Saturday, February 28, 2015

FCPO- Trade intraday tips


Bismillah

atas permintaan member yang diberi nama sepul (bukan nama sebenar) suruh update blog. rindu nak baca katanye..(aku ingatkan takde orang nak baca..haha)
maka entry ini adalah untuk kamu sedikit (sahaja) tips berkenaan intraday trading setup...dan juga untuk mereka yang sudi membaca..he.

aku layan intraday ni pun baru-baru juga. syok juge rupanya. sebelum ni layan swing overnight..

note: sebenarnya kaedah/teknik/sistem apa pun tak kisah..asal korang masyuk ok la tu. sebab mungkin korang tak setuju dengan cara aku tapi takpa. aku rasa most important sebenarnya is trading plan sebab tu walaupun orang masuk price mungkin sama tapi untung rugi masing-masing..

berbalik pelajaran arini:
kekadang orang terlupa, mungkin khusyuk sangat, berpinau mata tengok chart seperti ini: agak-agak nak kemana lah arini...yang pasti ke kanan..yang tak pasti...arggghhh.

pulak tu macam aku refer price time frame 1 minit....paling besar pun TF5 dan Daily untuk tengok candle. tapi aku tak pening sebab bukan setiap candle 1 minit tu yang aku usyar, tapi price movement.


untuk menjadi trader intraday, benda yang paling mustahak nak tahu sebenarnya adalah berapa price (harga) open kemudian jangkaan low,high dan close harini. tapi bukan lah bermaksud aku langsung tak tengok candle action..tak pakai indi. ade juga letak sebab...kena tahu juga apa orang lain pikir then kita boleh buat percaturan. tapi main action based on price..(pergh ayat aku..)

refer contengan di bawah apa yang korang paham???



1. ianya adalah berkenaan open price, low, high, close. tak kira lah time frame berapa hang buka TF15 ka..30 ka..1 hour ka..ianya tetap sama. sebab tu aku layan TF 1 minit (sebab takde saat..hehehe).
2. ianya melibatkan range..berapa dia naik arini. berapa dia turun harini..ini penting untuk hang take profit atau cut loss atau trailing (untuk yg layan intraday).
3. korang boleh bayangkan tak..dia open...turun sat pastu dia naik..20 point pastu hang wat dek je...pastu dia turun kat open price. hang pun melopong...dia jadi hammer/ hanging man ka harini dan lain-lain. kan dah sayang seribu kali sayang...(lain la hang plan untuk OV). esok entah gap ke mana agaknya...??
4. ianya bukan indi. sebab cer hang buka la semua time frame yang ade. semua indi tunjuk lain-lain. time frame besar kata buy..time frame kecik sell...


ok lah tu cukup kot hint2 tu.hee.

kita tengok chart pulak..(guna TF5..OSK ni masalahnya tak cukup candle kalau nak tunjuk TF1 minit). kalau TF1 minit besar sikit leh buka tengok chart..

ni contoh (chart) terbaru 26/2 khamis 27/2 jumaat hari lepas. nanti rujuk last statement akaun bulan ni..

masa ni (27/2/15) aku ade buy dalam hati 2,302 dan target 10 point ja. hit target..tapi kenapa 10 point ja.
banding semalam (26/2/15) aku entry 2,263..dan aku hold overnight (langgar pantang intraday).he. take profit (TP biasa) kurang-kurang kalau aku nak 20 point (RM500) dapat dah tu..high aritu 2,284. tapi terhold dan dapat RM925 (close 2300)..alhamdulillah. tu satu lot tu...

meh tengok chart 27/2/15 (refer), aku masuk price 2,302 masa tu price dah pergi at 30 point area daripada open price. banding 26/2/15 tu aku masuk bawah 10 point daripada open price. tu yang membezakan aku nak ambik banyak ke tidak time tu. (cer hang bayangkan candle yang aku lukis-lukis tu.) dia leh jadi ikut suka dia la haritu..tengok la nasib hang molek ka tidak harini..

dari segi money management and risk. kena juga pikir kalau masuk kat high 2302..andai hold esok open half price..turun 20 point lebih, sanggup tahan tadah tak..?? boleh je dia open low dan terus turun dan anda rugi besar atau gap down turun lagi sikit sat, lepas mu dah tak tahan, cut loss dia sambung naik..anda rugi. kalau nasib baik dia terus sambung naik la..he.
banding kalau masuk 2263 (entry 26/2/15....27/2/15 belum berlaku) kalau hold pun..aku ade buffer +14 point. kalau dia turun 20 point pun aku masih boleh cut loss 6 point +-  tahan 14 point extra..just matematik.
ianya bukan sekadar setup entry..pandai tarik fibo..pandai guna ema..macd dll. iannya combination of trading plan..money management..and sistem..

27/2/2015 rujukan chart

26/2/2015 rujukan chart

hee.leh paham dah sikit-sikit kan...baca lagi dan hadam lagi...


then refer bawah:

statement ni layan 1 lot ja (kecuali yang RM1800). yang lain kekadang kena trailing re enter balik. kekadang cut lost..ade berkenan masuk balik..kekadang elok dah win tak cukup,masuk lagi loss pulak..kekadang nak balas dendam bertambah loss. hempeh betul emosi ni..hu. masih lagi belajar2 tarbiah diri..

then bila paham ni..sebenarnya takyah la nak masuk banyak-banyak kali. 3-5 point cabut. ponek...

buat sistem simple tak kisah lah macam mana. walaupun 10 point then kalau consistence tambah je la 2 ka..10 ka..100 ka..dapat la lagi banyak..tak gitu..

ok selamat beramal..
ni cakap tara sembang punya..(gurau). hasil intraday (takde la banyak pun. malu)..bulan ni dapat masuk 11 hari ja banyak coti banding bulan 1, 17 hari...kira ok la alhamdulillah dapat juga beli coki-coki kegemaran den...alhamdulillah.



note: lain padang lain belalang...bukan kerana sistem tu salah , yang ni betul...tapi yang penting.....(sambung ayat sendiri)..

lain-lain jurus simpan..he.

kat atas tu asasnya (penting)..yang lain-lain hal tu belajar la ye. then fine tune molek2...

wsalam...

p/s: entah sepul baca ka tidak ni...yea2 je aku menulis ni..

Thursday, January 30, 2014

FCPO

Assalamualaikum

lama dah tak update. dalam blog ni la..tempat lain ade.

cumanya tulisan kebelakangan ni pendek2 sahaja. makanya tak seronok pulak nak update dalam blog.


korang leh usyar dalam ni https://www.facebook.com/MetHouseBundle

yang terbaru story pasal FCPO..kekadang pasal bisnes..kekadang tips2 sket seadanya.semuanya tulisan pendek..tak done nak buat karangan dalam blog ni.hu

ok.tu saja...

nak bagi panjang sket..ni antara prediction den sebelum ni- chart FCPO

daily chart on 5/12/2013- on going

daily chart 18/1/2014 hit TP..- on going riding

 minit chart 21/1/2014- Time frame kecil -on going riding


 minit chart 29/01/2014


18/2/2014 minit chart- up2 and away..


harap pandai la tgok chart den ni. 1 dan 2 time frame besar. last 2..small time frame count. target nak naik atas..ke TP (take profit) den..

story line secara ringkasnya ade kat FB atas tu...


p/s: kisah ni takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. so jangan cari aku...keh2.pandai2 la nak hidup...

dengan izin Allah tak wajib betul..

bye..

Sunday, August 25, 2013

TIPS BISNES 1, simple markerting

assalamualaikum..

Sedikit sharing tips yang biasa2/taklah gempak tetapi mungkin berguna untuk anda yang ade tapak niaga/offline atau yang nanti nak berniaga di tapak-tapak pasar,karnival,tempat2 tumpuan yang anda rembo (istilah meniaga tempat yang tidak dibenarkan majlis/tiada lesen dikeluarkan)..he.

Aku pun baru belajar. baru setahun lima bulan (dapat 2 kali raya),tapi dapat lah juga sedikit sebanyak sepak terajang penangan berniaga offline ni. asalnya ingin menjejak jutawan senyap yang tidak gelemor.hee. tapi bukan senang nak senang. ianya kekadang membuatkan aku rasa macam taknak tawar menawar ketika membeli..kesian.hee.yang indah orang nampak..time yang tak indah korang tahu??he.aku tahu...

ok berbalik kepada topik hari ini. Ceritanya mudah:  
Seperti contoh gambar dibawah (perniagaan baju), kebiasaan display di dalam khemah ketika mengantung baju, baju belakang akan menghadap luar. ini kerana orang memilih baju seharusnya berada di dalam khemah la kan, ape la...hee.

oleh itu aku cadangkan baju itu diterbalikkan. kini baju hadapan menghadap luar (seperti dalam gambar di bawah). 
abis tu orang dalam khemah???. sila gantung baju yang sama design (mungkin saiz berbeza) 2-4 helai. jadinya yang belakang sekali itu diterbalikkan. ok paham ye bahasa paling ringkas yang aku leh terpikir wat masa ni??refer gambar je..

kenapa perlu dibuat bergini??supaya orang luar yang lalu lalang boleh nampak ape yang anda jual.cantik ke tidak??ramai yang malas nak window shopping masuk semua kedai tawaf semua lorong. pulak tu ade banyak deretan kedai2 lain yang buat diorang rambang mata. pulak tu ade je kedai2 lain yang jual barangan yang sama..
so dengan teknik ni, maka dari jauh orang dah nampak dan boleh membuat pilihan membeli di kedai mana...membanding2 (pakai teropong pun boleh dari jauh). baru lah orang ade selera lebih nak singgah...dan kebanyakkan yang masuk pasti beli sebab telah membuat decision awal. tinggal nak confirmkan pilihan and saiz je..




baju belakang menghadap luar. yang cantik designnya tu kan belah depan? bagaimana orang luar nak nampak dan nak singgah..nak membuat keputusan dengan cepat kalau tak nampak apa yang ada jual..


 keadaan bila diterbalikkan. yang belakang sekali. Kebiasaan yang belakang sekali is saiz XL. orang leh usyar dari luar je. ramai juga orang2 kita ni pemalu..suruh masuk tak mau..


 contoh salah satu tempat tapak niaga. orang yang asalnya cuma nak singgah 99 Speedmart beli barang keperluan mungkin akan singgah ke kedai aku lak setelah tergoda dengan baju aku kan??..belah depan kedai aku pula ade pasar borong basah.huu.

anda juga boleh singgah di pantai remis, jeram kuala selangor. kami ade tapak di situ sabtu ahad petang..belah pagi di depan pasar borong basah bistari jaya..isnin pasar unisel bistari jaya, rabu pasar bukit badong..atau di kedai (merangkap stor gudang) ijok pada isnin-jumaat.
dan sila like ye FB METHOUSE

sekian tips marketing arini. (tulis/war2kan dalam blog pun marketing juga)he.
terima kasih

Tuesday, August 20, 2013

Sempena PTPTN masuk CCRIS

rujukan: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/8/19/mstar_berita/20130819141233&sec=mstar_berita


Buat geng2 mendatang dan mak pak...dunia mendatang akan semakin lebih mencabar..

coretan sempena PTPTN masuk CCRIS ni. dulu pun telah menjadi isu juga cuma kali ni lebih berat sket...
1. anda (student) sekarang dah takleh belajar sekadar melepaskan batuk ditangga...nak belajar wat cara nak belajar..tak minat akademik boleh pegi ke skill development.
2. dah takleh sekadar ikut2 kawan...cari minat anda.cari kelebihan anda di mana...
3. takleh main ambik subject2 asal boleh sambung belajar...jangan apply lain dapat lain pun anda sebat gak. sila cari kat tempat lain. mungkin la itu rezeki anda sambung belajar tetapi kebarangkalian untuk gagal/berjaya dengan cemerlang satu hal..ditambah pulak minat nak kerja dalam bidang tu pun mungkin tak sesuai dengan anda. belajar engineering tinggi-tinggi tapi kerja chef??..dll.
4. mak pak pun takle paksa keras anak tu walaupun bukan minat dia..bagi cara lain..yang bagus dan baik untuk anda tak semestinya begitu juga untuk dia. setiap orang tu unik, lain, berbeza...
5. sebab kalau gagal..sapa nak tanggung akibatnya???

 Anda tahu ape akibatnya..bila ade record CCRIS??
1. anda jadi lebih bagus sebab nak taknak anda akan bayar loan..abis sudah macam-macam cara akhirnya ni kot yang terbaik. lagipun kan hutang wajib bayar
2. peluang anda untuk membuat hutang lebih rendah kerana gaji fresh graduan besar mana,..pulak tu kini ianya tertaluk kepada CCRIS record sama ade baik atau tidak. dan juga meningkatkan DSR (debt service ratio- sila Google) anda. sebelum ni tak declare kat bank pun takpe dan tidak diambil kira. bayangkan keluar sekolah je anda la.la..la sambil lewa. tetiba nak wat loan reject ape ke hal...sebab ni lah...kemudian nak clearkan record bagi baik bukan sehari dua..
3. wajib mencari pendapatan yang setimpal dengan hutang anda. lagi besar hutang mestilah kena lagi tinggi pendapatan. kalau gaji kecik kena lah tambah usaha tingkatkan pendapatan sampingan.
4. lagi lambat anda bayar/mampu bayar. lagi lambat anda baru boleh buat lain-lain loan sama ada untuk keperluan mahupun pelaburan. kerana..kalau record hutang PTPTN pun tak cantik, tak bayar, mana ade bank nak ambik risiko bagi hutang kat anda...you are not good payer. jangan mimpi lah nak beli kereta..dll.
5. minat belajar...habis diploma..degree..master..phd..semua anda sapu.tetapi kalau kemudian tidak menjana pendapatan @ kemudian lebih suka menjadi suri rumah tangga. saya galakkan takyah la belajar (jangan marah). lebih elok anda belajar cara2 memasak ala-ala chef..menjahit ala2 butik..belajar2 menjadi baby sitter gaya profesional..dll yang lebih banyak memberi manfaat/sesuai untuk tugasan rumah. kosnya lebih murah dan still boleh buat side income juga tu. ape ke halnya belajar kepakaran yang anda sendiri tak akan guna pakai???bayar saja-saja gitu jelah gamaknya..
6. dengan jumlah hutang sebanyak rm30k..kalau anda tak ambik kesah. anda berpeluang untuk diistiharkan muflis...
7. sebab ape PTPTN di highlight kan. sekali lagi sebab keluar sekolah je nak taknak anda telah berhutang dan direcordkan sebagai commitment. kalau yang ni fail, segala yang anda rancang untuk pembelian kereta rumah sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun pelaburan akan terbantut...jadinya anda tak boleh ambil sambil lewa perkara ini..

Solusi: antaranya..
1. saya anggapkan anda yang masuk universitas mahupun kolej adelah orang yang bijak pandai dan telah dewasa. ade perkara yang anda boleh mulakan dari sekarang dan tidak perlu tinggu umur 25-30 tahun pun seperti mencari pendapatan sampingan (ayat SAMPINGAN). mesti pandai uruskan masa..hai kata budak universitas kok??sepatutnya la standard mestilah lebih sket daripada SPM????common la takkan nak harap mak pak selalu. udah2 la tu...dunia anda semakin mencabar. anda kena lebih advance...kecian pada mak pak...
2. mak pak boleh planning awal. mungkin start anak umur 1 tahun dah boleh allocate rm100/sebulan. 18 tahun kemudian (dengan anggaran div 7%)..anda sudah ade lebih RM40k..ke anda plan labur 6k dalam SSPN then kemudiannya PTPTN kan ade???terpulang lah..
3. satu anak satu rumah pelaburan...target cashflow. anda boleh refinance untuk modal pendidikan. anak anda boleh belajar menguruskan rumah sewa dan hasilnya boleh digunakan untuk belanja duit kocek.
4. kepada kerajaan...nak recruit ramai2 masuk bagi peluang belajar tu bagus...tapi peluang pekerjaan tu juga kena lah ada seiring dengan lepasan graduan yang ade...sebab anda tak sediakan ianya (PTPTN) secara percuma pun...kesian pada rakan2 saya hutang PTPTN puluh ribu tetapi kerja dot..dot..kekadang bukan tak boleh bayar pun setakat RM50..100..tetapi hasil kekecewaan ni lah menyebabkan kerajaan tak dapat collect kembali duit daripada mereka..sapa yang rugi..??
5. kepada rakan2. boleh berhubung dengan PTPTN untuk re-schedule payment. boleh aje di budi bicara...
6. buat mak pak rakan-rakan..masa nak apply sain untuk pinjaman PTPTN tu pikir lah masak-masak hala tujunya, risikonya, kemampuanya dan option-option pembiayaan dan kursus lain yang ade. 
7. bila dapat pinjaman PTPTN tu ingatlah anda akan bayar balik sejurus tamat belajar. jangan pula tak beringat langsung ketika berbelanja. berlanja perkara yang perlu sahaja...no more gadget canggih-canggih..branded2. tunggu dah kerja nanti...lebihan duit ini boleh digunakan untuk bayaran balik (dipulangkan).

p/s: ura-ura interest rate akan dinaikkan dalam masa terdekat ni...jangan lupa pula kang GST lagi..bil2 naik.sebelum ni ayam keperluan dah naik dll kendian. anda perlu lebih advance dari sekarang...

sekian coretan. boleh dibincangkan mana yang ade terlepas pandang.

Sunday, March 17, 2013

BELAJAR BERBISNES

Assalamualaikum.

lama rasa tak update ini blog....jari ku terasa kematu nak menulis..hu.

em.ruangan recent comment pun problem..so ade mana yang komen tu mintak maaf la ye..terasa susah plak nak detect..

di masa kehilangan den ni. den ade la mencuba-cuba untuk berbisnes..Alhamdulillah ade lah hasil sikit..

mungkin lain kali boleh cerita panjang lebar sikit..share ape yang patut.

proses belajar menuju kejayaan ni sepanjang hari dan seumur hidup...

cumanya..kehadiran hari ni just nak buat promote sikit..

mai singgah sini..https://www.facebook.com/MetHouseBundle 

boleh juga jumpa kami di:


Isnin - Jumaat:                                               Isnin: Pasar Unisel
Lot PT553 (1312A) Kedai                                 Rabu: Pasar Bukit Badong
Jalan Kuala Selangor                                       Khamis: Pasar Batu Arang
Kg. Baru Ijok                                                 Sabtu:  Pagi- Pasar Borong Bistari Jaya
45620 Bistari Jaya                                                     Petang- Pantai Remis Jeram
Selangor                                                                     Malam- Pasar Kuala Selangor
                                                                    Ahad:   Pagi- Pasar Borong Bistari Jaya
                                                                                 Petang- Pantai Remis Jeram


sekian selamat beramal...

Saturday, October 13, 2012

Gagal berkali2 tak semestinya gagal selama2nya. .> BERUSAHALAH! < (kisah helang yg gagah)-by Goldman


aku suka kisah ni...jadi aku kongsikan juga untuk semua.


Image
KISAH  INI ADALAH SBHGN KISAH YG MEMOTIVASIKAN AKU SEJAK BERTAHUN2 LEPAS (Goldman)
 (bila kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan, jatuh, ditipu dan lain2 masalah adalah perkara biasa, So cubalah biasakan diri dengan  perkara2 yg  perit  dalam  hidup supaya jiwa kita menjadi kental)
    Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur paling panjang didunia. Umurnya boleh mencapai 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, paruhnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal, sehingga sangat menyukarkan waktu terbang.
Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan: Menunggu kematian, atau mengalami suatu proses transformasi yang sangat menyakitkan – suatu proses transformasi yang panjang selama 150 hari. Untuk melakukan transformasi itu, helang harus berusaha keras terbang ke atas puncak gunung untuk kemudian membuat sarang ditepi gaung, berhenti dan tinggal disana selama proses transformasi berlangsung.
Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh itu, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kuku yang baru sudah tumbuh, ia akan mencabut bulu badannya satu demi satu.
Satu proses yang panjang dan menyakitkan. Lima bulan kemudian, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar baru, helang tersebut mulai menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga!
 Image
Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.
Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!

dipetik daripada:
http://akugoldman.wordpress.com/2012/09/17/gagal-berkali2-tak-semestinya-gagal-selama2nya-berusahalah-kisah-helang-yg-gagah/

Monday, March 26, 2012

Apa Kita Perlu BUAT, When You Need More Cash

Pembelajaran pendek..ringkasan untuk hari ni. as per sharing...

Ramai mengeluh gaji tak cukup..OT kena cut..need more money nak tambah pendapatan sama ada untuk belanjawan, nak modal kawin..modal invesment dan lain-lain.

antara cara mudah untuk dapat more cash is personal loan. yes. but in my position now. aku tetapkan syarat bahawa personal loan hanya untuk kembangkan bisnes sahaja atau jika perlu ianya mestilah bukan dibayar melalui duit gaji. because walaupun kita target duit tersebut untuk di investkan. tetapi who knows yang investment tu 100% profit..tak berisiko. siapa di sini yang tahu apa yang bakal berlaku esok dan masa hadapan angkat tangan...kalau jatuh boleh tersungkur..

so rule kedua. 1st investment is from your hard money...

MLM recrut merecrut dilarang sama sekali...believe me its not working.

When you need more cash. Ramai juga yang akan kerja part time. tak salah tapi kerja part time tidak akan menjadikan anda lebih senang mahupun kaya. sampai bila mu boleh kerja jam 8am-5pm...then sambung 7pm-11pm even more hari-hari???thats totally mindset work for money..

so the best is teruskan kerja and at the same time start part time bisnes. not part time job.

bezanya. part time job you tak boleh expand the income. fixed. manakala bisnes part time walaupun untung permulaan tak banyak tetapi peluang untuk berkembang dikembangkan sentiasa ada. makin besar perniagaan anda..semakin ramai pekerja anda..semakin tinggi keuntungan anda..semakin kurang beban kerja...

bisnes ape nak buat tu terpulang pada empunya diri. kecil tapi berhasil dan sentiasa boleh di nilai tambah. even kalau gagal pun anda belajar banyak benda yang boleh menyebabkan anda gagal...

modal bisnes takyah gah-gah. kalau ada rm1000 pun sudah cukup untuk buka satu payung jual barangan accessori murah2. cari la port mana pun. even MYDIN dulu pun bemula dikaki 5...

even online punya cost pun baru berapa???

orite. sekian wassalam.