Thursday, March 4, 2010

Segalanya adalah Cashflow.

Benda ni aku dah lama duk taip2 tapi tak attach-attach (refer cite kat bawah)..susahnya lah rasa nak mengarang. ada je yang aku rasa akan ada persoalan yang mungkin timbul di minda lalu menjadikan ianya berjela-jela..

last2 aku tulis pendek bahwa aku ingin mengatakan bahawa segalanya adalah tentang cashflow. kalau cashflow anda sihat baik. maka semuanya akan baik juga. tak kisah walaupun anda ada hutang yang banyak..atau ada sedikit simpanan..

caranya bagaimana tu sila pikirkan. yang penting ianya masih +ve cashflow dan juga menambahkan +ve. lagi tinggi lagi baik..

betul la bak kata matjoe tentang cashflow..

p/s: kalau nak baca apa yang aku cuba sampaikan ada kat bawah ni..entah paham entah idak...boleh brainstorm sesama.


sebelum tu Cashflow=Aliran Tunai.

Em. macam mana ye mahu menulis ni. Mungkin ramai orang keliru apakah yang paling penting dalam pengurusan kewangan sehari-harian kita..sebab kalau di banci mungkin, kelihatannya rata-rata fokus untuk:

- simpan dan terus menyimpan sebanyak boleh untuk hari tua..

- beli rumah..kereta..beli dan beli lagi then simpan untuk masa hadapan/hari tua..sebab dia kata rumah, kereta itu aset (kumpul harta)..sebab dia bayar so dia boleh buat apa yang dia suka..mungkin satu hari nanti boleh juga dijual..so tak rugi abis duit untuk ni.

- ramai juga yang cuba jaya abiskan hutang rumah secepat mungkin. caranya macam2..

- ramai yang buy low sale high..kumpul mutual fund banyak2..kumpul emas banyak2 (opss). nanti boleh jual..kita kaya.

- dll.

Emm..janganlah marah saya. saya tak kata pun semua tu salah.

Beginilah...apa tujuan anda buat perkara2 yang saya sebutkan di atas? semestinya supaya anda mengharapkan bila simpanan banyak..anda boleh lah gunakannya untuk menampung perbelanjaan anda bila bersara nanti bukan??...taklah anda susah.

anda mengharapkan dengan modal/duit yang anda simpan boleh lah digunakan untuk melangsaikan hutang rumah bagi cepat sikit habis. maka anda pun sudah tiada commitment lagi..maka bahagialah anda..anak anda pun gembira sebab anda tak tinggalkan hutang.

anda beli itu ini..then simpan nanti boleh lah dijual..dapat duit banyak..kaya lah anda..maka semua ini akan menyelesaikan masalah kewangan anda..

kan kan??..betul tak telahan kawe..semua orang nak macam tu. diakhirnya semua nak bebas daripada masalah kewangan..termasuklah saya.

TAPI dan CUMAnya..apa yang anda lakukan itu tidak langsung menambahkan aliran tunai untuk menampung perbelanjaan sehari-harian. (em.mungkin kurang clear). maksudnya kalau anda ada RM 1 juta pun tapi tak dapat menjana apa2 income makanya lama-lama habis juga bukan??dan anda masih perlu bekerja keras lagi akhirnya.

simpanan anda yang banyak tu rasa2 boleh tahan/cover live style anda berapa lama agaknya??(maaflah kalau kasar).pernah anda dengar jutawan segera yang akhirnya terpaksa hidup bersusah2??atau mungkin seorang persara yang mempunyai kwsp yang banyak tetapi akhirnya terpaksa mencari sebuah kerja??dua2 banyak duit.

Mempunyai hutang yang banyak keliling pinggang pun bukanlah menjadi masalah..anda boleh still bahagia juga...

Mempunyai Net worth yang tinggi pun tak menjamin apa-apa.

but then Sebenarnya apa yang penting ialah menjaga aliran tunai/cashflow anda dengan baik. seperti saya katakan tadi..berhutang tidaklah menjadi masalah kalau anda dapat menguruskannya dengan baik. aliran cashflow anda +ve (income more then expenses)..

anda cume perlu tahu hutang yang bagaimana yang bagus atau tidak bagus, yang mana perlu diselesaikan dahulu dan yang terkemudian mengikut priority..yang menjana pendapatan atau tidak..dll.

tak salah kalau nak invest sana sini..tapi at the end sebenarnya yang cover expenses kita ialah income/ sumber pendapatan bulan2 bukan??so cashflow management is important.

begitu juga kalau anda sudah bersara..anda masih memerlukan wang untuk keperluan2 yang lain juga bukan??(pikir sendiri)..

oklah. saya bagi contoh senang:

1. anda ada 200k dalam asb..dividen 8% dapat RM16ooo/year=1333.3/month-boleh guna untuk cover expenses

2. anda ada mungkin 5 buah rumah yang menjana income bulanan 2000-boleh guna untuk belanja juga

3. anda ada bisnes (bukan self employed)..hasil daripada itu juga dapat digunakan untuk belanja..

so benda2 nilah yang kita kena aim supaya kita boleh bersara dengan tenang. anda tak perlu risau duit simpanan anda makin hari makin susut..tak semestinya kena jual untuk dapat income..dan tidak semestinya juga perlu bekerja keras hari2 bukan??


p/s: kalau nak main cashflow game kawe ada sebuah..






10 comments:

Grizzly snowy panda bear said...

nice one.
bila nak main CF tuu?

MET said...

kalau ada yang nak main buleh saja...

saya area shah alam klang..he

Pena QS said...

MET,
cmner nak main CF game tu, bole la tambahkan kefahaman. sy stay d jhor tp hometown kt s.alam, awal bln 4 sy blk bole la jumpe nak tau lbh lanjut.itu pun lau x keberatan

MET said...

buleh aja...calling2 la karang..

012-6218853

Unknown said...

salam all,
wa nak join game tu bole,
dah beli tahun lepas rm 200 lebih hu hu
tapi tak tau camna nak main lak ,confius la
wa keja kat Sek 15 shah alam je

Unknown said...

salam all,
wa nak join game tu bole,
dah beli tahun lepas rm 200 lebih hu hu
tapi tak tau camna nak main lak ,confius la
wa keja kat Sek 15 shah alam je

MET said...

oh..anytime..set je.he. msg2 lah 012-6218853. tapi kena set awal la..takut kang dah ade plan lain..

tak pernah main lagi ke?hu. ajaklah member2 sokmo. kita lepak mana-mana ke..

MET said...

em.dah pernah main catur bistari KFC??

boleh lah. best gak.he

jack snook said...

salam tuan tanah (MET)...

camane nak uruskan -ve CF?

sy rasa tiap2 bulan memanjang x cukup duit je...dah pening sy memikirkan cara utk selesaikan mslh nie...

harap tuan MET tolong... TQVM!

MET said...

alamak umum sangat tu.

1st kena tengok dulu. listkan semua expenses yang ade..

kalau boleh sedetail yang boleh.jangan agak2 je..

list then tengok kebocoran tu kat mana...

tak tahu mana yang bocor??agak2 terlebih sudah kat mana??

buat ni duluk..banding dengan income..ok.