Thursday, September 29, 2011

Jawapan MET tentang persoalan..

rujuk persoalannya ialah..??

em.aku saja je bagi soalan dan highlight kat idaman/pilihan..hanya kenderaan..then bagi link kereta dengan tujuan mengaburi mata pihak lawan..hu.

mesti ramai yang terlintas:

1. kalau yang tahu pasal kewangan dia akan kata ape la beli kereta sampai 300k. ianya kan liabiliti..malas ah layan...
2. ade juga beli kereta seadanya then balance dia kate nak laburkan mungkin kat saham..kat property dll. tapi kan soalannya peruntukan hanya untuk kenderaan.he
3. dan kebanyakan di luar sana akan memperuntukan 300k tersebut untuk sebuah kereta. kalau gaji dia layak untuk beli kereta sport car dia akan beli satuk. kalau budget mampu milik harga kenderaan 100k, dia akan santak maximum..fresh graduate gaji 5k takkan nak pakai viva ye dok..??

em.kalau aku ada/diberi peruntukan 300k. aku pun akan santak maximum gak.haha.tapi aku akan beli berbuah-buah. ape barang beli satu je (maximum). aku ade cita-cita nak beli lori 1 tan/3 tan..then beli la MPV busat sikit (kata member starex 11 sit lebih murah)..beli backhoe (bajak) pun molek gak..berbanding ianya liabitili, kita boleh jadikan ianya aset. kereta pun boleh jadi aset (tak semestinya mesti liabiliti). boleh buat kereta sewa atau dijadikan teksi..

cerita dan conceptnya mudah. anda ade duit then just pikirkan dengan duit yang ade tu berapa banyak benda anda boleh dapat. kalau baju berjenama..anda tukar ke jenama biasa mungkin boleh dapat 2/3 helai. pakai satu..yang 2 lagi sedekah amal jariah dapat pahala berganda dll..bak kata Tuan Bri "what you give, you get more..."

daripada beli sebuah rumah yang mahal mungkin ada boleh beli dua buah rumah yang murah sikit. satu untuk duduk sendiri, then satu lagi boleh disewakan..

daripada sebuah kereta mazda RX8, mungkin anda boleh beli kereta honda city satu untuk dipakai+ 2 buah kancil untuk disewakan kepada student uitm..dan sebagainya.

orite lah. mudah-mudahan paham ape yang den cuba nak sampaikan. then moga-moga lepas ni kita lebih appreciate nilai duit yang kita ade. bukan senang wo nak dapat, nak kumpul tapi abis bergitu sahaja..

pegang kata-kata ni. "persoalannya berapa banyak benda/barang/benefit yang kita boleh dapat dengan RM sekian2.." (tak kira la budget RM300k ka 50k ka mahupun RM10..)..sila pikir2 kan...

p/s: tu jawapan aku. kalau jawapan korang lain, mungkin ianya betul juga..w,salam..
- pakcik buffet kata rule no.1 is never lose money..rule no.2 is dont forget rule no.1..

Wednesday, September 28, 2011

Persoalannya ialah..??

Assalamualaikum dan selamat petang..

saya teringin nak tanya kalau anda mempunyai peruntukan/budget sebanyak RM300k untuk membeli hanya kenderaan. boleh saya tahu, ape idaman..pilihan anda??

any komen?? den nak wat survey sikit....

p/s: Tips pemilikan kereta boleh refer di sini dan di situ

30/9/11: sambungan jawapan MET tentang persoalan..

Friday, September 9, 2011

Ingatan Satu Syawal

Al-Fatihah buat ibu, Rohani binti Idris (ibu kpd wife) yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi 1 syawal (30 Ogos 2011).

Keluarga terlibat dalam kemalangan jam 0630 pagi satu syawal di sabak bernam. ketika itu perjalanan balik kampung daripada perlabuhan klang ke kampung banjar ayer tawar perak. ayah cedera patah tulang rusuk kiri dan kanan. 2 orang adik cedera masing-masing pecah rahang dan retak, gigi tinggal beberapa batang dan pecah bibir dan masih dalam rawatan di sunway medical centre.

semoga isteri tabah menghadapi dugaan dan sabar menjaga ayah dan adik.

betul lah janji Allah, yang hidup pasti akan mati dan kepada Dia jua lah kita semua akan kembali.

bila dikenang-kenang, diingat-ingat. macam tidak percaya je tiba-tiba ibu sudah tiada. malam tu berbuka sama dan masing-masing gembira.tahu-tahu esok pagi dapat massage, keluaga telah terlibat kemalangan dan ibu telah tiada..mungkin sudah bahagian ibu.suratannya. kami redha.

pesan saya kepada diri dan semua. sayangilah dan hargailah orang di sekeliling kita kerana ESOK "mungkin" kita sudah tidak dapat berjumpa lagi...



Wednesday, August 10, 2011

Kereta Free 2...

try this pulak...

1.



2.




Faham ka???



Monday, August 8, 2011

Koleksi Soal Jawab Ibadah Puasa

Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan 3:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan 4:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan 5:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.

Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan 6:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?

Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan 7:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?

Jawapan:
Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan 8:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak?

Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan 9:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak?

Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan 10:
Bagaimana hendak diketahui awal Syawal?

Jawapan:
Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di atas).

Soalan 11:
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?

Jawapan:
Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’

Soalan 12:
Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan 13:
Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?

Jawapan:
Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.

Soalan 14:
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?

Jawapan:
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan 15:
Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?

Jawapan:
Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

Soalan 16:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?

Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan 17:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja?

Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan 18:
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?

Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan 19:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?

Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan 20:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan 21:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?

Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan 22:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 23:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 24:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 25:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?

Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan 26:
Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 27:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?

Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan 28:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?

Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan 29:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 30:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?

Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan 31:
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 32:
Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?

Jawapan:
Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

Soalan 33:
Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan 34:
Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan 35:
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.

Soalan 36:
Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?

Jawapan:
Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

Soalan 37:
Adakah boleh diqada’ sembahyang atau diberi fidyah kepada si mati yang tak bersembahyang?

Jawapan:
Yang muktamad tidak boleh diqada’ dan tidak boleh diberi fidyah tetapi Imam Subki dari Ulama’ yang bermazhab dengan Mazhab Syafie mengatakan boleh diqada’ dan mengikut Mazhab Abu Hanifah boleh diberi fidyah sebagaimana fidyah mereka yang meninggalkan puasa, kita boleh bertaalik kepada dua pendapat tadi.

Soalan 38:
Adakah wajib berimsak dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa minit sebelum subuh?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak tetapi adalah sunat menjauhi dari makan/minum dan lainnya sekadar baca surah Mursolat sebelum Subuh lebih kurang dalam enam minit.

Soalan 39:
Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?

Jawapan:
Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

Soalan 40:
Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina atau wathisubhah pada bulan puasa?

Jawapan:
Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

Soalan 41:
Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Sunat berimsak.

Soalan 42:
Sekiranya seseorang yang membatalkan puasa nazar/qada’ adakah wajib dia berimsak?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak.

Soalan 43:
Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin / bermukim)?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak wajib berimsak.

Soalan 44:
Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?

Jawapan:
Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

Soalan 45:
Kanak-kanak yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada’ puasanya?

Jawapan:
Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada’.

Soalan 46:
Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?

Jawapan:
Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

Soalan 47:
Adakah sunat berniat puasa beserta dengan lafaz?

Jawapan:
Sunat.

Soalan 48:
Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?

Jawapan:
Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

Soalan 49:
Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?

Jawapan:
Tidak sah puasanya.

Soalan 50:
Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu Subuh?

Jawapan:
Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu Subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada’.

Soalan 51:
Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?

Jawapan:
Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja maka tidak batal puasanya.

Soalan 52:
Apakah hukum menggosok gigi di bulan puasa?

Jawapan:
Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.

Soalan 53:
Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?

Jawapan:
Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila mengggosok gigi dan sengaja dia meggosoknya (Lihat Soalan 1)

Soalan 54:
Apakah hukum cabut gigi, berbekam dan berpatik semasa berpuasa?

Jawapan:
Hukumnya makruh.

Soalan 55:
Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadhan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?

Jawapan:
Tidak ada apa hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.

Soalan 56:
Seseorang yang meningal dunia, puasanya sudah diqada’ tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?

Jawapan:
Fidyahnya tidak bertambah.

Soalan 57:
Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur, adakah sah puasanya?

Jawapan:
Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada di dalam mulutnya.

Soalan 58:
Orang yang bersahur dengan niat untuk menguatkan puasa, adakah sah niat tersebut?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 59:
Seseorang yang syak masuk waktu Subuh kemudian dia bersetubuh meninggalkan bersahur kerana bimbangkan luput waktunya, adakah sah puasanya?

Jawapan:
Sah puasanya kalau dia berniat puasa pada malam itu.

Soalan 60:
Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya?

Jawapan:
Batal puasanya.

Soalan 61:
Air liur yang terkumpul di dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?

Jawapan:
Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.

Soalan 62:
Air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa?

Jawapan:
Batal puasanya.

Soalan 63:
Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?

Jawapan:
Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada Allah. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t kepadanya”.

Soalan 64:
Adakah sah niat puasa di malam 30 Syaaban sedangkan hatinya tidak berat sangka bahawa esoknya masuk Ramadhan?

Jawapan:
Tidak sah niat tersebut.

Soalan 65:
Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan contact lens?

Jawapan:
Boleh.

Soalan 66:
Adakah wajib berimsak ke atas kanak-kanak yang baligh dan sedang berpuasa?

Jawapan:
Wajib berimsak ke atasnya.

Soalan 67:
Orang yang berpuasa nazar kemudian dia berbuka puasanya. Adakah wajib dia berimsak selepas dia berbuka?

Jawapan:
Tidak wajib kecuali puasa pada bulan Ramadhan.

Soalan 68:
Orang yang berpuasa yang melakukan 2 kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan 2 kifarat?

Jawapan:
Dikenakan satu kifarat sahaja.

Soalan 69:
Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?

Jawapan:
Harus membatalkan puasa tersebut dengan dua sebab:
a. Kerana keuzuran dirinya sendiri.
b. Kerana menjaga kesihatan anak.

Keterangan:
a. Kalau berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada’ sahaja.
b. Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada’dan fidyah sekadar 1 cupak beras untuk sehari.
c. Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada’ sahaja.

Soalan 70:
Adakah wajib qada’ puasa yang ditinggalkan semasa dia gila?

Jawapan:
Tidak wajib qada’ puasa tersebut.

Soalan 71:
Seseorang yang mati dan meninggalkan puasa tetapi walinya tidak membayarkan fidyah sehingga Ramadhan yang kedua. Adakah digandakan fidyahnya?

Jawapan:
Tidak digandakan fidyahnya. Ada pendapat mengatakan dikenakan dua cupak bagi setiap hari, satu cupak kerana tidak berpuasa dan satu cupak lagi kerana menangguhkan fidyah.

Soalan 72:
Apakah hukum seseorang yang mati yang belum sempat menunaikan puasa nazar?

Jawapan:
a. Mengikut Qaul Jadid hendaklah wali memberi secupak beras sehari.
b. Mengikut Qaul Qadim wali boleh memberi secupak beras sehari atau menggantikan puasa.

Soalan 73:
Adakah harus qada’ puasa kepada simati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqada’kan puasanya oleh 30 orang selama satu hari?

Jawapan:
Harus dan Sah.

Soalan 74:
Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqada’kan puasa untuknya?

Jawapan:
Tidak boleh diqada’kan puasa kepada orang yang masih hidup.

Soalan 75:
Bolehkan dibayar fidyah 10 cupak kepada 1 orang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang?

Jawapan:
Boleh diberi kepada satu orang atau sepuluh orang.

Soalan 76:
Adakah sah bernazar puasa selama 1 tahun?

Jawapan:
Sah nazar tersebut dan hendaklah berpuasa selama tempoh tersebut termasuk dalamnya hari Tahrim (2 hari raya), tiga hari tasyrik, di bulan puasa Ramadhan dan puasa qada’ ?

Soalan 77:
Apakah hukum seorang isteri bernazar untuk puasa setahun dan dilarang oleh suami?

Jawapan:
Wajib berbuka dan tidak dikenakan fidyah dan qada’ kerana dikira uzur.

Soalan 78:
Adakah sah puasa sunat seorang perempuan yang dilarang oleh suaminya?

Jawapan:
Sah puasa tetapi berdosa.

Soalan 79:
Adakah wajib qada’ bagi seseorang yang membatalkan puasa sunatnya?

Jawapan:
Tidak wajib qada’ pada mazhab Abu Hanifah.

Soalan 80:
Bolehkah membatalkan haji sunat atau umrah sunat?

Jawapan:
Tidak boleh kalau terbatal wajib Qada’. Catatan: Masalah ini berbeza dengan puasa sunat kerana puasa sunat boleh dibatalkan tanpa qada’.

Soalan 81:
Adakah sah berpuasa pada hari-hari Tahrim?

Jawapan:
Tidak sah dan haram berpuasa.

Soalan 82:
Apakah hukum bersahur?

Jawapan:
Hukumnya sunat.

Soalan 83:
Apakah hukum puasa sunat pada hari jumaat sahaja?

Jawapan:
Makruh berpuasa kecuali pada hari jumaat itu jatuh 10 Muharram.

Soalan 84:
Apakah hukum meneruskan puasa 2 hari berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka?

Jawapan:
Haram berpuasa dengan tidak berbuka.

Soalan 85:
Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 86:
Seorang yang uzur tidak dapat berpuasa hingga ke tahun berikutnya. Adakah wajib fidyah ke atasnya kerana terlewat qada’ ?

Jawapan:
Tidak wajib fidyah ke atasnya wajib qada’ sahaja ke atasnya.

Soalan 87:
Adakah pahala membaca AI-Quran dan bersedekah di bulan Ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?

Jawapan:
Pahala membaca AI-Quran dan bersedekah dibulan Ramadhan adalah berganda.

Soalan 88:
Bolehkah isteri membayar fidyah puasa suami yang telah meninggal dunia?

Jawapan:
Harus isteri membayar fidyah puasa suaminya yang telah meninggal tetapi yang terutamanya ialah anak-anaknya kerana anak-anaknya yang menerima asabah daripada pusakanya. Ini berpandu kepada Imam as-Subki yang telah memfidyahkan puasa keluarganya yang telah meninggal dunia.

Soalan 89:
Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?

Jawapan:
Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

Soalan 90:
Apakah hukum perempuan hamil berbuka puasa kerana takut menjejaskan kesihatan kandungannya?

Jawapan:
Hukumnya harus

Soalan 91:
Hukum mencantumkan puasa qadha’ dengan puasa sunat?

Jawapan:
Hukumnya harus bahkan setengah ulama’ mengatakan sunat.

Soalan 92:
Hukum berniat puasa qadha’ pada waktu pagi siang hari dan bagaimana niatnya?

Jawapan:
Hukumnya tidak sah kecuali puasa sunat.

Soalan 93:
Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?

Jawapan:
Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain tetapi sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qadha’ pada bulan-bulan yang lain.

Soalan 94:
Bolehkah fidyah puasa dibuat jamuan kepada fakir miskin?

Jawapan:
Tak boleh fidyah puasa dengan duit. Mengikut Mazhab Shafie fidyah puasa hendaklah dengan dikeluarkan beras secupak pada satu puasa dan tidak boleh ditukarkan kepada yang lain. Oleh itu hendaklah diberi beras, jangan ditukar kepada yang lain atau makanan supaya hak orang miskin ini tidak dapat diguna oleh orang-orang yang tidak berhak.

Soalan 95:
Bolehkah berpuasa pada hari Arafah yang jatuh di hari Jumaat?

Jawapan:
Sunat berpuasa di hari arafah walaupun berlaku hari Jumaat. Yang makruh berpuasa di hari Jumaat ialah semata-mata melakukan puasa sunat.

Soalan 96:
Saya mahu qada’ puasa di hari ini tetapi saya tertidur semalaman. Adakah boleh saya berniat di siang hari?

Jawapan:
Tidak boleh, kerana niat puasa qada’ dan nazar itu wajib dan niat puasa qada’ dan nazar adalah di malam hari. Tidak sah selepas Subuh dan boleh berniat di siang hari hanya untuk puasa sunat sahaja.

Soalan 97:
Apabila seseorang qadal puasa kemudian dia membatalkan puasanya dengan sebab kawan mengajak makan. Adakah dengan sebab yang demikian digandakan dua hari untuk puasa qadalnya?

Jawapan:
Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja dan haram membatalkan puasanya.

Soalan 98:
Adakah boleh qada’ puasa pada 13 Zulhijjah?

Jawapan:
Tidak boleh kerana 13 Zulhijjah dilarang berpuasa.

Soalan 99:
Saya mahu Puasa qada’ selama 10 hari. Adakah boleh saya berniat puasa di malam pertama puasa?

Jawapan:
Tidak harus kerana sepuluh puasa qada’ itu adalah puasa yang berlainan seperti orang tinggal sepuluh kali pada sembahyang Subuh. Maka sepuluh Subuh itu adalah lain di antara satu sama lain. Maka hendaklah berniat pada membuat tiap-tiap sembahyang yang sepuluh itu. Begitu juga dengan puasanya.

Soalan 100:
Adakah boleh saya bagi fidyah puasa kepada satu orang?

Jawapan:
Boleh.


Salaam & Regards

Amri el Wahab


Wednesday, August 3, 2011

Perkara Yang Wajib Kita Tahu

Salam..

segala puji hanya bagi Allah pemilik sekalian alam.

sempena bulan ramadhan ni meh kita refresh sikit bagi yang lupa. takut-takut juga berpuluh tahun tapi kita masih tak tau. meh kita sama-sama ye dan saling mengingat. moga-moga lebih khusyuk solat kita. bertapa sayangnya Allah s.wt pada kita..

Solat (sembahyang) dari segi bahasa bermaksud doa,berdoa
Dari segi istilah ulama fiqh pula bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.

Berikut adalah maksud bacaan dalam solat.

Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

SUMBER:
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2499.0

Wallahualam.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Monday, July 4, 2011

P0tenSi

layan silver pun best juge. mau buat koleksi sikit..lagipun tak mahal banding harga emas..

Fibo..MA..Stochastic..AO..cun."mungkin" tak pecah low 21.310/ounce..

click for large.

Thursday, May 19, 2011

Sembang Kosong..

Salam.

Just sembang kosong di pagi hari..sesambil brain wash diri sendiri. ketika ni, aku tengah menikmati secawan air suam. dengar koleksi lagu2 lama daripada kumpulan search. dan baca akbar online baru sebentar tadi.

aku terpikir-pikir. macam mana life orang-orang di luar sana. macam mana dia mengharungi hari ini dan semalam. adakah makin OK. adakah sama sahaja seperti semalam-semalam??adakah tengah pening-pening tentang keperluan harian???. em. Blr rate dah naik 6.6..harga gula keperluan lain naik..inflasi semestinya telah naik 3.2%..minyak akan naik..barangan berasaskan petroleum bakal naik..subsidi korang bakal dikurangkan..cukai baru bakal diperkenalkan..amacam??lepas ni??????tapi dan cumenye yang aneh kerajaan kesayangan?? kata ekonomi meningkat bagus. ringgit mengukuh..pelabur asing meningkat..dan...ni lah hasilnya yang dapat kita rasa sekarang...huss.

ok. nampaknya kita kena banyak bergantung pada diri sendiri. ape pelan tindakan korang selepas ni??adakah sama??tunggu dan lihat??catu expenses??dah ade strategi??. ke tak rasa ape-ape??hu.

Friday, April 22, 2011

Dinar Emas Untuk Dijual

KEPADA PEMINAT DINAR EMAS..

Gambar Dinar Muslim:





Info:
Type: Gold Coin
Refinery: Emirates Gold DMCC
Weight: 4.25 gram
Purity: 916 (22K) Gold
Cert: No
Casing: Round Plastic Cover

Emirates Gold?
Dinar Muslim is a bullion gold coin made from 4.25 grams of 22k gold and minted by Emirates Gold DMCC, the largest gold refiner and bar manufacturer in the Middle East, has its headquarters in the precious metal refining and jewellery manufacturing complex that is administered by the Dubai Multi Commodities Centre (DMCC).

Emirates Gold DMCC is the first gold refinery in the Middle East to be added to eight approved international firms holding the DGD standard. The DMCC Gold Physical Committee has approved Emirates Gold's application after the British Standard Institute (BSI) tests of EG gold bars met qualifying criteria for DGD status.

Emirates Gold has been awarded Dubai Good Delivery Status by Dubai Metals and Commodities Centre (DMCC) in 2005. The gold industry relies greatly on refiners whose gold bars are accepted by associations and exchanges as good delivery for the settlement of transactions.

DISCOUNT PRICE
from MET:

RM666.00 per dinar... no cantik.hee

rujukan lain emas semasa. 22/4/11 8.51pm
public dinar= RM688.00
dinar kelantan= RM696.00
fgjam=RM162/gram
pasaran dunia= $1508.16/ounce

http://www.nubex.com.my/v2/index.php
http://publicdinar.com
http://www.fgjam.org.my
http://www.kitco.com

LIMITED: mau tolak maximum 5 dinar shj..

contact: 012-6218853 (MET)
Area: Shah Alam-Klang-Kuala Selangor.

sekian Thankyou..