Showing posts with label Hartanah / Properties. Show all posts
Showing posts with label Hartanah / Properties. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Cerita dan Kes Study

salam.

ceritanya begini.

semalam bid rumah lelong untuk aset isteri tercenta..alhamdulillah rezeki memihak kepada kami..pangsapuri ni telah dilelong sebelum ni 69k..tapi takde orang mau. bila check outstanding maintenance tinggi dekat 7k..mungkin lah sebab tu orang tak berminat atau atas sebab lain yang tidak diketahui..so next auction biarlah kami ambik kalau orang dah taknak..

kemungkinan menang tu agak tinggi la. sebab ianya bukan tempat rebutan saya rasa. bumi lot..oustanding pun tinggi..dan pernah dilelong sebelum ni. RP kali ni 63k..so kalau orang lain ade yang berminat saya rasa price dia adalah berlegar sekitar 70-80k++. base pada 69k auction lepas..saya just budget atas sikit untuk cuba nasib..

and last ketuk semalam saya lah orang yang bertuah tersebut dapat 80k..rumah elok lagi sebab ade family dalam tu. market price tingkat 5 ade orang nak tolak 110k..sewaan 650. tingkat 3 ade orang dah jual 130k..saya punya tingkat 1..

financing kalau ikut 3 bank yang saya survey dalam post sebelum ni. rasanya lebih berminat dengan hsbc. tapi kalau ikut list yang K.Long and Liya post kat comment. mungkin kena usyar sikit citibank,ambank,public bank..

ok tu cerita kemudian lah. cumenya nak cite kenapa sebelum ni pilih hsbc. mungkin nanti boleh jadi sedikit sebanyak panduan untuk liya..

saya suka dengan HSBC ni sebab:

1. ianya daily rest, reducing term and flexi. daily rest is better sebab interest dikira berdasarkan harian mengikut balance outstanding harga pokok (loan) semasa. payment boleh buat at any time at any amount (bayar lebih..bayar split) tanpa advice bank..dan boleh melalui atm mesin..sebarang bayaran tambahan atau parking akan reducing principle.
2. ratenya pun not bad. blr-2 walaupun below 100k untuk maximum 35 tahun or sehingga umur 65 tahun mana yang terdahulu.
3. kemudahan kad atm..untuk keluar masuk duit dimesin. boleh park gaji bonus bagai lebih mudah. ianya juga membantu mereducekan interest..kalau perlukan duit boleh keluarkan di atm..
4. lock in period 3/5 tahun. ni tak jadi masalah sebab hsbc ade facility untuk topup loan. solution untuk refinance. ianya bermaksud boleh jadi 2 loan untuk 1 rumah..
5. ASB commitment. kate banker just attachkan ASB Loan punya letter offer then ianya tak kira sebagai commitment. tapi ni den baru try tahun ni..betul idak tu belum dipastikan.sekadar hasil perbincangan..

plan general den is..

loan RM72k+5%=+-RM76k..
monthly 35 tahun blr-2=+-RM352..
sewaan =+-RM700
maintenance=RM63
cashflow=+-RM285

lepas berjaya disewakan:
topup loan.
anggaran rumah +-130k..
loan 90%+5%=123500..
new loan=RM123,500-RM76k=RM47,500
bulanan=RM219

total payment monthly=352+219
maintenance=RM63
total payment=+-RM634
cashflow=+RM66..standby cukai..

RM47500 put dalam ASB wife. standby..extra payment dan lain2 repair.
=47500*7%=RM3,325 or 227/month..compound.
5 tahun=RM66,621..
35 tahun=507k++ tak termasuk bonus..
cukup haul buat rumah idaman di kampung..

em.detailnye boleh berubah mengikut cuaca...

so that is matlamat dan plan rangka den. liya punya plak plan ikut matlamat liya..

tambahan: thanks liya sebab ingatkan pasal monthly caj untuk facility sebegini. hsbc kenakan rm10/month. so bagi yang bayar macam biasa sepanjang tahun. not adviceable..

nak untung sikit. loan release je, then terus keluar kwsp lump sum dalam akaun. terus interest drop gila2. then pay extra kalau boleh atau time gaji lebih..or time bonus. atau kalau rajin bayar split 2 minggu sekali..

interest saving will be more than facility charge..

cukup haul kalau nak guna duit leh topup loan untuk ambik cash..kalau nak la.orite selamat beramal..

p/s: liya kata ambank kenakan caj rm5 shj. sapa ade guna ambank sini angkat tangan..hu.kongsi sikit..

Thursday, December 9, 2010

Lepas ni ape lak...emm..

Berita.

BEIJING: A Chinese government think tank has warned the country’s real estate bubble is getting worse, with property prices in major cities overvalued by as much as 70 percent, state media reported Thursday.


Of the 35 major cities surveyed, property prices in eleven including Beijing and Shanghai were between 30 and 50 percent above their market value, the China Daily said, citing the Chinese Academy of Social Sciences.

Prices in Fuzhou, capital of the southeastern province of Fujian, had the worst property bubble with average house prices more than 70 percent higher than their market value, according to the survey conducted in September.


lanjutan:
http://www.nst.com.my/nst/articles/China_spropertybubblegettingworse/Article/

kita tengok apa lak yang berlaku selepas ni...em.ape reaksi dan tindakan anda...

Tuesday, November 23, 2010

Cerita Pendek Pasal Investment


Di suatu petang yang indah. dalam tepon..

Member: MET..wat ape skang. apa project??

Aku: tengah kerja la...hee. pekeja yang berdedikasi. hah apa pasat...

Member: saja tanya takle ke. em.camna rumah..dah berapa??

Aku: masih yang dulu tu lagi...

Member: em.tula skang pun rumah ke-3 ke atas margin 70% tu..mana nak cekau...

Aku: Tah. cekau jela mana2.hee. apsal dapat good deal ka...

Member: takdela..saja tanya kot ade idea..

Aku: La..ia2 je. ingatkan ade good deal. em.ni pada aku la..takyah pening2 sangat..go step by step. dont rushing2..investment is not about race sapa sampai duluk. good deal ni bukan ade pada property je..kalau mu ade 10 rumah pun kalau untung rm50-100 ape kes??baik ade 1-2 rumah untung rm100..paham ke maksudnya tu...

skang ni pun banyak news yang kurang bagus. property bubble..inflasi..usd punya hal lagi tak settle2. aku sebagai ikan bilis buat masa ni lebih suka tengok reaksi dan perkembangan semasa..sambil merangka rangka plan B untuk kemungkinan-kemungkinan...then baru pikir untuk investment..

so far berkenaan property investment. aku guna cara mudah, invest guna nama wife aku je.masih ade quota..jual yang kurang bagus dan ganti dengan yang lebih bagus...dan begitulah seterusnya...hold dulu yang advancce2. tak lari kemana nye...

kalau anda biasa tengok graf..keadaannye sekarang tengah ding dong..ding dong. so stay away dulu. plan buy sell bila overboard oversold..ceewah..atau bila dah ade movement yang jelas..

em. sebenarnya that is why kita perlu multiple stream income. bukan daripada satu sumber atau satu jenis investment sahaja...its about leverage..don't put your egg in one bucket..money management..risk management and so on..so on..etc..etc..

oh. project kerja aku buat masa ni lepak2 sambil bekebun..menjadi seorang pekebun kecil..petani..penternak kecil2an..hee.life is simple...(pandai cakap je aku ni)..

orite. good luck...

Saturday, August 14, 2010

About Property Financing

pelajaran hari ini.

Just sambungan bab financing duluk-duluk (selak belakang2 juga kalau belum baca)...

bab financing yang lalu aku ade bagi tahu antara bagusnya kalau term loan daily rest nie..

antara tricknya bayarlah rumah tu dua kali dalam sebulan. ianya sedikit sebanyak akan reduce interest loan anda.

but the real is pay dwi-weekly/nak lebih bagus. bayarlah dua minggu sekali=setiap 14 hari. bermaksud kalau anda perlu bayar rm1000 untuk loan anda. maka anda bayar setiap dua minggu sekali. iaitu 2 minggu pertama =500..then another 2 weeks 500. (14 hari sekali). so 4 minggu=rm1000..

dalam sedar tak sedar anda sebenarnya dah bayar extra 1000 setiap tahun..kalau loan ikat 30 tahun dah 30,000 extra tu. memang extremely reduce principle dan interest.

kalau bayar hari-hari lagi la.heee

well. sebenarnya apa yang berlaku..

setahun ade 365 hari..bahagi 14 hari (setiap pembayaran)= bersamaan 26 kali anda bayar loan untuk setahun.

26*500=13,000 banding bayar setiap bulan rm1000*12=12,000 setahun. kan extra rm1000 tu..dalam sedar tak sedar..

kalau rajin anda tick kat kalender la supaya anda lagi nampak ape yang berlaku..hee. em. tapi kalau anda fokus untuk reduce loan rumah anda. makanya pejam mata je..buat la gini...2 minggu sekali bayar..

well semuany ade pro and cons..buatlah ikut matlamat anda...

w,salam

Monday, August 9, 2010

Investment Terbaik 2..

Quote:

Logic will get you from A to B. Imagination will take you everywhere.
Albert Einstein


Salam.

Em. Adakah anda kecewa dengan tajuk Investment Terbaik yang lalu??

Adakah anda mengharapkan tajuk tersebut sepatutnya adalah rahsia untuk buat duit dengan cepat pantas dan tuntas?? huhu. Hati-hati..

Takut-takut anda akan lebih mudah terpedaya dengan skim yang ala-ala gitu..

aku pun bukan lah pandai sangat. banyak lagi benda yang aku nak buat dan belum berjaya pun. hu.

adepun berkenaan rumah. property investment. ia sepatutnya mendatangkan keuntungan. kita semua mengharapkan begitu. caranya bagaimana masing-masing ade pandangan dan idea tersendiri.

why kita mesti buy below market. not at market prices. over market. not asal namanya rumah..em.rasanya semua tahu/boleh jawab tapi bikinnya kok lain. katanya lokasi best hot..katanya mana mungkin dapat below market..katanya rumah tu cantik..katanya kalau lambat nanti orang lain sambar..katanya aku kok dah lama nak invest2 ni tak sabar sudah..katanya sebelum duit aku abis ke lain baik aku beli rumah..katanya tak apa nanti lain tahun pasti naik harganya..dan lain2. banyak lah orang berkata-kata..

lokasi paling hot di shah alam. sapa yang tak tahu aku gitau ianya adalah di seksyen 7..so mari kita serbu beramai-ramai??he. berapa RM yang anda sanggup untuk buy..

pentingnya buy below market:

1. Aku rasa harga market skang agak mahal. mungkin lah boleh naik lagi tapi rasanya tak banyak. dah peak. mungkin lah aku salah. bayangkan jela sewa berapa sekarang. memang wow. tapi yang mampu sewa adalah student je..family kena pikir banyak kali lah. better beli daripada sewa atau sewa tempat lain disekitar terdekat. so perhatikan dikawasan anda juga..

em.tak percaya ke harga boleh turun.he. ade beberapa kawasan harga dulu sekitar 150..turun 145 130..then naik balik..145...kemudian mungkin turun sket sebab interest pun naik sikit. orang berhati-hati..fear..demand kurang sikit..

tengok jela skang pun kerajaan dah keluar skim baru melalui kwsp. well. supaya orang boleh/mampu membeli. well..gaji still banyak tu juge.

""kini berpeluang untuk membeli rumah yang lebih tinggi nilainya di bawah ‘Pengeluaran Perumahan Fleksibel’ yang diperkenalkan bagi membolehkan ahli yang layak mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

Di bawah kemudahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2010, simpanan semasa dan simpanan masa depan ahli di KWSP akan diberi pertimbangan sewaktu ahli memohon untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi-institusi kewangan.""

Why?? mungkin ni lah tandanya kuasa membeli rumah dengan harga sekarang dah berkurangan.dah mahal??

so kalau dulu anda beli harga discount/below market 30%..kalau harga turun 20% pun at least still untung 10% bukan??. or brake even pun ok..

2. Well ade je cakap walaupun aku beli harga market/over market still +ve cashflow ma...

well. itu mungkin student rate. kalau family rate??is it ok still +ve.

well kalau kat geng unisel ramai juga dah pindah ke batang berjuntai. UITM baru di puncak alam pun dah buka..kalau supply melebihi demand mungkin kena ikut rate family la kot..

kan best loan monthly 400. sewa boleh letak 650-850. banding dengan bayar bulan pun dah dekat 600++.

3. soalannya. abis kulo tak jumpa good deal. sampai bila pun tak beli invest rumah la. em.tahla. ala bukan nak untung banyak pun.asal cukup syarat beli below and +ve cashflow buy la. barulah namanya untung sebelum membeli semasa dan selepas jual. kalau tak jumpa-jumpa gak??better carik investment lain kot.hu.

kata nak buat investment terbaik. percayalah. aku ade juga rumah. so far brake even je lebih kurang. sebaik la takde kos masa beli dulu. cuba bayangkan kalau cost RM10k..then cashflow brake even. soalannya bila/berapa lama modal nak cover balik?? tak ke duit mati tu..rugi2.hu. baik simpan je dalam ASB compound sehingga dapat good deal..ape yang nak dirushingkan sangat..dapat juga 7-8%..he. atau banyak lagi investment lain kat luar tu. kena belajar la..

em. tu mungkin lah antara cara yang ada dan mudah.untung masyuk dengan risiko yang paling minimum..baru lah cepat sket dana tu berkembang.hu.

lain2 rasanya dah cerita kat tajuk property yang ade..asik nak ulang dan tayang je pun tak best..boleh selak baca dan tanya..

bersambung..

Thursday, July 22, 2010

Investment Terbaik...

Ramai orang tertanya-tanya..

Nak Invest kat mana..

Yang mana lebih bagus..tak da risiko..

ok tak kalau aku invest kat rumah..atau emas..saham amanah..fcpo..forex..stock la..ok ke kalau aku buat odasb topup asb..invest beli tanah lagi bagus ke..jadi petani..buat bisnes..dll.

ahhh..pening..

dan jawapannya.....

Sebenarnya tuan-tuan. Invest la tempat yang anda paling arif. yang anda paham. jangan ikut-ikut orang..

kalau anda tak paham, tak tahu. invest la untuk ilmu dulu...tak rugi tuan-tuan. ilmu ni pakai seumur hidup walau di mana jua anda berada..

23/7/10....

ok paham ye. maksudnya investment terbaik is invest dengan ilmu. bukan jenis investment itself..

sebab itu ade orang invest, contohnya dalam property tapi rugi..beli emas rugi..(ops org kata long term tetap/mungkin untung. tapi well kekadang lebih kepada wasting time je ).

Contohnya:

1. Anda beli rumah hari ini pada harga market price/over market..dengan harapan 5 tahun lagi harga kebaboom..(mesti 5 tahun ka??)..kononnya nak peram..

masalahnya cost anda bukan free. kena 10%..ade fee untuk legal insurance bagai..ade kos untuk rumah lagi dan juga bulanan loan rumah selama bertahun. total dia berapa?? dan anda mengharapkan untung setelah - (tolak) oustanding loan=100%..50%..ke 10%??katelah untung 30%..tapi kalau dah cost awal pun dekat 30% ape kes..

dan ini saya panggil duit mati..dan wasting time..kemudian lepas 5 tahun akan datang baru ade modal untuk invest kembali..??

26/7/10..

so..salah ke cara kat atas tu. emmm..bergantung kat matlamat dia la. kalau matlamatnya asal ade rumah dalam masa terdekat ni. maknanya dia dah success la.tahniah...

kalau nak kemas lagi. cadangan saya kena tahu lah atleast basic. market prices area sana berapa..rental berapa (bukan suka hati)..nak financing kat mana. lain2 urusan lawyer buat ape bagai aku pun kekadang tak ingat. yang penting, tahu lah ianya good deal ke tak..

kan molek anda tahu market area situ sekitar 150k..then dapat offer 100k+ (below market)..dah takyah susah-susah nak hoping-hoping 5 tahun/masa akan datang naik berapa...naik lebih sket kira bonus la tu..

jangan rushing-rushing. jangan hoping-hoping. cari dan study molek2. pada aku 1st kena pastikan cashflow..barulah boleh OPM. nak invest mana..nak invest good deal tapi -ve cashflow ke..nak buat loan lebih besar ke..nak dapatkan PL ke lepas tu pun tak jadi masalah..

ade je orang just bayar/cost deposit rm1ooo (under construction) then rumah siap dapat RM25k..tapi ape de hal..cashflow dia pun macam mana. +ve dia banyak mana. anda kena ingat tak semua dalam dunia ni indah belaka. kalau rumah tak siap2 macam mana??commitment anda macam mana...worst case anda ade pikirkan tak. apa plan anda..

kalau masih beginner macam aku ni kenalah hati2..

kalau sifu2 saham kata. exit plan lagi penting daripada entry point. 1. untuk mimima kan lost. 2. untuk take profit, tak exit awal..kalau pakar ni. masuk tang mana pun insyaallah selamat.hu. (note: aku bukan pakar).

ok. buat lah macam mana pun. asalkan cashflow anda cantik. +ve..lagi banyak lagi molek. mudah kan..

27/7/10

nanti kita bincang lagi panjang lebar pasal propety di tajuk yang lain..

2. Emas ni pun satu..orang kata naik sokmo...dan orang-orang yang kurang mengerti ikut sokmo je jugak..

ni record for every 5 years daripada 1975-2005...tapi ramai yang tengok dan diwar2kan cuma 5-10 years kebelakangan ni je..link gold history

kalau tengok situ..summary:

start tahun 1975 kemudian turun paling low 100+ pada pertengahan 1976 dan naik sampai 850+ dalam awal tahun 80an.=5 tahun
kemudian selepas 80an dia naik turun paling low 250+ ..paling high dekat 500+ sampailah 2001 test new low then baru la naik sampai lani..=dekat 20 tahun baru retrace..

so kalau mu beli masa awal 80an..bila brake evennya?? dalam tahun 2007-2008..gold 10 tahun

skang ni pun tengah peak..ade berani???

em.cantik gila graf..tahun 76 skyhigh..then turun..tahun 2001 sky high balik..em.bila la nak junam..emm.satu kemungkinan. history will repeat again??

30/7/10..

Aku cuba menamatkan hari ini. sebenarnya macam panjang lagi tapi try to make it simple la..

3. ok ye. jangan la semuanya anda invest, beli simpan manjang dengan harapan akan kebaboom je. lepas tu kaya raya...lebih kaya daripada orang yang kaya..

jangan hoping2 (kira berjudi juga tu.hu)..jangan rushing2. jangan invest kat ala-ala skim cepat kaya. duduk diam dapat duit..dll.

kalau anda main saham kenalah tahu kenapa harini nak buy or nak sell. kenapa anda nak beli property tersebut. mesti ade sebab. bukan sebab namanya rumah atau emas..mesti kena ade sebab yang releven. barulah masuk buy..lain2 tawakal la yop..he.

realitinya. basicnya semua benda adalah base on supply and demand. ianya sepatutnya balance. kalau ade demand ia naik..kalau takde demand harga turun..sebab tu harga emas..harga property sekitar..harga barangan boleh naik dan boleh turun. kalau ianya bukan sebab ecomonic sense..mestilah sebab common sense.

adatlah naik turun. kalau dah mahal sangat jap lagi turun la tu. berapa ramai yang mampu beli rumah harga 300k guna satu nama kat tempat anda?? orang kata harga naik je skang..tapi gaji tak naik2 juga bukan?? mungkin this time good to sell. not always buy..manusia tu ade emosi..hu.kalau dia rasa mahal cari yang murah..dll. yang invest ikut emosi nasib la..

4. Rasa-rasa anda la. kenapa ade orang kata property is the best..tapi ade orang kata emas..tanah..ade orang kata bisnes..ade orang kata trading forex fcpo..stock..mutual fund..

Sebenarnya tuan-tuan. Investment terbaik secara kasarnya is how much you kan make money from that investment. atleast tu bagi aku la..not invesment it self/type investment. sebab tu ade orang kata cpo, forex, saham not high risk. ade kate high risk. so ape yang kamu tahu tentang investment tu??

sebab ape orang emas kate emas terbaik atau mutual fund sekian-sekian terbaik..sebab dia jurujualbuat duit daripadanya..orang invest dalam tanah/property sebab dia buat duit daripadanya..orang yang buat bisnes yang main forex tentunya mungkin kata ianya lebih bagus daripada main property dan masuk dalam mutual fund. tak gitu?? dan begitulah sebaliknya orang yang non daripada category tu..lagi2 yang tak buat duit. risiko la..susah la bagai..

cumenya..dari segi security "mungkin" la emas..property..mutual fund..dll. but terbaik dari segi investment mestilah yang mendatangkan hasil..ape barang invest tapi tiada hasil pulangan??

yang terbaik untuk aku belum tentu juga baik untuk kamu. bergantung pada profile investment anda. buat lah apa yang kamu lebih arif..

5. Cadangan saya. 1st kena la tahu matlamat anda..kemudian apa tools/kemudahan yang boleh diguna..kemudian buatlah sistem yang mudah then follow jangan menyimpang..kemudian kenalah monitor variable change..dll tambahan.

matlamat anda nak target cashflow ke nak flip..jual masa terdekat..but still berlandaskan ilmu la ye. jangan hoping-hoping..kena ade sebab..ape factornya..location bagus untuk pelancong ke student ke..campur sebab developernya bagus ke..tu jelah tanah yang tinggal ke..dll.

contoh lagi..kenapa anda buat OD..kenapa simpan dalam ASB..

mungkin matlamatnya. sebab anda perlukan simpanan untuk hari tua atau bersara..so mungkin ASB adalah yang terbaik buat masa ni sebab untuk target long term ianya mestilah low risk..tak volatile (dulu singgit skang 0.30sen)..contoh saham mungkin invest untuk bond gitu..dah buat sistem then monitor kalau dah terlalu banyak mungkin boleh invest tempat lain..kalau buat loan..kalau interest sky high mungkin plan untuk terminate dan sebagainya..

Buat ODASB pun kena tahu apa matlamat..saya bagi contoh..mungkin untuk standby sahaja. takde plan untuk invest..mungkin anda buat plan..10% takle usik had maximum..10% lagi standby emergency kegunaan sendiri..30% lagi low risk masuk ASB biar compond..30% lagi sederhana mungkin property..20% lagi high spt saham..atau mungkin buat modal bisnes (yang anda arif)..so kalau salah satu tak jadi ade lagi yang lain..kalau 30% dah abis guna janganlah curi dana lain. tunggu la naik balik kemudian baru invest kembali..

ok lah tu moga2 terjawab sikit ape yang terbaik untuk anda buat masa ni..

salam sayang.hu






Thursday, May 13, 2010

Yang Mana Pilihan Kalbu 2..

Detailnya ade pada cik Wida dengan tajuknya http://emasdantanah.com/blog/2010/05/11/pelabur-hartanah-macamana-anda-nak-jadi/. Sila lah baca ye..

So anda pula jenis pelabur yang bagaimana ye??

20/5/10 update:

refer juga update daripada cik Wida kita.

boleh juga refer tajuk lama yang-mana-pilihan-kalbu

so kesimpulannya:??

CA=Capital Appriciate
CF=Cashflow

pada aku. 1st priority adalah pada cashflow. capital appreciate is no. 2...itu pun untuk CA ade tapisan awal..

antara sebab:
1. untuk ape jenis investment pun. kita kena ade asas yang kukuh. tapak kenalah kuat. jangan risau. kalau dah ok yang asas ni yang lain tu cepat je. untuk jadi kaya tu satu hal..tapi untuk tidak menjadi papa tu lagi banyak hal..ade juga sebelum ni saya cerita pasal hoping2..kebanyakkannye macam tulah..beli landed target CA..tapi then akhirnya??jangan ikut orang lain. diorang tu hangpa tahu ke backup dia macam mana??gaji/income dia besar mana banding expenses dia??

2. yup..kenalah study untuk target cashflow tinggi..sebab tu antara factor penting selain location is Financial IQ..kena tahu nak financing kat mana yang lebih menguntungkan..berapa cashflow dia..lain2 tools facilities yang boleh membantu dll.

antara advantage cashflow tinggi ialah mu boleh refinance rumah tersebut semaximum boleh tanpa perlu risau. tak perlu juga jual untuk dapatkan hasilnya bukan. itulah istimewanya property banding lain2 seperti gold ke..so gunakanlah keistemewaan ni.

3. CA juga penting (yang bagus medium to high end). but sebagai pemangkin untuk dapatkan dana. then untuk di investkan lagi untuk return cashflow yang lebih tinggi...duit banyak=kaya??ade juga jutawan dapat duit banyak2 jutawan segera tapi akhirnya?? saya ade cerite ingatkan sebelum ni?? yang aku nampak jalan selamat is park sume dalam ASB then belanja daripada dividen yang ade dan semestinya expanses kenalah lagi rendah. kalau tidak lama-lama susut juga bukan??

tu pun kalau lah korang nak aim for financial freedom. maksudnya mu tak kerja pun still boleh survive bukan. ade pasif income. lagi-lagi, nak-nak masa bersara kelak..ataupun lagi awal dari tu anda dah keluar daripada rat race..

Ape pun akhirnya is cashflow. tak kisahlah daripada hasil property mahupun bisnes, dll..

Untuk CA pada aku mungkin lebih kepada target short term investment. kalau yang target long term tu lagi long la baru nak merasa...hu. kalau anda beli landed target nak jual after 10-20 year time bersara sila hati-hati. takut-takut nanti jangan anda dah tangkap cintan pulak dah le (jiran semua anak bini dah kenal, rumah renovate habis). kang langsung takde hasil..

4. Cashflow penting wo..kalau lah anda ade lebihkan duit. tak kiralah memang gaji besar sangat ke atau hasil daripada investment anda. macam-macam anda boleh buat tanpa risau-risau. nak invest bisnes boleh..nak buat loan nak besarkan empayar boleh..nak beli rumah CA tinggi tapi cashflow -ve..nak buat homestay tanpa risau sambutan hangat ke tak..nak main saham..then akhirnya kalau semuanya tak menjadi..anda tak pening kepala bukan. tulah pentingnya cashflow..paham sudah??

cth situasinya begini: anda ade lebihan cashflow +1700 (cth investor A). then anda boleh spent 200 untuk backup homestay anda..1000 untuk landed/condo/shop lot/tanah -ve cashflow..500 lagi untuk loan besarkan bisnes..tapi akhirnya fail. so effect dia just brake even bukan. sebab +1700 tu adalah hasil pasif income/lebihan duit anda. ni cerita gambaran mudahnya lah. perjalanan sebenar dia semuanya kena ade ilmu...

pendek cerita: lagi banyak +ve cashflow anda lagi banyak you can take the risk...lagi banyak you boleh buat..lagi low risk anda (ade ilmu pun low risk juga)..lagi nyenyak tido anda...bukan totally sebab duit anda ade 500k..then boleh invest 500k..kalau ianya memberi pulangan -ve 1000 ape you nak buat?? faktor pengurusan diri satu hal..faktor luar yang tidak dapat dielakkan juga lain hal..

last ape pilihan aku:

Of cause dalam pertimbangan sekarang/buat masa ni (untuk property) aku prefer dapat kedua2nya sekali. kalau cashflow ade tapi at market price aku letak tepi dulu..berapa banyak tu tak kisah janji below market. cashflow takde bukan pilihan dihati..

Cadangan plan daripada saya. mungkin 1st invest untuk tambah cashflow..then plan la ikut mana pun tak kisah untuk dapatkan dana tambahan then invest balik untuk cashflow..lagi tinggi, makin tinggi cashflow lagi baik..

p/s: kalau anda memang orang-orang terpilih macam member tu. gaji income besar expenses sikit..+ve cashflow tinggi. better go to high end terus..untuk pulangan CF yang lagi tinggi..

sekian adanya.

Monday, April 5, 2010

Yang mana pilihan Kalbu..

1. beli rumah harga at market value (MV) and ade +ve cashflow

2. beli rumah below market value and ada +ve cashflow

3. beli rumah above market price and +ve cashflow

4. beli rumah cash and +ve cashflow

5. beli rumah below market value and -ve cashflow

6. beli rumah at market price anda -ve cashflow

7. beli rumah cash

8. beli rumah cash and -ve cashflow.

9. janji ade rumah

10. janji ade rumah at hot location.

11. dll..


korang????ade komen atau tambahan...

Thursday, March 25, 2010

Sambungan property financing

Sambungan daripada tajuk apa lagi selain loacation..location..location

4. loan tenure (tempoh pinjaman)

5. dan sebenar anda tak perlu risau sangat ikat panjang ni..andai kata anything happen kat you atau umur tak panjang, anda sebenarnya atleast ade MRTA (insurance) untuk rumah tersebut. anda tidak meninggalkan beban hutang kat generasi anda sebenarnya. tapi waris kena declare la. bank mana tahu seh. (kang tak pasal2 kena lelong.huhu.) buka file satu ye..

saya suka begini. selagi hayat ada dan mampu..saya akan refinance dan refinance lagi rumah tersebut, dapat cash then teruskan perjalanan hidup. banyak seh benda yang boleh dibuat dan disumbangkan..but then yang paling molek. rumah tersebut still orang lain yang bayarkan..peace.

note: kalau joint nama untuk loan. anything happened kat pasangan, maka rumah tersebut still kena cover oleh pasangannya tetapi separuhlah. cth loan 500, so kena cover 250..
em.ada lah pro and con dia..

p/s: kayakan bank tak salah..asalkan anda pun jadi kaya.haha

5. Lock in period

maksudnya. dalam tempoh tersebut, anda dinasihatkan supaya tidak membuat full settlement untuk loan rumah tersebut (tak kisahlah jual ke.sama maksud la tu). kebiasaannya 3-5 tahun. standard 3 tahun. ada juga yang offer 1 tahun kekadang. beza ketara biasanya dapat dilihat ialah interest yang diberi. kalau lock lama, interest biasa lebih rendah berbanding lock 3 atau 1 tahun.

bukan tak boleh full settlement (kan saya kata dihasihatkan). boleh je dengan syarat anda memang buat duit la kat rumah tu.he. penalty/denda kebiasanya 3% atau 5k yang mana lebih tinggi. ni boleh refer tanya bank. juga tengok term condition. bank pun nak untung seh..kot lepas setahun nak jual ke. kalau anda nak flip masukkan cost yang ni juga ye..

tapi kalau dah sah2 memang anda tak jual dalam tempoh 5 tahun. kenapa tak pilih lock in 5 tahun. interest lagi murah ni. jangan degil..haha.

em. dah tahu so plan dan buat mengikut matlamat anda ye..

6. Ceiling rate

adalah tanda aras maximum bagi BLR atau BRF (interest) andai kata ianya naik . loan ni di offer oleh islamic pakage. biasanya ceiling at 10.75% (refer bank pilihan anda). maknanya katalah BLR naik sehingga 12%..bank kira 10.75%.

7. FMC/ZEC bla2..(free moving cost/zero entry cost=sama)

ni kalau budget kurang boleh la ambik pakage ni. maknanya all the processing fee untuk loan dia cober...but ada syarat-syarat dia lah seperti rumah harga 100k atau 150k ke atas sahaja. (lebih lanjut refer bank)..dan juga monthly anda tinggi sket (sket je..). sebab absorb dalam loan.

tapi tulah yang saya katakan. modal anda kurang sikit la..


Extra

8. check juga lain2 facilities seperti:

1. prepayment allowed any time and any value..maksudnya anda boleh buat bayaran bila-bila lah yang anda suka. setiap hari ke..sebulan dua kali ke. ni kalau daily rest, ianya sangat membantu reduce your interest. ianya adalah currect account. but hati-hati..ada bank dia letak syarat tambahan untuk sebarang bayaran tambahan anda kena advice bank dulu..(saja-saja bagi leceh siket.kan ramai yang malas.hu). so kalau boleh ianya without advice.

tanya bank pasal home flexi..

2. Redraw facility. bianya untuk kemudahan ni, anda akan dapat card atm..boleh kuar masuk duit sesuka hati mengikut kerajinan anda.haha. so boleh park gaji la apa sume dalam ni juga. boleh reduce interest.

ni juga membantu kalau-kalau anda membuat pengeluaran KWSP acc ke2. untuk yang pertama dia akan masuk dalam akaun bank anda. untuk pengurangan baki yang berikutnya dia akan masuk terus ke akaun rumah anda..

so dengan adanya kad atm ni..anda boleh je keluarkan balik duit tersebut. provided still kena tinggal atleast baki untuk bayaran bulanan tersebut la. (dalam atm tu dia ada mention amount yang you available untuk keluarkan).

note:
pengurangan baki: anda boleh keluarkan semua dalam akaun KWSP 2 untuk dicreditkan dalam akaun rumah. minimum RM500. so kalau rumah anda takde kemudahan ni maka tak dapat lah nak guna cara di atas. sebab pengeluaran kwsp adalah untuk rumah pertama je..

atau last choice jual rumah tu then ambik rumah lain. (untuk kali terakhir lepas tu kwsp tak terima).

pengurangan ansuran bulanan juga ada: setiap bulan dia akan creditkan ke dalam akaun korang=jumlah bulanan rumah.

jangan joli sakan plak dah le..

lain2 refer kwsp yo..

3. check juga tanya payment yang dibuat tu reduce principal (harga pokok bukan bunga2an) ke interest semata.hu. biasanya flat rate dia reduce interest dulu..sebab tu anda banyar banyak tapi amount tak kurang-kurang.huhu. try tanya check kalau nak buat full settlement anda kena bayar berapa..he. lain2 reducing term ok. dia kira interest base on principle balance.

4. dan lain2 faciliti dan benefit. banyak lagi..kulo lagi besar anda lagi besar offernya. tapi dapat yang di atas tu pun ok dah..


OK dah ni kot..lain2 kalau ada terlepas pandang boleh maklumkan atau dibincangkan bersama.sekian.

harapan lepas ni boleh lah bijak memilih yo..mengikut matlamat anda.

Wednesday, March 17, 2010

Apa lagi selain Location..Location..Location..

salam.

entry kali ni khas untuk para rakan2 sekalian yang pingin memiliki sebuah rumah atau mungkin rumah-rumah. em.tak kiralah mahu di investkan ke atau untuk di diami.

ni pun boleh dikira kesinambungan daripada entry sebelum ini untuk property investment.

selain factor lokasi anda seharusnya mesti tahu hal2 berkenaan financing untuk rumah anda. sila tekun membaca ye.(saya cuba luahkan sebaik mungkin).

kadang-kadang orang tak kisah pun bab-bab ni. janji dapat rumah ok dah. bayar jela bulan-bulan. ("ops bukan tak kisah..cume mungkin pandangan berbeza"),("mungkin takde orang cite so tak tahu").

- ada orang taknak hutang lama-lama..
- ada orang dia suka flat rate..
- ada orang dia suka berurusan dengan 1 bank tu je.senang gaji ape sume kuar masuk situ.
- ada orang beli rumah nak mudah..biarlah developer uruskan semua, cepat kalau lelong atau jual beli guna bank yang sama untuk urusan loan. taknak ambik tahu.
- malas la nak gi sana sini..ala berapa je beza..
- ada orang sebab awek kat kaunter tu cun.hu
- dll.

ok..lepas ni sila perhatikan dan consider benda-benda ni pulak ye..

1. tanya bank, margin finance dapat berapa untuk loan sekian2.biasa rumah 90%. kalau tanah atau shop lot margin dia berlainan 60-80%. juga tanya siang2. kalau ikut comittment skang ni berapa bank boleh bagi/layak. takut2 commitment anda tinggi anda tak dapat atleast 90%. apatah lagi nak lebih 100%.hu

2. berapa interest rate dia bagi..blr/bfr minus berape? cth blr-1.6..lagi banyak tolak lagi bagus. lagi murah bulanan anda. jangan ingat semua benda yang tambah ++ tu bagus ye.

3. adakah ianya berdasarkan daily rest atau monthly rest atau mungkin yearly rest dan fixed rate.(kadar faedah). yang terbaik dalam finance ialah daily rest dan di ikuti dengan yang lain2 kerana ianya reducing balance. (sebaliknya compounded boleh juga).

saya tolong kira sket: cth loan RM60k at 5%
flat rate (ambik contoh kereta atau personal loan) =((60k*5%*9 tahun)+60k)/108 bulan=rm805.556 permonth. faedahnya adalah sebanyak 27k atau bersamaan 45%. yang ni hang bayar lebih pun takde maknanya..just mungkin settle awal atau dapat rebat sket. tapi keuntungan diorang tetap +-45%.

reducing balance: yang ni kawe takle congak2.
yearly rest (kadar tahunan) =interest dikira mengikut baki hutang keseluruhan setiap hujung tahun. cth barangan perabot (save almost 50% from fixed rate)
monthly rest=interest dikira berdasarkan baki setiap bulan. cth ASB (save almost 5% from yearly rest)
daily rest=dikira mengikut baki setiap hari (kira hari-hari). cth Card credit (tapi 18%), Overdraf..

basic secara kasarnya untuk kira interest ialah: tapi reducing balance ye.
daily rest interest= 60k*5%*1/365*30= RM246.57 /month
monthly rest= 60k*5%*1/12=RM250 /month

=menunjukkan interest daily lagi kurang interestnya kerana dibahagi dengan 365 hari..dan ianya (interest) reducing balance. yelah dah baki (pokok) pun kan dah berkurangan sebab tu interest pun kurang. nak bayar hari2 pun boleh. lagi banyak bayar setiap hari atau bulan, lagi kurang interest anda bayar dan lagi cepat habislah ia..

4. loan tenure (tempoh pinjaman). biasanya maximum dalam 30-40 tahun atau umur 60-70 tahun mana yang terdekat. saya tahu anda risau bank ambik duit anda banyak kalau ikat lama2 ni..tapi consider juga begini..mana lebih bagus, bayar bulan2 tinggi ikat selama 20 tahun. atau anda ada lebihkan duit poket selama 20 tahun. Untuk teruskan hidup tu lebih penting bukan (jangan dikenang sangat loan tu. 20 tahun pun bank kaya juga. pikirkan diri anda)..

belajar serba sedikit berkenaan apa ada pada cashflow.
dan lagi cashflow is king

alasan saya lagi. kamu masih muda (kira umur sendiri). lain lah kalau lagi 10 tahun nak besara..nak buat loan up to 30 years payah deh. dah tak layak. mungkin risau juga pendapatan akan susut.

2. Anda buat loan rumah 15-20 tahun. kemudian loan abis cepat supaya ape? bukan nak refinance atau jual pun kan?supaya nanti lepas tempoh tersebut anda takde comittment lagi then boleh simpan??ke buat hutang baru.hu..(dan jawapan biasa taknak kayakan bank.huhu). tapi aku kira2 cth rumah harga 100k (4.2%) kalau loan 20 tahun banding 30 tahun bezanya dalam rm127 hinggit (tak banyak). hasil duit tersebut simpan di asb (div 7% bonus 1%) selama 30 tahun=RM166,979. Banding lepas 20 tahun (habis loan rumah) nak simpan pun baru RM107,965. beza +-50k. (tu kalau simpan je tak di investkan lagi)

3. sebab lain juga untuk apa2 jenis loan. kebanyakkan bank sebenarnya adalah lebih berminat tengok cashflow anda. kemudian barulah lain2 aset atau jenis risiko hutang. anda ikat hutang pendek then monthly tinggi..lepas tu nak buat loan lain bank reject sebab commitment bulanan anda tinggi. anda pun cakaplah "en bank, bulanan saya tinggi adalah kerana saya ambik loan jangka pendek". en bank pun kata saya peduli apa..haha. banding bulanan anda rendah sebab ikat loan jangka panjang.."en bank akan kata oh..kami sedia membantu"haha. em.anda biasa ditanya lain2 hutang bayar berapa ye, ke atau bank tanya loan anda ambik ni jangka pendek ke panjang??hu

tapi macam saya cakap la sebelum ni. yang penting nak di apakan dengan duit yang ada selepas tu..

4. dan sebenarnya kalau anda tahu. walaupun anda ikat 30 tahun.anda still boleh abis dalam masa 20 tahun juge. saya cadangkan begini. anda kira berapa bulan-bulan kalau ikat pendek. katalah RM500. then katalah ikat panjang bulan2 adalah RM400. apa kata anda ikat panjang tapi bayar extra, anda bayarlah macam biasa rm500 juga. dulu saya kira kalau saya bayar extra rm50 (rumah murah) pun boleh reduce hampir -10 tahun. loan 35 tahun target habis +25 tahun..tu belum kalau bayar 2x atau lebih dalam sebulan (jumlah yang sama). pun boleh reduce sikit. sebabnya interest jadi rendah. ambiklah package daily rest.

tapi yang bagusnya bila time tercekik atau terdesak..anda bayar jela minimum iaitu RM400. boleh la beli barang2 keperluan sikit. tak gitu??jangan beria2 bayar rm500 tapi akhirnya di lelong udah le.huhu. sila maklumkan kat saya segera. kot saya boleh beli dan selamatkan rumah anda tu...


...........

penat lah nulis..

ada lagi dalam 4-5 item kot nak cite base apa yang aku tahu..em.bersambung la ye. pahamkan dan hadam yang ni duluk. kang banyak sangat menulis banyak juga la menipunya.haha. boleh tanya..kita brainstorm sesama..

lepas ni dah tahu semua ni baru leh sesuaikan dengan matlamat anda..begitulah caranya.

Thursday, February 11, 2010

Berjinak-Jinak Dengan Property Investment

Salam.

Bagi menjawab soalan daripada rakan kita si Eh.. yang berbunyi "byk benda aku nak belajar pasal property nie..tapi aku tak tau nak start dari mana..takde ilmu langsung la beb..".

berita gembiranya ko bukan yang pertama dan keseorangan. he. (aku tahu ko pakar bab lain). biasalah semua orang bermula dengan tak tahu apa2. ilmu tu penting dan kenalah cari. dan kebiasaannya juga rumah pertama adalah yang paling suspen. then lepas tu pejam mata sebelah je..hee.

Pertama-tamanya saya pun masih/still dalam process belajar juga dan sentiasa belajar. sedikit daripada saya untuk entry ni bagi yang mahu memulakan langkah pertama.

1. Apa matlamat anda?

cashflow ataupun capital appreciate. kalau dah namanya target cashflow janganlah beli mahal2 atau pada harga market price. kebiasaannya rumah jenis ni rumah bertingkat seperti rumah flat/appt/condo. key dia anda kena tahu rumah yang anda nak beli tu monthly loan payment dia berapa then sewaan (bukan buh suka2) area situ berapa. (standard market).

kalau target capital. yang ni mu kena ada duit lebihan la. dan biasanya rumah landed (bawah). kalau aku banyak duit. aku mungkin consider untuk beli tanah kat Kampung Baru KL tempoh hari RM1.4 juta. then tak lama selepas tu keluar metro kerajaan nak ambik RM 4 juta. so kayo2...tapi kena pastikan cash in hand ada la untuk bayar/cover loan bulan2 RM6-7k sebelum tu.

kalau anda beli rumah kat belah2 dalam rawang mungkin susah nak dapat penyewa atau lama tunggu harga rumah naik. tapi kalau anda target beli rumah then buat rumah burung layang, wat cendawan, ternak arnab, ikan, buat bisnes atau mungkin just nak duduk kerja situ dapat rumah besar dengan harga murah, mungkin sangat berbaloi..

sebab tu saya kata apa matlamat anda?

2. then macam mana nak tahu good deal ke tak. anda kena biasa2kan dengan standard market price untuk rumah la. tengok banding harga mengikut jenis rumah, keluasan, bumi (bumiputera saja leh beli), leashold atau freehold (kalau tanah anda di Kampung Baru tu freehold tetapi kerajaan nak juga untuk wat pembangunan, nak buat highway apa leh buat?) . mulakan carian dengan area yang anda arif/tahu. spesifik kan, contoh area puchong ka klang ka..Shah alam ka..KL ka..sila pilih satu tempat. check dan compare harga kat mudah.com atau paper pun buleh..then anda tahu la anda membeli pada market price ka over market ka atau below market..

lagi detail boleh check dengan pihak valuer (dia akan check luar dalam sume2 termasuk renovation). ada caj dikenakan mengikut harga rumah. tapi boleh je just call untuk tahu secara verval dalam telepon. tanya kot dia ada record untuk area rumah situ. (yang ni tak kena caj). pihak bank pun ada yang boleh membantu.

hah dah tahu yang ni. dah boleh beli rumah dah. lain2 pihak bank dan lawyer sedia membantu.he. mudah bukan. jangan pening2 atau wat kepala tu serabut.

3. kalau nak beli rumah lelong refer entry ni. status kewangan diri juga penting. nak memahami tetang cashflow main juga game free ni.

4. kalau nak detail sket pasal untung rugi kena baca entry ni.

5. lagi bagus ambil tahu juga kerja-kerja lawyer..legal term dan process supaya anda tahu hak dan mengelakkan tipah tertipu dengan agent2.

6. nasihat saya. dalam investment ni emosi kena jaga..matlamat anda adalah keuntungan bukan kepuasan.he.

ada orang beli rumah invest sebab ikut kawan2, isteri suruh, bapa suruh, sebab deposit rendah, sebab cantik, sebab emosi..

ada orang bangga dapat beli rumah. katanya untuk investment tetapi duit masuk takde. duit keluar je. lokasi tah di mana2. membeli harapan semoga suatu hari nanti akan naik juga.

ada juga yang bangga bila rumah yang dia duduk masa beli tempoh hari harganya dah meningkat naik. tetapi pada saya money in the poket is better than money in the market. anda tak buat apa2 masakan life anda akan berubah.

beli rumah lelong tapi over market

elakkan beli rumah harapan. iaitu rumah yang belum siap. orang lain mungkin ada pendapat dia sendiri tetapi saya tak pakar dalam hal itu (atau mungkin saya belum kaya macam beliau). saya lebih suka beli bila saya pasti ianya untung. kata panjangnya..saya tahu rumah itu ada, dah siap, ada bumbung dan saya boleh masuk kedalamnya..saya juga tahu saya dah boleh sewakan dengan keuntungan..saya boleh jual kalau saya mahu..tak risau pasal developer lambat siap atau tak siap..terbukti dah beberapa tahun rumah tiada masalah..boleh tengok perangai masyarakat setempat..tak risau mungkin kena bayar interest pada bank..saya boleh duduk situ kalau saya nak..dll.

mungkin lah:

under contruction ni bila siap harga akan naik terus atleast 20%. em. saya still boleh dapat pada harga tu dengan tak perlu tunggu siap lagi 2-3 tahun.

selagi rumah tak siap tak perlu bayar loan pun dalam tempoh mungkin 2-3 tahun. em. 2-3 tahun tu saya dah buat keuntungan dan mungkin boleh jual selepas itu.

deposit murah RM1k. yang ni pun kalau nak, boleh je cari dapat rumah free dan untung..

rumah baru kok musti takde masalah. em. kalau ada masalah macam mana?. saya lebih suka kalau orang lain yang repair atau ambik risiko tersebut kemudian selepas beberapa tahun tu saya beli dengan tenang kerana tahu rumah tersebut memang tidak ada masalah.

beli under contruction untung berganda2. saya pun suka untung berganda tapi saya lagi sanggup untung sikit daripada losses. ni cara saya minimumkan risk.


okies. rakan2 luar sana nak tambah atau bagi cadangan atau perbaiki atau komen yang bernas sila2 lah..

Wednesday, February 3, 2010

Bagi Mereka2 Yang Merancang Untuk Kahwin

Bab Kahwin ni zahir batin kena ready. kena sedia memikul tanggungjawab. bukan senang wo..bukan semuanya indah. kena ingat tu supaya anda bersedia dengan apa2 yang mendatang. kena sedia memberi dan menerima seadanya. jangan ingat nak sedap je. last2 merana..mungkin sebab itulah kot zaman sekarang makin ramai cerai berai (mintak dijauhkan). semua nak menerima je taknak memberi bertolak ansur..

ok bukan itu yang saya nak sampaikan sepenuhnya..korang pun taknak dengar aku berceramah.

kawan tengok ramai yang sekarang buat personal loan untuk kawin. sebab apa. sebab belanjanya bukan sikit. mana mahunya kalau just buat kenduri kecil-kecilan.

ketahuilah bahawa berhutang untuk kahwin ni liabiliti (10-15 tahun). hutang yang tak bagus. ada saya jelaskan dalam entry lepas.

kawan kita pun ada menegaskan majlis kahwin ni sehari je. tetapi yang lebih terutama lepas tu nak hidup puluh2 tahun.

tapi saya percaya anda taknak dengar nasihat orang..nak juga buat personal loan. katanya kahwin ni sekali seumur hidup.nak la cantik-cantik.

ok lah buatlah personal loan. saya tak marahkan anda lagi. Tetapi pastikan anda boleh membayarnya dan ianya bukan dipotong daripada duit gaji anda. sudah paham??hahaha. ini lebih rumit sikit.

psst..anda still kena menyimpan. ini basic dalam segala hal.(tak tahu lah kalau2 ibu bapa anda memang kaya tak kisah de setakat sponsor hantaran dan 8-12 khemah).

pilih lah mengikut kesesuaian anda:

1. Anda ada duit hantaran mungkin dalam 10k-15k dalam tangan. apa kata anda berbicang dengan keluarga belah perempuan baik-baik. terangkan niat hati anda. (takleh tahan lagi dah). saya cadangkan hantaran tu bukan dalam bentuk duit tetapi sijil asb 15k (scan). janji sedap mata memandang je sebab yela dah menjadi trend, kang orang mengata pulak (nak sedapkan hati orang lain je sebenarnya). sijil boleh cagar untuk dapat kemudahan OD. duit tu buat belanja majlis kecil2an.

2. Duit-rumah-kwsp. (tapi ni tak sesuai bagi orang yang tak sabar, plan nak kawin esok lusa terus). you ada duit sekitar 10k-15k. duit tu anda belilah rumah. buat pengeluaran kwsp. untuk pengeluaran kwsp kali pertama anda akan dapat 10%+10% (atau semua bergantung yang mana lebih sikit) direct masuk dalam akaun anda. (saya andaikan harga rumah 100k). so anda dapat keluarkan RM10k+RM10k=RM20k. hah anda ada RM20k+rumah bukan. takdelah lepas tu pening nak kumpul duit beli rumah lagi. saya cadangkan rumah tu disebut juga sebagai hantaran. kan gempak sijil RM15k+rumah. tapi duduk memang sama2 pun. tak rugi bukan.

3. Duit-rumah-kwsp-personal loan. (pun tak sesuai untuk orang yang nak kawin esok). mungkin mak mertua anda nak juga hantaran RM10k tu. pak mertua anda bukan lah mampu sangat. So 1st anda ada duit then beli rumah investment target untuk sewaan (ni kena ada ilmu). kemudian buat pengeluaran kwsp. (dapat duit poket lagi). kemudian hasil sewaan (katalah +ve Rm150). so hasil tersebut mungkin anda boleh ambik personal loan sebanyak RM15k lagi untuk cover hantaran (ikat 15 tahun. eh sekarang 20 tahun bank rakyat). so dalam tangan RM20k+15k+sebuah rumah investment. jangan risau ikat hutang personal loan lama. anda kemudian bila cukup nisab haul boleh refinance rumah then tutup itu hutang. saya anggarkan dalam 5-8 tahun dan semestinya tak sampai 20 tahun. bayar bulan-bukan tak pakai duit gaji anda bukan??

4. ah sengket benar. tapi hati ingin kahwin. boleh beli rumah dengan zero payment. then keluar kwsp. duit ni wat kenduri doa selamat la..

5. last gabungkan semua2 termasuk entry beli kereta, asb loan la apa. maka complete la. hantaran sijil asb+rumah+kereta+insurance+tiket honeymoon+umrah dll. yang semolek2 hantaran ialah kalau boleh biarkan yang dua2 pihak boleh guna bersama..ok...

bagusnya lah kalau semuanya telah dirancang awal2..bagi orang2 yang berfikir.






Wednesday, January 27, 2010

Saya Tak Kata Ber Hutang Tu Bagus

dan saya tak juga mengatakan bahawasanya berhutang tu tak bagus...

kekadang berhutang tu lah yang membuatkan manusia lebih hidup.hee. tak percaya? sila perhatikan sekeliling anda. kan semua orang tengah bekerja keras. buat macam2, join macam2, bersemangat kerja over time (lebih masa). bergerak ke sana ke mari. berfikir nak menyelesaikan masalah. nak settlekan hutang kereta, rumah, pelajaran pendidikan, personal loan, perabot dll. so anda setuju kan?? sila lah berhutang.kui2..

lagi pun dah kenyataannya majoritynya berhutang. tak dapat lari daripada berhutang. you not alone.hee

cumanya masalah hutang ni bila ianya tidak terkawal makanya siap lah..( sila imagine sendiri).

Saya pasti orang yang beruntung ialah dia mampu membeli semuanya secara cash tunai. Rumah besar, kereta idaman dll semuanya secara tunai. (memang kaya la tu), tak kisahlah waris ke atau jutawan segera ke apa. Dan setingkat lagi orang yang lebih beruntung ialah dia mampu dapatkan semua diatas secara percuma (psst..walaupun dia tidak semestinya kaya). saya pun dah cite macam mana nak dapat kereta free

mau saya ceritakan lagi sebuah cerita pendek, kisah benar (tak tipu. saya yang uruskan kok bagi pihak) tentang seorang kawan. dia membeli sebuah apartment mentari court (tepi federal highway PJ) tahun 2009 pada harga RM78k (daripada orang)..dan mendapat loan pinjaman daripada pihak bank sebanyak RM 103,500, bulanannya sekitar RM550+. Rumah tersebut pula disewakan pada harga RM1000 (fully furnish) kepada student. pening bukan?? saya suka.hee

saya ambik calculator tekan2= (RM103500-RM78000)=RM25,500+deposit rumah api air=untung + sewaan =(Rm1000-RM550+)=???

ok cukup la tu. sebenarnya nak cite kalau ada ilmu insyaallah semuanya mungkin. bukannya susah. (semuanya dibuat secara legal).

sedikit idea. why not rumah pertama you invest dulu, sewakan dengan pulangan +ve cashflow (mungkin 3 or 4 rumah). then daripada hasil tersebut boleh lah digunakan untuk bayar bulan2 rumah idaman (tempat tinggal) anda tu. taklah rabak duit poket anda bukan??. macam dalam entry ni.

kesimpulannya:

Benda baik ni cara nak dapat dia ialah dengan kesabaran. lain-lain, biar masa je yang menentukan. (orang yang berjaya hari ini adalah hasil usaha dia pada tahun-tahun yang lepas). bukan semalam esok lusa..

Anda pun pernah dengar pasal hutang baik dan hutang tak baik (good dept and bad dept). so pilihan di tangan anda. kalau masih kurang pasti yang mana buruk yang mana baik??

good dept=menjana income=aset=duit masuk
bad dept=comittment=menambah liabiliti=duit keluar

hutang wajib dibayar.

Friday, January 8, 2010

Cara Membeli Rumah Lelong

Aku mula berjinak-jinak masuk property auction pada 28/3/2008. 1st rumah flat di shah alam tapi gagal.hee. em tapi bukan itu tajuk utama dia.hu

Dengan pengalaman yang ada ni boleh lah aku cerita sket mana yang aku tahu:

Sebelum

1) 1st tak kiralah sama ada nak masuk rumah lelong ka atau beli daripada pemaju atau beli dekat orang, anda seharusnya check dengan bank berapa kelayakan loan anda. check comittment anda. bukan apa. saya risau2 kalau tiba-tiba loan anda tak approve ke..atau record anda tak elok..atau mungkin comittment tinggi so bank mungkin bagi sekitar 70-80% loan. hah kan susah tu mana nak cekau balance. lain-lain hal mungkin deposit anda burn/hangus. atleast kalau dia kata layak rumah sekitar RM100k jangan lah ngengada nak beli rumah harga RM200k. tengok2 skali pakage yang best2 beserta monthly brapa untuk harga sekian2 supaya anda ada idea nanti.

2) Mana nak dapat news/maklumat rumah lelongan ni?
Saudara boleh rajin2 tengok surat khabar seperti metro atau star atau new straits times (NST).
Dekat bank pun kekadang ada.
Dan yang paling senang ialah tengok je kat internet. memang tiap2 bulan ada. yang popular adalah seperti under ngchanmau, property auctioneer (PAH), ehsanauctioneers, tancorp dan lain2. update setiap bulan.

3) call dan mintak faxkan Proclamation Of Sale (POS) under auctioneer yang lelong rumah yang korang berkenan tu. dalam ni mengandungi maklumat rumah, syarat lelongan seperti sekatan, tempoh settlement, bank draf, claim covered ke tak dll.

4) Pergi lah tengok rumah tu. condition macam mana. teruk ke, perlu kos repair ke tak kemudian nanti..ada outstanding maintenance ke apa dan brapa. ada orang ke, adakah ianya penyewa atau owner. buat homework sket kira2 just nak flip ke rental (sewakan) ke untung brapa.hee.bergantung pada matlamat. or just nak duduk sahaja. ni semua penting untuk budget/limit dan decision anda nanti supaya tidak menyesal atau miss budget. Cari harga market dia dan rental dia.

5) Budget atau limit ni penting tau. ni semua melibatkan untung rugi anda. kira betul2. kalau anda kata limit last bid RM150k so jangan la kat sana nanti lupa atau temakan hasutan orang, angkat je sampai over budget.
Dah decide betul-betul harga yang anda sanggup then buat/prepare bankers cheque (5%-10%) refer pada POS. ni buat kat bank.
Tidak lupa prepare skali duit lebih. Maksudnya, katalah reserve price (RP) RM100k then anda decide sanggup Bid sampai RM150k. so bank draf kena buat ialah RM10k (andai 10%) dan prepare balance tunai RM5k (kena bagi lepas berjaya bid). total RM15k (10% daripada RM150k). kalau tak berjaya gi claim ambil balik bank draf.

Semasa

6) Anda pun pergilah ke tempat auction yang telah dinyatakan. semoleknya awal la dalam setengah jam atau sejam (lagi2 1st time). supaya tidak kalam kabut. register kat kaunter bagai. bagi IC copy dan bank draf. dia akan bagi kipas bernombor mewakili anda (rumah yang anda masuk). benda ni lah yang akan anda angkat nanti untuk membida.
Hati-hati dengan ulat - orang yang menyibuk nak tahu rumah mana yang anda masuk (jgn tanya kenapa). masa ni jangan lah sibuk2 nak bersosial dengan orang yang tidak dikenali. bahaya.hee.

7) if menang... sign contract dan bayar stamp duty rm50 dan bayar duit perbezaan harga bidding dengan RP. dia akan bagi salinan contract of sale dan collect dalam 2-3 hari.

Selepas

Apa lagi pecah la rumah yang korang menang tu. untuk start prepare repair apa patut. (tetapi by law sebenarnya tak boleh masuk selagi belum transfer ke atas nama anda). tapi rumah itu memang takde owner memang kosong.huhu. jiran tanya tunjuklah COS (contract of sales) yang anda ada tu.

Dah dapat original COS, boleh lah process untuk loan, hire lawyer call valuer la bagai. kalau takde yang kenal, guna panel bank tu je.

bayar apa-apa tunggakan rumah kalau ada dan simpan resit tu untuk bagi kat lawyer.

lawyer akan buat kerja dia. tukarkan nama, process claim bagai..dll. tinggal bayar jela.hee

then terpulang la nak duduk ke sewakan rumah tu dan lain2.

then cukuplah perkongsian untuk hari ni. letih naip..mana tak paham kawe tolong cite balik atau meh la TT (teh tarik satu) senang cite..

okies

Monday, January 4, 2010

Sekilas semasa Auction days


CIMB Auction berlangsung pada 12/12/09 hari sabtu. Bertempat di
Cititel Hotel Midvalley.

Alhamdulillah berjaya membida sebuah Apartment di Shah Alam pada harga RM95k dan telah disewakan pada 1/1/2010 dengan sewaan RM800.
(psst..loan pun masih dalam process).




Monday, December 21, 2009

Faktor Terpenting Dalam Pelaburan Hartanah

Selamat kembali. Renungan untuk hari ini

Em. Rasanya semua orang tahu dan biasa dengar faktor terpenting dalam pelaburan hartanah adalah location..location..location kan kan?? yup memang tak dinafikan ianya penting bilamana anda hendak membeli rumah (lagi2 tempat tinggal) tetapi ianya bukan lah factor terpenting kalau anda hendak membuat keuntungan dalam investment anda.hee.tak setuju??

Sebenarnya rakan-rakan sekalian, Untuk membuat keuntungan kuncinya adalah pada financial IQ. em. saya mula terdengar orang berkata2 kalau bukan location hah beli la rumah belah2 rawang sana....huhu.sabar kawan2..(ada juga yang beli belah sana dengan keuntungan)..

Sebab ape saya berkata begitu:

1. Setuju dengan saya (bahasa lawyer) bahawa ada juga yang melabur di location-location yang HOT tapi tidak untung. kenapa ye...

Rakan-rakan. dengarlah nasihat saya. Yang mana lagi berbaloi antara membeli rumah di tempat HOT dengan harga RM145,000 dengan kadar sewaan RM850 berbanding tempat yang kurang menjadi tumpuan dengan harga RM90,000 pada kadar sewaan yang sama atau RM800..??pikir2kan.

Eh jangan salah paham. bukan saya kata jangan invest tempat2 HOT. kan saya kata kuncinya pada financial IQ. kalau tempat hot anda boleh dapat below market price maka silakan lah membeli jangan segan2.he. tapi kalau market price pun dalam 140k anda beli 145k..market 75k-80k anda beli 118k (over market) ape kejadahnya tu.

2. Anda juga perlu tahu or belajar bahasa2 bank yang diguna pakai. tak perlu semua tetapi atleast KENA tahu ape itu BLR/BFR..ape maksud lock in period..daily rest or monthly rest or yearly rest and fixed rate..berapa Interest Rate dia. ape maksud BLR-1.8..ape maksud ZEC/ZMC/FMC (sama je)..maximum loan tenure..current account..saving account..Ceiling rate..Lain-lain maksud seperti redraw facilities..OD facilities..reduce principal or interest..advance payment with or w/out advice/permission dll..

Kerana apa anda perlu tahu. kerana benda-benda ini la yang akan memaximize or meminimize kan keuntungan keatas segala pelaburan anda. Contohnya saya andaikan anda berjaya membeli sebuah rumah pada harga murah..tetapi anda mengambil pakage loan fixed rate untuk tempoh 10 tahun dengan bayaran bulan2 RM 800. manakala rumah itu anda sewakan pada harga RM 500. adakah ianya profit?? so di sinila yang saya maksudkan perlunya financial intelligent.


Kesimpulannya:

Tak perlulah anda beriya2 benar untuk memiliki rumah di tempat hot. Kaji dulu. mungkin ianya hanya sesuai untuk orang-orang yang sudah terlebih duit or amatur dalam investment sahaja..

Anda sebenarnya perlu membuat keuntungan Sebelum..Semasa dan Selepas menjual rumah tersebut.

Tak salah kalau anda boleh dapat/beli rumah di rawang tanpa KOS dan sewakannya pada RM350..

Sunday, December 13, 2009

RUMAH PERTAMA

Pada aku,rumah pertama ni adalah untuk investment..maksudnya? Ya rumah pertama adalah aset aku (menjana income). korang tak setuju??

sebelum tu ape maksud aset/liabiliti:
ASET = duit masuk poket/tambah pendapatan
LIABILITI = duit keluar daripada poket/tambah commitment/susut pendapatan

Mungkinlah..korang lebih suka rumah pertama adalah rumah untuk didiami. sebab anda rase daripada bayar sewa dengan orang baik bayar rumah sendiri, sebab korang dah kahwin, sebab korang rase lebih secure (terjamin), tak kena halau (takla merempat kot kena halau nanti), tanda kasih sayang kepada isteri anak, tanda status anda, tak payah nak pening2..dll.

Tetapi aku lebih suka cara lain:

1. strateginya begini. rumah pertama dan tah ke berapa adalah untuk investment. pilihan di hati adalah rumah apartment yang mana lebih mudah untuk disewakan. yup target untuk cashflow di samping capital appreciate. ianya lebih murah berbanding landed house dengan sewaan yang amat berpatutan.

2. kenapa bergitu??.kerana selagi mana rumah itu disewakan, ianya bukanlah di kira sebagai commitment malahan dikira sebagai pendapatan. ini sudah bagus. boleh tambah lebih daripada satu rumah (walaupun gaji kecik)..oh my friend walaupun gaji tak cecah 5 angka dan makan gaji tetapi mampu milik lebih daripada 20 buah rumah. Amazing bukan??ada caranya..

3. at the end. rumah yang kita duduk boleh dapat dengan percuma..caranya ade banyak. yang penting hasil sewaan mestilah +ve cashflow. semuanya kita boleh guna OPM..

4. Sudah semestinya rumah IMPIAN aku special. sebab tu perlukan banyak duit. dan cara nak banyak duit just banyakkan Aset (invest). Tapi tak tahu la kalau Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary (richest bumiputra) takde aset..emm..

sebab2 kebiasaan lain:

1. biasanya kalau rumah untuk duduk mestilah rumah idaman (landed). mestilah yang mahal (aku tahu sebab kereta pun korang pilih yang PALING mampu). so peluang untuk buat investment selepas itu menjadi lebih sukar (dikira commitment). kan tak best bunyinya bila mana bankers cakap sorry commitment anda dah maximum. sorry encik boleh buat/lepas loan bawah RM80,000 je..dll.

2. Mana yang bujang (aku baru je kahwin). tahu ke kita akan duduk situ sampai tua? tahu ke jodoh orang mana. buatnya sorang johor, sorang perlis. kawan aku johor+penang? kan ke rugi kalau dah beli rumah mahal2. sewaan area situ boleh pergi brape anda dah kaji ke? nak jual boleh dapat good buyer terus ke? takut2 anda akan menjadi penjual yang terdesak pula (sila call saya).huhu.

3. patut sewa ke beli? kira dia senang. kalau anda sewa bayar tiap2 bulan adalah RM150-RM350 kenapa perlu bayar rumah RM600-1000 sebulan? (cari yang sewa murah). anda ade banyak sebab untuk menyimpan. em.bukan tak boleh beli tetapi dapatkan yang percuma/berbaloi. rumah pertama adalah untuk investment.


p/s: biar susah pening2 sekarang daripada susah dikemudian hari. macam aku, aku perlu berlajar sesuatu daripada sekarang untuk membantu mereka yang banyak sangat membantu aku. lebih dan terlebih adalah untuk ibu bapa ku. (gaji kalau untuk aku sahaja memang cukup tapi itu kan namanya pentingkan diri sendiri?). Anda??