Showing posts with label Hal ASB (Amanah Saham Bumiputera). Show all posts
Showing posts with label Hal ASB (Amanah Saham Bumiputera). Show all posts

Thursday, December 23, 2010

AZAM TAHUN 2011..MET

Salam.

entry kali ni untuk menyahut seruan matjoe untuk contest azam tahun 2011 dan khas untuk pembaca budiman sekalian..

aku pun ade azam juga. memang tiap2 tahun azam tu memang ada. kenapa aku mesti ade azam baru?? antara sebabnya. financial year aku memang setiap ujung tahun bulan december. bukan macam syarikat aku kerja ni financial year bulan september..masa ni la aku buat planning untuk next year, untuk tahun baru base pada tahun lepas punya pencapaian/azam.

ianya terbahagi kepada 3 kategori:

1. azam baru yang tak berapa baru iaitu azam yang belum tercapai, yang tidak kesampaian masa tahun sudah..akan di re-branding balik untuk target tahun baru.he.
2. azam baru iaitu idea2 baru yang timbul hasil kehidupan tahun 2010..
3. berazam mengekalkan azam tahun-tahun sudah yang dipikirkan baik,perlu diteruskan atau di upgrade..

ape azamnya??. biarlah ianya berada dalam buku catitan aku je.he. tapi aku kongsikan 2 daripada isi buku aku untuk pembaca budiman sekalian. mungkin sedikit sebanyak memberi idea atau sedikit sebanyak mengingatkan yang lupa..ianya berkenaan perancangan kewangan..well, azam baru anda tu mungkin melibatkan wang bukan.dan perancangan kewangan tu penting..

seperti yang semua dah tahu. ASB tahun ni dapat 7.5%+1.25%..yahooo. seperti yang matjoe buat,dividen ASB pecah 3..saya pun turut mengunakan dividen ASB saya dengan sebaiknya yang dipikirkan oleh saya. ni pun termasuk dalam azam juga ni tapi silibus bab perancangan kewangan..

duit dividen asb ni banyak. kelabu mata dibuatnya. kalau tak plan leklok risau-risau anda akan terlebih guna belanja atau invest.mesti akan over budget..aku pernah laluinya..asal ade duit je nak invest dan akhirnya..hasil sikit dan lebih banyak duit mati dan yang tak akan kembali lagi pun ada..

1. so antara azam aku dari tahun ke tahun berikutnya adalah memastikan ianya tidak over budget..maintain ikut plan. em.kalau ade yang un-planned ianya masih boleh membuatkan anda tidur dengan nyenyak. tak ganggu tidur malam anda.insyaallah..

untuk dividen ASB aku anggapkan ianya adalah modal daripada simpanan bulan-bulan yang aku buat. cuma lain account je. dan syarat guna lepas setahun simpanan.hu. aku tak boleh nak mengharap kepada ASB semata..

so allocation daripada dividen ASB :
35%- untuk diprojectkan (long term target)+generate income (yang lebih 7%). banyak mau guna ni..
15%- cover interest OD setahun dan standby
5%- upgrade knowledge..seminar/kursus.
45%- maintain ASB kembali-unlimited compounding effect.

em. mana yang nak guna dividen asb tu. make sure anda ade allocation supaya anda leh track dikemudian hari macam matjoe nak buat tu. jangan macam aku dulu,sedor2..ait ni je yang tinggal.huhu. tak sedor beb kalau bab duit ni. berhantu..

korang punya budget korang bikin la sendiri mengikut kesuaian.atau paling senang biar je dalam ASB tu...

2. ianya berkaitan emas. not totally invest untuk profit. tapi for secure. aku berazam untuk buka gold account under KFH (Kuwait finance house) selewatnya awal tahun depan. ianya untuk saving account (gold account-i) ..untuk anak cucu cicit..regular saving.

KFH punya gold:


untuk secure, untuk tidak bergantung sepenuhnya pada wang fiat.








adepun info yang ade:
1. (gold account-i). i-menandakan islamic account.hee
2. gold kategori 995..
3. seal..so susah sikit mau cagar. broken kalu bank KFH tak terima kembali..
4. buyer tak susah.jual pada bank sahaja..spread dalam +- rm6.00
5. nak withdraw dalam bentuk emas pun boleh..so memang emas tu ade..kalau simpan sendiri pun boleh tapi kalau nak bank simpan kemudian kena transaction jual beli..
6. beli dan simpan dalam bank account. takde upah simpan walaupun berkilo2 emas anda beli..bior je ianya disitu..more secure.
7. zakat emas tanggungjawab sendiri..
8. boleh jual beli dimana2 cawangan KFH yang ade gold..
9. ianya berbentuk bar..
10. minimum open account 10g (kalau tgok arini punya rate RM143/g)..then tambahan 5g minimum+ 1g untuk tambahan...cth 6g..7g..
11. dll

rujukan:

Kuwait finance house gold

berbanding dengan azam tahun2 lepas untuk ade emas fizikal (untuk pelaburan) macam dinar emas yang ni, aku rasa untuk azam tahun ni dan seterusnya gold account lebih sesuai untuk aku..rasanya aku tak berapa kisah sangat dengan kerlipannya atau mesti bentuk fizikal. yang penting ianya gold (tetap ade nilai). nak simpan pegang banyak2 dalam bentuk fizikal ni aku kurang reti sikit..untuk beli dan jual reti la sikit-sikit.he.














ok.tu sahaja setakat perkongsian hari ni..thanks.

Tambahan untuk dikongsikan 28/1/2011:

1. long term project- kedai dalam taman..??mula pikir dan olah tahun 2010..sambung 2011 dan azam seterusnya..ni project sampai bersara.hu. tak tau ape hasilnya...
2. bantu bina aset untuk isteri tercinta..banyak manfaatnya..
3. maintain profit trading - daily income..

lain2 tu secara generalnya untuk jadi insan/anak/suami yang lebih baik pada hari ini daripada semalamnya..insyaallah.(ni paling senang sebut dah susah nak amal istiqamah).

orite. semoga ade manfaatnya pada semua..


p/s: ‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) dan AbangEnsem (6 ebook, rm120)'

memang lumayan pak..

Monday, September 27, 2010

Kenapa ikat Loan ASB 25 tahun..??

salam

soalan daripada saudara Zaim..thanks untuk soalan.

aku buatkan entry la ye..sebab nak tulis kat ruangan komen tu agak panjang plak..

adapun ni antara ringkasan untuk sebab2 aku la..orang lain mungkin sebabnya pun lain..

1. umur masa aku start buat tu 24 tahun...well bunyi macam takut hutang 25 tahun..lamanya. tapi try mu kira umur aku lepas tu berapa??sedap2 nak dekat bersara. so valid la bagi aku..sebab tu mula lagi awal lagi bagus..

2. sebab aku nak jaga cashflow aku..lagi panjang tahun lagi rendah bulanan. so aku ade option dengan dividen yang ada. aku pun taknak stress kan duit poket aku untuk pikir nak bayar atau topup2 loan tersebut. boleh buat kira2 sendiri..atau worst case taklah aku pening nak cover by own money..aku tak buat sebagai force saving.

ASB just salah satu portion dalam portfolio aku (saham amanah yg boleh buat loan). so aku tak target untuk saving sampai 200k by my own money (terlalu banyak bagi aku). cukup lah simpanan yang ade. balance lain diusahakan ke tempat lain untuk investment..diversify.

Rule buat masa ni untuk aku simple. kalau hutang baik ade hasil boleh ikat panjang. at least make it pay itself. manakala hutang tak baik make it short (adakalanya bergantung pada situasi)..bergitu juga untuk property investment..

Rule kemudian untuk wealth creation lain sikit...tu kemudian lah.

Kalau dalam saham pun. atau ape sistem pun yang korang nak creat/plan. 1st rule is jangan rugi..maintain. turun naik ok tapi overall tak rugi. jika tidak, cut loss je /buang sistem tu. 2nd to maintain profit sokmo, sikit takpe tapi berterusan..system improvement. 3rd is to compound/berganda..

3. dari segi risiko dan keuntungan..em.not bad.

- ade insurance..in case..
- boleh terminate tanpa settle oustanding. ade lock period max 5 tahun tapi ade juga dividen 5 tahun. minimum risk..
- componding always FULL 7% (andaian) daripada 200k (amount loan) banding regular saving bergantung pada monthly saving. and juga bonus tidak dilupakan...sebab tu lagi besar amount lagi besar compound. lagi lama simpan lagi bagus..try kira banding regular saving 25 tahun..well ade orang kata ala untung berapa % je. tak bebaloi lah. tapi pada aku still profit juga..kalau 200k tu berape dapat? dengan risiko yang ade. em. berbaloi juge..

so ape yang anda risau kan. worst case anda tahu kan nak buat ape? yang anda bayar tu tak burn pun..

ianya sangat berbeza banding Personal Loan..kiraan pun lain. Personal Loan flat rate..ASB monthly rest..

adakah ok buat loan tempoh panjang.emmm..ape masalahnya?? adepun ia terpulang pada individu itu sendiri la. mana yang anda selesa..

ok ke jawapan ni??

Thursday, May 20, 2010

Macam Mana Nak Buat ODASB

Secara simplenya:

1. Kena ade dana minimum 11k untuk cagar ke RHB dan lebih kurang 12k untuk cagar CIMB dan Maybank. Maximum 200k..
2. Pergi PNB (permodalan nasional berhad) terdekat then cakap nak convert kepada sijil untuk amount sekian2...
3. Kemudian pergi ke bank pilihan sama ade Cimb, Rhb, atau Maybank. Tanya rate OD dan term daily rest ke month..margin OD yang dia boleh bagi...bank provide ape je cth ATM card..cek book..dotcom card..lain2 tanya juga..then tanya fee dia untuk process bagai dan last ape yang dia perlukan untuk buat ODASB..ni standard pertanyaan..
4. buat pilihan bijak..then bagi ape yang dia perlukan.
5. process dalam 2 minggu untuk sign LO dan urusan PNB (bank buat).then target seminggu kemudian duit boleh keluar..

orite. tu kot lebih kurang process dia. mudah saja..lain2 pertanyaan tak clear tang mana leh tanya jgn segan-segan..

Tuesday, March 30, 2010

Lagi-lagi ASB..

aku ada buat tajuk cara-cara nak penuhkan ASB..but then panjang berjela and berserabut aku tengok.hee. otak aku ni ade je persoalan yang timpul. so aku cancel balik..

so aku jawab base pada soalan lah. aku rasa lagi senang kot..huhu. (selagi aku boleh jawab la).

1. cara terbaik??

bergantung situasi seseorang tu la.hee.

ok next soalan??

tambahan 1/4/2010. cara2 penuhkan ASB..

1. melalui regular saving (simpanan tetap).
cara ni dari dulu kala lagi mak bapak kita dah pesan. sikit-sikit lama2 jadi bukit/banyak. termasuk saya juga kekadang masuk kanan keluar kiri .haha. dulu2 la.
benda ni basic. sapa yang tak boleh buat tu maknenya ade masalah la tu.

cume aku suka cara yang lain. yea simpanan still ada (untuk emargency) tapi tak terlalu banyak..

sebab...

kan tajuk blog ni membina sebuah empayar..masakan sebuah empayar cume ade ASB je. pening2 pasal ASB..ok cukuplah tu..moga2 paham.

2. ASBOD...
bila dah ade saving..ada lah advantage sikit banding mereka2 yang cukup makan. gaji kecik cukup makan..gaji besar pun cukup2 makan.

1. ni lah orang panggil double your money in one month. ade 100k jadi 200k..huhu.best2. caranya dengan mempunyai minimum 11k-12k anda boleh convert ke sijil untuk dicagarkan ke bank. margin finance dalam 90-95% daripada nilai cagaran..
cth senang kira: 100k di OD kan..dapat 95k..masuk ASB balik..
interest= 95k * 4.8%= RM4560
dividen=195k*7%= RM13,650..
hah berapa beza tu..masyuk..bayar interest..then yang lain bio lah compounding..kalau nak buat duit la..

tapi sebenarnya bukanlah begitu lulus. interest deduct monthly..so kira2 sendirila..
ada juga cara masuk setahun sekali atau sebualan sekali..

cara kurangkan interest pulak park je any value dalam OD tu..kurang balance oustanding dia..kurang jugalah interest dia..

worst case keluar balik ASB..topup/full settlement..cancel.

2. Kemudian..mungkin dengan ODASB yang ada. dan interest yang rendah. ramai juga consider untuk dirempitkan 2-4x..supaya ASB maximum..caranya katalah ada 50k dalam ASB..di ODkan dapat 45k..kemudian masuk dalam ASB untuk convert balik sijil..then di cagarkan untuk OD..dan seterusnya. maka cukup lah untuk penuh ASB..

kesimpulannya:
- keuntungan=dividen-interest..
- ccris record
- worst case atau risiko perubahan blr..solution?

3 ASB Loan
caranya pergi bank pilihan anda CIMB, RHB atau Maybank..mintak detail berkenaan ASB loan..check interest yang di offer dan juga loan tenure (tempoh pinjaman).
so far skang yang molek pada mata aku maybank bfr-1.65 sepanjang tempoh pinjaman selama 25 tahun.

katelah anda buat ASB loan 100k..so bulan2nya adalah RM524 (ikat 25 tahun)..
tentu saja RM524 tu anda boleh buat regular saving masuk ASB..tapi consider juga begini. buat ASB loan.(saya tahu IQ anda power..matematik anda power. tapi izinkan saya ceritakan version saya pula ye).

1. sepatutnya semua dah baca post2 kawe yang lepas kot. so saya ringkaskan sikit.
Sapa ada ASB Loan calculator tolong tekan kirakan: 7% ye..tak termasuk bonus..

Katalah anda buat saving RM524..maka setahun adalah RM6,288..manakala dividen pula adalah sekitar 36.68..kalau 25 tahun??
ASB loan 100k..setahun dividen=7k...25 tahun hasilnya?

Then jawapannya untuk ASB loan tambah lagi 100k..dalam akaun anda..
Sebab tu saya bilang duit free..paham ke??

2/4/2010..
macam mana nak dapat esxtra 100k tu? tak susah..

tahun pertama buat 100k..bayar RM524..
tahun ke2..dapat dividen 100k*7%=7000 then bahagi 12 bulan=583..cukup untuk offset loan 100k untuk akaun 1 bulan2..
then tahun ke-2 tu juga buka akaun 100k lagi..bayar macam biasa 524 bulan..

kesimpulannya..akaun 1 100k pertama bayar pakai dividen..akaun ke2 bayar macam biasa..sebab tu anda dapat extra atleast 100k dalam akaun...mudah bukan??

kalau loan bawah 100k pun begitu caranya..so walaupun duit anda kurang banyak boleh simpan sikit..itu bukan alasannya.heee.

worst case..
sama ada topup sket bulan RM 50 mungkin (kira sendiri. jgn cuak tak tentu pasal)..atau..
pegi bank cakap nak cancel terminte sekian2..tak perlu buat full settlement oustanding loan (advice after lock in). bank akan kira principal bagai..kalau ade extra..dapatlah lebihan dia sekian-sekian..

5/4/2010

4. PL-ASB..


ada juga yang buat begini. buat PL 100k..then simpan di ASB. bayar bulan2 selama 15 tahun then biarlah dia compounding untuk tahun berikutnya..

PL interest walaupun dapat rendah. tetapi calculation base on flat rate..tak banyak memberi advantage. try compare bulanan untuk PL dan ASB loan..

biasa nampak je offer rate rendah..tapi tu kalau buat 2-3 tahun..standard 5% ke atas untuk tempoh 10 tahun dan ke atas..check PL korang. and worst come to worst still kena full settlement.

ASL loan walaupun 25 tahun anytime you boleh cancel..dah cite kan..pada aku commitmentnya berbeza. PL anda betul2 terikat.

5. OD- ASB Loan..

banyak cite dah..setahun ada perlukan berapa???

6. ODASW-ASB Loan

maximisekan OPM..full ASB Loan..

7. PL-ODASB-Saving

sama lebih kurang PL-saving..cume lebih skit sebab ade OD in daily calculation basis. bunyi macam gempak tapi flow dia lebih kurang gini je..
PL interest - saving dividen=untung
OD interest - ASB cert dividen=untung
so dapat lebih sikit daripada PL-Saving

risiko??

8. PL-OD-ASB Loan..

yang best berkenaan PL adalah bila ianya dibayar bukan daripada duit poket anda. cara ni pun best. cara leverage untuk dapat OPM lebih banyak pada risiko yang rendah/minimum.

kalau perasan, kawan ade juga cerita pasal PL di posting untuk mereka yang merancang untuk berkawin. dan lain-lain tempat ade juga kot. cth senang:

1. invest dalam property..then hasil cashflow tersebut buat PL..then baru OD, ASB Loan kan..

2. PL-OD..then sebahagian invest untuk property dan ASB Loan. tapi bukan sebarangan rumah la (asal namanya rumah korang balun ish2.). sabar beb. cari yang good deal.

3. apa-apa pun buleh. daripada bisnes ye tentu saja juga boleh..

untung tak banyak dalam RM300-400 tapi banyak boleh buat dengan +ve cashflow yang ada ni..

cara ni supaya cashflow daripada rumah tadi boleh offset monthly personal loan. and lagi hasil daripada refinance juga boleh buat untuk full settlement PL. tak perlu 15 tahun.

kesimpulannya:

jaga cashflow anda..pastikan bertambah +ve bukan berkurang..Plan leklok..

invest dengan ilmu bukan emosi..

pastikan ianya dalam kawalan anda. lagi simple flow dia lagi bagus..(bukan yang simple tak perlu buat apa2 tu). ianya adalah system yang mudah..otak tak pening.

moga2 akhirnya, anda tak risau pasal saving, cash in hand..cashflow anda..commitment anda..and juga risiko..

em.ok cukup kot sedikit ringkasan daripada aku..

lain-lain ade cerita dalam posting lepas..kurang clear atau ade tambahan leh je tinggal komen situk.


p/s: dan sebenarnya lagi..aku bukan peduli sangat pun mana yang lebih banyak antara saving sendiri atau buat Loan..tapi sebab banyak lagi benda aku nak buat dengan duit aku yang tak berapa banyak ni...

at the end aku imagine"... ".hehe..

aku pikir sehari ada 24 jam..setahun ade 8760 jam..kalau 20-30 tahun.em.macam2 boleh buat dan dipikirkan deh..









Thursday, March 11, 2010

Selain PL, bagaimana cara lain utk buat ODASB?

PL=Personal Loan..

ramai orang suke shortcut..termasuk lah aku..tapi aku lebih suka kalau kita kira sekali risk and reward..(ni orang2 main saham tahu la ni..sepatutnya).

bukan tak boleh buat..buleh je PL then ODASB tapi....

ok lah bukan itu yang den nak cite.

den nak cite salah satu cara nak dapat minimum OD..sebenarnya ada dah kawe cite.cume dalam cite tu matlamat berbeza2 la. ada yang kete..ada yang asb..ada yang tuk kawin..dll.

ok den ulang tayang..copy paste sket..malas nak nulis.

korang boleh tambah tolak la mana patut atau gabung..

Originally Posted by MET View Post
cari 11k-12k..

1. cari balik mintak kat orang2 yang berhutang dengan ko..tak cukup?
2. kumpul duit bonus. tukar kerja yang lebih lumayan. kurangkan expenses. saving dan saving..belum de rezeki?
3. check aset yang ada? rumah, tanah, barang tak pakai yang boleh dijual? sayang barang kenangan?
4. jual/refinance rumah? pun takda?
5. cari satu rumah. beli zero cost. buat pengeluaran pertama kwsp (10%+10%). tak cukup lagi?
6. loan rumah pastikan ada redraw facilities. buat pengurangan baki pula kemudian.tak cukup lagi?
7. sewakan rumah. +ve cashflow daripada sewaan bayar untuk personal loan berapa yang layak..hampir-hampir?
8. modal rm265 buat asb loan 50k..rolling then cukup 4 tahun dapat 200k asb..dapat dividen boleh wat OD..takmo?
9. kalau hang ppuan. mintak hantaran 12k..hee.bukan ppuan?
10. em.mu kena cari gak pendapatan lain. bisnes kecil2an.kumpul duit. nanti boleh wat OD dan juga cover OD..

cukup 10? selamat beramal..hu.
cuba bantu

benda ni takde rahsia pun. just tambah asset (income) atau kurangkan liabiliti (expenses/kebocoran).

list balik expenses korang..tahu apa nak buat?

korang hati kering tak??

1. berhenti merokok=save rm150-300 sebulan
2. kereta lebih 20% basic gaji? trade in kereta murah, down grade atau jual. pakai motor saja ke basikal.hu. jimat minyak,maintenance,cukai,toll dan kurang bejalan jauh.kira sendiri jimat berapa ribu setahun.
3. pertimbangkan juga naik kemudahan awan. dulu aku naik bas rapid sehari RM2 shah alam-bangsar.
4. sekarang duduk mana? oh sewa..berapa? boleh kurangkan lagi tak?macam mana. duduk tambah orang..tukar sewa tempat lain.
5. sewa kat mana? jauh dengan tempat keje tak..cari dekat sikit. kira minyak dan masa, toll dll..aku pun pernah tido opis.jimat minyak dan bil..
6. duduk rumah sendiri. boleh refinance. hati2. kira cashflow anda. pertimbang juga jual untuk maximum profit=kurangkan comittment=tambah cashflow. sewa tempat lain yang murah. modal beli rumah investment..buat kira2 sendiri. untung2 next time beli rumah duduk dibayar oleh orang lain.
7. check balik loan2 yang ada. listkan interest rate dia..ape kejadahnya dulu ambik home loan flat rate 8% peryear. kasi revise rate sekarang murah. ambik daily rest.

ape kejadahnya bayar ptptn 400 sebulan? berapa interest dia.1% ke 3%? bayar seminimum boleh 50-100?.buat rayuan. lagi 300 masuk asb dapat 7%. lagi cepat boleh abis loan sebenarnya..boleh jadi modal juga.

insurance ambik package invest2 ke. takyah. ambik basic ke. invest cara anda sendiri..check company ada cover apa. apehal nak ambik dua tiga jenis cover benda yang sama. kasi potong.jimat sikit..kalau anda takde tanggungan bawahan. muda gagah perkasa..mungkin perlu cover kemalangan dengan hospitaliti je. ambik yg urgent. yang lain tangguh kejap.

pertimbang ambik loan long tenure. untuk kurangkan comittment dan grab lain2 peluang yang ada.muda lagi tak? sebab masa nilah boleh wat loan 25-35 tahun. kalau mu dah umur 40an ada hati?boleh ke?? yang penting tujuan apa? kalau untuk habiskan boreh lupakan nasihat saya tadi.

em.expenses lain2 yang kecik2 ni pikir sendiri..iktiarkan. kalau rugi kasi potong. tak untung tak berfaedah elakkan. kalau kemahuan kasi kurangkan. kalau ianya keperluan pikir cara nak jimat. nak tolong orang please tolong juga diri sendiri.

Wednesday, March 3, 2010

Menggunakan OD sebagai platform

Tajuk ni Khas untuk cik kita wida. (sila click link tersebut kalau nak tahu ape citenya)

sebelum tu OD=overdraf...tapi dalam ni aku ceritakan berkenaan OD bercagarkan ASB (ODASB).

Perlu ke aku ceritakan macam mana nak apply nya. ramai dah tahu kot??

em.aku cuba mengarang sebaik mungkin walaupun aku kebuntuan sekarang ni.hee.(cuti panjang).

Ni cite mengunakan OD untuk saving la ye..kalau orang lain mungkin dia dah kat stage lain.

lain2 cara cik wida ada tulis juga dalam tu.

katalah anda ada 30k dalam ASB. anda cagar dapat 27k (minimum OD 11k-12k). ..apa yang anda boleh buat untuk memaximumkan saving anda? cadangannya...

1. apply maybank asb loan 170k untuk cukupkan quota 200k (walaupun boleh lebih). kalau refer table aku dulu2 masa muda2, untuk 25 tahun bulan2=RM921 (sekarang blr-1.65 lagi rendah).

cara kira senang:

bayar asb loan 921*12 (setahun)= rm11052. yang ni bayarlah pakai OD hang.
so balance OD=18,948

interest setahun=11052*3.85% (blr-1.65)= 34.97 permonth= - 419.67/year (reducing)
dividen asb=200k*7%=14,000 (kalau masuk balik dalam OD pun dah penuh dah)

so tahun berikutnya kuarkan lah OD anda sikit2 bulan2 untuk bayar ASB loan..

mudah bukan??

anda ada 200k dalam asb...pada masa yang sama ada standby money in hand..

2. kalau daripada member goldfinger..30k anda tu kuarkan daripada ASB then masuk lah dalam ASW (no limit 200k) buat ODASW. so anda boleh ambik maximum OPM 200k.hee.

kesimpulannya??pening bukan.hee. saya tahu anda risau..orang selalu kata cite memang la nampak best. ok kita check.

1. biasa orang check moniter ialah interest dia..selagi profit lebih tinggi daripada interest. its ok..tapi awas..walaupun interest rendah. tapi adakah bulanannya rendah. nak ke bertahun2 duk topup je??sila jaga cashflow anda..

2. double check cara lain tgok cashflow..

bayar asb=921
dividen 170k*7%=11900=991.67 permonth.
+ cashflow=70.67. ok lulus

interest yang diguna=11052*3.85%= 34.97 permonth= - 419.67/year (reducing)
dividen sijil-OD= 30k*7%=2100= 175..
+ cash flow=140.03. ok lulus..

total cashflow=210.7/m=2528.4/year. kalau terdesak pun anda guna duit ni. insyaallah tak effect matlamat anda tu. just let it beeee...

modal anda???bukan daripada duit gaji anda bukan..
anda still dapat dividen ASB daripada 3ok yang anda simpan tu bukan??
anda still dapat guna duit bila anda memerlukannya tanpa effect dividen bukan??
tapi sedar tak sedar anda ada standby 170k untuk hari tua anda..hee.hebat..

ok la ni kot..kalau tak terjawab sila maklumkan ye. aku pun taknak syok sendiri je.hu.

lain2 pasal saving aku ada cite kat tajuk belakang..

tambahan: rasanya belum terjawab.hu

kalau rempit OD..em.berapa kali anda nak rempit..2x..3x..4x untuk maximize kan ASB anda?

katalah anda ada 100k OD masuk dalam ASB balik..cukup 200k..tetapi anda dah kehilangan benda yang paling berharga iaitu cash in hand. bukannya tak boleh nak penuhkan dengan modal yang sangat minimum???..balance boleh di investkan lagi..banyak tu..

risiko?andai anda rempit rolling 2-4x OD..kalau interest tak dapat cover dia just tarik sijil anda balik..anda tak rugi apa2..tu ke yang anda pikir?? tetapi kalau asb loan anda tak dapat bayar just cancel then bank akan kira principal bagai +-. ada balance anda still dapat duit anda..lagi menarik bukan banding dengan risiko yang anda tanggung.

kalau nak rempit yang bagus dalam erti kata laverage sila refer item no.2...







Tuesday, January 26, 2010

Sambungan ASB

Kalau anda dah belek2 bab financial planning sebelum ni. saya ada cite macam mana nak menggunakannya dengan cara yang lebih berkesan. macam mana nak diversify dana yang ada untuk mendapatkan kemudahan lain (contoh simpanan dan kereta/rumah). psst..sila lah belek2 di dalam.

Kali ni pula bagi yang tak tahu, saya nak cite bab berkenaan OD (saya ada sebut2 sikit dalam entry lepas). kita start daripada pengenalan dia la. (tapi biasa nak bagi teruja orang terus cite yang best2 je.hu)

Apa itu OD? OD ni singkatan bagi overdraf. Ianya adalah sejenis current account. ala yang orang-orang bisnes buka account tu la dapat kad atm, buku cek. tapi yang ni hambe nak cerita OD cagaran daripada ASB. ODASB...

saya try cite seringkas dan semudah yang boleh. kang meleret bosan plak..

gambaran dia macam ni. katalah anda ada rm1 ringgit dalam ASB. kalau anda keluarkan dan belanjakan beli gula2 maka abis lah simpanan anda tu=0 dan anda tak dapat apa2 manfaat daripada pengumuman dividen oleh PNB tahun lepas. tapi dengan kemudahan OD ni anda boleh cagarkan ASB (dalam bentuk sijil) tersebut ke bank (CIMB,RHB,Maybank) untuk dapatkan RM0.90-RM0.95 untuk dibelanjakan. dan pada masa yang sama still dapat benefit daripada dividen ASB. ok. pening??he. saya memang suka anda pening.hu.

kesimpulannya:

1. Anda still dapat dividen ASB (daripada RM 1) sepanjang tahun.
2. Anda still boleh berbelanja membeli gula2.

senorok bukan.hee.

tapi sabar ye..saya belum buka buku kira2nya lagi. bersambung..

Monday, December 14, 2009

PNB umum dividen ASB 7.30 sen

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan skim Amanah Saham Berhad (ASB) sebanyak 7.30 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 berbanding 7.00 sen tahun sebelumnya.

Demikian diumumkan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji, di sini sebentar tadi. Ia membabitkan pembayaran dividen RM4.95 billion kepada pemegang unit, meningkat 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion tahun kewangan sebelumnya.

PNB juga mengumumkan pembayaran bonus 1.25 sen, membabitkan nilai RM537.65 juta. "Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini melanggan RM70 bilion unit ASB," katanya.


APA ADA PADA ASB.

Entry sebelum ni kawe cite pasal kerete free..masih ingat? ok kita tengok ape lagi yang boleh dibuat dengan ASB..

1. Boleh cagar untuk kemudahan Overdraf. CIMB 90% (blr-2),RHB 95%(blr-1). sapa yang tak tahu nanti kita cite pasal ni..

2. Satu2nya saham amanah yang boleh buat loan..

3. Biasalah dividen stakat ni kurang-kurang pun tidak kurang daripada 7% peryear.

4. Dijamin kerajaan (bukan dividen) bahawasanya RM1.00 yang anda labur/simpan pada waktu dahulu/sekarang/masa depan tetap RM1.00 juga nilainya.(tidak susut nilai).

5. Hanya perlu RM265 sebulan anda dapat RM200,000.huhu. teruja tak..(tak payah masuk skim cepat kaya la ape)..

Ok kali ni kita cite pasal Item no. 5 detail sket.

Ni bagi meraka yang boleh menyimpan (bukan suruh lebur beli bukan2) RM265 sebulan la. kalau boleh menyimpan lebih lagi bagus (tahniah)..

Caranya mudah. tak kurang lebih seperti entry sebelum ni pasal kereta free . tapi matlamat kali ini bukan kereta la tetapi RM200,000 untuk hari persaraan.

tahun 1.
anda buat loan ASB sebanyak RM50,000 (RM50k) under maybank, ikat selama 25 tahun. bulan-bulan payment adalah RM265 (refer table yang ada).

tahun 2.
awal january tahun ke-2, anda akan dapat dividen (andaikan 7%) daripada loan RM50,000 iaitu sebanyak=RM50k*7%=RM3500/year=RM291.7/month. duit dividen ni anda boleh guna untuk bayar loan RM50k yang asal tadi (RM265 bulan2).

so modal yang anda spend untuk bayar bulan2 di awal tadi (rm265), boleh pergi bank then mintak lagi loan ASB RM50,000.

begitu la seterusnya untuk tahun ke-3 dan ke-4. maka cukupla RM200,000 dalam akaun.

tahun ke-5
semua dividen yang dapat, digunakan untuk membayar loan yang ada. Modal asal RM265 yang anda spend bolehlah simpan dalam ASW ke or tabung haji..dividen 5%- 6%.

KESIMPULAN:

Modal RM265 (monthly)*12 (setahun)*4 (tahun)=RM12,720.00
Keuntungan=RM200,000 - RM12,720(modal)=RM187,280
ROI= 1472.32% (bahagi 25 tahun)=58.89% peryear.

ok ke tu??

dengan consept yang sama boleh la try Loan RM100,000 or RM200,000 ikut mana dan..

p/s: kalau ade pandangan lain boleh maklumkan..

Friday, December 11, 2009

Kereta Free

Aku sangat suke dengan tajuk di atas. sebab aku tahu kebanyakkannya bila dah dapat kerja, benda ini lah yang pertama sekali dalam kotak fikiran korang. simpan duit agar objektif tersebut tercapai.huhu. salah ek??

ni sedikit idea daripada aku. maklumla kita ni pun duit bukan lah banyak sangat kan..

1st mu survey2 dulu market kereta idaman (yang hang mampu milik) tu berapa...kata la rm520 sebulan selama 9 tahun (pastikan 20% below your BASIC salary). ops jangan terus beli..sabar dulu kawan..

then pergi maybank cakap nak buat ASB Loan sebanyak RM100k (RM100 ribu)selama 25 tahun.(wow gilo apo loan besar2). tapi kalau korang tak buat macam ni lagi korang akan gilo.hee. dalam table yang aku refer ni monthly paymentnya adalah sebanyak RM531..

pastu:
1. ape lagi bayar la loan asb tu bulan2 selama setahun..dan seterusnya..

2.tapi awal januari tahun depan (tahun ke-2) pastinya anda telah mendapat dividen daripada ASB loan tersebut sebanyak (ambikla min 7%)=RM100,000*7%=RM7000. so kalau korang bahagi RM7000/12=RM583.33/month.

3. dengan duit ni la korang guna untuk bayar monthly kereta idaman tadi. RM583.33- RM520=RM63.33 (balance) sila simpan ditempat yang sepatutnya..

4. bila dah 9 tahun bayar kete pun dah abis..sila guna dividen asb untuk bayar ASB loan anda pula sampai la habis..em.nak apekan dengan duit RM 531.00?? kita cerita lain..

so kesimpulannya:
1. dengan gaji anda yang sikit tu (biasa sikit ke banyak kan korang cukup2 je. sama je). anda dapat beli kereta disamping mempunyai sedikit simpanan untuk hari tua..iaitu sebanyak RM100,000. senang cite berapa monthly kereta nak beli tu=jumlah monthly asb loan.

2. modal anda tetap RM531.00 (bayar loan asb=simpanan). itu pun selama 9 tahun je. cuba kalau anda tak sabar terus beli kereta dulu dengan bayaran bulan2 RM520 tadi bulan2. ade ke duit nak simpan bulan2 RM500.00 sebulan? payah bukan...ianya cara mudah tetapi kesannya berbeza..

3. ala sabar setahun je...ke anda nak menderita 9 tahun..kotla lepas 9 tahun tu lagi tah comittment ape lak. pun tak simpan2..pulak tu nak tukar kete yang dah buruk?hu. haru-haru..

4. kenapa buat loan ngan maybank bukan cimb/rhb bank (buat masa ini). sebab maybank sahaja yang boleh buat sehingga 25 tahun. kita nak +ve cashflow.(kena tahu mana loan yang baik mana loan yang tak baik). kalau 20 tahun=RM609.00 kan dah anda kena topup bulan2. dividen ASB tak cukup untuk cover Loan (kulo min 7%).

5. pastikan monthly kereta tu lebih rendah daripada bayaran ASB loan bulan2 (lagi rendah lagi better sebenarnya) sebab kereta kan libilities. mana menjana pendapatan ape2. anda beli je terus susut nilai dalam 20%...

6. ni contoh kereta. tapi kalau nak guna contoh lain pun boleh. kalau beli rumah lagi la molek...

7. lagi muda lagi awal start lagi bagus. kalau saya lepas 25 tahun baru nak masuk umur 50 tahun..so ngam2 simpanan untuk bersara..


orite

p/s: pada saya kereta,rumah,asb,duit,emas dll semuanya adalah dan hanya sebuah tools untuk kita mendapatkan perlindungan,kesihatan,keselesaan,sedikit kegembiraan dan kesenangan serta membantu yang lain..