Monday, January 18, 2010

Masalah Card Credit

Ni kepada yang mencari masalah...sebab takkan nak salahkan card credit atau bank. dah tentu diri sendiri yang memilih untuk menggunakan kemudahan card credit. pilihan ditangan anda...

Apa yang anda boleh buat:

1. mana2 card korang yang jenis conventional/bukan islamic. sila settlekan yang ini dulu sebab ianya compounding (berganda). islamic takde compounding (tidak berganda).

2. Antara card2 yang ada settlekan yang mana paling sikit.pastu kasi potong (jgn potong je tapi tak tutup akaun).

3. jangan tambah hutang baru. jangan korek lubang tutup lubang..

Em. cakap senang la tapi applikasinya?

1. begini, kat atas tu saya listkan mengikut yang utama. so dengan kata lain sila fokus untuk yang di atas tu dulu. katalah anda ada dua card dan bayar bulan-bulan RM200 setiap satu. makanya yang islamic bayarlah sekadar minimum yang boleh (dia ada state pada statement or kira sendiri). cthnya bayar islamic rm50 then yang conventional bayar RM350. duit keluar tetap RM400 bukan?? tetapi effect dia lain.

2. Then kalau sume islamic. sila bayar lebih pada balance yang paling sikit, yang lain bayar minimum sahaja. fokus settlekan satu-satu kasi habis dan tutup akaun terus. senang nak kawal nafsu..

3. Cara lain boleh survey2 bank yang ada. tengok pakage2 untuk buat balance transfer. Check interest rate yang paling rendah. yang ni bayar fixed mengikut pakage yang diberi. contoh 6.99% charge untuk 24 month. still jimat interest.

4. Kalau anda ada simpanan ASB atleast RM11k. Anda boleh convert dulu ke sijil dan ambik kemudahan overdraf (ODASB). interestnya lebih murah (blr-1++/ 3.5%++) daily rest compare to card credit 18% daily rest. manyak save itu interest. pada masa yang sama anda still dapat dividen ASB..


Sebenarnya CC dan bank tidak bersalah (dah tentulah motif dia memang keuntungan je). Kita je kekadang bodoh sombong taknak belajar ambik tahu cara mengunakan CC dengan berkesan dan betul.

1. Sebelum berniat nak pakai CC. pastikan anda tahu berapa expenses anda. list and record. pastikan +ve (ada lebihan tunai.lagi banyak lagi bagus). ni sangat penting. kalau tak alamatnya semuanya akan jadi emergency. percaya lah dengan saya..

2. cari pakage islamic sebab tiada caj berganda dan tiada yuran tahunan atau lain2 caj. then baru la tgok benefit2 lain.

3. kena ambik tahu tarikh statement date dan due date. guna antara waktu ni je (20 hari) sebab masa ni interest not calculate (free interest). statement pengunaan waktu ni akan sampai pada statement date bulan depan. dan sila wat FULL settlement pada due date bulan tu. dengan berbuat bergini anda akan dapat lebih hari untuk settlekan.

4. dengan cara no.3 anda ada lebih kurang 50 hari untuk buat profit/claim sebelum buat full settlement.

5. boleh reduce OD interest. (mana yang tak tahu pasal OD kemudian saya akan cite)


Last Peringatan:

Card credit bukanlah duit lebihan. ianya sekadar kemudahan. bukan untuk niat emergency juga.

gunalah CC tapi dengan zero interest..buat full settlement.

contoh pengiraan daily rest bagi outstanding RM4000. interest=18% peryear (0.00049 perday) or 1.5% permonth.

4000*1.5%=RM60 (interest)..kemudian anda bayar minimum RM200.

so the next month=(4000+60-200)=RM3860*1.5%=RM57.9 (interest).
untuk dua bulan ni interest yg anda bayar=(57.9+60)=RM117.9

bayar lagi RM200 so outstanding tinggal RM3717.9 (bila mau abis da..). kiraan begitulah seterusnya. lama2 abis juga la tu (walaupun terpaksa membayar interest beribu). tetapi lebih malang sekali kalau anda bayar kurang daripada interest caj yg telah dikira seperti di atas atau skip2..tu yang makin bertambah2. tu kalau bayar due date. kulo tak on time kena pula late caj...

pikir2kan.

3 comments:

Anonymous said...

pada pendapatan u bro, card credit or chargecard is better digunakan bersama OD tools?

-liya-

MET said...

yup..ianya boleh membantu..tapi kena displin la..

plan leklok then follow. jgn brake the rule pulak..

atas tu ade cite cara guna yang berkesan..kena tahu basic tula..

caj kad tak cite..kawe dah dua kali dulu apply tak dapat.hampeh alrahji.hu. yang bagus 1st alrahji then bank islam..lain2 not advice able to take..

Anonymous said...

alrajhi mmg susah nk dapat tp sy luckly coz ada loan ngan alrajhi tu bley apply CC skali..cara saya,sy kuarkan maximum yg boleh dr cc then masukkan ke dlm OD.Then all expenses+liability sy amik dr OD..betulke bro cara saya ni..ke ada lagi cara yg lebih bijak?

tq