Tuesday, August 25, 2015

If Your Fail to Plan..You Are Plan to Fail...

Assalamualaikum and have a nice day..


just short writing..sharing is caring...nak follow boleh..nak upgrade pun buleh...nak abai tak follow pun buleh..

just sharing taktik bodo..hu.

Selamat datang 2015. mana yang belum ade dana simpanan/emergency...paling lewat harini  boleh start kurangkan belanja dan tambahkan simpanan. start belajar-belajar cari ilmu saham, dan hartanah. Tiga (3) tahun kendian "Mungkin" ada gunanya..


cerita 1: pegangan den...(baca bab kewangan)

ceritanya dulu masa kita kecik-kecik hidup susah. mak bapak ambik upah menoreh, petik sawit dan kerja-kerja kampung. tapi walaupun masa tu kategori miskin tapi takde hutang keliling pinggang. asal dapat kais pagi makan pagi, dah alhamdulillah. cuma kekadang pressure bila ada expenses tambahan tetapi tiada orang lain bagi tambah pressure..
beza kita-kita sekarang lani...dah la tak sedar diri miskin, hutang lak keliling pinggang. sudahlah pressure..orang bagi lagi tambah pressure.

kesimpulan:
keep liability/commitment low..jangan berhutang or maintain hutang seminimum boleh. kawal expenses..
sebab orang yang pasti dapat survive dalam keadaan ekonomi susah/worst case adalah orang yang tiada hutang untuk dibayar..(yang lain2 kes cuba struggle/survive, ade yang tak bayar hutang/muflis, and rare mengumpul kekayaan (worst time)).

cerita 2: Masa..

saya percaya ramai yang pandai mencari peluang dalam keadaan susah senang tetapi...terlebih ramai juga yang tak nampak peluang atau setakat mengikut-ikut...orang main emas dia pun follow..orang beli rumah dia pun beli..orang invest saham dia follow. orang untung dia rugi...biasanya orang gini invest di penghujung2 trend..

bak kata orang lama. " Be Fearful When Others are Greedy (we sell) and Greedy When Others are Fearful (keep buying)"

Demi masa...tiadalah sia2 Allah merakamkan kisah Nabi Yusuf tafsir mimpi 7 tahun kepada Nabi Muhammad s.a.w di dalam Alquran untuk sesiapa yang ingin mengambil pelajaran.

there always have couple kecuali Allah. siang dan malam silih berganti...air pasang dan surut. waktu panas dan hujan..luruh dan berbunga. bergitu juga ekonomi naik dan turun...

kesimpulan:
history repeat itself : refer to FTSE KLCI index

refer trend. ekonomi buat big correction 1997/98...2007/08. sebelum tu 87/88 correction juga tapi just sharp macam 2007/08, tak worst macam 1997/98. cumanye 2007/08 currency kita terkawal. manakala 1997/98 worst by currency attack (mahathir kata salah soros) masa tu ringgit highest RM4.71 berbanding dollar. tahun ni mungkin tough juga sebab dah RM4.25...rumos kata akan pecah highest. (check currency trend sendiri, speculator pun ade yang short position tu). 

2016 mungkin ade rebound sikit then sambung turun 2017/18..

ok then berbalik kepada point yang aku nak sampaikan..taktik bodo...

My Plan: on 2015...
1. hold buat investment on property dan saham. (futures trading mungkin masih boleh cari makan).
2. buat side income kerja tambahan/peluang bisnes 
3. cut liability/hutang or minimum..save more.(refer cerita 1 pasal hutang). refer cerita 2,  hang taulah dah effect ekonomi bila MYR down (refer chart 1997/98). ini sebab kita Malaysian ramai yang tak boleh lari dari hutang...terlebih lagi hutang kerajaan.

plan masa tu den start kerja tetap by 2006. kebetulan start 1st investment ASB then buy property by 2009. sell back 2014..keep few and by 2015 stop=7 years (zaman struggle/opportunity ke zaman menuai, teori mimpi nabi Yusuf). 2016-2018 time down/struggle sampai 2022 (just forecast, based on now dah start KLCI, MYR down).
2019 start find jewel (masih struggle tetapi dalam struggle ade opportunity). 2020 Malaysia punya wawasan hopefully membantu merancakkan sikit ekonomi..(hopefully). invest buy aggressive 2019-2022 (time orang struggle)...sell back 2024/24 time ekonomi rancak..orang lain buy2 at 2023/25  likely 2013-early 2015 orang buy2 and seminar emas/saham/property. Then 2025/26 market outlook adakah sejarah berulang...down trend..ade indicator tak/tanda2...

gitu lah plannye. kalau berpinau mata. pendek cerita dia. 2016/17-2018 keep watch out. 2024-2025 waktu tuai. the other time within 7 years is process (2016-2022 / 2019-2025 = 7 year overlap zaman susah struggle senang).
  • accuracy (time/worst/recovery) forecast may affected based on era technology/digital..news spread fast.
  • 2016-2018 market down mungkin ada opportunity tapi we never know how low is low...mungkin market side way..so berendam lama la...zaman/waktu ni apa yg kita simpan pada tahun sebelumnya sebahagiannya digunakan untuk makan (keperluan) dan sebahagianya simpan standby peluang yang mendatang (sabar menanam benih)


Rumusan:

1. Secara teorinya simple tapi still nak terjun dalam bidang apa pun kena ada ilmunya. kalau tidak, takda maknanya...nak jadi doktor bedah kena la ada ilmu bedah gi belajar gi sekolah..kalau tidak, naya kat diri dan orang lain...
2. aku setuju dan tak halang kalau orang yang saving hard and buy others thing or invest in cash. tiada hutang maka dia tak terdedah kepada bahaya hutang...
3. aku pun setuju kalau nak guna OPM (other people money) tetapi tertakluk kepada ianya haruslah bukan liability tetapi aset (bukan under our commitment) dan juga plan hutang jangka pendek (key = manage risk) dengan buy sell within that time (refer above) sebab den jenis play save and defensive trader...haha.
4. settle hutang lapok/liability secepat mungkin...lebih banyak cash in hand lebih banyak kita boleh save money and then lebih banyak kita boleh invest in the save mode position...hee.


sekian. tak wajib betul...harus salah..

Rgds,
MET 2015
(tiada kaitan dengan mana2 seminar dan kepentingan.)




Saturday, February 28, 2015

FCPO- Trade intraday tips


Bismillah

atas permintaan member yang diberi nama sepul (bukan nama sebenar) suruh update blog. rindu nak baca katanye..(aku ingatkan takde orang nak baca..haha)
maka entry ini adalah untuk kamu sedikit (sahaja) tips berkenaan intraday trading setup...dan juga untuk mereka yang sudi membaca..he.

aku layan intraday ni pun baru-baru juga. syok juge rupanya. sebelum ni layan swing overnight..

note: sebenarnya kaedah/teknik/sistem apa pun tak kisah..asal korang masyuk ok la tu. sebab mungkin korang tak setuju dengan cara aku tapi takpa. aku rasa most important sebenarnya is trading plan sebab tu walaupun orang masuk price mungkin sama tapi untung rugi masing-masing..

berbalik pelajaran arini:
kekadang orang terlupa, mungkin khusyuk sangat, berpinau mata tengok chart seperti ini: agak-agak nak kemana lah arini...yang pasti ke kanan..yang tak pasti...arggghhh.

pulak tu macam aku refer price time frame 1 minit....paling besar pun TF5 dan Daily untuk tengok candle. tapi aku tak pening sebab bukan setiap candle 1 minit tu yang aku usyar, tapi price movement.


untuk menjadi trader intraday, benda yang paling mustahak nak tahu sebenarnya adalah berapa price (harga) open kemudian jangkaan low,high dan close harini. tapi bukan lah bermaksud aku langsung tak tengok candle action..tak pakai indi. ade juga letak sebab...kena tahu juga apa orang lain pikir then kita boleh buat percaturan. tapi main action based on price..(pergh ayat aku..)

refer contengan di bawah apa yang korang paham???



1. ianya adalah berkenaan open price, low, high, close. tak kira lah time frame berapa hang buka TF15 ka..30 ka..1 hour ka..ianya tetap sama. sebab tu aku layan TF 1 minit (sebab takde saat..hehehe).
2. ianya melibatkan range..berapa dia naik arini. berapa dia turun harini..ini penting untuk hang take profit atau cut loss atau trailing (untuk yg layan intraday).
3. korang boleh bayangkan tak..dia open...turun sat pastu dia naik..20 point pastu hang wat dek je...pastu dia turun kat open price. hang pun melopong...dia jadi hammer/ hanging man ka harini dan lain-lain. kan dah sayang seribu kali sayang...(lain la hang plan untuk OV). esok entah gap ke mana agaknya...??
4. ianya bukan indi. sebab cer hang buka la semua time frame yang ade. semua indi tunjuk lain-lain. time frame besar kata buy..time frame kecik sell...


ok lah tu cukup kot hint2 tu.hee.

kita tengok chart pulak..(guna TF5..OSK ni masalahnya tak cukup candle kalau nak tunjuk TF1 minit). kalau TF1 minit besar sikit leh buka tengok chart..

ni contoh (chart) terbaru 26/2 khamis 27/2 jumaat hari lepas. nanti rujuk last statement akaun bulan ni..

masa ni (27/2/15) aku ade buy dalam hati 2,302 dan target 10 point ja. hit target..tapi kenapa 10 point ja.
banding semalam (26/2/15) aku entry 2,263..dan aku hold overnight (langgar pantang intraday).he. take profit (TP biasa) kurang-kurang kalau aku nak 20 point (RM500) dapat dah tu..high aritu 2,284. tapi terhold dan dapat RM925 (close 2300)..alhamdulillah. tu satu lot tu...

meh tengok chart 27/2/15 (refer), aku masuk price 2,302 masa tu price dah pergi at 30 point area daripada open price. banding 26/2/15 tu aku masuk bawah 10 point daripada open price. tu yang membezakan aku nak ambik banyak ke tidak time tu. (cer hang bayangkan candle yang aku lukis-lukis tu.) dia leh jadi ikut suka dia la haritu..tengok la nasib hang molek ka tidak harini..

dari segi money management and risk. kena juga pikir kalau masuk kat high 2302..andai hold esok open half price..turun 20 point lebih, sanggup tahan tadah tak..?? boleh je dia open low dan terus turun dan anda rugi besar atau gap down turun lagi sikit sat, lepas mu dah tak tahan, cut loss dia sambung naik..anda rugi. kalau nasib baik dia terus sambung naik la..he.
banding kalau masuk 2263 (entry 26/2/15....27/2/15 belum berlaku) kalau hold pun..aku ade buffer +14 point. kalau dia turun 20 point pun aku masih boleh cut loss 6 point +-  tahan 14 point extra..just matematik.
ianya bukan sekadar setup entry..pandai tarik fibo..pandai guna ema..macd dll. iannya combination of trading plan..money management..and sistem..

27/2/2015 rujukan chart

26/2/2015 rujukan chart

hee.leh paham dah sikit-sikit kan...baca lagi dan hadam lagi...


then refer bawah:

statement ni layan 1 lot ja (kecuali yang RM1800). yang lain kekadang kena trailing re enter balik. kekadang cut lost..ade berkenan masuk balik..kekadang elok dah win tak cukup,masuk lagi loss pulak..kekadang nak balas dendam bertambah loss. hempeh betul emosi ni..hu. masih lagi belajar2 tarbiah diri..

then bila paham ni..sebenarnya takyah la nak masuk banyak-banyak kali. 3-5 point cabut. ponek...

buat sistem simple tak kisah lah macam mana. walaupun 10 point then kalau consistence tambah je la 2 ka..10 ka..100 ka..dapat la lagi banyak..tak gitu..

ok selamat beramal..
ni cakap tara sembang punya..(gurau). hasil intraday (takde la banyak pun. malu)..bulan ni dapat masuk 11 hari ja banyak coti banding bulan 1, 17 hari...kira ok la alhamdulillah dapat juga beli coki-coki kegemaran den...alhamdulillah.



note: lain padang lain belalang...bukan kerana sistem tu salah , yang ni betul...tapi yang penting.....(sambung ayat sendiri)..

lain-lain jurus simpan..he.

kat atas tu asasnya (penting)..yang lain-lain hal tu belajar la ye. then fine tune molek2...

wsalam...

p/s: entah sepul baca ka tidak ni...yea2 je aku menulis ni..