Wednesday, April 14, 2010

APA yang perlu anda buat bila Berhutang..


Cara2 lupuskan hutang: BASIC

1. sila lah bayar hutang anda. mesti bayar jangan skip=wajib

2. Senaraikan jenis hutang yang bagus dan hutang yang tak bagus. asset (duit masuk) atau liabiliti (duit keluar). mestilah settlekan hutang yang tak baik dulu.

3. buat senarai hutang. start daripada jumlah hutang yang sikit ke banyak..RM50..100..1000.. dan bla2..

4. senaraikan interest atau kadar faedah yang dikenakan. start daripada yang tertinggi ke terendah..(tu basicnya..nak lagi molek check ianya daily rest ka..monthly ka..yearly or fixed rate)..hutang fixed rate takleh wat apa dah (dah fixed atau confirm bank untung banyak tu). so start daripada daily rate yang tertinggi kasi cantas cepat2..(kurangkan interest yang dikenakan).

plannya yang mudah di lihat..

matlamat kita. settlekan dulu, start daripada daily rest tertinggi hutang terendah..then..daily rest tertinggi hutang paling banyak. kemudian baru fixed rate, jumlah hutang terendah ke terbanyak.

cth sebelum: simple kira
CC1: outstanding 1000=bayar bulan2 RM200 (simple kira settle 5 bulan)
CC2:outstanding 4000=bayar bulan2 RM200 (settle 20 bulan)
Hutang kawan 3000=bayar 200 (15 bulan)
PL1: oustanding 30k= bulan2 RM300 (100 bulan)
Kereta: outstanding 10k=bulan2 350 (28.6 bulan)
Rumah: outstanding 100k=bulan2 500.(200 bulan)

selepas: plan perlaksanaannya (sila baca pelan2. angka2 tu tengok mana datang.haha)

1. nego atau mintak maaf kat kawan siap2. cakap ade masalah kewangan sikit. atau pandai2 la kamu. bukan tak bayar tapi nak kurangkan jumlah. mungkin daripada RM200 ke RM100 bulan2..

2. CC2: bayar minimum +RM60 (bayar due date supaya tak kena penalty caj)..manakala CC1 bayar RM440 (200+140+100) sehingga habis (2-3 bulan settle) then potong terus CC1. kemudian bayar CC2 RM500 (200+200+100) sehingga habis (7-8 bulan settle) then tutup akaun. (hutang yang lain bayar macam biasa..)

3. kemudian dah abis CC..barulah settlekan lah hutang kawan RM600 sebulan (ianya tak urgent. dan tak kena interest pun tapi hubungan yang baik kena jaga juga. mana tahu lain kali nak mintak tolong lagi.hu. kan tadi pun dia dah bagi discount).

4. kemudian settle hutang kereta fixed rate. RM 950 (350+600)..kemudian PL1 (personal loan) RM 1250 (300+950) then terakhir rumah...

5. persoalannya rumah tu pun kan daily rest..tapi..ianya bukan interest tertinggi (sekitar3.8-4.5% banding CC 18%) dan ianya adalah hutang tertinggi (100k)..dan juga atleast ianya boleh di refinance atau dijual ( item no 2 ).


kesimpulan:
jumlah bayaran tetap sama (total duit yang keluar) cuma dan tapinya..caranya berbeza..dan yang penting hasilnya sangat baguss.....

p/s: paham ke??

atau ade tambahan sila lah nasi tambah satuk..


10 comments:

Matjoe said...

bila hutang dh settle. mesti nk berhutang lagi..
mcm org dh habis bayar kete, mesti gatal tgn nk upgrade!!!

Anonymous said...

x paham mcmana kita nak bayar.katalh cc1, lebih, tp cc 2..tetap baya min payment..mcmana dpt $ yg xtra utk cover bayar 2-2 ek?

MET said...

hee. sebab tu la matjoe kena capat2 buat hutang. saya sokong..

tapi hutang baik la. cepat2 kasi ASB loan kan atau beli rumah atau di laburkan untuk bisnes..

upgrade cashflow..he.

jgn lebur dah.huhu.

MET said...

oh...

CC2 tu kan mula2 bayar 200..then bayarlah min (kirala atau refer je statement CC bulan2 tu) cth RM60..so balance yang RM140 (200-60) tula bayaran tambahan untuk CC1..

bukan cari duit lebih pun..

ok ke penjelasan tu??

MET said...

oh..lupe ade juga dah cite pasal CC.hee

http://tulusgroup.blogspot.com/2010/01/masalah-card-credit.html

buleh baca juga lain2..

p/s: matjoe..cakap mu ade benarnya. memang banyak yang aku nampak gitu juga. kat opis aku ni pun cukup le..

tak salah pun nak beli..tapi biarlah kena dengan caranya. kan..kan..

Grizzly snowy panda bear said...

MET,
sori soalna basic..
boleh byr lebih kat utang kete tu..? tak kena penalty ke?

MET said...

tahla..tak penah aku bayar lebih.huu.

bayar lebih kena penalty ek kete??kalau full settlement pun ade lock ke??aku pun tak perasan.huhu.

sapa leh confirmkan..cume yang confirm settle awal ade la dapat rebet sket.

em. tapi concept basic dia untuk settlekan kan hutang begitula..maksudnya. kita fokus satu-satu.

sebab tu mention flat rate ni mu bayar lebih pun sebenarnya bank tetap untung banyak tu juga.hu.cume kurang tahun lah. ni bagi org yang memang tak suka berhutang lama2 dalam hidup dia.

aku prefer cara yang lain sket sebenarnya..hee.

Unknown said...

SALAM BRO,
BARU JUMPA BLOG NI
BAGUS LA TERBUKA JUGAK MINDA WA NI
NAK TANYA SKIT BOLE
KALU TABUNG HAJI ADA 15K
NAK PEGI HAJI TAHUN 2024,LAMA LAIEE
NAK BUAT APA KAT DUIT TU BRO

MET said...

Max: caranya just gandakan duit yang ada tula..hee.

insyaallah niat baik tu. moga2 semua urusan jadi lebih mudah..

buatla ape pun janji ada hasil. tapi sebelum tu:
1. ape kepakaran mu??
2. check risiko yang ada??
3. kalau pulangan kurang daripada tabung haji. lupakan je.
4. sesambil standby duit dalam tabung haji. berlajar juga benda2 atau kepakaran lain..
5. pantang bagi duit kat orang untuk uruskan pelaburan/portfolio kita..

p/s: tak tahu la kalau orang marah. nasihat aku cuba elakkan MLM atau mutual fund (yang diuruskan orang lain).

MET said...

wakata: aku terlupa lak..duit kereta aku memang bayar lebih pun slalu.haha. tapi tak banyaklah. just genapkan RM46 ke 50..masuk mesin..


p/s: nanti kawe postkan upgrade and advance bagi tajuk ni...

tunggu...

em.hopefully ade la manfaatnya...