Aku mula berjinak-jinak masuk property auction pada 28/3/2008. 1st rumah flat di shah alam tapi gagal.hee. em tapi bukan itu tajuk utama dia.hu
Dengan pengalaman yang ada ni boleh lah aku cerita sket mana yang aku tahu:
Sebelum
1) 1st tak kiralah sama ada nak masuk rumah lelong ka atau beli daripada pemaju atau beli dekat orang, anda seharusnya check dengan bank berapa kelayakan loan anda. check comittment anda. bukan apa. saya risau2 kalau tiba-tiba loan anda tak approve ke..atau record anda tak elok..atau mungkin comittment tinggi so bank mungkin bagi sekitar 70-80% loan. hah kan susah tu mana nak cekau balance. lain-lain hal mungkin deposit anda burn/hangus. atleast kalau dia kata layak rumah sekitar RM100k jangan lah ngengada nak beli rumah harga RM200k. tengok2 skali pakage yang best2 beserta monthly brapa untuk harga sekian2 supaya anda ada idea nanti.
2) Mana nak dapat news/maklumat rumah lelongan ni?
Saudara boleh rajin2 tengok surat khabar seperti metro atau star atau new straits times (NST).
Dekat bank pun kekadang ada.
Dan yang paling senang ialah tengok je kat internet. memang tiap2 bulan ada. yang popular adalah seperti under ngchanmau, property auctioneer (PAH), ehsanauctioneers, tancorp dan lain2. update setiap bulan.
3) call dan mintak faxkan Proclamation Of Sale (POS) under auctioneer yang lelong rumah yang korang berkenan tu. dalam ni mengandungi maklumat rumah, syarat lelongan seperti sekatan, tempoh settlement, bank draf, claim covered ke tak dll.
4) Pergi lah tengok rumah tu. condition macam mana. teruk ke, perlu kos repair ke tak kemudian nanti..ada outstanding maintenance ke apa dan brapa. ada orang ke, adakah ianya penyewa atau owner. buat homework sket kira2 just nak flip ke rental (sewakan) ke untung brapa.hee.bergantung pada matlamat. or just nak duduk sahaja. ni semua penting untuk budget/limit dan decision anda nanti supaya tidak menyesal atau miss budget. Cari harga market dia dan rental dia.
5) Budget atau limit ni penting tau. ni semua melibatkan untung rugi anda. kira betul2. kalau anda kata limit last bid RM150k so jangan la kat sana nanti lupa atau temakan hasutan orang, angkat je sampai over budget.
Dah decide betul-betul harga yang anda sanggup then buat/prepare bankers cheque (5%-10%) refer pada POS. ni buat kat bank.
Tidak lupa prepare skali duit lebih. Maksudnya, katalah reserve price (RP) RM100k then anda decide sanggup Bid sampai RM150k. so bank draf kena buat ialah RM10k (andai 10%) dan prepare balance tunai RM5k (kena bagi lepas berjaya bid). total RM15k (10% daripada RM150k). kalau tak berjaya gi claim ambil balik bank draf.
Semasa
6) Anda pun pergilah ke tempat auction yang telah dinyatakan. semoleknya awal la dalam setengah jam atau sejam (lagi2 1st time). supaya tidak kalam kabut. register kat kaunter bagai. bagi IC copy dan bank draf. dia akan bagi kipas bernombor mewakili anda (rumah yang anda masuk). benda ni lah yang akan anda angkat nanti untuk membida.
Hati-hati dengan ulat - orang yang menyibuk nak tahu rumah mana yang anda masuk (jgn tanya kenapa). masa ni jangan lah sibuk2 nak bersosial dengan orang yang tidak dikenali. bahaya.hee.
7) if menang... sign contract dan bayar stamp duty rm50 dan bayar duit perbezaan harga bidding dengan RP. dia akan bagi salinan contract of sale dan collect dalam 2-3 hari.
Selepas
Apa lagi pecah la rumah yang korang menang tu. untuk start prepare repair apa patut. (tetapi by law sebenarnya tak boleh masuk selagi belum transfer ke atas nama anda). tapi rumah itu memang takde owner memang kosong.huhu. jiran tanya tunjuklah COS (contract of sales) yang anda ada tu.
Dah dapat original COS, boleh lah process untuk loan, hire lawyer call valuer la bagai. kalau takde yang kenal, guna panel bank tu je.
bayar apa-apa tunggakan rumah kalau ada dan simpan resit tu untuk bagi kat lawyer.
lawyer akan buat kerja dia. tukarkan nama, process claim bagai..dll. tinggal bayar jela.hee
then terpulang la nak duduk ke sewakan rumah tu dan lain2.
then cukuplah perkongsian untuk hari ni. letih naip..mana tak paham kawe tolong cite balik atau meh la TT (teh tarik satu) senang cite..
okies
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ada pertanyaan.. skrg ni tinggal bayar maintenance due dgn developer... pastu boleh ke nak start repair rumah tu.
lagi satu, semua documentation dah prepared.. progressive balance pun dah bayar.. skrg cuma nak consent letter je utk tukar nama.... so saya dah bole start masuk umah tu ke...?
please reply or pm me at FB mar amirah adzli
thank you.
kalau rumah tu saudari pasti kosong.gi je repair then cari tenant terus. time visit rumah jangan lupa bawak sekali deed assigment (kontrak rumah lelong tu).kot orang tanya, tunjuk kontrak tersebut..
by law. yang senang cerita bila you dah start bayar bank.bermakna thats rumah is yours..
Post a Comment