Thursday, February 25, 2010

SELAWAT NABI

Volume Max..

Thursday, February 18, 2010

Stephen Chow

Ada 3 watak disitu..perhatikan apa yang mereka katakan berkenaan financial..

hee. selamat berhibur..

p/s: yang utama sampai minit 1. yang lain boleh la sambung kalau nak tengok..

jangan beli set karaoke..he.


Saturday, February 13, 2010

WHO MOVED MY CHEESE

Apa yang dapat anda belajar daripada cerita dan watak2 tersebut.

p/s: sila buat segelas air milo ais..enjoy this show.

then kuatkan volume dan pasang telinga molek2..dengar dengan teliti.

catit kalau perlu.

Applikasikan dalam hidupan harian..


Thursday, February 11, 2010

Berjinak-Jinak Dengan Property Investment

Salam.

Bagi menjawab soalan daripada rakan kita si Eh.. yang berbunyi "byk benda aku nak belajar pasal property nie..tapi aku tak tau nak start dari mana..takde ilmu langsung la beb..".

berita gembiranya ko bukan yang pertama dan keseorangan. he. (aku tahu ko pakar bab lain). biasalah semua orang bermula dengan tak tahu apa2. ilmu tu penting dan kenalah cari. dan kebiasaannya juga rumah pertama adalah yang paling suspen. then lepas tu pejam mata sebelah je..hee.

Pertama-tamanya saya pun masih/still dalam process belajar juga dan sentiasa belajar. sedikit daripada saya untuk entry ni bagi yang mahu memulakan langkah pertama.

1. Apa matlamat anda?

cashflow ataupun capital appreciate. kalau dah namanya target cashflow janganlah beli mahal2 atau pada harga market price. kebiasaannya rumah jenis ni rumah bertingkat seperti rumah flat/appt/condo. key dia anda kena tahu rumah yang anda nak beli tu monthly loan payment dia berapa then sewaan (bukan buh suka2) area situ berapa. (standard market).

kalau target capital. yang ni mu kena ada duit lebihan la. dan biasanya rumah landed (bawah). kalau aku banyak duit. aku mungkin consider untuk beli tanah kat Kampung Baru KL tempoh hari RM1.4 juta. then tak lama selepas tu keluar metro kerajaan nak ambik RM 4 juta. so kayo2...tapi kena pastikan cash in hand ada la untuk bayar/cover loan bulan2 RM6-7k sebelum tu.

kalau anda beli rumah kat belah2 dalam rawang mungkin susah nak dapat penyewa atau lama tunggu harga rumah naik. tapi kalau anda target beli rumah then buat rumah burung layang, wat cendawan, ternak arnab, ikan, buat bisnes atau mungkin just nak duduk kerja situ dapat rumah besar dengan harga murah, mungkin sangat berbaloi..

sebab tu saya kata apa matlamat anda?

2. then macam mana nak tahu good deal ke tak. anda kena biasa2kan dengan standard market price untuk rumah la. tengok banding harga mengikut jenis rumah, keluasan, bumi (bumiputera saja leh beli), leashold atau freehold (kalau tanah anda di Kampung Baru tu freehold tetapi kerajaan nak juga untuk wat pembangunan, nak buat highway apa leh buat?) . mulakan carian dengan area yang anda arif/tahu. spesifik kan, contoh area puchong ka klang ka..Shah alam ka..KL ka..sila pilih satu tempat. check dan compare harga kat mudah.com atau paper pun buleh..then anda tahu la anda membeli pada market price ka over market ka atau below market..

lagi detail boleh check dengan pihak valuer (dia akan check luar dalam sume2 termasuk renovation). ada caj dikenakan mengikut harga rumah. tapi boleh je just call untuk tahu secara verval dalam telepon. tanya kot dia ada record untuk area rumah situ. (yang ni tak kena caj). pihak bank pun ada yang boleh membantu.

hah dah tahu yang ni. dah boleh beli rumah dah. lain2 pihak bank dan lawyer sedia membantu.he. mudah bukan. jangan pening2 atau wat kepala tu serabut.

3. kalau nak beli rumah lelong refer entry ni. status kewangan diri juga penting. nak memahami tetang cashflow main juga game free ni.

4. kalau nak detail sket pasal untung rugi kena baca entry ni.

5. lagi bagus ambil tahu juga kerja-kerja lawyer..legal term dan process supaya anda tahu hak dan mengelakkan tipah tertipu dengan agent2.

6. nasihat saya. dalam investment ni emosi kena jaga..matlamat anda adalah keuntungan bukan kepuasan.he.

ada orang beli rumah invest sebab ikut kawan2, isteri suruh, bapa suruh, sebab deposit rendah, sebab cantik, sebab emosi..

ada orang bangga dapat beli rumah. katanya untuk investment tetapi duit masuk takde. duit keluar je. lokasi tah di mana2. membeli harapan semoga suatu hari nanti akan naik juga.

ada juga yang bangga bila rumah yang dia duduk masa beli tempoh hari harganya dah meningkat naik. tetapi pada saya money in the poket is better than money in the market. anda tak buat apa2 masakan life anda akan berubah.

beli rumah lelong tapi over market

elakkan beli rumah harapan. iaitu rumah yang belum siap. orang lain mungkin ada pendapat dia sendiri tetapi saya tak pakar dalam hal itu (atau mungkin saya belum kaya macam beliau). saya lebih suka beli bila saya pasti ianya untung. kata panjangnya..saya tahu rumah itu ada, dah siap, ada bumbung dan saya boleh masuk kedalamnya..saya juga tahu saya dah boleh sewakan dengan keuntungan..saya boleh jual kalau saya mahu..tak risau pasal developer lambat siap atau tak siap..terbukti dah beberapa tahun rumah tiada masalah..boleh tengok perangai masyarakat setempat..tak risau mungkin kena bayar interest pada bank..saya boleh duduk situ kalau saya nak..dll.

mungkin lah:

under contruction ni bila siap harga akan naik terus atleast 20%. em. saya still boleh dapat pada harga tu dengan tak perlu tunggu siap lagi 2-3 tahun.

selagi rumah tak siap tak perlu bayar loan pun dalam tempoh mungkin 2-3 tahun. em. 2-3 tahun tu saya dah buat keuntungan dan mungkin boleh jual selepas itu.

deposit murah RM1k. yang ni pun kalau nak, boleh je cari dapat rumah free dan untung..

rumah baru kok musti takde masalah. em. kalau ada masalah macam mana?. saya lebih suka kalau orang lain yang repair atau ambik risiko tersebut kemudian selepas beberapa tahun tu saya beli dengan tenang kerana tahu rumah tersebut memang tidak ada masalah.

beli under contruction untung berganda2. saya pun suka untung berganda tapi saya lagi sanggup untung sikit daripada losses. ni cara saya minimumkan risk.


okies. rakan2 luar sana nak tambah atau bagi cadangan atau perbaiki atau komen yang bernas sila2 lah..

Thursday, February 4, 2010

Ramai dah kena Gout..

ramai sudah terkena penyakit gout ni. termasuk lah pakcik aku sorang ni. simpati juga la (nak kata sedih sebenarnya.hu). maklum lah masa susah2 pakcik2 juga yang mai tolong bio aku Tak menjadi seperti orang-orang macam kat sawah tu. mula dari lahir sampai lah besar panjang sekarang...

tak banyak dapat aku tolong. dan bagi mereka2 yang ada tanda-tanda or terkena gout ni. aku bagi link yang mungkin berguna di bawah ni. maklumlah nak hidup ni kena ada ilmu. akhirat juga bekalannya ilmu yang baik juga..so pahami gout dan cari penawarnya juga. setiap penyakit tu Allah datangkan juga penawarnya (cuma jumpe tak jumpa lah).

link yang mungkin berguna berkenaan gout

Wednesday, February 3, 2010

Bagi Mereka2 Yang Merancang Untuk Kahwin

Bab Kahwin ni zahir batin kena ready. kena sedia memikul tanggungjawab. bukan senang wo..bukan semuanya indah. kena ingat tu supaya anda bersedia dengan apa2 yang mendatang. kena sedia memberi dan menerima seadanya. jangan ingat nak sedap je. last2 merana..mungkin sebab itulah kot zaman sekarang makin ramai cerai berai (mintak dijauhkan). semua nak menerima je taknak memberi bertolak ansur..

ok bukan itu yang saya nak sampaikan sepenuhnya..korang pun taknak dengar aku berceramah.

kawan tengok ramai yang sekarang buat personal loan untuk kawin. sebab apa. sebab belanjanya bukan sikit. mana mahunya kalau just buat kenduri kecil-kecilan.

ketahuilah bahawa berhutang untuk kahwin ni liabiliti (10-15 tahun). hutang yang tak bagus. ada saya jelaskan dalam entry lepas.

kawan kita pun ada menegaskan majlis kahwin ni sehari je. tetapi yang lebih terutama lepas tu nak hidup puluh2 tahun.

tapi saya percaya anda taknak dengar nasihat orang..nak juga buat personal loan. katanya kahwin ni sekali seumur hidup.nak la cantik-cantik.

ok lah buatlah personal loan. saya tak marahkan anda lagi. Tetapi pastikan anda boleh membayarnya dan ianya bukan dipotong daripada duit gaji anda. sudah paham??hahaha. ini lebih rumit sikit.

psst..anda still kena menyimpan. ini basic dalam segala hal.(tak tahu lah kalau2 ibu bapa anda memang kaya tak kisah de setakat sponsor hantaran dan 8-12 khemah).

pilih lah mengikut kesesuaian anda:

1. Anda ada duit hantaran mungkin dalam 10k-15k dalam tangan. apa kata anda berbicang dengan keluarga belah perempuan baik-baik. terangkan niat hati anda. (takleh tahan lagi dah). saya cadangkan hantaran tu bukan dalam bentuk duit tetapi sijil asb 15k (scan). janji sedap mata memandang je sebab yela dah menjadi trend, kang orang mengata pulak (nak sedapkan hati orang lain je sebenarnya). sijil boleh cagar untuk dapat kemudahan OD. duit tu buat belanja majlis kecil2an.

2. Duit-rumah-kwsp. (tapi ni tak sesuai bagi orang yang tak sabar, plan nak kawin esok lusa terus). you ada duit sekitar 10k-15k. duit tu anda belilah rumah. buat pengeluaran kwsp. untuk pengeluaran kwsp kali pertama anda akan dapat 10%+10% (atau semua bergantung yang mana lebih sikit) direct masuk dalam akaun anda. (saya andaikan harga rumah 100k). so anda dapat keluarkan RM10k+RM10k=RM20k. hah anda ada RM20k+rumah bukan. takdelah lepas tu pening nak kumpul duit beli rumah lagi. saya cadangkan rumah tu disebut juga sebagai hantaran. kan gempak sijil RM15k+rumah. tapi duduk memang sama2 pun. tak rugi bukan.

3. Duit-rumah-kwsp-personal loan. (pun tak sesuai untuk orang yang nak kawin esok). mungkin mak mertua anda nak juga hantaran RM10k tu. pak mertua anda bukan lah mampu sangat. So 1st anda ada duit then beli rumah investment target untuk sewaan (ni kena ada ilmu). kemudian buat pengeluaran kwsp. (dapat duit poket lagi). kemudian hasil sewaan (katalah +ve Rm150). so hasil tersebut mungkin anda boleh ambik personal loan sebanyak RM15k lagi untuk cover hantaran (ikat 15 tahun. eh sekarang 20 tahun bank rakyat). so dalam tangan RM20k+15k+sebuah rumah investment. jangan risau ikat hutang personal loan lama. anda kemudian bila cukup nisab haul boleh refinance rumah then tutup itu hutang. saya anggarkan dalam 5-8 tahun dan semestinya tak sampai 20 tahun. bayar bulan-bukan tak pakai duit gaji anda bukan??

4. ah sengket benar. tapi hati ingin kahwin. boleh beli rumah dengan zero payment. then keluar kwsp. duit ni wat kenduri doa selamat la..

5. last gabungkan semua2 termasuk entry beli kereta, asb loan la apa. maka complete la. hantaran sijil asb+rumah+kereta+insurance+tiket honeymoon+umrah dll. yang semolek2 hantaran ialah kalau boleh biarkan yang dua2 pihak boleh guna bersama..ok...

bagusnya lah kalau semuanya telah dirancang awal2..bagi orang2 yang berfikir.