Friday, December 11, 2009

Kereta Free

Aku sangat suke dengan tajuk di atas. sebab aku tahu kebanyakkannya bila dah dapat kerja, benda ini lah yang pertama sekali dalam kotak fikiran korang. simpan duit agar objektif tersebut tercapai.huhu. salah ek??

ni sedikit idea daripada aku. maklumla kita ni pun duit bukan lah banyak sangat kan..

1st mu survey2 dulu market kereta idaman (yang hang mampu milik) tu berapa...kata la rm520 sebulan selama 9 tahun (pastikan 20% below your BASIC salary). ops jangan terus beli..sabar dulu kawan..

then pergi maybank cakap nak buat ASB Loan sebanyak RM100k (RM100 ribu)selama 25 tahun.(wow gilo apo loan besar2). tapi kalau korang tak buat macam ni lagi korang akan gilo.hee. dalam table yang aku refer ni monthly paymentnya adalah sebanyak RM531..

pastu:
1. ape lagi bayar la loan asb tu bulan2 selama setahun..dan seterusnya..

2.tapi awal januari tahun depan (tahun ke-2) pastinya anda telah mendapat dividen daripada ASB loan tersebut sebanyak (ambikla min 7%)=RM100,000*7%=RM7000. so kalau korang bahagi RM7000/12=RM583.33/month.

3. dengan duit ni la korang guna untuk bayar monthly kereta idaman tadi. RM583.33- RM520=RM63.33 (balance) sila simpan ditempat yang sepatutnya..

4. bila dah 9 tahun bayar kete pun dah abis..sila guna dividen asb untuk bayar ASB loan anda pula sampai la habis..em.nak apekan dengan duit RM 531.00?? kita cerita lain..

so kesimpulannya:
1. dengan gaji anda yang sikit tu (biasa sikit ke banyak kan korang cukup2 je. sama je). anda dapat beli kereta disamping mempunyai sedikit simpanan untuk hari tua..iaitu sebanyak RM100,000. senang cite berapa monthly kereta nak beli tu=jumlah monthly asb loan.

2. modal anda tetap RM531.00 (bayar loan asb=simpanan). itu pun selama 9 tahun je. cuba kalau anda tak sabar terus beli kereta dulu dengan bayaran bulan2 RM520 tadi bulan2. ade ke duit nak simpan bulan2 RM500.00 sebulan? payah bukan...ianya cara mudah tetapi kesannya berbeza..

3. ala sabar setahun je...ke anda nak menderita 9 tahun..kotla lepas 9 tahun tu lagi tah comittment ape lak. pun tak simpan2..pulak tu nak tukar kete yang dah buruk?hu. haru-haru..

4. kenapa buat loan ngan maybank bukan cimb/rhb bank (buat masa ini). sebab maybank sahaja yang boleh buat sehingga 25 tahun. kita nak +ve cashflow.(kena tahu mana loan yang baik mana loan yang tak baik). kalau 20 tahun=RM609.00 kan dah anda kena topup bulan2. dividen ASB tak cukup untuk cover Loan (kulo min 7%).

5. pastikan monthly kereta tu lebih rendah daripada bayaran ASB loan bulan2 (lagi rendah lagi better sebenarnya) sebab kereta kan libilities. mana menjana pendapatan ape2. anda beli je terus susut nilai dalam 20%...

6. ni contoh kereta. tapi kalau nak guna contoh lain pun boleh. kalau beli rumah lagi la molek...

7. lagi muda lagi awal start lagi bagus. kalau saya lepas 25 tahun baru nak masuk umur 50 tahun..so ngam2 simpanan untuk bersara..


orite

p/s: pada saya kereta,rumah,asb,duit,emas dll semuanya adalah dan hanya sebuah tools untuk kita mendapatkan perlindungan,kesihatan,keselesaan,sedikit kegembiraan dan kesenangan serta membantu yang lain..

21 comments:

Unknown said...

hmm...menarik...

tp cuba renungkan...

RM100,000 free...

tahun pertama, buat loan ASB RM100,000..

bayar bulan2 RM531..

awal januari tahun depan, guna dividen lbh kurang RM7000 tuh utk cover ASB bulan2... (RM531*12=RM6372)..

balance dr dividen ialah 7000-6372= RM628!!

So, korang beli le kreta yg bayar bulan2 RM520 td..satu bulan free, tolak dr RM628 td...amacam?

So, at the end, ASB korang settle utk setahun, kete pun bayar 11 bulan je setahun...lg 1 bulan guna baki dividen ASB tuh..

bile dah abes kete, bulan2 leh byr double the amount pada ASB..

Kalau korang tgk step 3 yg penulis sebut...ada balance RM63.33...aku yakin duit byk ni masuk wallet, kejap je lesap... tp kalau btol2 simpan RM 63.33 ni, mmg best...

MET said...

bagus2..mungkin ramai lebih mudah kalau pikir begini. saya tahu memang ramai susah pegang duit banyak2 ni..he.(menyimpan memang susah sket).

good.

apepun akhirnya semua terpulang pada korang. kalau duit budget sebulan untuk cover monthly payment tu pun korang kebas. gamaknya takde sapa boleh tolong korang lagi.

p/s: adapun sebenarnya yang real. dividen anda tu anda masuk dalam account lain (kalau orang mungkin dia suka letak dalam OD dia). then kuar sket2 bulan2 untuk bayar kereta..so 63.33 tu memang sentiasa dalam bank bukan poket.

thanks

ayip said...

bagus MET...good idea..

cuma masukkan duit deposit..duit cukai jalan gak pas setahun...

bile mau TT?

hehehehehe

MET said...

TT shah alam la..kawe jauh2 ni payah sket.hee. then nak balik ke rumah orang plak..hu.

amanda said...

klu gaji ribu riban byk cr wat duit..
tp klu gaji 1k lbh jer cmner 2...
de sape2 leh tlg...huhu

MET said...

amanda..

sebab duit sikit la kena buat macam2.hee. macam topik di atas (tu contoh je.boleh wat nilai lain ikut kemampuan). kalau kita terus bayar kete rm350 je pun untuk kereta. kalau tak wat gini sebenarnya kita dah loss dalam RM60-RM70k..

baca juga topik2 lain. ada yang kita boleh buat dengan duit kita yang sedikit ni je..

p/s: saya pun gaji taklah gaji beriban2. lebih kurang lebih sket je pun mungkin.

duit sikit ni tak jadi masalah. cumanya janganlah expenses kita tak macam orang yang duit sikit..hu.

kalau dapat main game cashflow101 pun cantik gak..

em.apa yang saya boleh bantu??

Anonymous said...

Salam MET. Saya ada kemusykilan sedikit. You cakap tahun kedua dapat dividen, gunakan dividen beli kereta dan buat installmen bulanan. Monthly ASB pulak nak serve macam mana? Bukan ke guna dividen ASB untuk serve monthly dividen? Kalau macam tu tak ada bezanye kalau kumpul duit sebanyak 7k dulu untuk beli kereta. Bank tengok komitment kita jugak. Kalau ada buat asb loan 100k susah jugak nak buat loan kereta.

MET said...

Ada bezanya..lagi2 untuk orang2 yang macam den ni yang duit tak berapa nak banyak.

em.pertamanya mungkin maksud saudara nak guna RM7k dividen tu atau kumpul RM7k untuk bayar muka kereta? ni tak masuk dalam perancangan hambo. saya beli kereta bayar on the road je RM500+ (kereta murah).

dalam ni still bayar asb loan pakai duit sendiri (dalam 9 tahun je). hutang ni lebih bagus daripada beli kereta yg harganya RM100k

cume di sini saya tekankan saudara leh guna serampang dua mata. duit yg sikit (RM500++) tu boleh dapat dua benda tau berbenda2.

saya bagi situasi:

1. katalah you kumpul2 duit RM7k wat muka beli kereta dulu. then bulan2 katalah kena bayar RM520..

kemudian persoalannya. berapa gaji anda? mampu ke nak bayar asb loan bulan2 RM531. total atleast setahun mu kena spend RM1051..(tahun dua mungkin dividen cover). takut2 langsung tak menyimpan ke sudah. check dengan rakan2 anda.

loan kereta ni sebenarnya paling senang nak lulus.he. aku masa zaman2 muda dulu gaji sangat ciput pun boleh lulus loan kete beso. cume sayang grento takde je.muda umur 21.(tapi sebaik sebenarnya tak terjebak). member yg ccris teruk gaji +-2k pun lepas loan kete cheri bulan2 888.++

katalah bank tengok juga comittment (memang rugi lah bank tu). baguslah begitu. taklah saudara buat hutang yang tak bagus tu.hee.belilah kete harga 20k-40k. kurang sket liabiliti.

kalau saudara lagi bagus. dividen 7k tu saudara cari kereta beli cash. dalam akaun still ada 100k (sijil). setahun yang bermakna.

dan sebenarnya. ni option je kalau anda nak beli kereta. kalau anda baca tajuk ASB..baik duit yang ada tu guna untuk penuhkan akaun..atau mungkin invest dalam property.buat bisnes..trade forex fcpo stock dll..

em.ok terjawab tak? ke masih confius..

tu baru RM500+. kalau kereta anda bulan2 almost 900+..agak2 patut dalam asb anda ada berapa agaknya??check compare dengan rakan2 anda juga.

Nor said...

saya dh 2 taun pakai kete br jumpe entry ni. rugi rasanye xbuat macam ni dulu. macamana kalo saya trade in kete lama, ambil kete baru n buat spt yang dicadangkan. sama ke ape yg akan saya dpt spt yg MET utarakan. cuma nk tau.

MET said...

trade in kete lama amik kete baru maksudnya monthly lagi mahal ke lagi murah?hee

kalau lagi mahal..baik toksah.duit yg nak di spent tu terus je buat asb loan..

untuk jawapan nor. boleh je wat gitu..lagi2 tuk orang yang memang tak boleh menyimpan. cashflow negative..benda ni boleh diconsider. downgrade la mana yang boleh..

cume persoalan untuk nor sanggup ke downgrade?hee.kulo ok anda antara orang yang hati kering kawe penah jumpe.good..

kita ni kalau boleh makin hari makin kurang expenses/liabiliti..bukan makin banyak dan bertambah2..

atiqaziz_84 said...

wah...malam nie saya dh ade idea nk kongsi ngan sahabat sy yang kemaruk nk kete kancil..leh r kongsi idea nie..

cumanya...kot2 blr naik..dividen asb turun...camne eh..

mmg ade rugi kalu kes amcam tu berlaku..tp xlah serugi byr kereta 9thn tanpa ada simpanan tersebmbunyi...hehe..

MET said...

betula la tu..risiko blr naik atau dividen turun..

biasa ekonomi bagus sket blr naik sikit..dividen pun naik sket..

biasa juga ekonomi tak bagus..blr naik, dividen maintain.

biasa juga ekonomi tak bagus..blr turun, dividen maintain..

worst case: solution

1. cancel terminate..tak perlu buat full settlement seperti PL atau hutang2 lain.

2. kalau naik.sila buat kira2 balik.kalau still under cover its ok (dividen leh offset/topup bawah rm50). dan biasanya goment takkan biarkan crisis lama2. terbukti ekonomi down itu hari pun blr bukan naik malah turun. sebab nak jaga cashflow ekonomi sentiasa mengalir..

kalau teruk sgt. satu dunia crisis tak dapat diselamatkan. em.you not alone..he.mulakan hidup baru..

lain2 hal berbangkit optionnya no 1..

Unknown said...

Nak tanya. kenapa loan asb kena ikat 25tahun (maximun)?

MET said...

salam zaim.

nanti saya try ulas panjang sket ye. kulo berkesempatan..he.

so far lagi lama dan lagi besar loan lagi banyak advantage..

Anonymous said...

salam

sy berminat sngt ttg cara nih..tp mcm sy dh blacklist boleh ke buat loan ASB nih..?? dah lama tahu ttg asb loan nih...tp baru diberi jalan utk buat mcm nih...

MET said...

w,salam.

saya pun tak pasti..tak rugi pun try apply.untung2 dapat.he

suhaimi_yusuf said...

salam alaikum..fas alu ahlazzikri inkuntum la ta'lamun...nak tnya klu sya student buka akun ASB blh x pastu wat pinjaman loan ASB kt MAYBANK?explain ckit and blh x buat 1 tajuk camana nak kawen time belajar dgn perancangan kewangan yg baik?syukran2 jazakallah

MET said...

w,salam

ade member student dulu buat ASB Loan under maybank.boleh try..yg penting cmne mu convince bankers yang mu leh bayar..then bagi ic settle la..

em.nak kawin skang ke..blh je asal mu rasa mampu.belanja kawin satu hal..then rumah transport kena plan juga tu..

soalannye general.jawapannya.just manage income dengan baik pastikan expenses terkawal. ade saving..jgn cukup2. then leh invest..

MET said...

ade juga post sebelum ni pasal merancang untuk kawin. ade la skit pendapat.tapi tah pulak fokus untuk student.hee.
http://tulusgroup.blogspot.com/2010/02/bagi-mereka2-yang-merancang-untuk.html

Encik KOKO said...

saya dah setahun buat loan asb 50k ngan maybank, tapi tak pernah tahu pon benda ni.. saya neh gaji ciput je tapi willing to spend myr300 sebulan untk serve asb. bila dapat tahu benda macam ni, rasa nak upgrade loan to 100k ngan monthly myr531.. for first year memang sakit sikit la, tapi bila tengok dividen hujung tahun boleh buat kita senyum..

kalau guna dividen first year 7k tuh beli kereta second hand cash pon oke jugak kan.. tak payah nak ikat komitmen membayar monthly 531 kat asb.. lepas tahun kedua dah boleh guna dividen serve asb loan.. kannnn???

walaupun saya baru 22 tahun, tapi kereta tuh bukan prioriti.. yang penting saving!

kan???

amirulamrin said...

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMILIKKI KERETA IMPIAN ANDA
TANPA DOWNPAYMENT
TAMPA ANSURAN BULANAN..!!!
TAMPA PINJAMAN..
PERCUMA ROAD TAX INSURAN..!!
GERAN NAMA SENDIRI..
DAPAT DUIT CASH RM10K
DAPAT GAJET BERNILAI RM1500
DAPAT PERGI UMRAH / HAJI PERCUMA
DAPAT DUIT DARI TABUNG JARIAH RM6.9 JUTA
SERTA BANYAK LAGI FAEDAH MENJADI AHLI KKIM
KHUSUS BUAT UMAT ISLAM SAHAJA..
BLACK LIST? BANKRUPSI? CITOS? CCRIS? PUN BOLEH MILIKI KERETA MEWAH DISAMPING ITU
ANDA BOLEH MENJANA PENDAPATAN YANG MEMANG SANGAT LUMAYAN
HANYA DENGAN MODAL RM280.00 (PROMOSI SEHINGGA APRIL SAJA )
SEKALI SEUMUR HIDUP UNTUK MENJADI AHLI VVIP KELAB KERETA IMPIANA
BERSAMA KITA UMAT ISLAM MEMBINA KEKUATAN EKONOMI UMAT ISLAM DENGAN
KONSEP UKHUWAH BERJEMAAH ..IN SYA ALLAH...
http://www.pasifincome4u.com/kkimkajang