateginya.

Then boleh la juga strategi tips sebelum ni. set harga then offer below daripada harga sasaran.okies..

selamat mencuba.

p/s: kalau anda ada tips2 mudah lain boleh juga dikongsikan.