Tuesday, March 22, 2011

Freedom..

salam..

pertamanya nak bagitahu yang aku belum lagi freedom...hee (sebelum disalah anggap). masih lagi makan gaji..

just sekadar nak sembang2 kosong di siang hari..

ade orang suka job security..kerja dengan kerajaan..badan berkanun..company besar..

ade orang lain pula dia suka freedom katanya suka kerja sendiri..dia lah bos ,dialah kuli. takde siapa boleh arah-mengarah, nak marah-marah..masa flexible..

then korang plak suka yang mana satu???

................................................................

but then again. kalau diambil/dipinjam kamus robert kiyosaki, katanya. (lebih kurang maksud)..freedom is when you can go anywhere, at anytime..even you tak kerja pun, you still dibayar gaji/paid/dapat income...so yang atas tu kerja sendiri (self-employee) is not true freedom ya. you tak kerja you tak ade income...you belum boleh bersara..

em.bukan senang tu...dan masalahnya pada aku. ciri-ciri penting tu tak nampak sangat pada aku.haha. you must have big business owner skill and investor skill..

kalau nak komen tentang diri aku ni. buat masa ni, ciri-ciri tu lebih cenderung kepada sebagai employee atau self-employed. hee. kalau nak cerita kelemahan diri ni memang banyak lah..tapi tu tak penting pun untuk korang. sila abaikan..

tapi the best part/the good news untuk kita semua is. benda ni boleh belajar dan dipupuk..boleh start mengaku kelemahan diri..tidak ego (confident tu lain)..start membaca..group partner..cari mentor..and start learn mistake from now..

ianya bukan senang dan tiada jalan mudah tapi boleh dilakukan. setakat anda ade invest di sana sini belum tentu anda layak dikira sebagai investor..invest macam-macam jenis investment ade. ade yang invest dalam pelbagai mutual fund..beli rumah..kawin..beli dslr..buat tabungan sspn untuk anak..trading..dll tu semua orang buat.

but the real investor/good investor is berapa banyak pulangan hasil/money flow in yang masuk dalam poket yang dia boleh buat berbanding berapa minimum money flow out daripada investment yang dia buat...kalau setakat invest beli rumah..tapi tiap-tiap bulan kena keluar duit poket, they are not true investor..but yes they do the investment..+ hoping.

samalah invest in knowledge. semua orang tahu bagus for the first start..tapi kalau tak buat, tak amal, tak diambil pengajaran pun takde makna (fardu ain mahupun fardu kifayah). sama juga invest dalam sspn dengan harapan nanti boleh buat pinjaman ptptn..walhal boleh start invest dengan minimum cost but at the end boleh dapat free education..sama lah juga orang duk invest sana sini..lots of work/time commitment, but then pulangan hasil lebih rendah daripada tabung haji..ASB...ape kes??

so real investor not just invest sana sini..event warren buffet pun dia ade kepakaran dia..dia tak pula invest ape yang bill gate invest. How they grow and maximize their investment/bisness profit. How they control their self..investment..emotion..time..staff..money..overcome the problem..dll.

ok then, bila boleh freedom...??
bila pasif income daripada mana-mana cabang melebihi expenses..atau berapa lama anda dapat mengekalkan gaya hidup anda walaupun tanpa pekerjaan. so adalah penting juga untuk monitor expenses anda..

..antara cara untuk low expenses is, sila buat product sendiri..contohnya ade ayam ,ikan, telur, kambing sendiri..sayur-sayuran dan buahan sendiri..perisa air dan susu sendiri..system solar..perigi air..dan lain2 tambah sendiri..

kalau orang dulu-dulu, kebanyakkannya mereka buat benda ni semua. minyak masak pun buat sendiri..benang buat baju sendiri..padi bukit tanam sendiri..api pun pakai kayu..pakai basikal.. mungkin sebab tu barangan semua dijual murah2. permintaan minimum banding sekarang....tak lah depa suka suki nak naik harga..

mungkin lah sekarang ni anda tak peduli/ambik kisah.anda dalam keadaan selesa. kerja best gaji lumayan..tapi di masa2 bersara pun still real life juga. anda masih perlu tempuhi...anda masih ade keperluan.

it is real..saya ulang untuk mereka yang membaca..perkara yang majority pasti lalui:
1. anda akan beli kereta..
2. beli rumah..
3. anda akan berkahwin..
4. akan ade tanggungan..anak bini..pendidikan..keperluan..dll.
5. anda akan melalui saat2 bersara..
6. tak sihat/kembali kepadaNYA..

so are you well prepared?? are you prepare earlier untuk keperluan2 seperti di atas??
- macam mana nak dapatkan secara percuma atau minimum kos??
- more aset than liabiliti..tak buat hutang bodoh..??
- boleh buat pilihan for better treatment..education or facilities..??
- boleh spend more time untuk beribadat/beribadah..bersama keluarga..dll.??

Ingatlah/rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara: it is real..
1. muda sebelum tua..
2. sihat sebelum sakit..
3. kaya sebelum miskin..
4. lapang sebelum sibuk
5. hidup sebelum mati..

masa muda ade banyak tenaga..beribadah kuat..kerja kuat, kahwin masa muda2..gi haji muda2..banyak masa boleh buat harta..kalau gagal pun ade banyak masa boleh recovery, bangun kembali.. Kalau dah tua tenaga kurang..commitment dah banyak..kahwin lambat nanti dah tua anak kecik lagi kena kerja kuat..masa muda diabiskan dengan berfoya2/sia2 maka tuanya anda dapat yang anda telah usahakan tu. hasil hari ini adalah ape yang anda buat semalam atau kemarin2...

masa sihat ni lah senang nak beribadah..nak buat kerja..kena banyak bersyukur. masa sihat ni lah nak prepare sebelum sakit. kena sediakan dana..tabungan..ambik insurance. dah sakit mana ade company nak ambik insurance..premium pun mahal. nak buat haji pun susah..

masa muda ni boleh berkerja, larat lagi bolehlah simpan duit..anda lebih kaya.nanti dah bersara dah takde gaji..dapat duit pencen pun separuh.kan anda lebih miskin. so masa berharta/kaya ni lah beringat untuk hari2 susah..untuk masa2 time kehilangan kerja..bersara. so standby prepare masa tengah kaya ni, untuk menyimpan, buat aset . bukan bila time dah duit takde baru nak usaha keras...dan masa ade duit ni lah peluang anda buat kebajikan sebanyaknya..rebutlah peluang ni...

masa lapang anda janganlah lepak2. membazir masa. bukan lah time lapang ni untuk anda berfoya2 takut nanti bila sudah sibuk, dah takleh nak pergi clubing. masa ni lah nak beribadah..di isi dengan benda yang berfaedah. nak merancang plan untuk masa depan. waktu ni waktu berkualiti dengan keluarga. antara waktu tidak sibuk ialah waktu malam. uruskan waktu ini dengan sebaiknya supaya waktu sibuk anda dapat berjalan dengan lancar..

dan ingatlah setiap yang hidup pasti akan mati. siapkan lah bekalan mu dan janganlah tinggalkan keluarga mu dalam keadaan terkapai2..

dan banyak lagi yang boleh dihuraikan panjang lebar.

ok lah.rasanya cukuplah untuk petang ni.hee.yang baik sila ambil..yang salah tu atas kelemahan saya sendiri..terima kasih sudi membaca karangan saya..