Monday, December 14, 2009

APA ADA PADA ASB.

Entry sebelum ni kawe cite pasal kerete free..masih ingat? ok kita tengok ape lagi yang boleh dibuat dengan ASB..

1. Boleh cagar untuk kemudahan Overdraf. CIMB 90% (blr-2),RHB 95%(blr-1). sapa yang tak tahu nanti kita cite pasal ni..

2. Satu2nya saham amanah yang boleh buat loan..

3. Biasalah dividen stakat ni kurang-kurang pun tidak kurang daripada 7% peryear.

4. Dijamin kerajaan (bukan dividen) bahawasanya RM1.00 yang anda labur/simpan pada waktu dahulu/sekarang/masa depan tetap RM1.00 juga nilainya.(tidak susut nilai).

5. Hanya perlu RM265 sebulan anda dapat RM200,000.huhu. teruja tak..(tak payah masuk skim cepat kaya la ape)..

Ok kali ni kita cite pasal Item no. 5 detail sket.

Ni bagi meraka yang boleh menyimpan (bukan suruh lebur beli bukan2) RM265 sebulan la. kalau boleh menyimpan lebih lagi bagus (tahniah)..

Caranya mudah. tak kurang lebih seperti entry sebelum ni pasal kereta free . tapi matlamat kali ini bukan kereta la tetapi RM200,000 untuk hari persaraan.

tahun 1.
anda buat loan ASB sebanyak RM50,000 (RM50k) under maybank, ikat selama 25 tahun. bulan-bulan payment adalah RM265 (refer table yang ada).

tahun 2.
awal january tahun ke-2, anda akan dapat dividen (andaikan 7%) daripada loan RM50,000 iaitu sebanyak=RM50k*7%=RM3500/year=RM291.7/month. duit dividen ni anda boleh guna untuk bayar loan RM50k yang asal tadi (RM265 bulan2).

so modal yang anda spend untuk bayar bulan2 di awal tadi (rm265), boleh pergi bank then mintak lagi loan ASB RM50,000.

begitu la seterusnya untuk tahun ke-3 dan ke-4. maka cukupla RM200,000 dalam akaun.

tahun ke-5
semua dividen yang dapat, digunakan untuk membayar loan yang ada. Modal asal RM265 yang anda spend bolehlah simpan dalam ASW ke or tabung haji..dividen 5%- 6%.

KESIMPULAN:

Modal RM265 (monthly)*12 (setahun)*4 (tahun)=RM12,720.00
Keuntungan=RM200,000 - RM12,720(modal)=RM187,280
ROI= 1472.32% (bahagi 25 tahun)=58.89% peryear.

ok ke tu??

dengan consept yang sama boleh la try Loan RM100,000 or RM200,000 ikut mana dan..

p/s: kalau ade pandangan lain boleh maklumkan..

12 comments:

Anonymous said...

salam...

tq atas perkongsian ilmu...tp penin sikit...adeii..mcammana la bro leh fikir gitu ek?mmg dah apply dlm hidup ke cara2 ni bro?

if dah da ODASB,bley wat ASB loan ke?yg saya tahu if dh ada ASB loan tak leh wat ODASB..

"so modal yang anda spend untuk bayar bulan2 di awal tadi (rm265), boleh pergi bank then mintak lagi loan ASB RM50,000."

boleh senang2 ke nak minta loan lagi dlm masa yg sama loan 50k td belum setel lg..ada syarat ke nak minta nx loan ni..

posting ni memang menarik..tapi takuttttttt......bila la berani nak cuba gini ek

-tinta-

MET said...

1. ada ODASB..boleh je buat ASB loan..

2. kalau buat ASB loan..boleh je juga kalau nak buat ODASB..

cumenya yang tak boleh. sijil ASB loan tu di ODASB kan..sebab sijil tu pada bank. tu loan bukan wit kita kok..tu cagaran bank pada PNB..bukan cagaran sijil PNB kita ke bank..lain tu.

3. apsal takle apply loan ASB banyak2 kali lak. buleh je. saya sendiri ada 3 loan untuk ASB..

4. mintak je..tak mintak cmne nak bagi.haha..

5. macam cth di atas tu bukan apply loan pada tahun yg sama tau. ini supaya kita boleh guna dividen tahun ke2 untuk offset payment untuk ASB loan tahun pertama..sebabtu tahun kedua tu boleh apply loan lagi. bayar pakai wit sendiri..

tak clear tanya lagi..

MET said...

sebenarnya risiko dia ape??

andai anda tak mampu bayar (worst case). just pegi bank cakap saya nak cancel...just that.

kalau faham. takde ape yang perlu dirisaukan..

Anonymous said...

ASB HARAM !!! PINJAMAN BUKAN KEPERLUAN PADA BANK KONVENSIONAL LAGI HARAM!!!!

HARAMxHARAM = DOSA^2....wakakakakakaka

MET said...

kalau ikut fatwa kebangsaan=harus.

untuk loan. boleh ambik islamic pakage..

sebenarnya bukanlah nak kaya sangat pun. saya akui dengan asb sahaja bukan boleh kaya pun..terbukti walaupun ianya hanya untuk bumiputera sahaja (cuba bantu). tapi orang yang terkaya dan bangsa yang pegang ekonomi di malaysia (tempat asal usul kita) pun bukan daripada bangsa kita.=walaupun ASB telah lama bertapak.

sila nyatakan sektor terbesar yang ada dan dipegang oleh orang kita??(berani ke cakap mak bapak dulu-dulu yang salah??).

senang la kita arini cakap suruhlah depa buat bisnes. tapi nak buat senang ka?.kita pernah tunjuk jalan ka..ade bagi alternative terbaik ka..

saya tengok begini:

1. orang kita paling ramai masuk skim cepat kaya kerana ape??saya yakin kebanyakkannya ASB tak penuh pun..
2. inflasi semakin naik. gaji tak naik2..
3. berapa ramai orang kita yang suka tengok cerita bersama mu??sapa dalam cerita tu.
4. bangsa kita yang banyaknya kerja sektor kerajaan berlumba-lumba buat personal loan kenapa??invest dalam MLM untuk ape.
malahan untuk kawin pun ada kerana ape??tu status macam mana??oh keperluan mungkin..
tu belum bab dengan ahlong lagi..
5. ramai orang kita terjebak dengan Card credit malahan tak mampu bayar balik kerana ape??
6. berapa ramai yang senang dan berapa ramai juga yang sudah blacklisted.
7. rakan-rakan sekerja OT setiap bulan kerana ape??malahan buat kerja sejam claim 3-4 jam. ape status dia??
8. yang kecik seperti merokok yang haram menghabiskan duit dan cari penyakit berapa ramai pula yang menasihati memperingat??
9. ade juga serah duit untuk pelaburan UT tapi tak paham ape itu UT. hasilnya maka tak berapa berhasil..benda ni ke nak pakat2 dengan orang kampung buat UT..
10. dalam malaysia pun bangsa kita tak pegang ekonomi?? (selesanya kita dengan keperluan yang dikeluarkan oleh yahudi..).

daripada hasil di atas maka kita hari ni yang bijak pandai pakat ramai-ramai dengan orang kampung sume keluarkan lah duit dalam ASB. padan muka kerajaan....untuk ape dan ape hasilnya??

tepuk tangan lah bangsa lain. yahoo. alang2 kami tak dapat masuk, melayu bumi pun tak dapat sudah keistimewaan..

rasanya susah payah kalau saudara suruh semua keluar ada baiknya saudara push PNB. ikut cara mana pun tak kisahlah. janji depa ikut piawai..

mesti saudara kata sapa lah diri ini.saya mintak maaf. saya insan juga yang lemah..

dan ramai lagi orang kampung dari dulu yang susah payah. simpan sikit2 dalam ASN ASB..dan masih hidup juga dalam kesusahan.

p/s: so jadilah somebody cepat2 supaya kita boleh bantu agama bangsa dan negara kita..

saya buka blog ni dengan niat nak bantu dengan sedaya apa yang saya tahu..supaya moga2 tak lah terjebak dengan perkara di atas.

saya paham dan saya sedar dan juga pening dengan isu ASB ni. tapi berharap juga moga2 umat islam lebih cemerlang untuk mengubah ape yang berlaku bukan setakat malaysia tetapi dalam dunia arini..

MET said...

sebab pada aku ASB ni bagus..niat dan matlamat dia bagus..dan memang bagus pun untuk bumiputera..

rasanya kurang adil nak kata kalau ianya untuk kepentingan semata. kalau nak rasanya boleh saja open untuk non bumi..lagi masyuk.
aku dapat bayangkan bila non bumi punya quota sebelum ni pun sume sapu bersih (bumi tak done nak abis). ni kan bila ASB open tu non bumi..hasilnya sama..

matlamat tak menghalalkan cara..tapi matlamat boleh mengharuskan cara dengan syarat-syarat dan adab2nya..

fatwa kebangsaan kata harus..SC kata tak..

moga2 PNB dapat memperbaiki untuk lebih baik..

daripada:
yang tak arif..
dan takde kepentingan..

Pena QS said...

"ASB HARAM !!! PINJAMAN BUKAN KEPERLUAN PADA BANK KONVENSIONAL LAGI HARAM!!!!

HARAMxHARAM = DOSA^2....wakakakakakaka"
-quote by anonymous-

Saudara/ri anonymous,
Jadilah seorang yang gentleman. Kenapa perlu hide identiti kalau niatnya bagus. Kenapa kita perlu takut kalau nak menegakkan agama, bangsa & negara.

Tidak salah utk menegur tp biar la berbahasa skt 'budi bahasa budaya kita'. -"HARAMxHARAM = DOSA^2....wakakakakakaka"Inikah nilai murni yang diterapkan oleh Islam?

Pelik benar dengan mentertawakan orang! Betul ke caranya?-Cermin diri sendiri terlebih dahulu.

Kita diberi akal, boleh menilai mana baik mana buruk. Isu ASB telah banyak diperkatakan, mungkin kami telah kaji terlebih dahulu dari saudara tentang HALAL/HARAM. Kami pun orang islam jugak sama macam saudara, bukan semua perkara kami tangkap muat je. Kami juga mencari keberkatan.....

Anggap la ini sedikit cuma usaha2 saudara MET utk memajukan bangsa, kenapa perlu diprotes dengan cara yang memalukan.

Kalau betul niat saudara nak memperbetulkan bangsa ikut la cara & laluan yang betul seperti ustaz zaharuddin, Prof Datuk Dr Zuhdi, majlis fatwa kebangsaan, SC & etc.entah2 saudara pun xpernah baca pasal isue ASB ni.

Apapun saya mengucapkan tahniah kerana anda ada sedikit keberanian yang tinggal utk menegur.

BERSAMA2 KITA MEMAJUKAN AGAMA, BANGSA & NEGARA KITA....

Maaf kalau2 menginggung mana2 pihak-

Anonymous said...

salam ,
ingin bertanya , kalau buat PL kemudian buat ODASB , adakah ianya berbaloi .

MET said...

bergantung pada tujuan kot..ape matlamat..

em.cite sket plan saudara leh..?

suhaimi_yusuf said...

subhanallah walhamdulillah..sgt membantu..cadangan saya ada 2:
klu blh mcm ODSB or shortform tu blh terangkan sikit la..sya budak baru belajar tntg merancang kewangan ni..sgt bagus..semoga ALLAH membantu kamu sprtimana niat kamu membantu org lain..1 lg klu blh masukkan hukum agama sikit klu bg cadangan mcm kata fatwa asb tu harus so thats mean org awam islam blh la apply kan..syukran

MET said...

insyaallah.saya pun tak lah pandai sangat...

ODASB=Overdraf cagaran daripada sijil ASB..

Unknown said...

salam. saya ni hijau lagi, baru mengenal ASB dari mulut2 rakan.

ASB jelas ada isu, ada syubhah berkenaan halal haram, dan isu ni sebenarnya cukup lama diperdebatkan.

Setakat apa yang dikhabarkan kepada saya, PNB mempunyai modal yang besar, justeru tidak banyak bank yang mampu menanggungnya. Tabung haji juga pernah menghadapi masalah yang sama. Justeru, MAYBANK muncul sebagai pilihan utama PNB.

ISu penyerahan kepada Maybank nilah yang menggusarkan. Sesetengah bependapat 30% pelaburannya tidak belandaskan syariah, tetapi dividen dari 70% pelaburannya dalam landasan yang betul mampu menanggung/cover hal ini. Wajarkah kita berpegang dengan perkara ini dan terus melabur dalam ASB? Bukan seratus peratus bukan?

Dan seperkara lagi, ada yang menyatakan pelaburan ini harus -- kerana ini menjaga hal ehwal bumiputera kita. Sekiranya digubalkan bahawa ASB bukannya sesuatu yang halal, bumiputera akan rugi besar. Banyak hak pemilikan akan ditarik balik, pasti, dan sesetengahnya melibatkan negara. Dan jika ianya ditarik balik, penguasaan bumiputera bakal tergugat. Oleh hal yang demikian, hukum harus melabur dlam ASB itu saya simpulkan adalah sebagai satu cara untuk kita berjuang memelihara kemandirian bumiputera dan agama Islam sendiri.

Mohon pendapat dari saudara, kerana saya benar2 ingin tahu.