Keluarga terlibat dalam kemalangan jam 0630 pagi satu syawal di sabak bernam. ketika itu perjalanan balik kampung daripada perlabuhan klang ke kampung banjar ayer tawar perak. ayah cedera patah tulang rusuk kiri dan kanan. 2 orang adik cedera masing-masing pecah rahang dan retak, gigi tinggal beberapa batang dan pecah bibir dan masih dalam rawatan di sunway medical centre.
semoga isteri tabah menghadapi dugaan dan sabar menjaga ayah dan adik.
betul lah janji Allah, yang hidup pasti akan mati dan kepada Dia jua lah kita semua akan kembali.
bila dikenang-kenang, diingat-ingat. macam tidak percaya je tiba-tiba ibu sudah tiada. malam tu berbuka sama dan masing-masing gembira.tahu-tahu esok pagi dapat massage, keluaga telah terlibat kemalangan dan ibu telah tiada..mungkin sudah bahagian ibu.suratannya. kami redha.
pesan saya kepada diri dan semua. sayangilah dan hargailah orang di sekeliling kita kerana ESOK "mungkin" kita sudah tidak dapat berjumpa lagi...
3 comments:
Takziah MET..
saya dapat maklumat tak jelas melalui Kerani RHB Giant 13 tu..
apa pun bersabar dan berilah sokongan sewajarnya kepada isteri dan kelurganya..
Semoga ibu mertua dicucuri rahmat dikalangan orang yang beriman..
Al Fatihah..
Terima kasih diver..
haah.itu hari gi settle payment ape yang patut dan urusan lain2..semua cedera.so mana yang boleh bantu tahu tu kita bantu la...
Salam takziah....
Post a Comment