Wednesday, December 9, 2009

MERANCANG SEKARANG DEMI MASA DEPAN

Lama sungguh tak mencoret di sini..huhu.ok tajuk hari ini aku nak tekankan betapa pentingnya merancang.Ya aku paham korang sume merancang tetapi merancang yang bagaimana."BAGAIMANA CARA SAUDARA MERANCANG". (dan kepada yang tak merancang sila pikir2kan kembali).

Tak banyak, aku ambik 4 kes besar ni:
1. Bagaimana anda merancang untuk memiliki KENDERAAN sendiri (ehem2..kereta anda).
2. Bagaimana merancang untuk BERKAHWIN.
3. Bagaimana untuk memiliki RUMAH.
4. Dan Plan untuk PESARAAN.

Rata-rata kelihatan atau juga kebanyakkannya senario dia begini. (malas nak mengarang panjang2).anda akan dapat gaji yang dirasakan terlalu banyak untuk seorang yang baru lepas grad.anda pun tak sabar2 untuk memiliki sebuah kenderaan yang penuh gaya yang konon-kononnya mampu milik (ops terlebih 20% daripada basic salary).

then berjinak2 dengan card credit (18% peryear or 1.5% permonth) yang konon-kononya untuk emergency lalu semuanya emergency bila mana anda melihat ade sales terlebih2 lagi bila mana kekasih anda merengek manja..takpe abg kan ade card credit.buleh saja..
bayar la sket2..RM50.00

then kemudian itu bila mana seru telah berkumandang anda pun bercadang nak kahwin dengan kekasih pujaan.disebabkan anda tidak merancang AWAL untuk menyimpan atau menyediakan platform.lantas dan pantas anda pun mengambil loan/pinjaman daripada bank rakyat atas bank islam dll semaximum yang boleh.benda ini kan sekali seumur hidup..dan BEST..

setahun kemudian anda pun selamat menjadi bapa.ini kan rezeki.semuanya takyah dan tak perlu susah payah merancang.biar masa yang menentukan.untuk lebih selesa anda iktiar untuk memiliki sebuah rumah..alhamdulillah kwsp ade boleh menampung wang pendahuluan 10%.semestinya sebuah rumah idaman yang selesa..

kemudian oleh kerana rumah besar kelihatan pulak kosong dan kurang seri, anda pun buat pinjaman lagi atau overlap untuk membeli perabot pelbagai untuk mengisi kekosongan yang ade..tidak kurang juga renovate kasi comel sket..

anda pun kerja siang malam bertungkus lumus untuk menyetelkan hutang card credit yang ade..hutang loan pinjaman belajar/kahwin..kereta..rumah..card credit yang ade..belanja dapur..belanja keperluan anak..semuanya cukup2 je anda rasa.dan kemudia bila mana masalah sampai anda pun mula pening2 sket. dan lagi bila mana OT takde or kena catu..

Kemudia....?anda sendiri lengkapkan cerita tersebut...(em.ade lagi cerita yang lebih ngeri daripada ini)..

kesimpulannya senang. anda tahu dan pasti akan beli kereta,rumah,berkahwin dan pencen.so ape langkah awal anda dari SEKARANG untuk memastikan anda cukup SIMPANAN supaya tidak terjerat dalam hutang piutang yang tidak berfaedah dan PELABURAN untuk menampung keperluan anda dimasa mendatang.

Tak salah tapi betul kebanyakkannya macam orang kata bila dah terantuk baru tengadah..tidak sediakan payung sebelum hujan..jangan bila dah terberak baru nak cari jamban..last minit punya pasal.cegah sebelum terlambat.


p/s: saya pun bukan la bagus tapi kalau kena caranya anda sebenarnya mampu milik kereta rumah sendiri kahwin secara percuma dan bersara dengan aman tenang..

No comments: