Thursday, April 22, 2010

Cara Lupus Hutang: Advance

Salam.

maaf kalau ada yang tertunggu.

terus ke tajuk. sebenarnya cara advance begini adalah anda sudah pun plan awal sebelum berhutang. tu la bagi aku advance. selangkah mendahului masa (future). kemudian biar masa yang menentukan.huhu.

caranya adalah sebelum anda decide untuk berhutang..anda mestilah ada plan tindakan untuk membayar hutang tersebut. dan ianya mestilah bukan hasil duit pocket (gaji) anda..

so..dapat idea sudah??mudah kan..
contohnya saya ade juga cerita sikit bagaimana cara untuk membeli sebuah kereta..

contoh lain yang mudah:
1. anda ade 5 buah rumah..refinance dapat 150k. buatlah rumah idaman anda sendiri..wow tak sabar aku..
2. anda ada tanam pokok sukun yang mana hasil buahnya setiap bulan boleh menampung bayaran superbike anda..
3. anda ada bisnes sebagai pendapatan kedua untuk membeli perabot idaman untuk rumah anda.
4. anda ada share dalam bisnes yang mana pulangan hasil tersebut anda tak perlu risau termiss membantu mak ayah dikampung yang tak bekerja..
5. anda ada royalty untuk membayarkan bulanan kereta alphard anda berserta minyak dan maintenance.
6. dll yang anda sendiri boleh imagine kan..

pendek cerita. sebenarnya inilah purpose kita belajar untuk menambah dan mempelbagaikan sumber pendapatan kita..so tak valid lah orang kata buat ape simpan, melabur je. orang nak enjoy juga penat keje..

boleh je enjoy tanpa peningkan kepala kemudian nak bayar..OT kena potong kena catu..diberhentikan kerja..dll..

caranya begitulah. anda kena pikir macam mana boleh untuk aku dapatkannya secara percuma. ini lah matlamat anda. kemudian buat plan tindakan. melabur dulu (with knowledge) sebelum anda plan untuk lebur..barulah anda tak terikat sahaja dengan hutang..tidaklah pula dalam golongan orang yang tutup lobang gali lobang...

maka itulah advance pada mata aku. bukan buat hutang dulu kemudian katanya guna cara advance untuk selesaikan hutang tersebut. kemudian berhutang lagi..hu.ok.

sekian sahaja ceramah untuk hari ini.

p/s: orang berkata-kata. eh kata bayar hutang bukan dengan duit poket. tapi nak melabur tu kan guna duit poket..
Then kalau bayar cash kan tak pening kepala. takde hutang bulan-bulan..

1. yelah. anda guna RM30k untuk deposit kemudian bulan-bulan anda masih perlu bayar. yang ni anda invest 30k kemudian bulan-bulan tak perlu bayar pakai duit poket anda..
2. yelah kalau cash taklah nampak rugi. tapi saya ambik contoh mudah..katalah you ade rumah yang disewakan..you boleh refinance tahun ni dapat 30k..kemudian the next-next year anda boleh refinance dapat lagi 30k..kemudian refinance lagi dapat 30k..kemudian dapat lagi..kemudian...boleh beli apa-apa sokmo. tu tak termasuk cashflow lagi..kan lagi menguntungkan.ok..

berhutanglah..tapi sila jaga cashflow anda..barulah anda boleh/tidak mis bayar hutang dengan jayanya..

4 comments:

sourplum said...

dgn kata laen. berhutang la dgn bijak
tp ape2 pon kena kje lama2 dlu
klu xde payslip 3 bulan, bank xbg loan..

MET said...

ape yang ade sekarang ni kena juga appreciate..tak kiralah keje ke ape.sikit ke banyak..

then upgrade ikut mana boleh lah..

pilihan sentiasa di tangan anda..hee

Pena QS said...

met, gd idea, bole2 utk sy practice.tinkue2

MET said...

semoleknya begitu lah..hee.

cara mudah lain..katelah daripada cashflow rumah..ianya boleh guna guna untuk bayar bulan-bulan PL..then daripada PL boleh digunakan untuk belanja+invest atau cover monthly ASB loan 200k..dapat cover setahun ok la tu..

modal??mungkin permulaan 10k..mungkin 30k..depend pada harga rumah.

risko??sangat minimum. tak guna duit gaji untuk bayar PL. boleh refinance rumah untuk cover PL..ASB Loan boleh terminate kalau taknak/rugi..

untung banding risiko=200k+harga rumah..

so hutang PL..Rumah..ASB Loan sume covered. well manage..

ni yang saya katakan..hutang keliling pinggang..commitment dimata bank tinggi..tapi comitment anda???

sila jaga cashflow..