Saturday, October 13, 2012

Gagal berkali2 tak semestinya gagal selama2nya. .> BERUSAHALAH! < (kisah helang yg gagah)-by Goldman


aku suka kisah ni...jadi aku kongsikan juga untuk semua.


Image
KISAH  INI ADALAH SBHGN KISAH YG MEMOTIVASIKAN AKU SEJAK BERTAHUN2 LEPAS (Goldman)
 (bila kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan, jatuh, ditipu dan lain2 masalah adalah perkara biasa, So cubalah biasakan diri dengan  perkara2 yg  perit  dalam  hidup supaya jiwa kita menjadi kental)
    Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang.
Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.
Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!
 Image
Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.
Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!

dipetik daripada:
http://akugoldman.wordpress.com/2012/09/17/gagal-berkali2-tak-semestinya-gagal-selama2nya-berusahalah-kisah-helang-yg-gagah/

Monday, March 26, 2012

Apa Kita Perlu BUAT, When You Need More Cash

Pembelajaran pendek..ringkasan untuk hari ni. as per sharing...

Ramai mengeluh gaji tak cukup..OT kena cut..need more money nak tambah pendapatan sama ada untuk belanjawan, nak modal kawin..modal invesment dan lain-lain.

antara cara mudah untuk dapat more cash is personal loan. yes. but in my position now. aku tetapkan syarat bahawa personal loan hanya untuk kembangkan bisnes sahaja atau jika perlu ianya mestilah bukan dibayar melalui duit gaji. because walaupun kita target duit tersebut untuk di investkan. tetapi who knows yang investment tu 100% profit..tak berisiko. siapa di sini yang tahu apa yang bakal berlaku esok dan masa hadapan angkat tangan...kalau jatuh boleh tersungkur..

so rule kedua. 1st investment is from your hard money...

MLM recrut merecrut dilarang sama sekali...believe me its not working.

When you need more cash. Ramai juga yang akan kerja part time. tak salah tapi kerja part time tidak akan menjadikan anda lebih senang mahupun kaya. sampai bila mu boleh kerja jam 8am-5pm...then sambung 7pm-11pm even more hari-hari???thats totally mindset work for money..

so the best is teruskan kerja and at the same time start part time bisnes. not part time job.

bezanya. part time job you tak boleh expand the income. fixed. manakala bisnes part time walaupun untung permulaan tak banyak tetapi peluang untuk berkembang dikembangkan sentiasa ada. makin besar perniagaan anda..semakin ramai pekerja anda..semakin tinggi keuntungan anda..semakin kurang beban kerja...

bisnes ape nak buat tu terpulang pada empunya diri. kecil tapi berhasil dan sentiasa boleh di nilai tambah. even kalau gagal pun anda belajar banyak benda yang boleh menyebabkan anda gagal...

modal bisnes takyah gah-gah. kalau ada rm1000 pun sudah cukup untuk buka satu payung jual barangan accessori murah2. cari la port mana pun. even MYDIN dulu pun bemula dikaki 5...

even online punya cost pun baru berapa???

orite. sekian wassalam.