Tuesday, January 11, 2011

AL KISAH..cerita pendek..

Alkisah sebuah kisah pelajaran dan pengajaran yang sedih (tak pasti ayat yang lebih sesuai)..

hasil meeting staff semalam (company ehem2). alkisahnya dipendekkan cerita, OT (overtime) kena catu lagi.hu. bermula dengan no limit time hour..reduce kepada 104 hour..then maximum overtime limit 40 hour..then tetiba keluar dalam individu KPI (operator terkecuali) ade plak bahagian OT..lebih 30%/year kalu akan dapat NI (need improvement)..

then semalam..ehem-ehem. keluar pula schedule baru untuk operator shift..yang mana sebelum ni dapat OT wajib dalam 40 jam, kini tidak lagi dapat untuk tiap-tiap bulan. maknanya kalau team 1 bulan ni dapat 16 jam (bukan 40 jam dah) OT wajib, makanya bulan depan tak dapat 16 jam. selang seli...

moral of the story is..bukan lah aku nak salahkan company ehem2 ni..standard la mana-mana company nak/akan kurangkan overhead seminimum boleh dan maximumkan profit..

cuma kalau baca post2 sebelum ni pun kawe dah selitkan. jaga cashflow..++ve. hutang bodoh jangan/tak melebihi sekian-sekian % daripada basic gaji..bukan termasuk overtime+alaun. benda tu bila-bila masa je boleh ditarik..catu. dapat lebih tu kira bonus lah, dapat menyimpan lebih..karang boleh diinvestkan pulak..jangan la plak anggap OT tu termasuk dalam gaji tetap..

aku dengar ni bukan kes pertama. dulu senior. aku cuma dapat dengar je cerita pasal generasi waktu tu..gaji basic dalam RM1k je tapi leh dapat dalam RM4k++ sebulan. hoho. masyuk lantas santak tak ingat..dan hasilnya blacklist. dan kini adekah sejarah mungkin berulang...ohhh..

ok itulah dia cerita pendeknya. sekian..

ayat terbaik semalam...
member : memanglah kalau OT (overtime) kurang dapat lah KPI tinggi sikit, bonus leh dapat lebih hujung tahun (itupun belum tentu)..tapi..abis duit yang nak dipakai untuk bulan2 untuk bayar itu ini, nak cover tang mana...takleh la lagu ni..

em.tapi aku percaya budak2 ni pandai. rasanya still masih leh adjust OT ikut cara lain..kena pandai2lah.huu.

p/s: apapun sila pikirkan cashflow anda sebelum pikir untuk lain2 expenses..mahupun investment..demi hari ini dan masa depan..



1 comment:

MET said...

ade yang tegur..katanya "hutang bodoh" tu kasar la bunyinya..

maaflah. aku pun anak murid juga. dan cikgu2 aku dulu ajar guna ayat tu juga...hee.

apa maksud hutang bodoh ni?? ianya adalah hutang yang anda bayar hari2/bulan2/tahun2 tapi ianya tidak mendatangkan hasil kepada anda..

cthnya yang senang..anda bayar kereta bulan2..buat maintenance bulan tahun..tapi ianya tidak mendatangkan hasil yang untuk poket anda..

bukan tak boleh semua itu..tapi kan saya cakap ianya mesti ada limit. berapa % daripada basic gaji anda..

atau yang lebih mudah. anda invest dulu dan dari keuntungan tu barulah anda guna untuk bayar bulan2 mahupun membeli belah..

cara mana pilihan anda?? dan saya tujukan ini untuk semua yang membaca dan ingatan diri ini..