Bismillah
atas permintaan member yang diberi nama sepul (bukan nama sebenar) suruh update blog. rindu nak baca katanye..(aku ingatkan takde orang nak baca..haha)
maka entry ini adalah untuk kamu sedikit (sahaja) tips berkenaan intraday trading setup...dan juga untuk mereka yang sudi membaca..he.
aku layan intraday ni pun baru-baru juga. syok juge rupanya. sebelum ni layan swing overnight..
note: sebenarnya kaedah/teknik/sistem apa pun tak kisah..asal korang masyuk ok la tu. sebab mungkin korang tak setuju dengan cara aku tapi takpa. aku rasa most important sebenarnya is trading plan sebab tu walaupun orang masuk price mungkin sama tapi untung rugi masing-masing..
berbalik pelajaran arini:
kekadang orang terlupa, mungkin khusyuk sangat, berpinau mata tengok chart seperti ini: agak-agak nak kemana lah arini...yang pasti ke kanan..yang tak pasti...arggghhh.
pulak tu macam aku refer price time frame 1 minit....paling besar pun TF5 dan Daily untuk tengok candle. tapi aku tak pening sebab bukan setiap candle 1 minit tu yang aku usyar, tapi price movement.
untuk menjadi trader intraday, benda yang paling mustahak nak tahu sebenarnya adalah berapa price (harga) open kemudian jangkaan low,high dan close harini. tapi bukan lah bermaksud aku langsung tak tengok candle action..tak pakai indi. ade juga letak sebab...kena tahu juga apa orang lain pikir then kita boleh buat percaturan. tapi main action based on price..(pergh ayat aku..)
refer contengan di bawah apa yang korang paham???
1. ianya adalah berkenaan open price, low, high, close. tak kira lah time frame berapa hang buka TF15 ka..30 ka..1 hour ka..ianya tetap sama. sebab tu aku layan TF 1 minit (sebab takde saat..hehehe).
2. ianya melibatkan range..berapa dia naik arini. berapa dia turun harini..ini penting untuk hang take profit atau cut loss atau trailing (untuk yg layan intraday).
3. korang boleh bayangkan tak..dia open...turun sat pastu dia naik..20 point pastu hang wat dek je...pastu dia turun kat open price. hang pun melopong...dia jadi hammer/ hanging man ka harini dan lain-lain. kan dah sayang seribu kali sayang...(lain la hang plan untuk OV). esok entah gap ke mana agaknya...??
4. ianya bukan indi. sebab cer hang buka la semua time frame yang ade. semua indi tunjuk lain-lain. time frame besar kata buy..time frame kecik sell...
ok lah tu cukup kot hint2 tu.hee.
kita tengok chart pulak..(guna TF5..OSK ni masalahnya tak cukup candle kalau nak tunjuk TF1 minit). kalau TF1 minit besar sikit leh buka tengok chart..
ni contoh (chart) terbaru 26/2 khamis 27/2 jumaat hari lepas. nanti rujuk last statement akaun bulan ni..
masa ni (27/2/15) aku ade buy dalam hati 2,302 dan target 10 point ja. hit target..tapi kenapa 10 point ja.
banding semalam (26/2/15) aku entry 2,263..dan aku hold overnight (langgar pantang intraday).he. take profit (TP biasa) kurang-kurang kalau aku nak 20 point (RM500) dapat dah tu..high aritu 2,284. tapi terhold dan dapat RM925 (close 2300)..alhamdulillah. tu satu lot tu...
meh tengok chart 27/2/15 (refer), aku masuk price 2,302 masa tu price dah pergi at 30 point area daripada open price. banding 26/2/15 tu aku masuk bawah 10 point daripada open price. tu yang membezakan aku nak ambik banyak ke tidak time tu. (cer hang bayangkan candle yang aku lukis-lukis tu.) dia leh jadi ikut suka dia la haritu..tengok la nasib hang molek ka tidak harini..
dari segi money management and risk. kena juga pikir kalau masuk kat high 2302..andai hold esok open half price..turun 20 point lebih, sanggup tahan tadah tak..?? boleh je dia open low dan terus turun dan anda rugi besar atau gap down turun lagi sikit sat, lepas mu dah tak tahan, cut loss dia sambung naik..anda rugi. kalau nasib baik dia terus sambung naik la..he.
banding kalau masuk 2263 (entry 26/2/15....27/2/15 belum berlaku) kalau hold pun..aku ade buffer +14 point. kalau dia turun 20 point pun aku masih boleh cut loss 6 point +- tahan 14 point extra..just matematik.
ianya bukan sekadar setup entry..pandai tarik fibo..pandai guna ema..macd dll. iannya combination of trading plan..money management..and sistem..
27/2/2015 rujukan chart |
26/2/2015 rujukan chart |
hee.leh paham dah sikit-sikit kan...baca lagi dan hadam lagi...
then refer bawah:
statement ni layan 1 lot ja (kecuali yang RM1800). yang lain kekadang kena trailing re enter balik. kekadang cut lost..ade berkenan masuk balik..kekadang elok dah win tak cukup,masuk lagi loss pulak..kekadang nak balas dendam bertambah loss. hempeh betul emosi ni..hu. masih lagi belajar2 tarbiah diri..
then bila paham ni..sebenarnya takyah la nak masuk banyak-banyak kali. 3-5 point cabut. ponek...
buat sistem simple tak kisah lah macam mana. walaupun 10 point then kalau consistence tambah je la 2 ka..10 ka..100 ka..dapat la lagi banyak..tak gitu..
ok selamat beramal..
ni cakap tara sembang punya..(gurau). hasil intraday (takde la banyak pun. malu)..bulan ni dapat masuk 11 hari ja banyak coti banding bulan 1, 17 hari...kira ok la alhamdulillah dapat juga beli coki-coki kegemaran den...alhamdulillah.
note: lain padang lain belalang...bukan kerana sistem tu salah , yang ni betul...tapi yang penting.....(sambung ayat sendiri)..
lain-lain jurus simpan..he.
kat atas tu asasnya (penting)..yang lain-lain hal tu belajar la ye. then fine tune molek2...
wsalam...
p/s: entah sepul baca ka tidak ni...yea2 je aku menulis ni..
9 comments:
cth 25 haribulan dia close low 46..lepas tu open gap up 54 dan terus up2...sebb tu kne tahu kat mana entry position kita time tu...
good luck n take care..
best baca ni, thaks ehsan update blog
thanks singgah sepul...
Ada sesiapa berminat nak dptkan sesi personal coaching dalam pasaran FCPO selama 2 hari yang di anjurkan Jom Profit di Bursa Malaysia
Jika berminat boleh whatsapp saya di sini 019-4650774
Blog ini memberi pendidikan percuma dalam pasaran FCPO : http://jomprofitdibursamalaysia.blogspot.com/
Facebook : www.facebook.com/jomprofitdibursamalaysia
Update lah abam saya tunggu
Kelas FCPO / Dagangan Hadapan Kelapa Sawit (RM69!)
Kandungan Kursus (Personal Coaching) Dagangan Hadapan Kelapa Sawit (FCPO):
Sesi Beginner: Asas FCPO & J-Trader
Sesi Intermediate: Analisa Teknikal & Aplikasi 188OMS
Sesi Advance: Analisa Fundamental & Strategi Trading
Kelas dijalankan di Seluruh Negara pada hari Ahad atau Rabu di kawasan sekitar...
...Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Port Dickson, Kuantan, Chini, Perak, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan, Bintulu, Kuching, Klang, Terengganu, Kerteh, Pulau Pinang, Labuan, Puchong-Putrajaya, Kelantan, Langkawi & Kerteh
*Kelas juga boleh diambil secara Online
Maklumat lanjut di : http://KLFX.blogspot.com
Pendaftaran boleh dibuat di : http://www.FCPO.co.nr
*****Share INFO ini di Wall Facebook Anda !
Masih trade fcpo ke tuan? Lama menyepi ni.. sy newbie
kalau ada bagi fcpo tips signal boleh call i 01128448017
aslkm tuan. masih buat PC utk fcpo ?
Post a Comment