Friday, January 28, 2011

Komen..Anak tu Liabiliti ke..

Mengikut buku Robert Kiyosaki, apa sahaja yg membuat kita berbelanja (duit keluar) adalah liability, so adakah anak tu liabiliti??

Merujuk soal anak, kita kene keluarkan duit untuk:
1) Pakaian
2) Lampin
3) Susu
4) Bedak, Syampu, Wet tissue
5) Mainan
6) Katil Bayi
7) Bil klinik
8) Duit sekolah belanja bagai..

dan bermacam2 lagi sampai kapan, sampai umur 17 tahun dan mungkin lebih sampai ke atas...berapa banyak duit abis tu..cubak bilang..dah macam bayar duit rumah kereta lak.hu.rugi2...

so ape pendangan anda.....

.........

em. aku agak setuju dengan en.robert tentang expenses tu..tapi hal anak ni sebenarnya chapter lain..anak is not benda/object untuk kita bandingkan gitu..

sebenarnya tuan-tuan. anak is aset. so buat lah anak ramai2.he. janganlah segan-segan. sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w juga berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat..

ramai juga kata anak tu aset tak ternilai..tapi sebab ape kekadang tak clear. katanya nanti dah besar leh paw dia..leh bagi kat kita duit banyak2..ape guna aku sekolahkan ko tinggi2..tu yang kekadang tengok berita dok kena dera je rasa sebab dia merasakan anak tu liabiliti menyusahkan..buat abis boreh je belo..campak je longkang..

dan tapi sebab ape anak tu aset...ianya berlainan dengan kereta..mahupun rumah sewa kita..classnya lain..

pertamanya kita mengharapkan nanti bila tua dapatlah dia jaga kita..bantu dari segi kewangan tu janganlah mengharap sangat..hu.

kedua dan lebih-lebih lagi terutama sebenarnya untuk kita di akhirat kelak..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan memberi faedah kepada orang lain, anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

bila kita tahu ni. maka jaga didik lah elok-elok. taklah bela tapi lepas tangan..insyaallah. (yang tahu pun kena peringat selalu.hu). aset akhirat ni tau..amalan lain putus dah..pulak tu banyak ke..??

so mind setnya kita hari ini ialah kita nak kaya buat aset dan kurangkan liabiliti kita di dunia supaya kita boleh lebih banyak buat amal jariah banding orang lain..bukan syok sendiri melaram. sila lah bantu orang yang memerlukan. ni aset, saham kita untuk pahala berterusan di akhirat..nilah matlamatnya sebenarnya..

belajar dan mengajar ilmu yang baik dan bermanfaat untuk pahala berterusan diakhirat

anak pun begitu. kita (ibu bapa) juga mengharapkan doa anak2 yang mengingati kita. terutama yang soleh insyaallah lebih makbul. dan mendapat rahmat sebab mendidik juga..

jadinya nampaklah kita bezanya kelas aset tersebut. curah kasih sayang kat kete rumah tak dapat pahala.hu.

jadinya lagi janganlah kita mind set kan anak tu liabiliti. takut-takut risau-risau nanti jadi tak ikhlas pulak.hu. kang terungkit-ungkit plak hah penat je aku bela ko. hu. setiap yang dibelanjakan akan jadi sia2..masuk je dalam expenses ye udah..

cumanya..dah kata nak didik jaga elok. ape perancangan anda??adakah cukup sekadar menanam benih..tentunya tidak.

Bak kata matjoe dalam petikannya..Kalau nak ada anak kenelah berusaha tambah aset lain supaya pendapatan yang dijana oleh aset itu boleh menampung perbelanjaan menyara dan membesarkan seorang anak.

mestilah ianya memerlukan pengurusan yang baik. apa strateginya??? tak kiralah kewangan ke pendidikan ke, fizikal emosi spiritual.

tapi juga bukan sekadar cari duit banyak2...tapi anak terbiar. tu yang jadi liabiliti tu nanti...

orite. rasanya tu lah serba sedikit untuk kita pikirkan bersama-sama..

selamat beramal..

p/s: tapi kenapa lah orang kaya duit banyak biasanya anak sorang dua..kan rugi..buat lah banyak2..dunia akhirat kaya (kalau nak rebut yang atas tu lah)..insyaallah..hee. em.nak buh dalam azam ni....

Wednesday, January 12, 2011

Perkara yang Melucukan...

anda pernah main game cashflow 101??atau mungkin monopoli..atau mungkin saidina...?? mana yang tak pernah, korang kena main game ni dan hayati..itulah caranya untuk berjaya (concept).

seronok main game ni. lebih-lebih lagi kalau anda dapat relate kan dengan perjalanan hidup anda..

tapi yang tak boleh tahan tu..time main game. masing2 sangat bersemangat..sangat beria-ria untuk mencapai kejayaan..nak menang..menyumpah seranah bila kena doodad card (cashflow 101). tapinya lagi..in realiti..dalam kehidupan sebenar, kok lain jadinya. rasanya ramai yang terlupa..tak ambik endah. semuanya menjadi keperluan..hee. (termasuk diriku jua)..

insaf la woi...

ape strateginya..plan tindakannya..

Tuesday, January 11, 2011

AL KISAH..cerita pendek..

Alkisah sebuah kisah pelajaran dan pengajaran yang sedih (tak pasti ayat yang lebih sesuai)..

hasil meeting staff semalam (company ehem2). alkisahnya dipendekkan cerita, OT (overtime) kena catu lagi.hu. bermula dengan no limit time hour..reduce kepada 104 hour..then maximum overtime limit 40 hour..then tetiba keluar dalam individu KPI (operator terkecuali) ade plak bahagian OT..lebih 30%/year kalu akan dapat NI (need improvement)..

then semalam..ehem-ehem. keluar pula schedule baru untuk operator shift..yang mana sebelum ni dapat OT wajib dalam 40 jam, kini tidak lagi dapat untuk tiap-tiap bulan. maknanya kalau team 1 bulan ni dapat 16 jam (bukan 40 jam dah) OT wajib, makanya bulan depan tak dapat 16 jam. selang seli...

moral of the story is..bukan lah aku nak salahkan company ehem2 ni..standard la mana-mana company nak/akan kurangkan overhead seminimum boleh dan maximumkan profit..

cuma kalau baca post2 sebelum ni pun kawe dah selitkan. jaga cashflow..++ve. hutang bodoh jangan/tak melebihi sekian-sekian % daripada basic gaji..bukan termasuk overtime+alaun. benda tu bila-bila masa je boleh ditarik..catu. dapat lebih tu kira bonus lah, dapat menyimpan lebih..karang boleh diinvestkan pulak..jangan la plak anggap OT tu termasuk dalam gaji tetap..

aku dengar ni bukan kes pertama. dulu senior. aku cuma dapat dengar je cerita pasal generasi waktu tu..gaji basic dalam RM1k je tapi leh dapat dalam RM4k++ sebulan. hoho. masyuk lantas santak tak ingat..dan hasilnya blacklist. dan kini adekah sejarah mungkin berulang...ohhh..

ok itulah dia cerita pendeknya. sekian..

ayat terbaik semalam...
member : memanglah kalau OT (overtime) kurang dapat lah KPI tinggi sikit, bonus leh dapat lebih hujung tahun (itupun belum tentu)..tapi..abis duit yang nak dipakai untuk bulan2 untuk bayar itu ini, nak cover tang mana...takleh la lagu ni..

em.tapi aku percaya budak2 ni pandai. rasanya still masih leh adjust OT ikut cara lain..kena pandai2lah.huu.

p/s: apapun sila pikirkan cashflow anda sebelum pikir untuk lain2 expenses..mahupun investment..demi hari ini dan masa depan..



Wednesday, January 5, 2011

Hasil Kerja Tangan..

em.saja la je nak menunjuk yang abe buat kerja..

Alatan/Tools:
kasut phua chu kang & gunting busat.




Sebelum: kalau malas..



Selepas: kalau rajin..



Sebelum: malas..



Selepas: rajin..



Musim Bunga-bungaan:
bunga buah naga

bunga kantan

bunga kantan


kesimpulan:

setiap kerja rajin yang kita buat..akan ada/nampak hasilnya..cepat atau lambat je..yang lebih pasti sudah tentu hasilnya lebih baik daripada malas..

bila berpeluh. terasa diri lebih sihat..automatik rasa telah sembuh daripada segala penyakit. menyamankan. tu minda aku berkata-kata la.hee

.

Monday, January 3, 2011

Idea Korang yang Power..



Andaian aku dah bersihkan semua molek-molek kasi lapang..ape korang nak buat dengan tanah ni ye..??

idea boleh jadi merapu..dan aku tak kisah pun...anggaplah ni tanah korang..he.

kawasan: kampung
keluasan: +- se ekar
status: pertanian

pejamkan mata..cuba rasakan feelnye...

hah ape dia..cite sikit kat aku..kot bagus untuk aku pikir dan pertimbangkan.hee