Thursday, December 31, 2009

Saya Minta Maaf

Salam

Saya minta maaf, seharusnya dan sepatutnya sebelum saya membuat tajuk-tajuk pada posting yang terdahulu, saya mengingatkan anda bahawa SAVING is number One. Anda haruslah mempunyai saving sebelum anda melangkah ke benda-benda lain (as investor).

Sekali lagi saya mengingatkan kepada diri dan rakan-rakan pentingnya saving (simpanan).

1. Sebagai Dana Kecemasan. andai anda atau mungkin pasangan anda kehilangan sumber pendapatan (gaji)..andai anda dan keluarga ditimpa musibah..andai apa yang anda rancang tidak berjalan seperti yang dirancang..dll. Yang Arif menyarankan agar dibuat tabungan/simpanan sebanyak 6-8 bulan (jumlah gaji) untuk dana ini.

2. Saving adalah kunci kepada kekayaan..kesenangan..ketenangan dan kegembiraan. Mudah saja, Jika anda dapat membuat tabungan ia bermakna cashflow anda dalam keadaan baik dan akhirnya ia akan menghasilkan keputusan yang baik juga. Cuba anda bayangkan sendiri bilamana ia berlaku sebaliknya...

3. Saya paham dan tahu anda boleh membuat pinjaman untuk pelaburan dengan harapan pendapatan anda akan meningkat. Tetapi dalam hal mudah menguruskan atau merancang gaji (sendiri) pun anda tak boleh buat dengan baik bagaimana pula untuk hal-hal lain. Percaya dengan saya bahawa ada orang invest dalam property kemudian disewakan dengan positive cashflow tetapi akhirnya property tersebut dilelong..

4. Atleast bila anda melabur dengan hasil saving (simpanan) atau mempunyai simpanan yang cukup bilamana anda tersungkur jatuh tidaklah anda sakit.hee.

Bagaimana cara untuk membuat saving yang betul:

1. Seharusnya dan sepatutnya anda membuat tabungan dahulu (atleast 10% daripada gaji) sebelum anda membayar hutang dan berbelanja. Saya tahu anda cukup-cukup makan (hee) kerana dek banyak commitment dan saya tahu ianya bukan perkara mudah. Tetapi percaya dengan saya bahawa jika anda tidak berbuat demikian life anda tidak akan berubah. masakan anda nak ada modal untuk di investkan. dan percaya dengan saya anda lebih mudah terpengaruh dengan skim/pelaburan yang bukan-bukan (cara mudah nak cepat kaya katanya).

2. Kurangkan liabiliti (expenses) dan beli jika anda memerlukannya bukan kerana anda inginkannya.

3. Mengasingkan sebahagian untuk di investkan dan sebahagian untuk disimpan. kedua-duanya penting.

4. Jangan lupa juga invest untuk saham akhirat dan sepatutnya bilamana kita susah kita hendaklah mengandakan sedekah amal jariah. Rezeki semua datangnya daripada ALLAH insyaallah.

No comments: