Tuesday, January 26, 2010

Sambungan ASB

Kalau anda dah belek2 bab financial planning sebelum ni. saya ada cite macam mana nak menggunakannya dengan cara yang lebih berkesan. macam mana nak diversify dana yang ada untuk mendapatkan kemudahan lain (contoh simpanan dan kereta/rumah). psst..sila lah belek2 di dalam.

Kali ni pula bagi yang tak tahu, saya nak cite bab berkenaan OD (saya ada sebut2 sikit dalam entry lepas). kita start daripada pengenalan dia la. (tapi biasa nak bagi teruja orang terus cite yang best2 je.hu)

Apa itu OD? OD ni singkatan bagi overdraf. Ianya adalah sejenis current account. ala yang orang-orang bisnes buka account tu la dapat kad atm, buku cek. tapi yang ni hambe nak cerita OD cagaran daripada ASB. ODASB...

saya try cite seringkas dan semudah yang boleh. kang meleret bosan plak..

gambaran dia macam ni. katalah anda ada rm1 ringgit dalam ASB. kalau anda keluarkan dan belanjakan beli gula2 maka abis lah simpanan anda tu=0 dan anda tak dapat apa2 manfaat daripada pengumuman dividen oleh PNB tahun lepas. tapi dengan kemudahan OD ni anda boleh cagarkan ASB (dalam bentuk sijil) tersebut ke bank (CIMB,RHB,Maybank) untuk dapatkan RM0.90-RM0.95 untuk dibelanjakan. dan pada masa yang sama still dapat benefit daripada dividen ASB. ok. pening??he. saya memang suka anda pening.hu.

kesimpulannya:

1. Anda still dapat dividen ASB (daripada RM 1) sepanjang tahun.
2. Anda still boleh berbelanja membeli gula2.

senorok bukan.hee.

tapi sabar ye..saya belum buka buku kira2nya lagi. bersambung..

No comments: