aku suka kisah ni...jadi aku kongsikan juga untuk semua.
KISAH  INI ADALAH SBHGN KISAH YG MEMOTIVASIKAN AKU SEJAK BERTAHUN2 LEPAS (Goldman)
(bila kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan, jatuh, ditipu dan lain2 masalah adalah perkara biasa, So cubalah biasakan diri dengan perkara2 yg perit dalam hidup supaya jiwa kita menjadi kental)
(bila kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan, jatuh, ditipu dan lain2 masalah adalah perkara biasa, So cubalah biasakan diri dengan perkara2 yg perit dalam hidup supaya jiwa kita menjadi kental)
    Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang 
didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur 
sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat 
berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, 
cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga 
hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya 
telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang.
Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian,
 atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – 
suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan 
transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak 
gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal 
disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai 
paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama 
untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, 
dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru 
sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.
Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, 
bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang 
kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30
 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!
Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu 
keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. 
Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, 
meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan 
melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar
 kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa 
depan.
Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk 
belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk 
mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan 
menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan 
andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa
 dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!
dipetik daripada:
http://akugoldman.wordpress.com/2012/09/17/gagal-berkali2-tak-semestinya-gagal-selama2nya-berusahalah-kisah-helang-yg-gagah/

