Monday, September 27, 2010

Kenapa ikat Loan ASB 25 tahun..??

salam

soalan daripada saudara Zaim..thanks untuk soalan.

aku buatkan entry la ye..sebab nak tulis kat ruangan komen tu agak panjang plak..

adapun ni antara ringkasan untuk sebab2 aku la..orang lain mungkin sebabnya pun lain..

1. umur masa aku start buat tu 24 tahun...well bunyi macam takut hutang 25 tahun..lamanya. tapi try mu kira umur aku lepas tu berapa??sedap2 nak dekat bersara. so valid la bagi aku..sebab tu mula lagi awal lagi bagus..

2. sebab aku nak jaga cashflow aku..lagi panjang tahun lagi rendah bulanan. so aku ade option dengan dividen yang ada. aku pun taknak stress kan duit poket aku untuk pikir nak bayar atau topup2 loan tersebut. boleh buat kira2 sendiri..atau worst case taklah aku pening nak cover by own money..aku tak buat sebagai force saving.

ASB just salah satu portion dalam portfolio aku (saham amanah yg boleh buat loan). so aku tak target untuk saving sampai 200k by my own money (terlalu banyak bagi aku). cukup lah simpanan yang ade. balance lain diusahakan ke tempat lain untuk investment..diversify.

Rule buat masa ni untuk aku simple. kalau hutang baik ade hasil boleh ikat panjang. at least make it pay itself. manakala hutang tak baik make it short (adakalanya bergantung pada situasi)..bergitu juga untuk property investment..

Rule kemudian untuk wealth creation lain sikit...tu kemudian lah.

Kalau dalam saham pun. atau ape sistem pun yang korang nak creat/plan. 1st rule is jangan rugi..maintain. turun naik ok tapi overall tak rugi. jika tidak, cut loss je /buang sistem tu. 2nd to maintain profit sokmo, sikit takpe tapi berterusan..system improvement. 3rd is to compound/berganda..

3. dari segi risiko dan keuntungan..em.not bad.

- ade insurance..in case..
- boleh terminate tanpa settle oustanding. ade lock period max 5 tahun tapi ade juga dividen 5 tahun. minimum risk..
- componding always FULL 7% (andaian) daripada 200k (amount loan) banding regular saving bergantung pada monthly saving. and juga bonus tidak dilupakan...sebab tu lagi besar amount lagi besar compound. lagi lama simpan lagi bagus..try kira banding regular saving 25 tahun..well ade orang kata ala untung berapa % je. tak bebaloi lah. tapi pada aku still profit juga..kalau 200k tu berape dapat? dengan risiko yang ade. em. berbaloi juge..

so ape yang anda risau kan. worst case anda tahu kan nak buat ape? yang anda bayar tu tak burn pun..

ianya sangat berbeza banding Personal Loan..kiraan pun lain. Personal Loan flat rate..ASB monthly rest..

adakah ok buat loan tempoh panjang.emmm..ape masalahnya?? adepun ia terpulang pada individu itu sendiri la. mana yang anda selesa..

ok ke jawapan ni??

4 comments:

anbya80 said...

Salam sejahtera, salam perkenalan..saya sering mengikuti post2 di blog sdr MET tp ni first time post comment. Saya setuju dengan pendapat sdr MET sbb saya pun telah buat perkara yg sama (selain simpanan sendiri, penuhkan akaun ASB dgn loan ASB utk 25 tahun). First year je byr loan guna duit sendiri, tahun berikutnya boleh byr guna dvden dan bonus. Tu pun still ada profit spt sdr MET katakan.
Sblm ni, duit sndiri dlm ASB sy convert jd OD utk tampung byran bulanan..
After first year, boleh guna duit gaji utk buat pelabuaran di tempat lain..
Sekadar satu perkongsian, sy pun sedang belajar ttg pengurusan kewangan/pelaburan..

sourplum said...

negative side dia komitmen bulanan bertambah la

Anonymous said...

best..i like..on de way nk wat loan ASB..infoyg berguna...
tq

-azliya-

MET said...

commitment bulanan pada kita insyaallah ok. cumanya pada bank comittment loan amount tinggi. risiko tinggi pada dia untuk bagi kita loan..memang law dia begitu. so ade cara ke untuk convince dia yang mu mampu bayar??kena cretive sikit kot..

cara lain juga. loan tersebut juga jangan terus ambik 200k. cth buat 50k 50k 100k ke..atau ikut suka mu lah. so bila anda nak tebus atau ade keperluan..boleh tebus 50k dulu..taklah terminate terus 200k..

and juga. sebenarnya. cabang nak wat duit ni. bukan ASB sahaja..atau property sahaja..sila pikir2kan..

p/s: ade kawan kata bosan la asik cite ASB je.hee. ape leh wat. nak share yang lain kenalah bagi jadik dulu..ade hasil..