Entry sebelum ni kawe cite pasal
kerete free..masih ingat? ok kita tengok ape lagi yang boleh dibuat dengan ASB..
1. Boleh cagar untuk kemudahan Overdraf. CIMB 90% (blr-2),RHB 95%(blr-1). sapa yang tak tahu nanti kita cite pasal ni..
2. Satu2nya saham amanah yang boleh buat loan..
3. Biasalah dividen stakat ni kurang-kurang pun tidak kurang daripada 7% peryear.
4. Dijamin kerajaan (bukan dividen) bahawasanya RM1.00 yang anda labur/simpan pada waktu dahulu/sekarang/masa depan tetap RM1.00 juga nilainya.(tidak susut nilai).
5. Hanya perlu RM265 sebulan anda dapat RM200,000.huhu. teruja tak..(tak payah masuk skim cepat kaya la ape)..Ok kali ni kita cite pasal Item no. 5 detail sket.
Ni bagi meraka yang boleh menyimpan (bukan suruh lebur beli bukan2) RM265 sebulan la. kalau boleh menyimpan lebih lagi bagus (tahniah)..
Caranya mudah. tak kurang lebih seperti entry sebelum ni pasal
kereta free . tapi matlamat kali ini bukan kereta la tetapi RM200,000 untuk hari persaraan.
tahun 1.
anda buat loan ASB sebanyak RM50,000 (RM50k) under maybank, ikat selama 25 tahun. bulan-bulan payment adalah RM265 (refer table yang ada).
tahun 2.
awal january tahun ke-2, anda akan dapat dividen (andaikan 7%) daripada loan RM50,000 iaitu sebanyak=RM50k*7%=RM3500/year=RM291.7/month. duit dividen ni anda boleh guna untuk bayar loan RM50k yang asal tadi (RM265 bulan2).
so modal yang anda spend untuk bayar bulan2 di awal tadi (rm265), boleh pergi bank then mintak lagi loan ASB RM50,000.
begitu la seterusnya untuk tahun ke-3 dan ke-4. maka cukupla RM200,000 dalam akaun.
tahun ke-5
semua dividen yang dapat, digunakan untuk membayar loan yang ada. Modal asal RM265 yang anda spend bolehlah simpan dalam ASW ke or tabung haji..dividen 5%- 6%.
KESIMPULAN:Modal RM265 (monthly)*12 (setahun)*4 (tahun)=RM12,720.00
Keuntungan=RM200,000 - RM12,720(modal)=RM187,280
ROI= 1472.32% (bahagi 25 tahun)=58.89% peryear.
ok ke tu??
dengan consept yang sama boleh la try Loan RM100,000 or RM200,000 ikut mana dan..
p/s: kalau ade pandangan lain boleh maklumkan..