Thursday, March 11, 2010

Selain PL, bagaimana cara lain utk buat ODASB?

PL=Personal Loan..

ramai orang suke shortcut..termasuk lah aku..tapi aku lebih suka kalau kita kira sekali risk and reward..(ni orang2 main saham tahu la ni..sepatutnya).

bukan tak boleh buat..buleh je PL then ODASB tapi....

ok lah bukan itu yang den nak cite.

den nak cite salah satu cara nak dapat minimum OD..sebenarnya ada dah kawe cite.cume dalam cite tu matlamat berbeza2 la. ada yang kete..ada yang asb..ada yang tuk kawin..dll.

ok den ulang tayang..copy paste sket..malas nak nulis.

korang boleh tambah tolak la mana patut atau gabung..

Originally Posted by MET View Post
cari 11k-12k..

1. cari balik mintak kat orang2 yang berhutang dengan ko..tak cukup?
2. kumpul duit bonus. tukar kerja yang lebih lumayan. kurangkan expenses. saving dan saving..belum de rezeki?
3. check aset yang ada? rumah, tanah, barang tak pakai yang boleh dijual? sayang barang kenangan?
4. jual/refinance rumah? pun takda?
5. cari satu rumah. beli zero cost. buat pengeluaran pertama kwsp (10%+10%). tak cukup lagi?
6. loan rumah pastikan ada redraw facilities. buat pengurangan baki pula kemudian.tak cukup lagi?
7. sewakan rumah. +ve cashflow daripada sewaan bayar untuk personal loan berapa yang layak..hampir-hampir?
8. modal rm265 buat asb loan 50k..rolling then cukup 4 tahun dapat 200k asb..dapat dividen boleh wat OD..takmo?
9. kalau hang ppuan. mintak hantaran 12k..hee.bukan ppuan?
10. em.mu kena cari gak pendapatan lain. bisnes kecil2an.kumpul duit. nanti boleh wat OD dan juga cover OD..

cukup 10? selamat beramal..hu.
cuba bantu

benda ni takde rahsia pun. just tambah asset (income) atau kurangkan liabiliti (expenses/kebocoran).

list balik expenses korang..tahu apa nak buat?

korang hati kering tak??

1. berhenti merokok=save rm150-300 sebulan
2. kereta lebih 20% basic gaji? trade in kereta murah, down grade atau jual. pakai motor saja ke basikal.hu. jimat minyak,maintenance,cukai,toll dan kurang bejalan jauh.kira sendiri jimat berapa ribu setahun.
3. pertimbangkan juga naik kemudahan awan. dulu aku naik bas rapid sehari RM2 shah alam-bangsar.
4. sekarang duduk mana? oh sewa..berapa? boleh kurangkan lagi tak?macam mana. duduk tambah orang..tukar sewa tempat lain.
5. sewa kat mana? jauh dengan tempat keje tak..cari dekat sikit. kira minyak dan masa, toll dll..aku pun pernah tido opis.jimat minyak dan bil..
6. duduk rumah sendiri. boleh refinance. hati2. kira cashflow anda. pertimbang juga jual untuk maximum profit=kurangkan comittment=tambah cashflow. sewa tempat lain yang murah. modal beli rumah investment..buat kira2 sendiri. untung2 next time beli rumah duduk dibayar oleh orang lain.
7. check balik loan2 yang ada. listkan interest rate dia..ape kejadahnya dulu ambik home loan flat rate 8% peryear. kasi revise rate sekarang murah. ambik daily rest.

ape kejadahnya bayar ptptn 400 sebulan? berapa interest dia.1% ke 3%? bayar seminimum boleh 50-100?.buat rayuan. lagi 300 masuk asb dapat 7%. lagi cepat boleh abis loan sebenarnya..boleh jadi modal juga.

insurance ambik package invest2 ke. takyah. ambik basic ke. invest cara anda sendiri..check company ada cover apa. apehal nak ambik dua tiga jenis cover benda yang sama. kasi potong.jimat sikit..kalau anda takde tanggungan bawahan. muda gagah perkasa..mungkin perlu cover kemalangan dengan hospitaliti je. ambik yg urgent. yang lain tangguh kejap.

pertimbang ambik loan long tenure. untuk kurangkan comittment dan grab lain2 peluang yang ada.muda lagi tak? sebab masa nilah boleh wat loan 25-35 tahun. kalau mu dah umur 40an ada hati?boleh ke?? yang penting tujuan apa? kalau untuk habiskan boreh lupakan nasihat saya tadi.

em.expenses lain2 yang kecik2 ni pikir sendiri..iktiarkan. kalau rugi kasi potong. tak untung tak berfaedah elakkan. kalau kemahuan kasi kurangkan. kalau ianya keperluan pikir cara nak jimat. nak tolong orang please tolong juga diri sendiri.

13 comments:

MET said...

terjawab tak Pena QS??leh tengok2 dan pertimbangkan cara tu juga..

wakata said...

wah..hebat la pemikiran ko MET..salute!!
aku paling suka bab PTPTN tu..hahah

MET said...

haha..kulo kuar kenyataan tu leh kena band tak??

em.tapi hutang wajib bayar ye..

Pena QS said...

Bro MET,
okies mokies dh paham dah, tq a lot

-tuanbri- said...

takkan nak jimat ..sampai tidur opis...

itu dah lain...kedekut la..bukan jimat.

ada member aku, pergi kenduri kahwin pun nak share duit minyak dgn tol. Kenduri dekat-dekat je..huiisss.

tuanbri.com

MET said...

hee.jgn la begitu tuanbri...sebenarnya masalah kewangan ni diri sendiri je yang lebih memahami..cth dia ats tu bukanlah untuk orang yang dah berkepuk2 OD nye..

adakalanya benda2 pelik tu kena buat untuk recover balik mana yang dah terbabas terlajak, yang dah tak ontrack..kenalah cari alternative ikut mana yang dirasakan sesuai dan boleh membantu.

adakalanya perlu cut cost dan kerja lebih..kerja partime sementara untuk startup balik financial kita.cth dalam kes di atas ianya MUNGKIN SALAH SATU cara dan iktiar yang sesuai untuk mendapatkan dana bagi menggantikan PL..

sapa lagi yang dapat mengubah diri sendiri? bagi aku apa yang lebih penting kalau kita bodoh sombong taknak mengaku atas kesilapan diri..nak terus hanyut dengan kehidupan lama maka silakanlah...

p/s:Aku ok. Plant opis aku run 24 hour..

sourplum said...

pkai ngv ke
da jimat byk kt situ
tp modal mula tu la sakit cket

MET said...

berapa modal dia sourplum??


p/s: sebelum orang salah anggap..aku tak kata pun buat PL tu salah..

aku pun ada buat PL gak..tapi aku tak harap daripada duit gaji

sourplum said...

3k je..
utk aku nye pngunaan ckup 10 bulan balik modal
pada aku berbaloi la

MET said...

anggaran jimat tu leh jimat berape??

banding dulu kini dan selamanya??

sourplum said...

dlu aku kira sehari 10rgt
aku kje sales
mmg kena jalan ar pegi jmp clients

lps pkai ngv. 10rgt can last for 3days..

Pena QS said...

ye betul, ini pandgn MET ngn apa y sy tny,apapn semua nya ada pros & cons, yg penting kita kena tau cmner kitanyer financial

Matjoe said...

best entry ini. mmg kalau dh tersilap langkah, cut cost measure mesti dilakukan, jgn sampai menyusahkan org pulak. kalau susahkan orang, nnt hilang kawan ooo