Wednesday, March 3, 2010

Menggunakan OD sebagai platform

Tajuk ni Khas untuk cik kita wida. (sila click link tersebut kalau nak tahu ape citenya)

sebelum tu OD=overdraf...tapi dalam ni aku ceritakan berkenaan OD bercagarkan ASB (ODASB).

Perlu ke aku ceritakan macam mana nak apply nya. ramai dah tahu kot??

em.aku cuba mengarang sebaik mungkin walaupun aku kebuntuan sekarang ni.hee.(cuti panjang).

Ni cite mengunakan OD untuk saving la ye..kalau orang lain mungkin dia dah kat stage lain.

lain2 cara cik wida ada tulis juga dalam tu.

katalah anda ada 30k dalam ASB. anda cagar dapat 27k (minimum OD 11k-12k). ..apa yang anda boleh buat untuk memaximumkan saving anda? cadangannya...

1. apply maybank asb loan 170k untuk cukupkan quota 200k (walaupun boleh lebih). kalau refer table aku dulu2 masa muda2, untuk 25 tahun bulan2=RM921 (sekarang blr-1.65 lagi rendah).

cara kira senang:

bayar asb loan 921*12 (setahun)= rm11052. yang ni bayarlah pakai OD hang.
so balance OD=18,948

interest setahun=11052*3.85% (blr-1.65)= 34.97 permonth= - 419.67/year (reducing)
dividen asb=200k*7%=14,000 (kalau masuk balik dalam OD pun dah penuh dah)

so tahun berikutnya kuarkan lah OD anda sikit2 bulan2 untuk bayar ASB loan..

mudah bukan??

anda ada 200k dalam asb...pada masa yang sama ada standby money in hand..

2. kalau daripada member goldfinger..30k anda tu kuarkan daripada ASB then masuk lah dalam ASW (no limit 200k) buat ODASW. so anda boleh ambik maximum OPM 200k.hee.

kesimpulannya??pening bukan.hee. saya tahu anda risau..orang selalu kata cite memang la nampak best. ok kita check.

1. biasa orang check moniter ialah interest dia..selagi profit lebih tinggi daripada interest. its ok..tapi awas..walaupun interest rendah. tapi adakah bulanannya rendah. nak ke bertahun2 duk topup je??sila jaga cashflow anda..

2. double check cara lain tgok cashflow..

bayar asb=921
dividen 170k*7%=11900=991.67 permonth.
+ cashflow=70.67. ok lulus

interest yang diguna=11052*3.85%= 34.97 permonth= - 419.67/year (reducing)
dividen sijil-OD= 30k*7%=2100= 175..
+ cash flow=140.03. ok lulus..

total cashflow=210.7/m=2528.4/year. kalau terdesak pun anda guna duit ni. insyaallah tak effect matlamat anda tu. just let it beeee...

modal anda???bukan daripada duit gaji anda bukan..
anda still dapat dividen ASB daripada 3ok yang anda simpan tu bukan??
anda still dapat guna duit bila anda memerlukannya tanpa effect dividen bukan??
tapi sedar tak sedar anda ada standby 170k untuk hari tua anda..hee.hebat..

ok la ni kot..kalau tak terjawab sila maklumkan ye. aku pun taknak syok sendiri je.hu.

lain2 pasal saving aku ada cite kat tajuk belakang..

tambahan: rasanya belum terjawab.hu

kalau rempit OD..em.berapa kali anda nak rempit..2x..3x..4x untuk maximize kan ASB anda?

katalah anda ada 100k OD masuk dalam ASB balik..cukup 200k..tetapi anda dah kehilangan benda yang paling berharga iaitu cash in hand. bukannya tak boleh nak penuhkan dengan modal yang sangat minimum???..balance boleh di investkan lagi..banyak tu..

risiko?andai anda rempit rolling 2-4x OD..kalau interest tak dapat cover dia just tarik sijil anda balik..anda tak rugi apa2..tu ke yang anda pikir?? tetapi kalau asb loan anda tak dapat bayar just cancel then bank akan kira principal bagai +-. ada balance anda still dapat duit anda..lagi menarik bukan banding dengan risiko yang anda tanggung.

kalau nak rempit yang bagus dalam erti kata laverage sila refer item no.2...







73 comments:

MET said...

kalau aku..aku tak buat PL untuk ODASB...

dan juga buat PL untuk simpan dalam ASB...

Matjoe said...

MET - my first time read yor blog. tu pun wida kasik link

so true. but bear in mind once ko dh apply loan asb 170K, dgn gaji sekitar 2.5k, kt dh xleh buat loan lain mcm rumah or kereta.

what ever it's mmg kene tgk cashflow macam mana

MET said...

oh..ni masalah senang..saya ada cite di tajuk yang lain..cari2 juga ye..

time kasih kerana sudi menjengah..he.

ena said...

owh tima kasih MET
bestnya blog ni!!

walopun ku pening... gagagaga takpe2 ku slow2 pegi

MET said...

takpe pelan2 ena..he.mana yang tak clear kurang paham gtaula..

em.tadi pun ada member kata tak paham..yela benda baru jumpe baru tahu. nanti saya try go to basic..untuk newbie..

yang kat atas tu atas permintaan seorang kawan...dia dah advance.he.

Pena QS said...

Salam MET,
baru bkenalan ngn blog ni, anwy many info u share.TQ

1 pertanyaan:
Adakakh berbalai buat PL utk apply ODASB?pada kadar interest 4.99%.

kalau tidak, baagaimana cara lain utk buat ODASB?

MET said...

salam.

boleh buat. tapi bergantung kepada keadaan dan apa matlamat la.

kalau saudara +ve cashflow then saja nak buat PL konon untuk saving +belanja.saya tak galakkan.

saya kira mudah la..

anda ada +-1000..then buat PL 100k..then oklah niat nak saving+advance nak ASB loan..tapi masalahnya anda terikat committment selama 15 tahun. kecuali....

banding anda buat terus asb loan 200k..+-1000 gak.tapi tahun kedua duit anda dah free..buleh campak tempat lain plak..

em.ok ade paham ke tu..

walaupun 4.99% tapi calculation is base on fixed rate not reducing..EIR (effective interest rate) almost double..

jaga cashflow anda. orang2 tertentu je yang boleh buat PL ni..dan perlu displin yang tinggi.

jangan elok2 dah +ve kang jadi -ve cashflow plak.hu.

jaga cashflow duluk then baru kita tgok apa tools yang boleh diguna pakai untuk dapatkan matlamat kita..mungkin perlu PL..mungkin tak perlu pun sebenarnya..

p/s: kawe pernah juga jumpe saing2 yang OD sakit..sebab cashflow tak jaga..buat PL. padahal kalau tak buat PL tu sebenarnya dia takde masalah kewangan pun..ni duk ikut2 orang la ni..hu.

Pena QS said...

MET,
apa maksud bergantung pada keadaan?
-cahflow -ve?
-ada lbh duit gaji setiap bulan?
-tak ada byk komitment?
-or bla bla bla.....

sorry la bro x brp nk paham?

MET said...

bagus2..tak paham tak clear tanya.kalau tak clear lagi jangan malu tanya lagi.he.kang den syok kat alam sendiri je.hu

1st:
cashflow -ve = aliran tunai (cashflow) negetive = expenses (belanja)/liabiliti melebihi income(pendapatan)/aset.

ayat pendek= yang keluar lebih banyak daripada yang masuk..

kalau +ve tu maksudnya pendapatan melebihi perbelanjaan..selamat.saving takde masalah..

Bergantung kepada keadaan tu. saya maksudkan ada keadaan tertentu ianya bagus guna personal loan (PL) untuk mambantu menguruskan kewangan kita. ada keadaan tertentu ianya dapat meningkatkan pendapatan kita..adakalanya sebenarnya anda tak memerlukannya..

maksud lainnya. ada orang guna untuk selesaikan masalah cashflow..ada orang guna saving..ada orang guna untuk menambah pendapatan..ada juga guna PL then sakit..

setiap orang tu unik.tak semua orang sesuai guna tools (alat kewangan) yang sama.

saya tak tau keadaan dan status kewangan anda bagaimana..so saya cite base pada andai2an je..

persoalannya anda nak buat PL then ODASBkan tu nak guna untuk apa ye..??aliran tunai anda bagaimana??

kesimpulannya:

kena jumpe baru leh nasihat ok ke tak..heee.

bukan apa (walaupun boleh)..kang saya kata ok..tup anda buat pastu kewangan anda sakit..anda salahkan saya plak..he.yang ni kena kira betul2..luar dan dalam serta kena displin.

sebab tu dalam post saya yang lalu saya prefer saving then asb loan..saving then ODASB/ODASW then ASB Loan..anda tak terikat sangat dengan comittment loan.

ehh..asb loan tu bukan loan ke??ye tapi kalau anda tak mahukannya atau worst case terjadi apa2 anda boleh terminate/cancel je..

kalau personal loan..anda ambik hutang 30k ikat 15 tahun bayar (comittment)..then lepas 2 3 tahun anda tak mampu bayar the cakap nak cancel/terminate leh??still kena bayar balance bukan??

p/s: saya pun ada ambik personal loan..tapi saya tak harap daripada duit gaji untuk bayar..:0

MET said...

post baru khas untuk penaQS..untuk soalan:

kalau tidak, baagaimana cara lain utk buat ODASB?

http://tulusgroup.blogspot.com/2010/03/selain-pl-bagaimana-cara-lain-utk-buat.html

MET said...

sebagai referal asw2020 punya dividen Since year 1999

Year Dividend

2009 - 6.30
2008 - 7.00
2007 - 8.00
2006 - 6.80
2005 - 7.10
2004 - 7.00
2003 - 6.60
2002 - 7.25
2001 - 7.25
2000 - 8.80
1999 - 10.20

takde bonus but still ok..

Mohd Hafiz Hassan said...

salam..

aku dah lama tertonggeng2 memikirkan camana nak generate income daripada ODASB tp xnak bayar..

beberapa caculation juga dah dibuat..
cth..
-aplly PL, rempit ODASB 4x atau lebih, thn pertama int.OD + PL cover by OD, tahun ke 2 int.OD + loan PL cover by dividend.. dan begitulah seterusnya..

situasi dividen bayar int. + PL akan setel pada tahun ke 25, dan semua asb/asw yg dirempit td dah jd +ve..

masalahnya..
-kena tunggu 25 tahun baru setel..
-risiko BLR naik, ekonomi down every 10 year..
-komitment PL macam mat joe cakap, xbleh buat loan lain..
-lain2 risiko yg aku xnampak..

jd.. sampai sekarang aku still tertonggeng2.. memikirkan opsyen yang ada..

sila komen otai2.. :)

MET said...

em.kenapa mesti guna PL??sebab memang takde wit ek..

oklah nanti ade kesempatan kawe cite cmne cara2 nak guna PL pada mata kawe ye..

p/s:orang dari dulu asyik kira2 ASB je..mana lagi untung..simpan sendiri..rempit2..kenapa nak 200k tapi hutang..kenapa kenapa nak berhutang untuk invest bla2..

tapi dok juge, belum penuh juga..duk masih pikir ASB.berapa tahun sudah.emmm..

padahal dalam dunia ni banyak lagi benda best boleh buat.

MET said...

macam kasar plak bahasa aku bila baca lagi..hu.tapi sebenarnay nadanya tak la kasar..

PL ni tak salah pun nak buat. cume aku lebih suka cara yang lain berbanding pusing2 asb...

last2 soalannya apa aset yang ada? aku ada ASB..

Anonymous said...

salam..

macam situasi saya,ada saving sikit tapi nak tunggu banyak memang makan masa la nak buat OD.so saya apply PL+saving buat OD.tak banyak mula dengan amount yg kecil dulu like 28k..before ni mmg +cashflow tp sikit untuk saving(kadang2 ujung bulan tepaksa korek ASB juga).so dgn adanya OD,saya bleh saving 3 kali ganda..sy ikat PL 6yr/8%(max bank bg coz company not listed).planning awal tahun ke2 nk setelkan PL yg saya buat cz int tinggi sgt.

cara hidup saya,sy apply alrajhi cc,draw max n masukkan dlm OD,gaji pun dump OD.liability+expenses guna OD.cukup 55 day pay cc.1/2 dr gaji saya saving masuk ASB(walaupun pernah baca leh saving full salary,tp x tau cara lg..hehehe).target nak kurangkan hutang2 yg berinterst tinggi disamping ada saving dlm ASB.

bila terjumpa posting bro ni rasa mcm saya bersalah plak coz dah terapply PL even +cashflow..so apa perlu saya buat?betulke cara hidup saya atau ada benda yg perlu diperbaiki lg...

thanks for the good blog!

azliya

MET said...

berapa jumlah PL ek?

28k tu PL sahaja ke PL+saving??
ke PL lebih 28k..tapi just ODkan 28k je??

kang kita tgok ape leh buat..discuss.

em.saving full salary tu just masukkan semua gaji dalam ASB..then belanja pakai OD..dividen ASB akan offset expenses dan interest..target dia akan buat U wave/graf...em.but kalau OD besar la..expenses tak besar..

Anonymous said...

salam bro MET,

saving rm1ok+PL22k,OD 90%=rm28,800.
+cashflow tiap bulan hanya rm1000.tapi saya try saving rm3000.
baru masuk bulan ketiga menggunakan OD.

ooo saving full salary tu macam takut plak nak try takut OD cepat kering...tp bolehke saya saving full?tapi tu le kekangannya OD tak besar for starting ni..masih newbie..

U wave/graf?uiii..banyak lagi tak tahu ni..tak penah bro citer dlm blog ni lg rasanya..

thanks for the sharing answer
-azliya-

MET said...

U wave tu takde ape pun..he.

kan OD tu bila guna makin lama makin susut...

then daripada dividen sijil..+gaji full yang dimasukkan tu..semua tu dapat dividen..(ofcause lagi banyak daripada interest OD)..tu yang lama2 dia akan naik membuat revesal pattern.haha.

sebab tu +cashflow sangat penting.lagi banyak lagi bagus..instate gaji sume masuk OD..tapi gaji tu masuk sume dalam ASB dapat dividen lagi tinggi..ok?

MET said...

azliya..ait tingal 1-2k je lagi je.ingatkan lagi 9-10k.hee. saving 1k tu.wow.

so maknenya you lum ade ASB loan la ye. buat regular saving...

or geng lain..

kalau mu dah ade saving 1k..then memang concentrate kat ASB. sebenarnya bayar ASB loan maximum 200k pun dalam 1046 je..dah penuh dah. lepas tu..tahun kedua it up to you duit tu nak buat ape..dah free +ve cashflow balik..risiko lagi rendah..

1. kalau anda tak de plan ape masa terdekat. duit tu banyar jela loan asb..supaya dividen ASB dalam tu compounding..
2. but bila time nak guna duit..bayarlah loan guna dividen yang ada tu..kan lebih banyak choice banding terpakse bayar PL selama berapa2 tahun..
3. baca posting den pasal PL..ade juga aku suruh buat PL..tapi sebelum tu kena ade aset lain dulu..kalau perasanlah.hee.PL is not my commitment..(dimata bank ianya commitment lah.ade dalam ccris)

Anonymous said...

thanks for ur advice MET..

yer..sy blum ada loan ASB lagi..plan dalam awal tahun depan ni nak setelkan 2 Loan..so nx year dh ada lebihan 2k(coz dh setelkan 2 loan) then plan nak buat loan ASB mcm yg bro citer tu..

tp tengah tefikir2,dengan OD yg minimum yg sy ada ni,better geneate saving dulu sampai ujung tahun(ada dividen sijil ASB..hehe)tor kasi setel immediate satu loan than saving...which one is better pd pandangan mata en MET

-azliya-

MET said...

kalau mu memg fokus ke ASB je..pada kawe buat ASB loan lagi untung..

simple je..compounding 3k++..dapat berapa..then compounding 200k..214k..berapa? lagi long term lagi banyak..

but kalau loan kecik atau short term..compounding tak rase sgt. saving je pun boleh tapau..try kira compare..he.

tapi kalau you ade project2 lain yang melibatkan loan..kena plan leklok la. kena jaga ccris record (commitment) juga.

semuanya ade pro and con..

check balance mana yang sesuai dengan tahap risiko..cashflow..commitment diri dan juga pada bank..

then tgok solution untuk masalah tu..ade tak??

Kopi Suam said...

salam Met,
pendatang baru...

soalan cepu emas apply Maybank PL 170K..senang ke nak lulus banyak tu...say my current take home pay 3000, lepas tolong hutang umah kete segala tok nenek..rasa tak lepas jugak nak buat loan.

setahu saya PL ke any loan mesti dia check payslip and take home pay not also that diorang also check your financial health kan..

please comment sifu.

MET said...

w,salam pendatang baru..he.

kalau nak tahu just apply je.hee. kalau reject pun bukan rugi ape.tak bayar ape2 pun..kalau dapat alhamdulillah..he.ok.mudah bukan.haha

so far aku pun tak tahu commitment mu cmne..gaji banyak mana. yup ape2 loan pun dia akan tengok commitment..(yang direcordkan dalam ccris).

and bergantung juga pada office bank yang mu kenal tula. just my experience..aku penah watkan loan 50k untuk budak yang tak kerja (takde payslip) baru grad..manakala untuk loan amount lebih daripada commitment pun penah buat. it just need 3 month advice (pendahuluan) payment. bagus juga buat baik kenal2 dengan office bank ni..he.

ok. em.tanya bank then cakap dia leh tolong tak..

lain2 kalau apply 170k tak lepas..buat lah amount yang lepas. ape de hal..next year try lain..pastikan record cantik..kalau tak cantik memang sudah nak tolong..

WaN said...

salam, en. MET.

boleh tolong saya tak, dalam cara urus kewangan sy.. sy tak berapa reti dalam urus perbelanjaan kut.. harap boleh bantu sy..

gaji kasar l/kurang RM3300.00
potongan setiap bulan RM1100.00 +- loan sana sini..
baki gaji dalam RM 2200.00

perbelanjaan tak pasti, cuma saya ada lebihan baki...


mase belajar dulu sy ada ambik PTPTN RM20K dan baki sekarang RM17K

dalam waktu kije ni ada ETIQA INSURANS rm130.00 sampai 25 tahun dan koperasi Jabatan dalam rm50.00..

semasa tahun 2008, saya ada buat pinjaman bank Rakyat sebanyak RM35K dalam tempoh 12 tahun dan bayaran bulan rm413.00... Jumlah penuh bayaran RM59K++

awal tahun ni, saya ada membuat pinjaman ASB maybank RM100K dgn bayaran bulan RM538.00 jangka masa 25 tahun.

saya juga ada 2 CC (B.Rakyat dan B. Islam) limit rm3K tapi jarang guna.. saje ambik untuk check in hotel kalau outstation dan terdesak jer( paling tinggi guna pun rm300.00 la setiap tahun)


persoalan yang ada pada saya, bila saya baca ttg ASBOD...

boleh ke, saya turut cuba gunakan cara ASBOD dgn pemahaman kurang ni (dengan baca melalui intenet jer tanpa pegi kelas)untuk kurangkan baki pinjaman PTPTN, Personal Loan dan dalam masa yang sama saya mahu menambah pelaburan ASB..

tolong ambo, en. MET.... terima kasih...

wan, destiny2185@yahoo.com.sg

MET said...

boleh je kalau dah paham pasal OD..

OD nak buat berape??

Ptptn tu sebulan bayar berapa??

Anonymous said...

salam, En. MET.

pasal OD dalam 50% jer, dari pembacaan dalam intenet jer.. bukan ikuti kelas.. rase macam dah faham tu yg nak cuba....

sy fikir mahu buat OD dalam rm20 atau 30K ...
sumber dari personal Loan yg sy simpan dalam ASB je .. :).. elok atau jejaskan kewangan sy di masa depan..

loan PTPTN tu rm260++ setiap bulan, potong melalui gaji.. interest ajer setiap bulan rm45>.. itu yg rase rugi jer...

WaN said...

salam, En. MET.

pemahaman ttg OD ni dalam 50% jer, dari pembacaan dalam intenet jer.. bukan ikuti kelas.. rase macam dah faham tu yg nak cuba....

sy fikir mahu buat OD dalam rm20 atau 30K ...

sumber dari personal Loan yg sy simpan dalam ASB tu je .. :).. elok atau jejaskan kewangan sy di masa depan..

loan PTPTN tu bayar rm260++ setiap bulan, potong melalui gaji.. interest ajer setiap bulan rm45>.. itu yg rase rugi jer...

boleh tak ajar ODASB ni..

ada tak blog2 lain yg boleh sy baca ttgnya... tq

MET said...

oooo..em.nanti saya tgokkan ye..sat lagi nak kuar. gi presint 9 putrajaya..kalau ade dekat area sana nak mai leh gak..kedai mamak nazmaju..

kalau mai call 0126218853..orite

bacaan pasal OD
http://www.bicarajutawan.com/forum/forum19.html

WaN said...

salam, bro MET.,

sy kije di area kota tinggi, johor.. mmg takde peluang nak jumpa kecuali sy gi sana atas tiket kije... tq atas no. kontek tue..

MET said...

orite Adi..aku cume boleh bagi choice jela..ape pun buruk baiknya mu kena sesuaikan dengan sila pikirkan..

1. memandangkan PL tu flat rate. tak banyak yang mu boleh buat.and then OD pun daripada PL kan?so no point juga buat PL then bayar balik..

kecuali mu -ve cashflow.memang kena settle mana-mana hutang sejaya boleh bagi +ve. dalam cash atas tgok macam +ve. mu leh tahu la..

so apa kata mu buat maximum OD..standby. then belajar juga untuk invest dalam Property..target cashflow (sewaan).up balik cashflow yang ada. sebab mu +ve aku tak risau..tapi jgn la rushing sangat. study location lelok. dapatkan yang good deal. kalau cagar 30k OD dapat 27k..

atau kalau tak dapat good deal area sana. buatlah asb lagi..aku budget 70k asb bulan-bulan dalam rm370..bayar dengan OD..so boleh cover dalam 6 tahun (gaji sume part dalam OD)..

sijil 100+30+70=200k div RM14k (7%) compouding 6 tahun..dapat dalam +-100k..masuk dalam OD 27k..yang lain tinggal dalam ASB..biar compounding..

guna 27k OD yang telah ditopup untuk bayar Loan ASB 908 bulan-bulan..gaji ape sume masuk OD juga..

em.cerita atas tu yang mudah la bagi paham..nak pusing lagi boleh.tapi kang pening plak..basicnya macam tu lah..

kalau nak settle hutang aku syor settle PTPTN dulu..bayar 17k..so duit yang potong bulan2 260 tu buat ASB loan 50k...OD 30k tu standby untuk lain2 good opportunity..

orite..kurang clear boleh tanya..

WaN said...

salam, bang MET...
terima kasih atas cadangan dan nasihat tue... dalam masa terdekat ni saya akan cuba repeat lagi cadangan tu untuk faham betul2, sbb agak sbuk dgn kije hakiki...

mungkin boleh wat OD dalam nilai rm50K atau buat kurang jer dalam bulan 6 ni.. pilihan bank camane? mana lebih elok, samaada CIMB atau maybank untuk OD faciliti?

MET said...

em.comment atas tu aku ade salah typo. so harap paham2 la.hee

buat OD maximum boleh..tapi guna ikut keperluan..lebih mudah di kemudian hari tak perlu nak topup2 lagi..lain2 balance buat standby je..kot ade good deal. atau emergency takde lah susah2 nak kuar ASB..

kalau nak rate yang rendah so far setakat ni under CIMB la..

dah tahu kan kira interest bagai??

WaN said...

hehehe.. yg saya kiraan interest dr bacaan ialah daily rate... tp tak tau kiraan betulnye camane, samaada boleh 'teritu' 'terini' dan kemungkinan sampai 'kerugian' pulak... tambahan pulak, bab matematik ni, adoiyai.. markah D < aje mase sekolah dolu2..

kalau abg tau camane OD ni berfungsi, boleh 2lung bgtau.. mudah2an tak kekok masa dah dpt OD ni..

contohnye bila dah dapat sijil, pegi bank CIMB mintak kemudahan OD.. camane nak ambil wang dia.. bank bg kad gak ke untuk cucuk atau melalui kaunter.. sy dengar dapat buku cek? camane nak gune?

maaf banyak tanya.. pasal mmg tak tau..

MET said...

akan dapat card atm dan buku cek..

kiraan berdasarkan daily..deduct daripada akaun bulanan..so kena ade balance la dalam akaun..kira sendiri.he.

WaN said...

ok. terima kasih.. bila dah start, nanti sy minta nasihat lg.. tqvm, bang..

MET said...

Orite. takde hal punya..

em.aku bukan abg kot..sebab bawah daripada mu..segan plak.hu

panggil met pun ok..

Anonymous said...

ADIWIRA

salam, MET.

sy dah buat sijil ASB 50K..
tadi dah pegi ke CIMB untuk check form OD yg perlu diisi... CIMB bagi rate -1.65... tapi belum buat lagi sebab nak lengkapkan dokumen2..

contoh kalau OD dah diluluskan (harap2 dapat la):

bila lulus, CIMB bagi rm45K...

pada pandangan MET,
seeloknya sy letak sekaligus OD rm45K ke dalam akaun ASB dan kemudian masukkan semua gaji (lebih kurang rm1500) setiap bulan ke dalam akaun OD untuk kurangkan interest

atau

letak sebahagian OD iaitu 20K ke dalam akaun ASB dan biarkan 25K di dalam akaun OD seterusnya, masukkan gaji bulanan ke dalam akaun OD untuk kurangkan interest

atau

kuarkan wang OD cikit2 dari dalam akaun OD contoh rm2k setiap bulan sehingga la beberapa tahun..

apa pendapat MET?


camana dengan interest OD dalam 3 situasi kat atas? minta maaf tanya dulu, walaupun borang OD belum submit.. untuk lebih faham lg ttg od.. tq...

ADIWIRA

MET said...

kalau mu target ASB..why not penuhkan terus 200k..

sijil 100k + ODASB 50k+tambah lagi 50k ASB Loan maybank i 25 tahun..

bulanan=538+dalam 264..=802

bayar RM802 pakai OD bulan2. so interest memang minimum..park juga semua gaji sebelum bayar lain2..

setahun =802*12=RM 9624..so OD minimum leh support 4 tahun..

pulangan=compounding 200k*7%*4 tahun=lebih kurang 262k++.

4 tahun dapat 62k..cukup sangat cover OD..
keuntungan =62k-(+-39k OD)=23k..=+-58.9%=14.7%/year..ok juge.

Soalan Interest ADI:
1. interest dan keuntungan cara 1 lagi tinggi daripada cara 2..
2. cara no 3 interest dan keuntungan sederhana la..hee.
3. so untung lagi dump semua sebab compounding 7% asb lagi banyak..interest boleh diminimumkan sikit dengan gaji.

tapi..cash in hand takdak la kecuali keluar balik dalam ASB..so dividen pula akan kurang la..tapi interest jalan.

Tapi banding kalau buat ASB loan. mu ade cash in hand untuk standby for good opportunities. tanpa risau sangat interest. tapi at the end masih ade ASB simpanan untuk hari tua.

caranya mudah: bayar ASB setahun..then lepas setahun carilah peluang lain yang baik2 untuk tambah lagi cashflow.sebab dividen setahun ASB dah leh cover installment loan. kalau takde? bayar jelah loan tu guna OD..biar dividen ASB compound.

cth: mu dapat rumah best untuk disewakan..tapi untung RM50..sila abaikan. tapi kalau dapat untung 400..hah.time ni lah sapu. rule dia senang. kira kalau untung lebih daripada 7% (ASB) mu invest la..

orite. mana tak clear atau aku terlepas pandang gtau la..

MET said...

eh. salah..sebenarnya tak adil nak compare antara durian dengan apple ke dll..

saham amanah compare dengan saham amanah yang lain lebih adil..

property vs property lain dari segi cashflow dan keuntungan mahupun risiko..

orite.gi masjid..

Anonymous said...

adiwira

salam, MET..
T.q atas penerangan tue.. sy cuba dulu dan kalau tak terang lg, sy kena baca post awk ni ulang2, sbb bab2 ilmu hisab ni sy agak kureng... tq.

WaN said...

Salam , MET..

Sy dah baca ber'ulang kali post awk

May 14, 2010 2:57 AM.. baru faham...

Maksud MET,

kalau target sy untuk penuhkan Kuota ASB sebanyak 200K..

sy harus buat gini kan?

mula2:-

loan ASB sedi ada = 100K
wang yg dibuat sijil ASB = 50K
buat OD dapat tunai dalam = 45K

maksud MET dlm post 14 MEI, sy hanya perlu buat, 1 lagi loan ASB dgn jumlah 50K... untuk genapkan 200K...

dan pembayaran bulanan ASB loan = 100K+ 50K=150K selama 3 hingga 4 adalah melalui wang OD yg diperolehi sebanyak rm45K,kan?

pada masa yang sama (dalam tempoh 3 atau 4 tahun bayaran loan ASB) su ada wang tunai (dalam bentuk OD 45 K)dan sy boleh tunggu/lihat pelaburan lain-lain bentuk pula dan jika nampak ada keuntungan lebih daripada ASB, saya rebutla... Gitu ke, MET?


Sy tak pernah terfikir, sampai tahap ni... t.kasih atas nasihat dan pandangan MET.. kalo datang area kota tinggi, johor boleh hel02 sy, kita minum2.. 012-7717303 (wan), sy ada di kawasan bandar kota tinggi...

WaN said...

MET tahu tak cara ODASB+kad kredit

banyak blog bincangkan tentang ni..

contohnya..

cash adavance dari bank islam rm1000K dikenakan rm12 atau rm25 diambil dalam tempoh statement due hingga due date saje.. takde interest cuma kos pengeluaran sahaja..

betul ke?
duit tu dimasukkan ke dalam akaun OD bersama gaji sebelum dikeluarkan semula dalam jumlah 30% gaji bulanan dan dimasukkan ke dalam akaun ASB..

huih.. pening jugak tengok diorang yg betul2 boleh manipulate sistem kewangan bank ni..

MET tau tak?

WaN said...

salam, MET.

saya nak tanya cikit berkaitan BLR..

mase nak hantar form OD minggu lepas, pd ofiser CIMB kate kat saya, rate interest CIMB bagi adalah BLR -1.65% pa dan BLR semasa 6.0%.

tapi bila saya check hompej CIMB kat internet, saya dapati kemudahan OD CIMB

*** Based on an interest rate of BLR -2.00%pa. Current BLR:6.05% as May 2010..

ofiser bank CIMB tu nak tipu sy ke?
atau setiap bank CIMB ni, lain2 dia punye servis rate?

sy nak tanya MET, adakah dgn
(BLR -2.00%pa, current BLR 6.05% Mei 2010)

yg ada dalam hompej tu, menunjukkan saya mungkin akan dapat Letter of Offer (LO) untuk OD yg dapat ialah = BLR 4.05%


BLR - 2.00% pa, ni adalah potongan daripada CIMB bank ke atas BLR semasa kan? kalau BLR naik 7.0% pun, Bank akan tetap kira BLR sebanyak 5.0% pa.. camtu ke, MET?

sori tak paham betul kaedah bank..
t.q

MET said...

ADI. yup.betul la ape yang mu paham tentang ASB Loan tu. em.ape pun yang mu plan kemudian kena record tau.supaya tak terbabas daripada landasan..nak lebih selamat plan yang lain tu after one year la..dah mahir kang boleh la pusing2..
-catit ASB loan dicover oleh dividen Loan..
-interest OD dicover oleh ASB cert (cagaran ASB)..
-so duit2 yang atas tu jangan mu pakai tak tentu hala plak..boleh pakai yang balance daripada 45k je.

MET said...

yang pasal kad kredit tu mudah je. just kira la interest OD mu dapat save berapa??then caj yang dikenakan berapa..katelah OD mu dapat save interest RM10..so kalau caj credit kena rm12 so rugi rm2 kan..no point le..interest OD tgh murah..

cube mu try keluar kat counter. maximum leh berapa. kalau berbaloi ape salahnya. untuk makluman caj dikenakan perwithdraw..kalau kat ATM ade limit..

yang bagus antara termurah caj advance ni. 1. Alrahji 2. bank islam..

buat homework yo...

MET said...

rasenya rate adelah blr-1.65..yang blr-2 tu adalah sandaran untuk FD bukan ASB...

blr tu boleh berubah..yang -ve tu tak berubah..so katelah blr 6..so interest mu 6-1.65=4.35 pa...kalau blr berubah 7 so interest mu 7-1.65=5.35...

orite..

WaN said...

salam, MET..

untuk makluman, OD sy di CIMB dah lulus.. opiser bank bgtau, tengah tunggu disburs wng jer sbb lien PNB dah serah.. sy pun tak paham...

tp sy dah cek cimbclick, duit mmg belum ada. mmg lama ke nak masuk wang tu? lebih sebulan jugak yerk?

sy nak tanya, adake pihak bank akan serah apa2 surat tawaran pd kite?

sy cuma dapat bil pembayaran jer dalam 2 3 keping... pastu semalam pegi ambik buku cek ngan kad bank.. lain2 surat tawaran dll ada tak diberi pd kita cam buat personal loan? serah tangan atau surat?

tq..

MET said...

salam adi..

tak lama dah tu. dalam seminggu lagi dapat la tu duitnya..

pasal document mu tak tanya dia ke?he

em.document dia memang tak bagi..PL pun tak bagi kot?tapi kalau nak mintak copy leh je..

WaN said...

Salam, MET..

OD belum masuk.. cimb staff janji dalam minggu depan.... ada kesilapan dlm signature kat borang.. hu...

nak tanya cikit... ttg pembelian rumah untuk pelaburan, ada pengalaman ke?

sy ada tengok, umah jenis apartment nilai rm98K, owner cakap..
berbaloi ke? atau cari yg murah2.. harga dia letak tu, 98K.. camana cara kite nak buat loan umah dgn bank selain kerajaan..

apa dokumen yg perlu?

boleh jelaskan tak kalau ada xperience ttg cara nak beli umah..

MET said...

tak susah mana pun. document lebih kurang macam mu nak wat personal loan je.hee.jangan malu2 tanya bank pilihan anda...

berkenaan valuer untuk rumah dan lawyer SNP bagai boleh je pakai bank punya..

lazimnya ade dua jenis pelaburan rumah ni. 1. capital appreciate 2. cashflow..

kalau aku 1st cashflow dulu. dah mantap yg ni baru go no. 1...name je invest rumah tapi kalau bulan2 sakit duk kena bayar je ape hal..hu.

the best is mu kena buat study sikit la. cari harga market sekitar situ..and rental dia. jangan pecaya bulat2 kat owner. dia tu nak jual rumah dia..

of cause la nama pun investment. takkan nak main tangkap muat je. asal orang invest beli rumah kita punnak. last2 org untung tapi kita rugi..

kalau betul2 below market. bagus. sebab leh markup dalam SNP..kawe pun ade rumah free. zero cost. no deposit and lawyer tak pakai duit sendiri pun...

WaN said...

salam, MET..

'dia tu nak jual rumah dia'.. tq atas nasihat tu.. kawan terima..

duit OD dah masuk, buntang jugak biji mata tengok.. hehehe, rase sayang pulak nk kuarkan ntuk dimasukkan dlm asb.. baru kuarkan rm500 jer.. tambah2 tengok BLR skang dah naik ke 6.30%.

nak minta pandangan, MET (kalo ikut macam dedah kewangan sendiri pulak, tp nk dptkan pandangan org yg arif ttg kewangan,sy bgtau gaji sy)..

mula2, MET..

1) 2 personal loan sy dah langsaikan aritu..

jadi baki gaji ada l/kurang 2300 selepas tolak potong itu ini dalam rm1K termasuk 1 personal loan sebanyak rm413.00 sebulan selama 10thn lagi dan loan ptptn rm261.00 sampai 2014 (ada baki dlm 14K).

2) potongan gaji tiada bulanan kenderaan...
3) tiada pembelian rumah lg..
4) umur 29 dah..
5) kad kredit jarang guna (tapi bila dah ada OD ni, senang banyak kut untuk guna wat belanja)


loan ASB maybank sedia ada 100K, bayar bulan2 dlm rm538.00 = setahun 6456.00..

OD= 45K
................

boleh bagi cadangan untuk penggunaan OD samada:-

1) topup ASB ngan sebahagian OD?

2) beli umah flat kos rendah untuk sewa dalam 50K kebawah (ada yg nak jual 28K tp blum tngok keadaan, samada sesuai atau tidak utk pelaburan)?

3) beli emas ketul2 dan simpan kat opis (tunggu naik, jual)

-----------------------------------

ada blog lain2 bagitau, bila kita dah buat loan ASB 100K, OD tinggi, ada loan peribadi lagi, susah nak lulus loan rumah atau kereta.. ada pengalaman tak? boleh bantu?

MET said...

salam adi.

hee.buntang mata ye..kena set mind siap2 betul.

em.mudah je. kalau guna bukan untuk generate income hah bayar la balik topup secepat mungkin..haha. kalau generate income. dalam OD tu tgl minimum pun tak risau le..

ingat OD ni macam CC ialah untuk kemudahan.jangan joli beli bukan2 lak.belanja macam biasa lo..cc tu guna leklok..

ok lain2 nanti aku comment kendian..

Anonymous said...

I heard that Maybank does not allow OD ASB for personal consumption, effective 1st July 2010. Can anyone verify?

MET said...

bukan maybank je..semua. PNB yang freeze..

hopefully kang bukak balik la.dulu pun penah lagu ni gak..

em.kalau berani cagar FD la..heee.

Anonymous said...

Thanks, MET... nampaknya kena cairkan balik sijil ke buku... dan bayar hutang credit card direct jer... any idea biler PNB akan ubah polisi nih balik?

Anonymous said...

tumpang tanya bro...say dah lama tertarik dgn issue OD ni tp blum terjebak lagi sbb kurang faham.

Soalan saya, klu selalu di keluarkan OD tu lama2 akan habis. Klu nak bayar dgn gaji tiap2 bulan rasanya tak cukup gak sbb kita still korek OD tu setiap bulan. So, macamana klu OD tu dah smpi 0? Kena kuarkan dividend asb penuhkan OD balik ke?

Thanks..

MET said...

haah.kuarkan dividen masuk dalam OD bila OD dah susut. tapi jangan lah sampai 0 pulak..

yang penting nak diapakan dengan OD tu. kalau OD guna untuk beli yang bukan2 maka selamat jalan lah jawabnya..

gaji tu park dalam OD supaya interest yang dikenakan kurang sikit.

kena tahu pengiraan interest bagaimana..

dan....sebenarnya PNB dah freezekan kemudahan ODASB ni.hee. so takle buka dah..yang dah lepas tu boleh guna macam biasa...

orite.ade soalan lagi..?

Anonymous said...

hadeh!!! makin bnyak baca makin pening...baru hari nie saya taO ada banyak cara nak simpan duit...ingatkan kat bvank acc ja.hee.

nyesal lak xpenah saving 2 taon lepas (kalu nak saving pon mmg x cukup)huhu...

in case org cam saya,gj kecik, ada komitment sikit... bulan2 takat cukup mkn jerk.tp saya mmg ada 'hati' nak menyimpan n idup lebih eratur.... leh bantu??

MET said...

em.ni ida ke.hu

gaji kecik takda salahnya..mak pak kita kat kampung lagi gaji kecik.tapi anak ramai ok ja.hee.cumenya kita je takmo ikut cara idup depa..nak pakai kete yang bergaya..baju brand2..makan macD slalu..he.

inyaallah leh bantu..tang mana kurang paham gtau la..

Anonymous said...

salam..
abg met, ODASB dah kene beku ke?? lahai..baru berkobar2 nak apply..tapi rase2 mcm tak lepas kot, sbb sy gaji ciput jer..RM2.5K jer PL dah apply RM50K masuk kan RM30K dalam ASB...ASB loan pun dah ade RM30K...bulan2 kena byr keta lagi RM554, lain2 loan lagi, bil lagik...alih2 duit gaji tinggal RM900 ajerk..tapi maybe awal tahun ni sy nak apply lagi loan ASB lagi RM50K...so leh cecah RM110K, tapi ape pendapat abg MET?? cashflow saye +ve ke -ve???

-cik F-

MET said...

PL tu ambik tuk ape?nak wat OD ke atau urusan lain. mana lagi 20k tu..

OD cagar tu tak kisah pun gaji kecik.janji duitnya ada..

em.yang cashflow tu cik F kena kira sendiri la +ve ke -ve. listkan semua yang fixed dan variable belanja semua tengok total berapa. sedetail boleh.then baru tahu..buat buku 555.he

tapi kulo betul bersih 900..boleh sangat topup asb loan..

cumenya. kalau fokus betul untuk ASB..takyah wat PL pun takpe. atleast tahun ke2 patut dah leh penuh max tu..rugi interest kat PL..

ODJB said...

MET saya telah menggunakan ODASB untuk membuat simpanan. sekarang saya telah meyimpang kesemua gaji bersih kedalan ASB monggunakan OD. pembayaran OD menggunakan kad kredit dan gaji bulanan. bolehkah MET terangkan bagaimana cara untuk meyimpan duit ke ASB melebihi pendapatan bulanan sebab saya pernah terdengar ada cara dimana kita boleh menyimpang melebihi pendapan kita menggunakan OD ini.

MET said...

salam ODJB..

maknenya..skang ni mu dapat gaji simpan semua dalam ASB..then menggunakan OD+CC untuk menampung perbebelanjaan harian. ni namanya saving 100% gaji.

law dia senang..berapa jumlah OD yang ada..then kira berapa lama (berapa tahun) OD akan susut/dapat bertahan..so dari situ boleh budget adakah cara itu sesuai..hasil compounding ASB then park balik dalam OD bila dah susut tahap minimum..

so nak lebih daripada gaji tu pun conseptnya sama juga. kira berapa lama OD dapat bertahan..kira2 then keluarkan lah untuk masuk ASB..

syarat dia mudah..OD kena betul2 besar la. cth. saving daripada OD 2k sebulan.target susut 5 tahun=OD kena ade lebih daripada 120k..kemudian lepas 5 tahun baru keluar dividen ASB topup OD...

orite. paham ke tu??

MET said...

tapi kna maklum bahawa max ASB is 200k..so selepas itu just counding hasil dividen. takle buat regular saving lagi...

oh bab tahun bukan lah mesti 5 tahun. tu cth je. ikut la bergantung pada keselesaan dan calculation masing2..patut bila dah ade OD ni basic calculation tak jadi masalah kan..

Anonymous said...

Salam Met..

Nak minta pendapat..Saya kerja gomen..
gaji bersih lepas tolak EPF+bayaran ansuran PL(MBSB)+PL(Agro Bank)+pinjaman komputer+PTPTN cuma tinggal lebih kurang RM1,385.000 sahaja.Details:-

Gaji = RM3,035.35.

1. Baki hutang MBSB = 30K (599.00 sebulan)
2. Baki Hutang Agro Bank =17k (476.00 sebulan)
(semua duit loan dah abis pakai untuk kawin and deposit beli umah)
3. Baki Hutang PTPTN = 23k (150.00 sebulan)
4. Baki loan computer = 3700.00 (90.00 sebulan)

Saya bercadang nak buat pinjaman dgn bank rakyat (overlapping)..RM140K @4.9 fixed interest (15 tahun, sebulan
RM1350.00)SETELKAN PL MBSB & Agro Bank & selebihnya untuk buat investment.

Untuk pengetahuan Met, saya dah berkeluarga. Selalunya duit gaji memang x cukup..mujur isteri juga bekerja..boleh la membantu..

Met boleh x bagi apa-apa pandangan/plan investment or saving yang boleh membantu saya?

saya tinggal di kajang.kalau Met free rasa macam nak jumpa untuk belajar lebih lanjut..

mohon bantuan Met..

tq.
-Ahmad
azmar1916@yahoo.com
0123387426

MET said...

salam ahmad..

RM1,385 bersih tu dah termasuk rumah kereta??

em.nanti kita tgok cmne ye..overlap PL tu ok juga. tapi 140k tu kena kira2 balik..investment tu satu hal. tapi yg utama tu macam mana nak kasi cashflow +ve..sebab awal2 mu overlap PL dah -ve cashflow tambahan rm 275..maknanya atleast investment profit kena double..

effect dia 15 tahun tu.hu.kalau ok cantik la.kalau tak ok??mau overlap mana lagi??

invest semua org boleh invest. tapi nak jadi investor yang berjaya bukan mudah. kena mula dengan basic financial. cashflow kena la positive..

ODJB said...

ok, terima kasih banyak2 MR.MET rasanya macam dah paham bab ni.... tq

MET said...

wow..dapat ilham sudah??good..

kalau tak keberatan leh share sket idea/plan tu??...he.

MET said...

eh.salah org la.he.ingatkan ahmad yg replay tadi...

ahmad..em.mu beli rumah tu dah buat pengeluaran kwsp??

ODJB..good.em belah JB tu bukan ade cikgu OD tarmizi ka..??kalau kenal la..leh berguru ngan dia untuk lanjutan kalau muskil..

Ahmad said...

Salam En Met..masa beli umah dulu dah kuar duit KWSP..tapi sikit jer la..sebab baru kerja..ansuran kereta dan umah buat masa ni isteri yg tolong bayar..

Hmmm..saya duk kat Kajang,Selangor..Met duk mana?Saya ingatkan Met duk sekitar Selangor/KL.

Jadi cadangan Met supaya saya kurangkan jumlah PL dari Bank Rakyat tu ke supaya cash flow x jadi -ve?

MET said...

saya area shah alam-klang-ijok..

tapi minggu ni malam saya ade kat ijok. minggu depan baru ade kat klang..

keje shah alam. malam leh la lepak shah alam ke..

haah.loan ambik kurang sikit..sebab kalau slack ade satu lagi chances..he.

MET said...

ok ahmad..ni base pada info yg ada la ye...

just pandangan:cth simple kira

katalah mu ambik PL overlap 70k..then mu settle oustanding 2 PL=47k..balance ade dalam 24k..simpan 3 bulan untuk emergency dalam 9k..balance ade 15k untuk di investkan..

dari segi cashflow..asal 1075-675(monthly loan baru)=400...so dah +ve 400..sebahagian 200 mungkin boleh cover expenses, sebahagian lagi duit tu simpan bulan2.amalkan tabiat menyimpan..dah banyak leh invest lagi..

kalau mu buat 140k..bulan2 dah lebih.wajib invest dan wajib ade pulangan lebih 275 bulan2. sebab 275 tu baru break even cashflow lama..

so aku rasa cara di atas tu mungkin lebih sesuai..

tu secara generalnya la..1st is cashflow..then tambah cashflow..play save sikit..

Mrs Rebecca said...

Kami adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu orang yang memerlukan
bantuan, seperti bantuan kewangan. Jadi, jika anda akan melalui kewangan
masalah, jika anda mempunyai keadaan huru-hara kewangan dan anda memerlukan dana untuk
memulakan perniagaan anda sendiri atau anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang atau membayar
bil, memulakan perniagaan yang baik atau anda mendapati sukar
mendapatkan pinjaman modal dari bank-bank tempatan, hubungi kami hari ini melalui e - mail
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com

 "Jadi, jangan biarkan peluang ini berlalu begitu sahaja,
Anda dinasihatkan untuk melengkapkan dan mengembalikan butiran di bawah ..

Nama awak: ______________________
Alamat anda: ____________________
Negara awak: ____________________
Tugas anda: __________________
Jumlah pinjaman yang diperlukan: ______________
Tempoh pinjaman: ____________________
Pendapatan bulanan: __________________
Nombor telefon: ________________
Adakah anda memohon pinjaman sebelum: ________________
Jika anda telah memfailkan pinjaman sebelumnya, di mana anda dirawat dengan jujur? ...

Bertindak cepat dan keluar dari tekanan kewangan, keadaan huru-hara, dan cabaran
hubungi REBECCA WILLIAMS LOAN FIRM hari ini melalui e - mail:
rebeccawilliamsloanfirm@gmail.com