Tuesday, August 20, 2013

Sempena PTPTN masuk CCRIS

rujukan: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/8/19/mstar_berita/20130819141233&sec=mstar_berita


Buat geng2 mendatang dan mak pak...dunia mendatang akan semakin lebih mencabar..

coretan sempena PTPTN masuk CCRIS ni. dulu pun telah menjadi isu juga cuma kali ni lebih berat sket...
1. anda (student) sekarang dah takleh belajar sekadar melepaskan batuk ditangga...nak belajar wat cara nak belajar..tak minat akademik boleh pegi ke skill development.
2. dah takleh sekadar ikut2 kawan...cari minat anda.cari kelebihan anda di mana...
3. takleh main ambik subject2 asal boleh sambung belajar...jangan apply lain dapat lain pun anda sebat gak. sila cari kat tempat lain. mungkin la itu rezeki anda sambung belajar tetapi kebarangkalian untuk gagal/berjaya dengan cemerlang satu hal..ditambah pulak minat nak kerja dalam bidang tu pun mungkin tak sesuai dengan anda. belajar engineering tinggi-tinggi tapi kerja chef??..dll.
4. mak pak pun takle paksa keras anak tu walaupun bukan minat dia..bagi cara lain..yang bagus dan baik untuk anda tak semestinya begitu juga untuk dia. setiap orang tu unik, lain, berbeza...
5. sebab kalau gagal..sapa nak tanggung akibatnya???

 Anda tahu ape akibatnya..bila ade record CCRIS??
1. anda jadi lebih bagus sebab nak taknak anda akan bayar loan..abis sudah macam-macam cara akhirnya ni kot yang terbaik. lagipun kan hutang wajib bayar
2. peluang anda untuk membuat hutang lebih rendah kerana gaji fresh graduan besar mana,..pulak tu kini ianya tertaluk kepada CCRIS record sama ade baik atau tidak. dan juga meningkatkan DSR (debt service ratio- sila Google) anda. sebelum ni tak declare kat bank pun takpe dan tidak diambil kira. bayangkan keluar sekolah je anda la.la..la sambil lewa. tetiba nak wat loan reject ape ke hal...sebab ni lah...kemudian nak clearkan record bagi baik bukan sehari dua..
3. wajib mencari pendapatan yang setimpal dengan hutang anda. lagi besar hutang mestilah kena lagi tinggi pendapatan. kalau gaji kecik kena lah tambah usaha tingkatkan pendapatan sampingan.
4. lagi lambat anda bayar/mampu bayar. lagi lambat anda baru boleh buat lain-lain loan sama ada untuk keperluan mahupun pelaburan. kerana..kalau record hutang PTPTN pun tak cantik, tak bayar, mana ade bank nak ambik risiko bagi hutang kat anda...you are not good payer. jangan mimpi lah nak beli kereta..dll.
5. minat belajar...habis diploma..degree..master..phd..semua anda sapu.tetapi kalau kemudian tidak menjana pendapatan @ kemudian lebih suka menjadi suri rumah tangga. saya galakkan takyah la belajar (jangan marah). lebih elok anda belajar cara2 memasak ala-ala chef..menjahit ala2 butik..belajar2 menjadi baby sitter gaya profesional..dll yang lebih banyak memberi manfaat/sesuai untuk tugasan rumah. kosnya lebih murah dan still boleh buat side income juga tu. ape ke halnya belajar kepakaran yang anda sendiri tak akan guna pakai???bayar saja-saja gitu jelah gamaknya..
6. dengan jumlah hutang sebanyak rm30k..kalau anda tak ambik kesah. anda berpeluang untuk diistiharkan muflis...
7. sebab ape PTPTN di highlight kan. sekali lagi sebab keluar sekolah je nak taknak anda telah berhutang dan direcordkan sebagai commitment. kalau yang ni fail, segala yang anda rancang untuk pembelian kereta rumah sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun pelaburan akan terbantut...jadinya anda tak boleh ambil sambil lewa perkara ini..

Solusi: antaranya..
1. saya anggapkan anda yang masuk universitas mahupun kolej adelah orang yang bijak pandai dan telah dewasa. ade perkara yang anda boleh mulakan dari sekarang dan tidak perlu tinggu umur 25-30 tahun pun seperti mencari pendapatan sampingan (ayat SAMPINGAN). mesti pandai uruskan masa..hai kata budak universitas kok??sepatutnya la standard mestilah lebih sket daripada SPM????common la takkan nak harap mak pak selalu. udah2 la tu...dunia anda semakin mencabar. anda kena lebih advance...kecian pada mak pak...
2. mak pak boleh planning awal. mungkin start anak umur 1 tahun dah boleh allocate rm100/sebulan. 18 tahun kemudian (dengan anggaran div 7%)..anda sudah ade lebih RM40k..ke anda plan labur 6k dalam SSPN then kemudiannya PTPTN kan ade???terpulang lah..
3. satu anak satu rumah pelaburan...target cashflow. anda boleh refinance untuk modal pendidikan. anak anda boleh belajar menguruskan rumah sewa dan hasilnya boleh digunakan untuk belanja duit kocek.
4. kepada kerajaan...nak recruit ramai2 masuk bagi peluang belajar tu bagus...tapi peluang pekerjaan tu juga kena lah ada seiring dengan lepasan graduan yang ade...sebab anda tak sediakan ianya (PTPTN) secara percuma pun...kesian pada rakan2 saya hutang PTPTN puluh ribu tetapi kerja dot..dot..kekadang bukan tak boleh bayar pun setakat RM50..100..tetapi hasil kekecewaan ni lah menyebabkan kerajaan tak dapat collect kembali duit daripada mereka..sapa yang rugi..??
5. kepada rakan2. boleh berhubung dengan PTPTN untuk re-schedule payment. boleh aje di budi bicara...
6. buat mak pak rakan-rakan..masa nak apply sain untuk pinjaman PTPTN tu pikir lah masak-masak hala tujunya, risikonya, kemampuanya dan option-option pembiayaan dan kursus lain yang ade. 
7. bila dapat pinjaman PTPTN tu ingatlah anda akan bayar balik sejurus tamat belajar. jangan pula tak beringat langsung ketika berbelanja. berlanja perkara yang perlu sahaja...no more gadget canggih-canggih..branded2. tunggu dah kerja nanti...lebihan duit ini boleh digunakan untuk bayaran balik (dipulangkan).

p/s: ura-ura interest rate akan dinaikkan dalam masa terdekat ni...jangan lupa pula kang GST lagi..bil2 naik.sebelum ni ayam keperluan dah naik dll kendian. anda perlu lebih advance dari sekarang...

sekian coretan. boleh dibincangkan mana yang ade terlepas pandang.