Friday, April 30, 2010

Touching sungguh...

Ibu Bapa Bukan Liabiliti-penulis asal

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya…

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak…

“Ada duit? Minta ayah sedikit..”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka ’sporting’ dan
tidak banyak meragam.

“Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada duit,” Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
sukar ditembak reaksinya.

” Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

“Takkan 5 ringgit?”

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit….Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ‘untung’ 5
ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah
akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas
untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi
saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak
terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ‘tidak ada’,
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi
selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih
ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

“Nanti, besarlah kereta kamu ini….” ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,
ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

” Eh tak payahlah ayah…” sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau
tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

“Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ‘dikebas’ oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak
saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara
gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang
berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

” Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan ‘liabiliti’ tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

“memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa.”

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia ‘perniagaan’ yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

BerNiaga Tanpa Modal

Petikan Asal

semoga anda lebih bermotivasi hari ini..


(Artikel ini merupakan artikel asal yang telah diterbitkan di Ruangan Minda Bistari, Harian Metro pada 25 Mac 2010 di bawah tajuk “Modal Bukan Prasyarat Mutlak” dengan beberapa pindaan oleh pihak editor)

Sejak lebih setahun lalu Johor Corporation (JCorp) telah menggerakkan usaha mendekati pelajar melalui program Seminar Gerak Usahawan Siswa / Pelajar di sekolah dan IPT seluruh negara. Ia untuk menanam minat berniaga dan menggalakkan lebih ramai pelajar dan graduan, khasnya Melayu, Muslim dan Bumiputera memilih keusahawanan dan bisnes sebagai kerjaya pilihan.

Sepanjang 2009, lebih 15,000 pelajar dan mahasiswa dari 36 buah IPT dan sekolah telah menyertai program ini yang dianjurkan Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ), dengan kerjasama pihak sekolah, IPT dan agensi berkaitan di bawah tajaan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, iaitu syarikat dalam Kumpulan JCorp. Melalui program ini, saya dan rakan daripada JCorp termasuk Pengarah Urusan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Jamaludin Md Ali, serta beberapa orang usahawan yang juga ahli Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) menemui pelajar untuk berkongsi pengalaman, membuka peluang kepada mereka mendekati usahawan berjaya yang boleh dicontohi, berdialog dan berinteraksi secara langsung.

Selain itu, ia juga bertujuan membuka minda pelajar terhadap peluang, peranan dan potensi dalam pembangunan ekonomi ummah dan negara yang dipacu bisnes. Jelas sekali prospek kerjaya masa depan pelajar hari ini tertumpu di sektor swasta dan menerusi peluang yang dijana oleh bisnes dan industri. Kerap saya tegaskan bahawa sistem ekonomi moden pacuan bisnes ini menepati anjuran Islam bahawa sembilan persepuluh sumber rezeki dan peluang ekonomi terdapat pada perniagaan dan bisnes.

Dalam sesi ini, perhatian pelajar ditujukan kepada hakikat bangsa Melayu dan umat Islam rata-rata keciciran dan lebih ramai yang miskin berbanding umat lain, sama ada di Malaysia atau negara Islam lain. Puncanya kerana umat Islam sebenarnya tidak menterjemahkan ajaran Islam mengenai pentingnya bisnes dalam realiti kehidupan bermasyarakat.

Dengan demikian, sesi ceramah seperti ini akan saya gunakan untuk menekankan betapa umat Islam wajib menjayakan bisnes dan berusaha menjadikannya sebagai perjuangan bertaraf jihad. Jelas sekali, betapa umat Islam di negara miskin begitu mudah ditindas, dizalimi dan diancam kehidupan beragamanya, semata-mata kerana kelemahan ekonomi yang memaksa mereka bergantung harapan dan nasib kepada bantuan negara maju yang kerap mengambil kesempatan daripada kelemahan mereka.

Ada juga antara mereka yang ”dijajah semula” apabila sistem ekonomi dikuasai orang lain menerusi kawalan ke atas pelaburan dan kewangan, sumber keuntungan, kuasa membeli dan pasaran. Demikian juga apabila hak milik industri, hartanah, teknologi dan harta intelek seperti jenama dan paten serta kuasa korporat bernilai tinggi sebahagian besarnya tidak berada di tangan umat Islam. Terdapat negara Islam yang rakyatnya lemah akhirnya dianiaya dan dirampas hak serta kebebasan setelah hilang upaya serta kuasa.

Keadaan ini seolah-olah menyebabkan seluruh umat tidak lagi bermaya dan kalau pun ada yang kaya, misalnya dengan kekayaan hasil minyak dan gas, ianya tidak memperkasa umat kerana kepincangan struktur ekonomi, sosial dan politik yang melemahkan. Apabila umat yang dijanjikan agamanya sebagai umat terbaik atau ”khaira ummah” itu lemah, menjadi mudah ajaran agama agung itu diperkecil serta dipersoalkan kebenaran dan kesuciannya.

Dua penulis Amerika yang pernah berkhidmat di bawah pemerintahan Presiden Amerika, George W Bush, iaitu David Frum dan Richard Perle menulis dalam buku mereka bertajuk ”An End to Evil – How to Win the War on Terror” menyatakan bahawa ketewasan dan kekecundangan umat Islam bukan sahaja melukakan hati umat Islam; semua ini mencabar kebenaran agama Islam itu sendiri! (“Islam’s defeats and disasters have been more than a wound to Muslims; they directly challenge the truth of Islam itself!”)

Di sini letaknya sebab utama kenapa umat Islam wajib memperkasa ekonomi dan wajar menjayakan bisnes dengan menjadikannya sebagai perjuangan bertaraf jihad. Daripada kejayaan usaha bisnes dan korporat akan lahir kuasa ekonomi untuk membebaskan umat dari kemiskinan. Kemudian mengembalikan kuasa ketenteraan, sosial dan politik umat.

Dalam sesi interaksi dan dialog di akhir seminar, antara soalan yang paling kerap diajukan adalah bagaimana cara untuk memulakan dan menjayakan bisnes sedangkan mereka tidak memiliki modal. Justeru, pelajar lebih mengharapkan organisasi seperti JCorp atau badan Kerajaan menyediakan bantuan modal kepada graduan bagi memulakan bisnes. Pada persepsi mereka, modal adalah faktor kejayaan utama (critical success factor) berbanding lain.

Saya percaya persepsi ini mencerminkan persepsi umum di kalangan hampir semua usahawan Melayu yang ingin berbisnes. Sebahagian besar mereka akan tergerak untuk berniaga hanya sekiranya tersedia sumber modal dan pembiayaan kerajaan. Mereka tidak fikir sekalipun modal itu penting, tetapi ia bukan prasyarat mutlak bagi memulakan dan menjayakan perniagaan.

Saya kerap menonjolkan contoh bangsa lain seperti orang Cina yang lebih tinggi daya keusahawanannya. Sekiranya diperhatikan, warga Malaysia berketurunan Cina ketika datang ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak asalnya miskin dan tidak berharta. Malahan ramai yang datang setelah keluarga mereka di tanah besar China bergadai bergolok dan berhutang membiayai tambang dan sara hidup mereka yang mencari rezeki dan kehidupan baru di seberang laut. Mereka hidup menderita, kerap ditindas dan dizalimi orang tengah dan agen yang membawa mereka ke tempat baru.

Mereka tidak dilindungi undang-undang dan tidak mendapat pembelaan pemerintah yang ketika itu dikuasai penjajah. Mereka juga tidak mendapat bantuan peruntukan kewangan kerajaan. Setelah merdeka tidak ada Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mereka.

Ketika kecil, saya pernah melihat bagaimana susahnya kehidupan orang Cina di kampung saya di Muar, Johor. Kebanyakan mereka ketika itu tidak memiliki apa-apa. Rumah mereka hanya berlantaikan tanah dan lumpur, sedangkan rumah Melayu ketika itu lebih selesa, tersusun rapi, dan bersih. Ramai yang menumpang dan menyewa di tanah dan kebun Melayu, termasuk tanah rizab Melayu. Kehidupan mereka cukup susah sehingga ada yang cuma mampu makan bubur, terpaksa berjimat cermat dalam kehidupan harian dan berdikit-dikit. Apapun, yang paling ketara, mereka kuat kerja, cergas dan tinggi daya usaha untuk membela nasib dan membina kedudukan ekonomi keluarga masing-masing.

Dengan berdikit-dikit, kerja kuat dan berjimat cermat, mereka menabung dan menghimpun modal sehingga akhirnya berupaya membeli tanah ladang dan membina rumah kedai. Saya melihat sendiri bagaimana mereka berusaha mengatasi kesempitan modal yang menghantui mereka. Ada yang membeli dan mengumpul surat khabar lama, botol terpakai dan besi buruk di kampung. Namun akhirnya, kalau generasi pertama mereka datang ke kampung membeli besi buruk, generasi kedua dan ketiga hari ini berjaya membina kilang besi waja dan menerajui bisnes besar-besaran di kota sehingga menguasai ekonomi negara!

Demikian juga hari ini kita saksikan bagaimana pendatang seperti Indonesia yang mulanya sehelai sepinggang turut berjaya membina keupayaan sendiri dan berdikari akhirnya. Ada yang bermastautin buat beberapa tahun, akhirnya kaya raya sekalipun mereka tidak mempunyai modal dan tidak mendapat manfaat daripada sokongan dasar dan bantuan kewangan kerajaan. Perhatikan bagaimana terdapat warga Indonesia (sama ada dengan izin atau tanpa izin) kini berjaya membina kehidupan mewah.

Kerap saya tonjolkan, misalnya peniaga asing di pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Terdapat pekerja asing mulanya berkerja sebagai buruh kasar seperti menjadi tukang sapu dan pembuang sampah di pasar berkenaan dan pasar awam lain. Mereka juga tidak ada modal dan tidak mendapat sokongan bantuan daripada mana-mana pihak.

Mereka sangat rajin berkerja. Mereka juga memerhatikan kebiasaan dan tabiat masyarakat kita, sama ada secara sedar atau tidak, kerap melakukan pembaziran. Misalnya, sayur-sayuran dan buah-buahan yang rosak sedikit akan terus dibuang oleh peniaga di pasar. Daripada bahan buangan inilah pekerja asing ini menjadikannya ”modal percuma” dan sumber kemewahan masa depan mereka. Buangan ini dikutip, dipotong bahagian yang rosak dan bahagian yang elok disimpan dan dijual semula di pasar malam. Berkat kegigihan dan kesabaran, mereka mampu menghimpun wang untuk dijadikan modal membuka perniagaan yang lebih besar sehingga maju.

Di situ jelas menunjukkan bagaimana kebijaksanaan orang yang tinggi cita-cita dan azam dalam membina kehidupan dan menjayakan bisnes. Ketiadaan modal, tanah, harta dan sokongan dasar atau kemudahan bukan alasan untuk tidak berusaha dan tidak berjaya. Perkara paling penting yang boleh kita contohi ialah semangat, kegigihan dan kegagahan mereka berusaha dengan penuh kreatif dan berimaginasi. Mereka tidak memilih jalan mudah dan tidak ragu untuk mengusahakan sesuatu yang susah dan mencabar.

Bukanlah pula di sini kita menganjurkan supaya diketepikan segala dasar dan program bantuan kerajaan. Mesej penting ialah hakikat bahawa bangsa Melayu, Bumiputera dan umat Islam tidak boleh menjadikan ketiadaan modal sebagai alasan dan tidak boleh lagi menyalahkan Kerajaan atau orang lain sekiranya mereka masih ketinggalan.

Mungkin yang paling penting diteladani daripada pemerhatian terhadap pengalaman warga negara Malaysia keturunan Cina dan pendatang asing yang berjaya, ialah minda dan pemikiran yang memaksa diri untuk berdikari. Kemungkinan besar kejayaan warga negara keturunan Cina dan pendatang lain terdapat pada persepsi minda atau mindset mereka sebagai golongan migran. Fenomena yang sama didapati di kalangan hampir semua golongan migran di negara-negara lain yang juga kerap lebih berjaya berbanding penduduk tempatan, termasuk seperti migran India di beberapa negara Afrika dan kepulauan Pasifik.

Persepsi minda mereka ialah pertamanya segera menerima hakikat bahawa mereka adalah minoriti dan mengakui bahawa kelemahan daripada status ini cuma boleh diatasi dengan menerima kenyataan dan sanggup berusaha ”menggenggam bara api sehingga menjadi arang!” Andai mereka gagal, tidak ada langsung pembelaan bagi mereka dan mereka akan tenggelam, hapus dan pupus ditelan zaman.

Persepsi minda ”golongan minoriti dan migran” ini perlu diterima pakai oleh bangsa Melayu dan umat Islam dalam menghadapi cabaran survival dan hidup-mati dewasa ini. Kelemahan ekonomi dan keciciran membuatkan bangsa Melayu menjadi golongan ”minoriti” dalam penguasaan ekonomi di negara sendiri. Oleh kerana mereka baru mengenali bisnes, mereka juga sebenarnya adalah golongan ”pendatang” atau ”migran” yang terdampar di tebing persaingan bisnes yang sangat mencabar ini.

Sesungguhnya, pada akhirnya, semangat berjihad melalui bisnes akan berupaya memberi kita semangat dan kekuatan yang menjanjikan kemenangan. Dalam sejarah kegemilangan dan kejayaan perjuangan Islam, kerap disaksikan peristiwa di mana jihad membawa kemenangan kepada bilangan yang kecil atau golongan minoriti. Mereka akhirnya berupaya dan berjaya menghadapi cabaran dan ancaman daripada golongan yang jauh lebih besar bilangannya dan lebih jauh ke depan dari segi kekayaan dan harta benda.

Muhammad Ali
24 Mac, 2010.

Thursday, April 22, 2010

Cara Lupus Hutang: Advance

Salam.

maaf kalau ada yang tertunggu.

terus ke tajuk. sebenarnya cara advance begini adalah anda sudah pun plan awal sebelum berhutang. tu la bagi aku advance. selangkah mendahului masa (future). kemudian biar masa yang menentukan.huhu.

caranya adalah sebelum anda decide untuk berhutang..anda mestilah ada plan tindakan untuk membayar hutang tersebut. dan ianya mestilah bukan hasil duit pocket (gaji) anda..

so..dapat idea sudah??mudah kan..
contohnya saya ade juga cerita sikit bagaimana cara untuk membeli sebuah kereta..

contoh lain yang mudah:
1. anda ade 5 buah rumah..refinance dapat 150k. buatlah rumah idaman anda sendiri..wow tak sabar aku..
2. anda ada tanam pokok sukun yang mana hasil buahnya setiap bulan boleh menampung bayaran superbike anda..
3. anda ada bisnes sebagai pendapatan kedua untuk membeli perabot idaman untuk rumah anda.
4. anda ada share dalam bisnes yang mana pulangan hasil tersebut anda tak perlu risau termiss membantu mak ayah dikampung yang tak bekerja..
5. anda ada royalty untuk membayarkan bulanan kereta alphard anda berserta minyak dan maintenance.
6. dll yang anda sendiri boleh imagine kan..

pendek cerita. sebenarnya inilah purpose kita belajar untuk menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan kita..so tak valid lah orang kata buat ape simpan, melabur je. orang nak enjoy juga penat keje..

boleh je enjoy tanpa peningkan kepala kemudian nak bayar..OT kena potong kena catu..diberhentikan kerja..dll..

caranya begitulah. anda kena pikir macam mana boleh untuk aku dapatkannya secara percuma. ini lah matlamat anda. kemudian buat plan tindakan. melabur dulu (with knowledge) sebelum anda plan untuk lebur..barulah anda tak terikat sahaja dengan hutang..tidaklah pula dalam golongan orang yang tutup lobang gali lobang...

maka itulah advance pada mata aku. bukan buat hutang dulu kemudian katanya guna cara advance untuk selesaikan hutang tersebut. kemudian berhutang lagi..hu.ok.

sekian sahaja ceramah untuk hari ini.

p/s: orang berkata-kata. eh kata bayar hutang bukan dengan duit poket. tapi nak melabur tu kan guna duit poket..
Then kalau bayar cash kan tak pening kepala. takde hutang bulan-bulan..

1. yelah. anda guna RM30k untuk deposit kemudian bulan-bulan anda masih perlu bayar. yang ni anda invest 30k kemudian bulan-bulan tak perlu bayar pakai duit poket anda..
2. yelah kalau cash taklah nampak rugi. tapi saya ambik contoh mudah..katalah you ade rumah yang disewakan..you boleh refinance tahun ni dapat 30k..kemudian the next-next year anda boleh refinance dapat lagi 30k..kemudian refinance lagi dapat 30k..kemudian dapat lagi..kemudian...boleh beli apa-apa sokmo. tu tak termasuk cashflow lagi..kan lagi menguntungkan.ok..

berhutanglah..tapi sila jaga cashflow anda..barulah anda boleh/tidak mis bayar hutang dengan jayanya..

Cara Lupus Hutang: Upgrade

salam. yang ni sambungan daripada tajuk: Basic Cara Lupus Hutang. dah dapat idea??

upgrade ni pula ialah dengan mengunakan lain2 tools sebagai sokongan support. caranya ada bagai-bagai..anda boleh pikir sendiri.haha..

cth2 mudah yang ada seperti:

1. Ptptn interest caj 3% (dulu dengar macam turun 1%?? tapi..sebaik aku tak guna ptptn). katalah bayar 500 bulan-bulan. anda bayarlah seminum boleh. balance masuk ASB. ujung tahun dapat dividen 7% keluarkan then bayarlah Ptptn anda tu..so adelah sikit extra bayaran 4% setiap tahun..begitu juga untuk lain2 jenis loan. pastilah anda tahu interest yang dikenakan..

2. untuk fixed rate interest. bayar je macam biasa. tak perlu lah anda bayar lebih. cth macam loan kereta..walaupun anda kurang berminat hutang lama-lama. tapi tak perlulah anda bayar rm1000 bulan-bulan kalau dah dia kata cuma bayar RM500 je..

sebabnya. bayar lebih pun bukan anda untung apa-apa. tidak menyebabkan jumlah interest yang dikenakan akan berkurangan. so simpanlah RM500 balance tu di tempat yang patut-patut..tabung haji pun bagi sekitar 5-6%. ok juga..

3. check ape aset yang anda ade..

satu contoh: kekadang anda tahu rumah tu aset anda (anda selalu kata begitu). tapi hakikatnya ramai yang terbeban dengan memiliki rumah. why..??.so gunakan lah aset anda tu dengan bijak.

bacaan sikit untuk bab financing dan sambungannya

ramai takut hutang lama-lama..nak cepat settlekan hutang..abiskan duit yang disimpan penat lelah untuk deposit..dll. so kalau harga rumah naik pun (walaupun anda gembira), sebenarnya bukan ade makna apa-apa pun pada anda. walaupun anda nafikannya tapi percayalah.hee. sebabnya..kalau refinance kan anda akan terlibat lagi dengan hutang..kalau jual then beli lain pun still anda akan terlibat dengan hutang..??tak gitu..

sebenarnya mudah:

1. refinance jelah rumah tu..then hasil yang ada tu bayar lah semua hutang yang ada. memang la anda kata lepas tu still kena bayar loan rumah. tetapinya..anggap jelah anda sedang buat tabungan. nanti bila-bila nak guna duit kan anda still boleh keluarkan ape yang anda telah bayar tu..
2. sebelum beli kereta. refinance la dulu rumah tu..then cuba beli cash kereta tersebut. em.walaupun nanti rumah tu anda bayar mahal..katalah extra 70k..tapi kan lagi bagus daripada duk bayar loan kereta yang mana interestnya base on flat rate/fixed. rumah reducing...
3. gunakan kwsp anda juga..

4. sesuaikan juga dengan risiko yang ada untuk lain-lain kemudahan...moga-moga selesai juga hutang anda dan dapat mencapai matlamat yang di harapkan..jangan salah guna udah le..

so kesimpulannya:

- check hutang yang ada..
- interestnya..
- aset yang ada..
- tools yang boleh membantu..ianya mestilah yang anda mahir..atau yang anda paham..(bukan ikut-ikutan)..

Wednesday, April 14, 2010

APA yang perlu anda buat bila Berhutang..


Cara2 lupuskan hutang: BASIC

1. sila lah bayar hutang anda. mesti bayar jangan skip=wajib

2. Senaraikan jenis hutang yang bagus dan hutang yang tak bagus. asset (duit masuk) atau liabiliti (duit keluar). mestilah settlekan hutang yang tak baik dulu.

3. buat senarai hutang. start daripada jumlah hutang yang sikit ke banyak..RM50..100..1000.. dan bla2..

4. senaraikan interest atau kadar faedah yang dikenakan. start daripada yang tertinggi ke terendah..(tu basicnya..nak lagi molek check ianya daily rest ka..monthly ka..yearly or fixed rate)..hutang fixed rate takleh wat apa dah (dah fixed atau confirm bank untung banyak tu). so start daripada daily rate yang tertinggi kasi cantas cepat2..(kurangkan interest yang dikenakan).

plannya yang mudah di lihat..

matlamat kita. settlekan dulu, start daripada daily rest tertinggi hutang terendah..then..daily rest tertinggi hutang paling banyak. kemudian baru fixed rate, jumlah hutang terendah ke terbanyak.

cth sebelum: simple kira
CC1: outstanding 1000=bayar bulan2 RM200 (simple kira settle 5 bulan)
CC2:outstanding 4000=bayar bulan2 RM200 (settle 20 bulan)
Hutang kawan 3000=bayar 200 (15 bulan)
PL1: oustanding 30k= bulan2 RM300 (100 bulan)
Kereta: outstanding 10k=bulan2 350 (28.6 bulan)
Rumah: outstanding 100k=bulan2 500.(200 bulan)

selepas: plan perlaksanaannya (sila baca pelan2. angka2 tu tengok mana datang.haha)

1. nego atau mintak maaf kat kawan siap2. cakap ade masalah kewangan sikit. atau pandai2 la kamu. bukan tak bayar tapi nak kurangkan jumlah. mungkin daripada RM200 ke RM100 bulan2..

2. CC2: bayar minimum +RM60 (bayar due date supaya tak kena penalty caj)..manakala CC1 bayar RM440 (200+140+100) sehingga habis (2-3 bulan settle) then potong terus CC1. kemudian bayar CC2 RM500 (200+200+100) sehingga habis (7-8 bulan settle) then tutup akaun. (hutang yang lain bayar macam biasa..)

3. kemudian dah abis CC..barulah settlekan lah hutang kawan RM600 sebulan (ianya tak urgent. dan tak kena interest pun tapi hubungan yang baik kena jaga juga. mana tahu lain kali nak mintak tolong lagi.hu. kan tadi pun dia dah bagi discount).

4. kemudian settle hutang kereta fixed rate. RM 950 (350+600)..kemudian PL1 (personal loan) RM 1250 (300+950) then terakhir rumah...

5. persoalannya rumah tu pun kan daily rest..tapi..ianya bukan interest tertinggi (sekitar3.8-4.5% banding CC 18%) dan ianya adalah hutang tertinggi (100k)..dan juga atleast ianya boleh di refinance atau dijual ( item no 2 ).


kesimpulan:
jumlah bayaran tetap sama (total duit yang keluar) cuma dan tapinya..caranya berbeza..dan yang penting hasilnya sangat baguss.....

p/s: paham ke??

atau ade tambahan sila lah nasi tambah satuk..


Wednesday, April 7, 2010

Sambungan "Hobi"

Dulu2 kala aku ade buat post tanya apa hobi anda...(saja2 ade makne tu..).

tak kisah lah ape hobi anda..

saja nak brainstorming..rasa2nya boleh tak anda hasilkan sumber pendapatan daripadanya??

em.pikir-pikir....

- ada orang dia suka makan..jalan ke sana ke sini..so dia buat rancangan jalan2 cari makan..

- ada orang dia suka hobi main bowling, main golf, main badminton..tapi dia dapat duit daripada aktiviti tersebut. jadi profesional..masuk game..bukak kedai..

- ade orang dia suka tangkap2 gambar..isteri dia suka sangat bermekup2..dia buka package kawin..

- dll..

so anda??

lebih prefer abiskan duit untuk hobi anda ke buat duit daripadanya??

good news..hobi tu boleh dibentuk..(kalau rasa2 takde hobi)

- nak mudah shortcut. lepak la dengan kaki rempit..insyaallah jadi la mat rempit mahupun minah rempit..(em.still juga boleh buat duit. cara bagaimana pikirlah)

ok..next.

Tuesday, April 6, 2010

"Saya Suka"

aku suka entry daripada member nie..

ingatkan beli barang harga rm100 pada harga rm10..rupenya lain. boleh la baca..
beli-rm100-guna-rm10.


dan juga

Kekadang kita nie sering kali terkeliru antara keperluan dan kemahuan..

Sebagai contoh. Kita sangat memerlukan yang asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal..tetapi mestikah ianya Mcdonald, KFC (apa sajalah dalam iklan tu) dan berlebih2an, begitu juga perlukah ianya jenama levis ori, timberland dan jenama2 lain. Rumah besar gah dengan pelbagai hiasan..

Saya juga akur kita memerlukan pengangkutan, alat perhubungan, keselamatan dan pendidikan..tetapi mestikah ianya kereta besar atau yang bergaya, alat telefon mesti yang 3G pelbagai function..kekadang insurance pun tak perlulah ada banyak 2 3 jenis yang sama atau termasuk investment la bagai..

Mungkin kita tidak sedar. Meh kita sama2 rapat-rapat tengok benda ni. (berlaku pada diriku jua. insaf2). kita tengok apa yang boleh kita save..

1) Makanan
Semua orang memerlukan makanan sebagai sumber tenaga. Ianya mestilah tidak berlebihan dan berkhasiat. Tetapi saya perhatikan (diri sendiri) bila makan diluar kekadang lauk sampai 2 3 jenis. satu jenis dan seimbang pun rasanya sudah mengenyangkan dan cukup. lagi pelik kalau tengok orang makan makanan yang mahal dan tidak mengenyangkan??

2) Pakaian
Sila check dari atas hingga bawah apa yang kita pakai (tak perlulah ckeck yang kat rumah dengan pelbagai jenis kasut beg dan color). Yang penting sebenarnya iannya selesa dan menutup aurat. Tak perlulah jenama levis koyak ori...baju yang kainnya dia bagi sikit (tak cukup kain) tapi mahal..

3) Tempat tinggal
Mestikah yang harganya beratus ribu riban. sewa sampai beratus dan ribu.

4) Pengangkutan
Ianya boleh jadi kenderaan awam bas komuter dll atau basikal moto kereta dll. so banyak pilihan yang anda ada. tidak semestinya kereta keluaran terbaru kan?? kekadang lagi berbaloi anda sewa je kereta mewah daripada membelinya (comittment bayaran bulanan minyak maintenance toll roadtax insurance). Anda still dapat merasanya..

5) Alat perhubungan
Kalau anda setakat call dan massage ada baiknya anda beli yang murah2 je. beli ikut kegunaan ye..

6) Keselamatan
Sila lah ambil insurance. ianya sangat penting (supaya anda tak bebankan orang yang tersayang). cume kekadang orang ambik 2 3 jenis insurance tetapi cover benda yang sama. (macam suka sakit lak.leh la nanti dapat duit) siap investment lah apa. saya yakin mencegah itu lebih baik. adakalanya kalau kita dalam sedar, malang itu sebenarnya kita boleh bau. dah hang makan melantak, tak jaga diri, taknak exercise..bawak laju..lampu takda..lalu tempat sunyi..keluarkan duit bawak banyak2..tak selenggara kenderaan..dan banyak lagi la. saya percaya setiap kesan yang berlaku itu ada penyebab dan sebab musabab dia (cause and effect). Oh kalau berlaku juga..kan itu namanya ketentuan..anda dah cegah dan buat yang terbaik.

insurance is insurance. nak invest saya ada cara saya..

7) Pendidikan
belajar itu memang tak salah. sangat bagus. yang masalah bila belajar tetapi tidak beramal atau digunakan. itu lah yang peliknya macam sudah menjadi trend melanjutkan pelajaran tinggi2 (kosnya pun tinggi) tapi tak tahu kenapa belajar subject tersebut. apa matlamat dan hala tuju.bila di tanya jawapannya= saja..orang masuk dia pun nak masuk..tanya nanti nak jadi apa/keluar kerja apa tak tahu..cita2 lain tetapi ambik subject lain atau mungkin dapat tawaran lain. tetapi ambil juga sebab saja2 atau sebab desakan orang.

akhirnya??nak salahkan PTPTN mana boleh. dah pinjam bayarlah..pilihan sentiasa di tangan anda.

Em. mungkin telahan saya salah tetapi sedar tak sedar ianya menjadikan hidup kita lebih rumit. lagi-lagi bila ianyanya melibatkan wang.hee

selamatkan wang anda. moga2 hari-hari kita akan jadi lebih baik..

moga2 hasil yang kamu dapat setara dengan apa yang telah kamu berlanjakan.

Monday, April 5, 2010

Yang mana pilihan Kalbu..

1. beli rumah harga at market value (MV) and ade +ve cashflow

2. beli rumah below market value and ada +ve cashflow

3. beli rumah above market price and +ve cashflow

4. beli rumah cash and +ve cashflow

5. beli rumah below market value and -ve cashflow

6. beli rumah at market price anda -ve cashflow

7. beli rumah cash

8. beli rumah cash and -ve cashflow.

9. janji ade rumah

10. janji ade rumah at hot location.

11. dll..


korang????ade komen atau tambahan...