Monday, December 21, 2009

Negotiation Skill

ni skill trick cara mudah untuk diaplikasikan dalam ape2 hal atau nego nak beli rumah..

caranya:

katalah ada sebuah rumah yang anda bekenan dan rumah tersebut berharga RM90,000.harga yang anda sanggup beli adalah RM80,000 (80k). maka harga untuk anda start nego adalah sekurang-kurangnya 10% daripada harga RM 80k iaitu RM72k or RM70k terpulang..

ini supaya anda ada lebih ruang untuk process offer mengoffer.

ianya lebih mujarab bilamana anda dapat luangkan masa untuk tengok rumah tersebut. sembang2 secara friendly dengan seller tersebut berkenaan rumah or persekitaran dan bla..bla..(tapiii AWAS jangan anda terjerat dengan ayat manis dia dahlah) kemudian mungkin untuk lebih selesa anda boleh ajak berbincang di kedai sambil minum2..hu.

then mula la aksi tawar menawar. ayat2 bunga dia mungkin anda boleh kata yang anda berminat dengan rumah tu tapi..kalau saya ambik RM72k ok ke? jeng2 apa yang berlaku (dalam jangkaan) kemudian seller akan cube untuk naikkan sket harga daripada harga yang kita offer. mungkin dia akan offer RM 80k. mungkin lagi rendah RM75k bergantung situasi dia urgent or not or penjual yang terdesak..(jangan la buat muka happy sangat.hee). saya pernah guna cara ni. seller offer 65k saya letak 55k then terus dapat 1st deal..(aim RM60k).

ok. bagaimanapula kalau dia just turun RM5K je, dia offer RM85k. em. di sini la gunanya negotiation. anda pun buat-buat muka (kesian) anda then anda up lagi jadi RM75k..dia pun kesian kat anda. ok lah bang last price saya bagi RM 80k ok??.anda pun dalam hati hehe memang aim asal RM 80k kan..kan.

tapi ape terjadi jika anda terus letak harga tawaran pada RM80k. seller akan cube untuk convince anda yang rumah tu bagus dan bla..bla..then last dia offer mungkin RM85k..mana mungkin anda nak counter balik RM79k melainkan terpaksa up offer jadi RM81k ke atas kan.so tak dapat la RM80K anda tu..huhu.

simple kan.ok selamat beramal..


kesimpulan:

andai kata anda tak dapat RM80k tu..carilah rumah lain.banyak lagi..jangan bersedih.

dan jangan pula anda termakan pujuk rayu seller or agent. tetapkan pendirian dan matlamat anda...



2 comments:

http://mat-utie.blogspot.com/ said...

Very gud info bro..thanks

P/S: Tambah lauk sikit, nih sy pnya bos pnya tips

adalah bagus jika kita bleh tnya berapa "special price" before we put the figure..manala tahu dia ckp bleh pegi smpi 80k, then we can put our figure, then we can nego..bab buat muka kesian tu mmg menjadi,haha..syabas bnyk bro..

MET said...

hee. maklumlah melayu ni kan terkenal dengan lemah lembut tolak ansur. tu tak sampai hati tu. tgok kesian je..

the best nego ialah bilamana orang tak perasan yang anda telah pun mengunaakannya. maksudnya anda telah pun melancarkan serang (dalam diam2) sebelum process negotiation itu berlaku.