assalamualaikum..
Sedikit sharing tips yang biasa2/taklah gempak tetapi mungkin berguna untuk anda yang ade tapak niaga/offline atau yang nanti nak berniaga di tapak-tapak pasar,karnival,tempat2 tumpuan yang anda rembo (istilah meniaga tempat yang tidak dibenarkan majlis/tiada lesen dikeluarkan)..he.
Aku pun baru belajar. baru setahun lima bulan (dapat 2 kali raya),tapi dapat lah juga sedikit sebanyak sepak terajang penangan berniaga offline ni. asalnya ingin menjejak jutawan senyap yang tidak gelemor.hee. tapi bukan senang nak senang. ianya kekadang membuatkan aku rasa macam taknak tawar menawar ketika membeli..kesian.hee.yang indah orang nampak..time yang tak indah korang tahu??he.aku tahu...
ok berbalik kepada topik hari ini. Ceritanya mudah:
Seperti contoh gambar dibawah (perniagaan baju), kebiasaan display di dalam khemah ketika mengantung baju, baju belakang akan menghadap luar. ini kerana orang memilih baju seharusnya berada di dalam khemah la kan, ape la...hee.
oleh itu aku cadangkan baju itu diterbalikkan. kini baju hadapan menghadap luar (seperti dalam gambar di bawah).
abis tu orang dalam khemah???. sila gantung baju yang sama design (mungkin saiz berbeza) 2-4 helai. jadinya yang belakang sekali itu diterbalikkan. ok paham ye bahasa paling ringkas yang aku leh terpikir wat masa ni??refer gambar je..
kenapa perlu dibuat bergini??supaya orang luar yang lalu lalang boleh nampak ape yang anda jual.cantik ke tidak??ramai yang malas nak window shopping masuk semua kedai tawaf semua lorong. pulak tu ade banyak deretan kedai2 lain yang buat diorang rambang mata. pulak tu ade je kedai2 lain yang jual barangan yang sama..
so dengan teknik ni, maka dari jauh orang dah nampak dan boleh membuat pilihan membeli di kedai mana...membanding2 (pakai teropong pun boleh dari jauh). baru lah orang ade selera lebih nak singgah...dan kebanyakkan
yang masuk pasti beli sebab telah membuat decision awal. tinggal nak
confirmkan pilihan and saiz je..
baju belakang menghadap luar. yang cantik designnya tu kan belah depan? bagaimana orang luar nak nampak dan nak singgah..nak membuat keputusan dengan cepat kalau tak nampak apa yang ada jual..
keadaan bila diterbalikkan. yang belakang sekali. Kebiasaan yang belakang sekali is saiz XL. orang leh usyar dari luar je. ramai juga orang2 kita ni pemalu..suruh masuk tak mau..
contoh salah satu tempat tapak niaga. orang yang asalnya cuma nak singgah 99 Speedmart beli barang keperluan mungkin akan singgah ke kedai aku lak setelah tergoda dengan baju aku kan??..belah depan kedai aku pula ade pasar borong basah.huu.
anda juga boleh singgah di pantai remis, jeram kuala selangor. kami ade tapak di situ sabtu ahad petang..belah pagi di depan pasar borong basah bistari jaya..isnin pasar unisel bistari jaya, rabu pasar bukit badong..atau di kedai (merangkap stor gudang) ijok pada isnin-jumaat.
dan sila like ye FB METHOUSE
sekian tips marketing arini. (tulis/war2kan dalam blog pun marketing juga)he.
terima kasih
No comments:
Post a Comment